Aku dan Nor A kebetulan mendapat kumpulan dan sesi yang sama untuk melaksanakan latihan praktikal dalam kampus bagi memenuhi tuntutan kelulusan jam kredit bagi pengajian sarjana muda kami.
Latihan praktikal dalam kampus ini bagi memberi ruang dan peluang bagi pelajar lulusan sarjana muda mendapat pengalaman latihan tangan untuk semua jenis kerja-kerja kejuruteraan mekanikal yang sangat tektikal lagi teknikal. Latihan itu termasuk mengimpal, menggegas, melarik, memesin bongkah besi, membuka dan memasang kembali enjin jip, membuat lukisan 2D untuk teknik pemotongan wayar, memerhati pemotongan automasi CNC, menggunakan mikroskop dan membuat spesimen teknik tempuh haba serta berpasangan bersama gadis-gadis mekanikal yang 2-3 sahaja keratnya tetapi tetap menjadi tatapan dan pujaan seluruh pelajar lelaki jurusan mekanikal yang lain. Kadang-kadang tersentuh tangan juga bila sama-sama nak pasang skru pada enjin jip. Hati siapa yang tidak seronok tika bergandingan dengan gadis ini walau berlainanan bangsa yang kalau dalam kelas kuliah biasa jangan harap hendak ditegur.
Semuanya dilakukan dalam tempoh sebulan setengah merangkap 6 minggu. Turut memenuhi tuntutan jadual latihan praktikal dalam kampus ini, sebulan setengah yang pertama dalam cuti tiga bulan kami diisi dengan program kemasyarakatan yang mana aku dan Nor A turut terpilih. Jadi, kami hanya ada lebih kurang seminggu dua sahaja cuti sebenar sebelum kami kembali ke kampus.
Sebagaimana status dan kaliber seorang pelajar yang biasa, duit poket hanya sekadar secukupnya. Jadi semasa menjalani latihan praktikal dalam kampus, aku dan Nor A bersetuju untuk menginap secara sembunyi-sembunyi di dalam bilik simpanan barang yang telah diwartakan oleh pihak kolej dalam satu blok panjang 3 tingkat. Bilik simpanan barang itu cukup penuh, sesak dan tiada hidupan bernyawa kecuali kami berdua.
Di siang hari, kami berpraktikal sampai ke petang, pintu dikunci dengan mangga yang telah dipenduakan. Hanya malam hari kami menumpang tidur dan main game komputer ihsan seorang pemunya yang mengamanahkan Nor A sebagai penjaganya. Setelah beberapa hari kami menetap di bilik simpanan barang, kami di datangi oleh seorang senior kolej. Orang yang punyai kaitan rapat juga dengan pihak pentadbiran kolej, kami rasa la.
"Hah, ada orang rupanya duduk di sini, apa korang buat kat sini?" Senior kolej ini berkata sesudah menerjah bilik kami. Kami kerisauan. Kalau dilaporkan, tentu nahas.
"Err, kami tumpang je, ada latihan praktikal sekarang" Aku tak ingat, Nor A ke aku yang jawab.
Sesudah berbalas 2-3 lati pertanyaan, senior kolej ini sebenarnya juga sedang mencari tempat untuk menginap tanpa bayaran. Jadi kami kelegaan sebab kewujudan rahsia kami akan turut dikongsi serta bertambahlah rumet kami. Tidaklah terlalu sunyi.
Sumber kegembiraan dan keriangan kami tika itu adalah game lumba motor dalam komputer yang 'dijaga' oleh Nor A. Kalau tidak aku, Nor A akan cuba memintas untuk meletakkan nama sebagai rekod markah tertinggi. Itu sahajalah yang mampu kami lakukan untuk memenuhi masa lapang setelah bertungkus lumus di siang hari di bengkel-bengkel serta makmal-makmal mekanikal.
Dalam satu waktu maghrib. Nor A sedang enak bergelak riang bermain game. Aku tengah berbaring membaca naskhah majalah yang tiada sifat maklumat langsung. Senior kolej baru masih enak terlena dikatil beliau dibucu bilik sejak petang tadi. Keletihan sebab seharian dia menjaga program motivasi pendidikan kelabnya. Dalam sayup sayup bunyi game dari komputer, tiba-tiba kedengaran bacaan Al-Fatihah. Disusuli dengan bunyi takbir. Serta permulaan ayat Kursi.
Aku bangun dari perbaringan, aku toleh pada Nor A. Nor A toleh pada aku. Aku angkat kepala pada Nor A. Nor A angkat bahu pada aku.
Aku isyaratkan pada arah bunyi. Ke arah letaknya katil senior kolej. Nor A toleh ke belakang, dia berbisik sambil berisyarat mulut. "Tidur.."
Kami ke katil senior kolej. Dia memang tengah tidur. Tapi bunyi bacaan tadi memang datang dari dia. Suara
dia. Kami sambung apa yang tengah kami buat sambil tertanya-tanya. Tak lama, senior kolej terbangun dari tidur. Dia terus ke katil aku.
"Hisshhh, aku mimpi agaknya tadi". Senior kolej mula berbicara.
"Mimpi apa?" Aku tanya.
"Aku mimpi ada perempuan datang dekat aku. Dia cuba nak kacau aku. Aku tahan. Aku baca la apa yang patut". Senior kolej menyambung.
"Owh, patut la tadi dengar macam ada orang baca Al-Fatihah, ayat Kursi" Aku sambung.
Nor A pon dah di katil aku. Turut bersetuju dengan apa yang kami dengar tadi.
"Lah, dah dengar apesal tak kejut tadi?" Senior kolej pulak tanya kami.
"Mana nak tau, ingat mengigau ke apa ke" Nor A pula yang jawab.
Dalam pada bersembang tu, senior kolej menjelaskan yang perempuan yang datang pada dia tu duduk berlipat lutut dengan kedua-dua tangan memeluk lutut. Betul-betul di bucu siling atas katilnya. Bergentayangan. Sambil memberi amaran jangan mengacaunya. Sebab itu senior kolej membaca apa yang dia baca. Dia juga memberitahu yang malam sebelum itu, dia menjadi antara orang yang memegang seorang fasilitator perempuan yang turut serta dalam program motivasi pendidikan di kolej yang terkena histeria. Dia juga yang membawa pelajar perempuan itu ke Darul-As-Syifa.
Aku dan Nor A berpandangan. Aku tertinjau pada bucu siling yang dikatakan. Memang tiada apa yang dapat dilihat pada mata kasar.
"Hah, dah la, korang keluar makan nanti, belikan aku nasi ayam kunyit eh". Senior kolej berlalu dan terus ke bilik air untuk mandi dan khidmat diri. 2-3 hari selepas itu, senior kolej dah berpindah ke blok sebelah. Yang lebih kecil dan ramai rakan-rakan akaustikanya.
Untuk aku dan Nor A, kami saling membaca doa yang mana kami tahu untuk terus melelapkan mata saban malam sebab latihan praktikal dalam kampus kami lambat lagi nak habis. Dan tiada siapa antara kami yang mengambil alih katil dan tilam tempat senior kolej tidur.
Sekali pagi kami terlambat bangun, dua-dua hanya mampu berwudhuk, berbedak muka dan berminyak rambut untuk ke makmal membuka enjin jip sebab juruteknik makmal itu telah memberi amaran keras hari sebelumnya. Bukan dia nak percaya alasan kami yang tak lelap tidur tiap malam (padahal sakan main game).
7 ulasan:
+mistik+
ingatkn kjadian apa lah sgt. Haha... Mmm entah senior korang tu yg sbenarnya xwujud...
pergh...
kisah seram nih..
blok mana peristiwa ini.
pastinya di KTC kan?
dapat rezeki cimb kat sini..=)
Nor A.. ingatkan ain.. hahaha..
^duta^
Aku tahu ko keturunan 'mesra' alam ghaib nih, setakat ter-takbir tengah malam dah biasa. Aku tak. Hahah.
^afzan^
Ni blok panjang depan blok Atma.
^ayen^
Amboih.. hahah.
power seh ingatan ko adam..mkn kismis byk ni..insya allah bule jd penulis yg berjaya nanti...tulis memoir byk2..
masa tahun dua aku rumet ngan Os duk tingkat 1. korang tingkat 2 kan...zaman2 rempit ni..sedih motor rxz ku hilang ari millenium 1 jan 2000 kat FKE. pd hal kuliah sejam je masa tu.
^abong^
Mana la makan sangat kismis dengan Examo masa universiti tuh. Nasi dengan ayam goreng je. Hahah.
Aku dapat recall RZX kuning kelabu ko. Bila ko cerita baru teringat pasal kehilangan tuh. Tu yang terus dapat Kancil ek. Heheh.
lama sudah enggak meninggalkn jejak di sini
alamak...tersalah baca post la plak huhu dahla penakut hehe pttnya a.adam letak saringan kt ats tu
"kisah Aku & Nor A -18seram" hehehe
cnfirm fizah xbace hehe
Catat Ulasan