Advertlets

Khamis, Jun 25, 2009

Sinetron Dramalova part XIV

Babak 1

Go to-Alarm clock-Select-0300-OK

Penggera di dalam henpon pelbagai fungsi asas Diego siap dihidupkan. Diego susup bawah bantal belah tepi. Senang sikit, bila berbunyi tidak nyaring sangat, tapi getaran dia akan menyebabkan otak turut bergetar dan terbangun.

Bukan untuk tujuan rohani, tapi untuk menghadap TV. Bolasepak Piala Dunia 2006, Mexico lawan Argentina. Mujur siaran dipinggir pekan Roraima masih dapat TV9. Ada la jugak sumber. Kalau tidak, terpaksa la tunggu 2 hari sebelum dapat tahu keputusan di dada akhbar. Itu pon dari surat khabar Kosmologi atau Metrologi. Nak cari akhbar The Bintang memang tiada harapan la di pinggir pekan Roraima ini. Harap-harap dapat la tengok, sebab di rumah di Rio de Janeiro, Diego tidak terlepas mana-mana perlawanan penting. Tapi kini di Roraima, mana yang ada di siaran percuma sahaja yang boleh ditonton.

"Kalau terjaga nanti kejut ye" Diego berpesan pada Marcia.

Marcia angguk, dia sudah pon berbaring. Hamparan lembek bercadar batik, bantal kekabu sarat padu bersarung bunga sulam (kalau hempap di dada harus sesak napas) mengembalikan nostalgia buat beliau. Ini rumah beliau sejak lahir hingga kini. Kini dia pula yang akan melahirkan anak sulung, yang sudah pasti akan ber'Mykid'kan alamat rumah ini juga nanti. Marcia mengusap perutnya yang terbonjol. Cekang. Hanya tunggu masa. Eh, sempat lagi baby ini menendang. Marcia senyum.

Lampu padam. Gelap. Bau ubat nyamuk lingkaran tahan hingga esok memenuhi ruang tamu. Semua terlena dilayaran mimpi masing-masing tanpa sedar. Tenang dengan bunyi cengkerik dan burung kuang.

Selimut yang tadi separuh badan menutup Diego entah kemana, bantal peluk kekabu padu juga dah tertolak ke tepi. Marcia tersedar. Di sentuh alas tilamnya. Basah. Kain batiknya juga. Basah.

"Eh, tak kan terkucil tanpa perasan kot?" Marcia tertanya-tanya.

Dikejutkan Diego. "Abang, bangun, ada kesan basah kat tilam".

"Huh?" Diego masih terpisat-pisat, disuluh kesan basah dengan cahaya dari henpon pelbagai fungsi. Kurang jelas.

"Bukak lampu tengok" Diego menyuruh.

Kebetulan Tok Mek juga sudah di tangga. Dicapai suis lampu. Ruang tamu terang. Kesan tompokan basah ada sebesar pinggan. Marcia cium, tidak berbau.

"Ada rasa sakit perut tak?" Diego ingin kepastian.

"Takda, rasa biasa je" Marcia jawab.

Sepuluh, dua puluh saat. "Siaplah, kita ke hospital sekarang" Diego buat keputusan. Biar doktor yang tentukan. Mungkin tiada apa-apa, tapi siapa nak tahu. Kurang-kurang kalau bukan tanda nak beranak pon, boleh siap sedia di hospital terus. Bingkas Diego bangun. Capai henpon pelbagai fungsi.

Go to-Alarm clock-Select-Off -OK.

Seminit lagi baru nak masuk jam 0300. Beg kelengkapan untuk beranak yang telah disediakan 2 bulan lalu dicapai. Marcia salin baju pakai blouse kancing butang hadapan, berkain batik. Tok Mek dah sediakan satu selipar baru untuk Marcia, supaya jalan tidak tergelincir kalau lantai licin. Segera mereka masuk dalam kereta Hijau arwah ayah Marcia. Diego hidupkan. Sekali suis diputar, kereta hidup. Walau kereta lama, keadaannya masih terjaga. Aiseh, aras minyak di tanda E.

"Kita kena berhenti isi minyak dulu nanti" Diego memberitahu.

Marcia angguk "Ada stesen sebelum jambatan nanti kan".

"Nanti cik telepon la mek apa doktor kata, takpa, Diego ada untuk teman". Marcia pesan pada Tok Mek.

Kereta hijau menyusur pagi yang hening. Perlahan. Tenang. Walau pekan kecil, Petrobras tetap ada stesen 24 jam. Minyak diisi dan perjalanan diteruskan.

Diego parkir berdekatan di wad bersalin. Sekitar masih gelap, ada 2-3 kereta disitu. Ruang menunggu kelihatan kelibat resah 2-3 pelawat yang juga punya tujuan yang sama. Menunggu pasangan untuk bersalin. Marcia lapor diri di kaunter, diminta untuk masuk buat pemeriksaan pertama untuk mengetahui status. Barang kelengkapan ditinggalkan diluar. Diego tunggu.

Sejam. Tiada kelibat Marcia keluar dari ruang pemeriksaan. Diego lupa pulak nak pesan supaya Marcia ambil henpon. Senang nak berhubung.

Menghampiri 2 jam, Marcia keluar. Rupanya petugas di sana kekurangan orang, ada kes kecemasan bayi songsang kaki dah terkeluar. Urusan itu diselesaikan dahulu. Marcia hanya duduk menanti di bangku di luar bilik pemeriksaan. Belum diperiksa lagi. Marcia sempat meminta untuk meneguk air suam. Kemudian kembali ke ruang pemeriksaan. Diego serah henpon untuk senang berhubung.

Belasan minit kemudian, Marcia keluar.

"Dah 6cm. Kene salin baju dan terus masuk wad bersalin untuk bersedia, ada la kot 2-3 jam lagi" Marcia memberitahu.

"Hah, yeke?" Diego terkejut. Marcia ambil beg kelengkapan dan simpan henpon. Masuk kembali ke wad bersalin.

Diego lihat ada papan kenyataan. Status tiap bilik bersalin dan nama ibu terlibat. Itu sahaja maklumat yang akan diberikan. Juga, waris atau suami hanya akan dipanggil bila isteri betul-betul akan bersalin, sistem pembesar suara akan digunakan. Para waris dan suami harus menunggu di situ untuk mengetahui situasi lanjut.

Diego ambil keputusan untuk memaklumkan pada Tok Mek, pak dan mak. Tok Mek berjaya dihubungi. Tapi pak atau mak tidak diangkat. Sudah.

Diego cuba pula Casillas. Kot dia berjaga menunggu perlawanan bolasepak. Benar.

Diego : "Hello, Silas, hang tengok bola ka, pak ngan mak tak angkat telepon pon?"

Casillas : "Hello, wei, best gila game Mexico lawan Argentina, gol dia cantik gila. Maxi Rodriguez siap buat first timer, gol last minit tu"

Diego :"Wei, ada ka cerita bola plak kat aku, hang bagitau kat pak dengan mak, Kak Marcia dah masuk wad bersalin ni, bukaan dah 6cm, dalam 2-3 jam lagi akan bersalin, ok lah tu je"

Tengah kecemasan, boleh pulak Casillas cerita bola. Diego tak senang duduk. Kalau duduk jauh, takut tak terdengar pengumuman di pembesar suara. Urusan buang air kecil dan semayang subuh diselesaikan sesegeranya.

Babak 2

Sesudah hampir 3 jam menunggu.

"Waris untuk Puan Marcia, sila ke kaunter" Umum misi di pembesar suara.

Diego bingkas ke kaunter.

"Encik dah makan?' Misi bertanya.

"Belum" Diego jawab.

"Baik, encik pergi makan dahulu, takut nanti jadi apa-apa kat dalam, susah. Isteri encik lambat lagi nak bersalin, dalam pukul 8 encik datang sini ye"

"Err, kat mana ye tempat makan?" Diego kurang arif selok belok di hospital ini.

"Encik boleh ke tepi stadium, ada kedai-kedai di situ". Misi menunjuk arah.

Diego jalan kaki. Ada sejam sebelum jam 8 pagi. Urusan sarapan diselesaikan dengan nasi lemak dan nescafe.

Sekembali di wad bersalin. Diego lapor diri. Dia dibenarkan masuk. Diberi baju saruh ikat dari belakang dan selipar wad.

Kelihatan Marcia sudah terbaring, ada wayar-wayar di perut untuk mengesan denyut nadi bayi. Diego terpandang papan tulis, tertulis jam 930. Jam sepatutnya Marcia bersalin.

Marcia kelihatan sedang menahan sakit. Sakit itu kadang-kadang sangat sakit, kadang-kadang sakit. Misi kata, kalau contraction berlaku 3 kali dalam 10 minit, itu betul-betul tanda bayi akan keluar. Diego ingat. Dia cuba mengira. Bila tanda itu datang, Diego tanya Marcia "Sakit tak?"

"Sakit la, tanya buat apa?" Marcia marah.

Misi mengurut-urut perut Marcia, untuk mengesan tanda contraction, dipesan, kalau terasa nak teran, cuba sahaja untuk meneran.

Jam di dinding dah lepas pukul 10. Diego risau. Ditanya juga, tiada doktor kah? Sebab dah lepas waktu sepatutnya. Doktor dipanggil. Dia periksa. Belum lagi dia kata.

15 minit kemudian, misi utama masuk. Sebab menghampiri sejam belum bersalin dari masa sepatutnya. Misi lakukan mengikut pengalamannya. Marcia mula meneran. Tapi, anak sulung, siapa tahu bagaimana ingin meneran. Proses ini berlaku ulang-alik. Teran sedikit dan kembali. Walhal kepala bayi sudah kelihatan, masuk kembali.

Diego hanya memberi sokogan moral. Misi pelatih makin ramai di wad Marcia. Semua datang menengok. Sambil memberi sokongan moral. "Teran lagi, tahan, tahan, tahan. Teran. Lagi, lagi, lagi". Begitu sekali sokongan mereka. Marcia semakin lemah.

Kali ketiga terjadi sedemikian, misi utama buat persediaan akhir. Masukan drip dan ikat kaki. Katil dinaikkan sedikit. Marcia usaha. Sungguh-sungguh, urat di dahi kelihatan, gigi dikancing, nafas ditahan. Terannnn!!!. Genting sekali saat ini.

"PLUSHHH" Misi utama menyambut bayi yang baru keluar. Badannya kelihatan bersalut cecair putih. Segera dibalut dengan kain. Diego lega.

"Ini ayahnya? Tahniah, bayi lelaki. Nah, buat la apa nak buat, kiblat arah sini" Misi utama menyerahkan gumpalan kain salutan bayi pada Diego.

Diego sambut. Diego lakukan apa yang perlu. Melaung azan di telinga kanan. Baris azan baru masuk rangkap kedua. Air mata Diego terjatuh. Terharu. Suara tersekat-sekat. Diego dah tak peduli misi-misi dan sekitar. Perasaan itu berbeza sekali. Diego kucup bayi itu. Anak lelaki pertamanya. Diserah kembali untuk misi. Mata sempat mengerling jam dinding. 10.20 pagi.

Diego keluar dari wad bersalin dengan mata masih berkaca dan hidung berair.

Syukur. Alhamdulillah.


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ke-3!!!

MUHAMMAD AQIL AMANI
a.k.a
Rodriguez.


12 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

selamat hari lahir aqil..
bapaknya bile yer??
bukan dekat2 ke tarikhnyer~

moyes berkata...

kat sepital mane aqil lahir?
macam jauh je..siap ade stadium lagi..

(@_@) berkata...

hahah bapaknye menangis.. hahahha

d u t a berkata...

+ sejarah +
mak aih... ingat lagi tuh. papepun... mykad ku 06. so i feel stupik when speak kelantan... hahahha.... best2 story! keep writing...

Adam Ruslan berkata...

^noor afzan^

Haha, silap anak la, yang tarikh sebelah menyebelah ialah Ammar.

^Moyes^

Hospital Sultanah Zainab, KB, Kelantan aka Roraima.

^Qis^

Hero dalam cerita memang kene kasik cas emosi sikit. Baru sedap cerita.

^Duta^

Kadang-kadang orang tak peduli nombor-nombor, alamat mykad? Hahah.

Kecek sket pliss.

Akan senantiasa menulis, tak panjangkan? Hahah.

a z m i r berkata...

betul ke bunyi plush tu?

Adam Ruslan berkata...

^azmir^

Lebih kurang begitu bunyinya.

saiful berkata...

Selamat Ulangtahun, Moga murah rezeki dan panjang umur, InsyaAllah...

NorAlHidayah berkata...

selamat ulangtahun aqil...
semoga jadi anak yg soleh.

Adam Ruslan berkata...

^saiful^NorAlHidayah^

Bagi pihak Aqil, berterima kasih.

don berkata...

Tak dapat nak diceritakan kesakitan bersalin tu..walaupun anak dah 3 tapi tetap rasa serik lepas bersalin...no.4 ni bila ek?? heheeh

selamat ulangtahun kelahiran,aqil..

Adam Ruslan berkata...

^don^

Ye betul-betul, yang tolong teman dan tengok pon boleh agak rasa sakit tu cemana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...