Menda ni dah 2 kali dah masuk peti surat rumah aku. Yang ini yang kali pertama. Bangga pulak yang menang tu ada gambar dia. Siap nama penuh dengan asal lagi. Bagi Siti Fatimah yang menyertai skim ini, apa salahnya menderma sedikit dari hasil usaha titik peluhnya demi kebajikan tempat ibadat. Kebaikannya berlipat ganda.
Siti Fatimah mungkin tidak menyedari bahawa dia sebenarnya telah menolong menjana ekonomi negara jiran dengan membawa keluar sebahagian dari wang perolehannya dari dalam negara ke luar negara. Tapi, Siti Fatimah tentunya sedar tentang hukum hakam wang perolehannya itu di sisi agama. Apa pun, dia ikhlas.
Konsepnya mudah, Tok Guru tolong kamu, kamu derma ikhlas untuk kebajikan tempat Tok Guru. Risalah kedua datang dalam 2-3 minggu lepas itu. Di samping nama pemenang dan gambar Abdul Mutalib, kali ini dia ada letak 'disclaimer'.
Risalah ini hanya untuk menolong orang yang di dalam kesusahan, tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.
Aku hanya terfikir, kenapa Tok Guru sendiri tak beli je direct. Untung 100%. Tak yah nak mintak-mintak komisyen. Buat penat je cetak risalah banyak-banyak. Kalau itulah tujuan Tok Guru untuk menjana ekonomi tempat ibadat Tok Guru.
Mungkin bagi Tok Guru, berjudi itu haram? Atau bersederhana lebih baik? Atau power Tok Guru hilang kalau diamalkan sendiri?
Adakah ini konspirasi? Penyelewangan ekonomi? Tektik keji? Menghina agama? Memesong akidah? Atau konsep 1Malaysia?
Mintak dijauhkan.
4 ulasan:
dah pernah baca. kat JB gak. rasanya JB je laku benda ni! hahaha... org kl masih percaya allah ye! hahaha
^Duta^
Ohoo, Siti Fatimah tu orang Negeri Sembilan ye, risalah ini cuba-cuba menggoyahkan iman rakyat negeri Johor yang wajib sekolah agama waktu petang.
Err, tapi bukan ke ko orang KB? Oppss..
dah pernah dapat surat layang nih..
kadang2 sehari dapt 2 sekali..
memang pernah juga terpikir..
kalaulah dia boleh buat orang kaya..
kenapa dia tak kaya2..
baik kayakan diri dulu kan..
haiyaaa~
^afzan^
Itu la, sah-sah dia pon tilik nombor ikut nasib.
Catat Ulasan