Advertlets

Selasa, Januari 12, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang XXI

"Ummi, Aqil nak badak air!" Aqil mintak.

"Ye, nanti abah bawak" Ummi jawab endah tak endah.


KOMA


"Abah, nak badak air!" Aqil mintak bila Abah dia dah balik kerja.

"Ye, kita cuba tengok kat zoo nanti" Abah pulak jawab.


KOMA


"Nak air badak" Aqil mintak lagi untuk hari yang lain, masa yang lain.

"BADAK AIR LAH!!" Abah dan Ummi sama-sama panas telinga dah dengar Aqil duk mintak. Salah sebut pulak tuh.


KOMA

Itu antara permintaan Aqil yang diselang seli ikut suka dia bila dia teringat nak mintak. Ikut suka dia je mintak haiwan yang dia suka-suka hati nak tengok. Sedap je order kat Ummi dia. Nak engok Badak Air. Jenuh jugak Ummi dia nak setelkan hal permintaan anak sulung dia ni.

Ummi Aqil dah cuba buka internet, cari segala gambar Badak Air, mula-mula tengok macam eksaited. Kemudian kendur. Tak berapa nak eksaited. Ummi dia cari pulak dalam bentuk video. Dalam utube. Ada Badak Air menyanyi. Itu pon tidak dapat merangsang keeksaitedan Aqil.

Tiada cara lain. Zoo juga jalan penyelesaian terakhir. Sepintas lalu carian internet, Zoo Negara dengan Zoo Taiping je ada Badak Air. Itu dah sedikit menipiskan harapan, tapi takpe cuba pasti berjaya. Yang boleh dituju hanya Zoo Johor je pon. Apa gila nak naik sampai KL/Taiping?

Zoo Johor kami tuju pada suatu hujung minggu petang Ahad. Tapi sebab nak masuk masa waktu petang matahari redup-redup sedap badan berjalan, kami masuk Zoo Johor lepas Asar di Masjid Sultan Abu Bakar. Betul-betul masuk Zoo jam 5 lebih. Tengok kat kaunter, Zoo tutup pukul 6 petang. Aiseh, sempat ke jumpa Badak Air ni?

Dengan hanya bermodalkan RM5, kami 4 sekeluarga masuk Zoo Johor. Agak-agak kalau gi Zoo Singapore, nak beli air mineral pon tak cukup rasanya. Sangkar-sangkar burung di awal pintu Zoo kami buat tak endah, terus cari kot-kot ada penanda kawasan Badak Air. Aqil dan Ammar awal-awal dah sangkut di benteng tasik. Bukan ada apa pon dalam air tasik tu.

Sekali pandang pada penunjuk arah, tiada Badak Air. Takpelah. Layan jela haiwan lain pon. Alang-alang dah masuk. Kami ambil ke arah kanan dahulu. Haiwan pertama adalah dari segi keluarga monyet, kera dan beruk. Agak kasihan sebab kandang batu, berjeriji besi dan di dalamnya juga batu, tanpa tanah, rumput atau pokok hidup. Hanya kayu mati sebagai tempat bergayut. Ada ke Badak Air nampak ke gaya ini?

Kemudin kandang kuda. Tak berapa menarik juga. Turun ke bawah lagi, terus nampak satu kandang besar, ada hadangan air dan berpagar. Dijenguk ke dalam kandang, nampak haiwan yang Aqil idam-idamkan. Badak Air! Yeay! Aku seronok dulu sebab boleh jumpa Badak Air di Zoo Johor ini. Tercapailah hasrat Aqil. Tapi Badak Air duduk jauh ke dalam kandang, tengah sedap makan sayur.

"Aqil suka Badak Air!" jelas terpancar seronok dia.

Aku lega, Ezi lega. Tertunai juga hasrat Aqil. Ini juga insentif bagi dia yang baru je seminggu masuk sekolah. Cuti hujung minggu pertama dia, dapat juga berjalan-jalan. Dua-dua sama seronok dalam sesi melihat pelbagai haiwan yang ada dalam Zoo Johor. Err, abah Aqil pon seronok jugak. Hahah.

Nanti akan mencari ruang untuk membuat siri "Geografi Kebangsaan - Zoo Johor" sebagai liputan lengkap siri lawatan kami ke zoo ini. Sungguh berubah pandangan lekeh kami untuk status Zoo Johor ini.

Aku harap-harap, permintaan Aqil lepas ni masih bersifat tempatan. Dimintanya Platipus ke Ikan Salmon ke Paus Pemangsa ke, mana la abah dia dan ummi dia nak cari nanti.

Badak Air yang diidam-idamkan Aqil. Sepasang pulak tuh.


6 ulasan:

Mard berkata...

kenape Aqil nak tgk sedara Blue Hyppo tu?

ada rezeki lebey, bawak le anak2 ke zoo singapore... pasti mereka seronok
(macam adik saya masa dia mude sket dari aqil... meraung2 takmo kuar dari zoo tu... nk tgk lg menatang dalam tu)

hehehe

noorafzan.blogspot.com berkata...

aduih..sib baik ada ...
ni zoo dekat msjid tu ek?

Adam Ruslan berkata...

^T Mard^

Saya pernah pegi Zoo Singapore, memang menarik. Ada rezeki memang teringin nak bawak dorang, tapi pasport pon tak buat lagi, cemana?

^afzan^

Itu la, nasib baik ada. Haah, ni zoo sebelah masjid. Memang bersifat sebuah zoo la.

NorAlHidayah berkata...

untung badak air.. ada gak peminat dia :)

Adam Ruslan berkata...

^Di^

Itu la, entah pengaruh dari mana dia dapat nak Badak Air, tak tau.

kaler_pensel berkata...

mesti pengaruh makcik biologist die..hahah..ayuh aqil tanam sifat cinta alam! jom jadik biologist bersama2! hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...