Advertlets

Sabtu, Januari 16, 2010

Wenger turun sebagai kesebelasan utama Arsenal

Dalam serius-serius romantik darah Peranchis Pak Wenger, boleh pulak dia buat lawak. Tapi, melawak dia aku rasa berganda-ganda berguna dari Pak Alex yang tak habis-habis komplen hal pengadil.

Dalam kepala Pak Wenger, hanya Samir Nasri, Rosicky sebagai pemain tengah yang sudah cergas. Fabregas juga mungkin dah boleh main balik. Tapi Denilson sakit perut, Ramsey terkoyak otot, Wilshire cedera dan Song tengah sibuk Piala Afrika.

Pak Wenger dengan bersahaja mengeluarkan kenyataan. " Saya tengah berlatih sekarang, saya juga seorang pemain tengah yang kreatif lagi fantastik!".

Aku betul-betul berharap nak tengok bagaimana fantastiknya Pak Wenger bergandingan dengan Fabregas. Turun tau malam besok!

***

Pak Wenger juga telah mengubah prinsip dirinya dalam menguruskan Arsenal baru-baru ini. Dia tidak menghirau bila Viera nak balik ke Liga Perdana England sampai membiarkan Man City mengambil Viera dengan gaji tak masuk akal untuk pemain tengah yang 'pernah' ada nama dan karisma tapi sudah kekurangan kecergasan dan prestasi.

Tapi bila melihat prestasi dan potensi Sol Campbell yang dah bersama-sama berlatih dengan Arsenal sejak keluar dari Notts County, Sol menjadi bekas pemain Arsenal pertama yang kembali menjadi pemain Arsenal semula. Pak Wenger bukan orang Perancis yang hanya mementingkan adat semata-mata.

Pak Wenger memang betul-betul percaya, musim ini adalah musim untuk Arsenal menang. Bila nak beli penyerang pulak Wenger?

Lama jugak tak menulis hal ehwal Arsenal ek. Bolton akan bertemu dengan Arsenal tengah malam Ahad dan kemudian Arsenal akan bertemu dengan Bolton awal pagi Khamis. Ini semua gara-gara salji monsun timur laut di England. Pemanasan global kah?

4 ulasan:

saiful berkata...

Fabregas score lagi malam tadi walaupun tak berapa fit lagi.

Team mate Fabregas anggap Fabregas macam ada mata ketiga di belakang kepalanya sebab visinya memang cukup kreatif dan mengkagumkan...

Adam Ruslan berkata...

^saiful^

Rerasa sudah fit, patut game sebelum ini pon dah bleh turun, tapi belum betul-betul waktu tu.

Tapi memang musim ini, Fabregas nampak ketara sangat peningkatan dan sumbangan dia. Assist atau gol mesti ada tiap game.

d u t a berkata...

+ serious +
tak tau kisah ni. still learning how to know football... hahahah

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Owh, ni sumber berita dari suratkhabar UK.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...