Advertlets

Khamis, Jun 11, 2009

Catatan Diego - Pereksa@KL

3 hari belajar di dalam kelas menggunakan medium pengantar ala-ala PPSMI sudah selesai.

Sebagai murid yang rajin, tangkas dan berani, kumpulan Diego berjaya memenangi permainan meneka masalah mesin secara melihat laporan analisis minyak dengan markah tertinggi. Dapat la hadiah tetikus-kerdil-boleh-bawa-pegi-outstation.

Kemudian sebelah petang tadi ada soalan percubaan peperiksaan sebanyak 160 soalan pelbagai jawapan. Setelah menjawab secara terlelap-lelap sebab mengantuk lepas makan tengahari, Diego sekali lagi membuktikan kepada orang di kampung halaman bahawa dia belajar bersungguh-sungguh dengan berkongsi markah tertinggi bersama seorang lagi murid rakan sekerja.

Walaupun diberi penginapan di Jalan Bukit Bintang yang kecoh dengan pelancong asing dan kanak-kanak cuti sekolah yang tidak segan silu merokok dan berpakaian tidak kemas, itu bukan alasan untuk tidak duduk di dalam bilik penginapan dan mentelaah pelajaran.

Bagaimanapun, itu semua tidak memberi apa-apa makna kalau peperiksaan sebenar untuk mendapat sijil kecekapan peringkat pertama analisis pelincir besok, Diego tak buat betul-betul. Hahah. Harap-harap la ye.

Diego harap, strategi memakan pasta dan speghetti setiap hari sewaktu buffet tengahari berjaya memberi ingatan yang lebih kuat macam orang Itali. Juga bekalan sup ala-ala Perancis kot-kot bertambah bijak macam Wenger.

Sudah. Pegi mentelaah.

KUIZ Catatan Diego: Rindu kuiz tak? Hahah. Kali ini. Markah percuma buat sesiapa yang meninggalkan komen. Diego tengah baik hati. Markah tugasan.

Notakaki amANI: Hadiah penyertaan (rujuk catatan sebelum ini) adalah sebentuk media. Yang tidak dijual dimana-mana. Buat sendiri. Julai nanti kita tengok sapa yang dapat. Jangan kecik hati ye kalau tak dapat.


5 ulasan:

d u t a berkata...

+ kurang faham +
apa bentuk tugasan ni deh?

a z m i r berkata...

amANI - cayalah best student!

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Hafal takat ini sahaja. Anda mendapat markah percuma untuk komen itu.

^a z m i r^

Buat soalan tanpa tekanan bleh aa. Esok betul-betul pereksa. Hahah. Tekanan jugak.

sheyda berkata...

oh, exam? gudluck..aku pon ade exam gak, rabu depan oral presentation, pastu aku merdeka, leh pi europe..yahooo....

Adam Ruslan berkata...

^sheyda^

Pereksa sudah selesai, aku berjaya menanda keseluruh 160 jawapan dalam masa 2 jam. tak tau le betul ke idak, heheh.

Woo, mau gi Europe? Sila-sila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...