Advertlets

Selasa, Jun 30, 2009

Catatan Diego - Mesyuarat@Pejabat

(sambungan dari Catatan Diego - Usaha@Pejabat)

Jumaat, 4.00 Petang

Nak tak nak, Diego harus balik juga JB. Kerja menjadi mandur dah terlaksana. Jadi, cabaran paling getir untuk hari Isnin ini Diego kena jugak tempuh. Berani tak berani, betul tak betul, kerja tak kerja, itu yang harus Diego hadapi.

Tapi hati tetap tidak tenang. Diego diam, hal ini masih tiada siapa yang tahu. Marcia pon Diego tak bagi tahu. Harap nanti dah berdepan baru nak buka cerita. Semua sms dan panggilan telepon dengan Marcia dan anak-anak hanya untuk kemaskini situasi semasa. Terhibur jugak dengar suara Rodriguez dan Pablo. Melapor segala menda yang dorang buat untuk hari itu.

Diego masih memandu, menuju JB. Menuju lokasi yang seboleh-bolehnya Diego taknak pergi. Siaran radio yang Diego minat jadi hambar. Diego mengambil keputusan menjadi besi berani sekali lagi. Diego dail nombor pejabat Pengarah Urusan.

"Mr Horatio, saya dah baca emel Mr Horatio, jadi boleh saya tanya jam berapa mesyuarat itu nanti akan diadakan?" Diego buat suara berani tanpa perasaan khuatir.

"Owh, Diego, kamu dah balik? Baiklah, mari kita adakan jam 230 petang, bla... bla... bla..." Mr Horatio menerangkan panjang lebar agar gadis pentadbiran juga dibawa bersama untuk mesyuarat nanti.

Tamat panggilan telefon. Hasil suara dan intonasi serta bibit perkataan, Diego analisa sebagai positif. Pengarah Urusan punya EQ yang tinggi, jadi analisa Diego mungkin boleh digunapakai. Diego menjadi lebih berani dari besi berani selepas panggilan telefon itu.

Diego tukar radio ke CD. Masuk CD Aboi. Kesemua 10 lagu dalam CD itu sangat menaikkan semula mood Diego. Terutama bila masuk lagu, "Belum cuba, belum tahu". Ye, belum masuk mesyuarat, mana nak tahu hasilnya apa? Jadi, buat apa penat-penat berfikir segala kebarangkalian? Hanya 2 faktorial kebarangkaliannya, jadi tak perlu banyak berfikir. Diego jadi semangat untuk menghadapi segala yang akan mendatang. Pemanduan menjadi bertambah lancar dan Diego sampai JB sebelum tamat waktu pejabat lagi. Tapi buat apa singgah pejabat. Balik rumah la.

Isnin, 230 petang.

Diego sampai pejabat di negara seberang tepat jam 230petang. Diego sudahkan dahulu semayang Zohor. Tepi tangga seperti selalu.

Mesyuarat bermula. Diego tenang memulakan dengan isu pertama. Yakin dengan apa yang telah dia lakukan dan berikan yang terbaik.

Status?...

Kenapa?....

Apa terjadi?.....

Bagaimana?....

Mesyuarat yang Diego jangkakan hanya sejam dua, berlarutan hingga lepas jam 6 petang.

Mesyuarat tamat. Keputusan dan pengakhirannya tidaklah seperti yang dijangkakan. Sungguh tidak terjangka. Ingatkan bom dan mortar berjujuran datang. Harus koyak rabak berderai badan kalau terkena. Rupanya pistol air sahaja. Hanya terkesan basah dan boleh tersenyum sengih bila terkena. Ternyata, data dan penyata memihak kepada Diego. Nombor tidak menipu. Hanya situasi semasa penyebab nombor-nombor ini sedikit susut, tetapi masih di dalam unjuran menaik dan stabil. Ini ditambah dengan 2-3 panggilan tidak terjangka dari pelanggan Diego seminggu dua ini yang memberi cahaya baru untuk menambahkan lagi nombor-nombor itu. Diego lega. Nasibnya tidaklah seperti En Benjamin.

Cuma ruang tugas upaya Diego telah berubah. Jikalau Diego terus-terusan berada di pejabat, itu tandanya Diego tidak melaksanakan tugasnya. Masa Diego harus diluangkan diluar dengan lebih. Keluar berjumpa dan memberi khidmat nasihat dan mengukuhkan ikatan dengan pelanggan. Pengalaman, pengetahuan, keupayaan Diego adalah untuk bertemu dengan pelanggan. Bukan duduk di pejabat dengan segala urusan bosan menaip sebutharga atau menjadi telefonis. Rangka baru dibincangkan. Diego akur. Sekarang, masa untuk merencana perjalanan baru.

NOTA Catatan Diego - Mekasih untuk sokongan yang diberikan untuk kisah terdahulu, memang mesyuarat itu dah selesai baru tulis kisah itu, jadi penamatnya memang dah diketahui sebelum itu pon lagi, cuma yang ingin dikongsi adalah, yakin pada usaha yang dah diberi, balas kepercayaan dengan hasil yang memuaskan, berani kerana benar dan jangan babitkan emosi di dalam perbincangan atas dasar apa sekalipun yang berkenaan kerja. Berani menyatakan pendapat sendiri dan sentiasa berikan pandangan sendiri. Elakkan memberi alasan bukan-bukan.Ini bukan situasi cikgu tanya kenapa tak buat keje sekolah? Itu pandangan aku untuk menghadapi hal-hal sebegini. Sapa nak markah percuma?


3 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

YEAH..
DATS RITE..
WALAU APAPUN BERLAKU DAN AKAN BERLAKU..

JGN BAGI BERDOLAK DALIH DAN CIPTA ALASAN BUKAN2..
TAPI BAGITAU SAJA KEBENARAN DAN APA YANG KITA RASA BENAR..
PEACE!!

d u t a berkata...

+ CD ABOI +
omg... ada lagi ke artis itu?

Adam Ruslan berkata...

^noor afzan^

Yep, seboleh-bolehnya tiada alasan, hanya pandangan yang konstruktif.

^duta^

Woo, MJ yang dah takde pon orang duk kecoh-kecoh pasang lagu, inikan pula Aboi yang sihat walafiat lagi. Support band tempatan ye. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...