Aku terasa agak sibuk macam wakil rakyat skarang.
3 hari lepas bercuti di Port Dickson.
Seminggu ini belajar di dalam kelas dan mengambil pereksa di Kuala Lumpur.
Lepas itu mesyuarat kegiatan ekstra ko-kurikulum di hujung minggu. Terus balik JB.
Minggu depan mungkin bekerja menjadi supervisor seminggu di Mukim Jimah.
Jadi, terabai la sekejap rakyat jelata kawasan jajahan aku buat masa ini. Aku harap, takde la sapa-sapa berani saman aku di mahkamah mintak aku lepaskan jawatan atau paksa buat piliharaya kecil.
Kalau-kalau mahu tahu sedikit sebanyak aktiviti ekstra ko-kurikulum aku baru-baru ini. Boleh ketip di gambar untuk ke sana.
Nota ligament amANI: Aku baru tahu Arsene Wenger manager Arsenal yang terer itu turun KL lepak kat Dataran Merdeka semalam. Rugi tak dapat jenguk wal hal dah ada kat KL. Tapi aku dalam kelas. Jadi baca suratkhabar jelah esok.
2 ulasan:
Wenger mai macam tak ada promosi pun. Saya cuma tau malam sebelumnya menerusi themalaysianinsider.com. Nak jenguk hari kerja walhal dah dekat dah tu...
^Saiful^
Itu la, ini pon tahu sebab baca blog orang. Kot2 dapat hulur jersi mintak otograf ke kan.
Catat Ulasan