Advertlets

Isnin, Jun 15, 2009

Sinetron Dramalova part XIII - Susun

Sekali lagi. Demi tugas. Ceritera kali ini ringkas sahaja.

"Dah, dah, dah. Tak yah. Tinggal je. Dari abang buat tu. Baik abang basuh pinggan" Marcia melarang sambil sebelah tangan bercekak pinggang. Sebelah lagi tengah mengayuh nasi goreng di kuali.

Diego terpaksa akur. Hajat hati nak tolong kemaskan barang-barang yang baru dibeli dari JUSTUKOR tadi. Setakat buka, letak dalam bekas dan simpan di tempat asal. Kerja mudah. Tak membebankan pon. Tapi telah ditegah dan dilarang keras.

Takkan nak basuh pinggan. Banyak tuu. Bertingkat-tingkat lagi, termasuk segala periuk belanga dan kuali.

Lagipun, rosak la kulit tangan yang mulus tulus ini terkena pencuci pinggan yang tegar itu.

Ah, dalam kata lain. Kerja ini lebih glamor dan popular. Bukan di sebalik tabir seakan menulis laporan berita dan orang lain yang membacanya. Atau seperti merekabentuk dan mengira beban papak tapi orang lain yang mendapat nama membina bangunan stor sawit tersebut.

Kerja ini menampilkan hasil usaha kita. Terpampang untuk tatapan ramai. Memudahkan pengguna lain. Tapi, Marcia tetap melarang Diego dari meneruskan usaha tersebut. Kenape?

Nak tolong susun serbuk kopi 3 dalam 1 dalam bekas plastik pon tak boleh ke?

Ini adalah tanda aras Marcia untuk rekasusun barang-barang di dapur.

8 ulasan:

(@_@) berkata...

hahaha

Adam Ruslan berkata...

^qis^

hihihih

-d- berkata...

bro..kasi tayang ganbar kat pd ler.. kempunan member xdpt gi nih..

Syila berkata...

Hahe sekali-sekala basuh piggan apa salahnya, tu baru suami mithali namanya...

moyes berkata...

En. Adam,

Terpaksa menukar tajuk blog..
Sniper Never Sleep dah tertidur..
Tukar ke

http://moyesbranco.blogspot.com

dan lagi

http://baruhean.blogspot.com

Syila berkata...

Adam, Tek pesan kat aku suh bagitahu ko dia suke giler baca siri Dramalova ko ni...klu ko dah bukukan jgn lupe inform, dia nak beli hehe

Adam Ruslan berkata...

^Syila^

Woh, begitu? Tak tersangka ada juga peminat Dramalova. Huhuh. Memang kaum ibu je kot yang suka cerita-cerita Sinetron ni. Hahah.

Tapi, takat ni, aku belum bercadang nak jual lagi kot. Bukukan itu adala dalam perancangan.

Syila berkata...

a'ah, dah mcm addicted dah aku tengok ni. Klu tak jual...bagi free lagi bagus!hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...