Advertlets

Jumaat, Mac 12, 2010

Catatan Diego - Tali@Leher

Antara perubahan-perubahan yang terjadi yang berkaitan dengan kerja Diego sekarang selepas episod Bertukar, dapat disimpulkan dengan seperti berikut:

 
1. Dulu kalau azan Isyak hampir-hampir nak berkumandang, Diego baru nak katup kunci pintu opis. Sekarang, masa azan Isyak dah tengah relek-relek pegang suratkhabar sambil baring tengok berita kat tv. Eh, bukan ke patut bawak-bawak ke masjid dah ke umur sekarang?

 
2. Jarang-jarang sangat sampai rumah balik dari kerja lepas jam 7 petang. Brader-brader kat padang bola tepi rumah pon baru nak warm-up.

 
3. Kalau dulu Diego cemas pagi-pagi sebab buat opismate tertunggu-tunggu luar opis, kali ini merasa jugak membuat pembuka opis cemas sebab buat Diego tertunggu-tunggu pagi-pagi di luar opis.

 
4. Dulu pegi kerja asal boleh dengan baju t'shirt berkolar je, kali ini berbaju kemeja lengan panjang sterika sisi kasik tajam siap bertali leher. (Nota sisi : setiap kemeja yang dipakai, semua tak muat dikancing butang di leher, kenapa ye? Cemana la orang yang design baju buat kerja nih)

 
5. Dulu asyik duk ulang keluar masuk loji petrokimia, janakuasa dengan oleokima je, tengok tarbin dengan pemampat relek-relek je. Sekarang terpinga-pinga nak layan mesin larik, mesin acuan tuang, dengan kilang kelapa sawit.

 
6. Merasa jugak kalau opismate nak jumpa, depa kena ketuk pintu dulu. Dulu opismate nak jumpa, laung dari jauh je.

 
7. Dulu dalam opis ada sebijik je ekon besar, sekali petik, sejuk terus seluruh opis. Sekarang dah ada remote kontrol sendiri nak sejuk ke, nak sepoi-sepoi bahasa je, nak sedingin salju ke.

 
8. Dulu makan nasi tengahari hari-hari beli kat Pak Ali, sekarang nak makan nasi, hari-hari pening mana nak beli.

 
9. Sekarang petang hari Jumaat tidak memberi apa-apa motivasi. Dulu asal Jumaat je rasa seronok nak habiskan kerja.

10. Sekarang struktur bilik air pon canggih, kongsi je gents & ladies. Apa ada hal? Tapi, Diego sorang je yang guna air, yang lain lebih selesa dengan kertas tisu.

5 ulasan:

d u t a berkata...

huhu manusia berubah jd yg lebih baik . nway dah jd boss mmg dpt bilik sendiri la kan ?

a z m i r berkata...

company apa tu? canggihnya!

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Dulu jawatan ada huruf 'M'. Sekarang takde. Heheh.

^azmir^

Ini kompeni tempatan yang mendapat hak penjualan pelincir jenama antarabangsa bagi sektor industri dan automotif.

Juan Nazlan berkata...

alhamdulillah.. makin maju dah.. tahniah.. dah boleh beli van ni.. haha

Adam Ruslan berkata...

^Juan^

Van ka? Tak mo la. Nanti minyak naik, pensan nak isi minyak.

Bukan boleh kerat sikit-sikit buat makan dengan nasi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...