Advertlets

Selasa, Jun 23, 2009

Catatan Diego - Usaha@Pejabat

~Selasa, Port Dickson, baru-baru ini.

Diego tengah relek-relek. Baring. Atas katil. Apartment-servis-tanpa-bintang-sewa-atas-orang.

Kerja seharian dari pagi tadi yang melibatkan menjadi mandur melihat orang memasang injap untuk memudahkan pengambilan minyak agak penat. Bukan Diego yang buat pon. Tengok, pantau dan arah je. Sambil-sambil tu buat la keje yang ringan-ringan je. Tapi spanar bulat mahupun spanar boleh laras, semua juruteknik dan jurutera yang terlibat yang pegang. Diego, duduk belakang. Sambil memberi sokongan moral.

"Chayok kamu semua! Putar lagi skru itu!" Dalam hati jela.

Sudah puas membelek informasi dan berita serta gosip di alam maya, Diego buka inbox berkaitan kerja. Berdesup semua emel-emel yang punyai berciri teknikal dan unutk yang berpengetahuan tertinggi sahaja yang memahaminya. Kalau budak sekolah darjah 5 yang baca. Tentu dipangkah terus emel-emel sebegitu. Tiada nilai bagi yang tidak memahami. Tiada emel-emel seperti dari Budiyanto mahupun emel berantai seperti kamu-pasti-mendapat-celaka-jika-tidak-mengongsi-emel ini.

Tersusun masuk emel-emel itu mengikut sampul pengirim masing-masing. Senang Diego nak kenalpasti dan baca mengikut kepentingan nanti.

Tiba disampul bernama Pengarah Urusan, Diego berdebar. Ada emel dari Pengarah Urusan. Ah, sudah. 2 emel pulak tuh. Diego yang sentiasa berani, mengetik sampul Pengarah Urusan. Itu nilai kepentingan tertinggi. Dia yang bayar sara hidup Diego.

Lega. Emel pertama hanyalah notifikasi berkenaan pesanan belian yang dikirim seorang pelanggan. Nanti Diego boleh uruskan.

Mata Diego tertancap pada tajuk emel kedua. "Menilai Prestasi dan Bidang Kerja".

Setelah tajuk emel diketip, ayat pertama buat hati Diego hampir berhenti berdegup.

"Saya merasa terpanggil untuk segera berbicara dengan kamu kerana kamu seakan-akan kekurangan usaha dan giat terhadap mencari pelanggan baru dan meningkatkan hasil jualan syarikat... saya perlukan kamu untuk membuat laporan bla... bla.. bla.. kami ingin tahu peratus masa yang kamu habiskan di pejabat, kita akan bermesyuarat minggu depan, Isnin petang"

Diego terus tutup inbox berkaitan kerjaya. Sudah. Ketidaktenteraman melanda. Segala perisai penahan peluru terbit diruang minda Diego. Benarkah? Apakah? Macamanakah?

Di sini, 3 hari lagi Diego harus menjadi mandur memantau pemasangan injap persampelan minyak.

3 hari itu dihabiskan dengan Diego sedikit terawang-awang antara risau dan susah hati. Tambahan pula, topik yang sama dibincangkan oleh juruteknik dan jurutera terlibat. Mereka juga sedang mengalami proses penilaian setengah tahun. Tapi mereka di dalam satu kumpulan. Diego hanya kesorangan di dalam hal ini. Lagi lebat hujan di dada.

Sabtu-Ahad, Diego habiskan setenang-tenangnya bersama anak-anak dan isteri. Laporan yang dikehendaki belum disentuh, mahupun secubit. Melihat emel itu sahaja menyebabkan pengaliran darah ke jantung lebih kilometer dari biasa.

Ahad malam. Lepas makan malam baru Diego menjadi berani macam besi berani. Diego buka komputer riba. Tanpa mengendahkan struktur ayat di emel. Diego buat laporan yang dikehendaki. Diego buang sentimen dan emosi. Diego tutup perkara-perkara negatif seperti kalaulah, macamlah dan yang seangkatan dengannya.

Tiba-tiba terlintas,

"Eh, rakan sekerja En Benjamin pernah mengalami dipanggil seperti ini 2 tahun lepas dan hasil mesyuarat adalah dia dikehendaki menulis notis berhenti serta merta dan tiada pengganti hingga kini."

"Empangan!" - getus Diego. Telah dialih suara oleh editor.

Secara otomatik pengaliran darah di dalam badan Diego menjadi lancar dan bertambah kilometer jaraknya. Ini situasi getir. Seakan telur puyuh dihujung tanduk lembu Matador. Adakah....?

-----BERSAMBUNG--------

KUIZ Catatan Diego - Kali ini korang harus jawab. Agak-agak, apa la hasil mesyuarat itu? Bincangkan kaedah paling efisien menghadapi situasi ini. Kini menghampiri bulan 7. Hadiah penyertaan adalah salinan keras himpunan kisah bersiri dari blog ini yang punyai satu Siri Khas yang tidak akan diterbitkan di dalam blog ini. Cetakan terhad. Hadiah utama seperti yang telah dibincangkan adalah hadiah barangan esklusif.


4 ulasan:

sheyda berkata...

wei, gile ah, diego takkn nk alami nasib sama seperti Mr. Benjamin yang telah pulang ke Sri Lanka? ek? Maka aku sebagai jawatankuasa penilai luar berasakan harusla report di tulis sehabis angkat bakul bagi menjamin masa depan dan meletakkan unsur2 kekangan masa dalam mencari pelanggan baru..erm, menjawab soklan kuiz tak?

Helmie Hleb berkata...

Bro..nie kes panas nie..rasa2nye baik prepare something yg tnjk kau kerja..something like profit generated, dealing done,future planning..kne provide skali ngan statistik nie..kalo gagal sure jeorpedize ler keje n famly kau bro..aper2 hal wisjh u luck bro..

a z m i r berkata...

kesian. Kerja yang dibuat tak terlihat oleh bos.

keputusan mesyuarat rasanya positif kot! Katanya best student masa jawab exam berkaitan kerjaya aritu.

prepare je lah report yang perlu, berserta bukti dan hujah yang kukuh. pastikan gambar2 bukti diedit dengan menarik menggunakan photoshop bagi mengalih perhatian panel penilai.

Usaha tangga kejayaan!

Adam Ruslan berkata...

^sheyda^rage^azmir^

Mekasih untuk sokongan moral. Akan dikongsi keputusan mesyuarat dalam masa terdekat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...