Advertlets

Sabtu, Januari 02, 2010

Hari Ini Hujung Minggu

"Adik, jangan risau, abang pish-pish api tu sekarang, adik bertahanlah...!!"

Dulu, waktu aku umur macam dorang dalam gambar ini, aku dan abang selalu ajak pak masuk balai bomba. Nak tengok kereta bomba. Tiap kali lintas depan balai bomba Kulim. Entah siapa punya pengaruh aku tak tahu. Sekali tu, pak cemuih dah dengar permintaan kami, pak bawak kami masuk lepas dia pi setel hal dia kat pekan Kulim. Best sangat masa tu, dapat panjat tangga yang ada kat kereta bomba tu. Siap pakai topi bomba. Seronok oo. Tidak hairan kalau lepas tu dalam fail darjah satu, cita-cita aku nombor dua adalah ahli bomba.

Selamat berhari minggu. Eh, dah tahun baru?

3 ulasan:

noor afzan berkata...

cita2 number 1 pe?

shooter berkata...

aku dulu bercita2 nak jadi pengawas, tapi akhirnya aku jaga kaunter giant je.

notalesungpipi:sungguh bijak anda berkarya sekarang

amANI berkata...

^afzan^

No 1 = cikgu. heheheh.

^shooter^

Ah, mase bila jadik jaga kaunter Giant. Ceh. Dah hampir2 Ir plak tuh. Heheh.

*lesungpipi* bijak-bijak. heheh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...