Tiap kali menjawab telefon, Diego hanya akan menggunakan telinga kiri untuk mendengar. Tiada guna dan sangat kekok kalau menggunakan telinga kanan, hampir tak pernah terjadi. Refleksnya memang meletakkan henpon di telinga kiri. Jadi tangan kiri yang akan memegang telefon. Kalau-kalau perlu sahaja tangan kanan digunakan.
Diego juga akan memilih tempat duduk di meja makan, berjalan beriringan, duduk bersanding, meja mesyuarat, layan khutbah Jumaat, kerusi dalam bas, berbual dan segala aktiviti yang memerlukan pendengaran secara 'mengiri' subjek. Ini bermaksud, hanya membuka ruang kiri untuk menerima gelombang bunyi yang dikeluarkan. Kalau ada pun rakan di kanan Diego tengah makan meja bulat dan mahu bersembang, Diego akan berpaling ke paling kanan dan mendengar dari kiri.
Ok, cukup rahsia bukan? Mengejutkan, ye dak?
Jangan beritahu orang lain tau.
Masalah ini bukanlah masalah besar yang perlu diperbesarkan. Akan tetapi, kes yang berlaku baru-baru ini menimbulkan dilemma buat Diego. Perbualan dengan ejen yang ingin menjual insurans secara talian telefon kepada Diego agak sukar untuk dihuraikan.
Tasha-ejen-insurans. "Jadi encik pada masa ini ada apa-apa kecacatan fizikal yang ingin dikongsikan?"
"Err, telinga saya tak dengar sebelah?" jawab jujur Diego.
"Aaa, macam mana tu encik?" Tasha mencuba kepastian.
"Aaa, telinga saya tak berapa dengar sebelah kanan" jawab Diego.
"Oh, jadi encik ada apa-apa kecacatan fizikal, tak de telinga ke macam mana?" tanya Tasha.
"Err, ada" pendek dari Diego.
"Jadi saya ulang, encik ada apa-apa kecacatan fizikal kekal?" tanya Tasha.
"Err, takde" jawab Diego.
Okeh. Menurut pengalaman di atas, dapat disimpulkan bahawa soalan berkenaan kekurangan diri rasanya memang sensitif untuk dijawab rupanya. Jadi kalau berjumpa dengan orang yang kudung tangannya, janganlah ditanya, 'Eh, awak takde tangan ye?' ataupun, 'Eh, tangan awak kudung, macamana awak makan?'. Soalan itu mungkin membuatkan hati pendengar itu sebak hatinya.
Sebenarnya, bukan soal sensitif yang ingin dikongsikan. Tapi soal sama ada ketiadaan pendengaran sebelah telinga itu boleh dikira sebagai cacat/hilang upaya/OKU. Sampai sekarang Diego tidak mendapat definisi yang betul. Bolehkah Diego meletakkan kereta di parkir OKU? Ini betul-betul dilemma.
Setelah carian internet dilakukan, menurut definisi Jabatan Kebajikan Masyarakat, hilang upaya pendengaran ialah tidak dapat mendengar dengan jelas di kedua-dua telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.
Selepas mendapat definisi ini, Diego berasa yakin yang Diego berada di landasan yang betul dan memberi jawapan yang betul kepada Tasha. Kehilangan/ketiadaan keupayaan mendengar 1 telinga tak la OKU. Tak perlu mendapat simpati dan tak perlu berasa rendah diri. Dah umur cenggini nak rendah diri ke hapa kan? Harapan untuk menggunakan petak parkir OKU tu nampak macam dah terkubur nampaknya.
Baiklah, hanya ingin dinyatakan disini, mungkin Diego boleh masuk Malaysia Book of Record sebagai jurutera pelincir pertama yang tidak dapat mendengar pada sebelah telinga. Aci tak? Hahah.
Ini rahsia kita ok.
Notakaki: Untuk Ayman yang comel lagi ceria, abah adalah contoh paling jelas dan nyata untuk meneruskan kehidupan dengan sepenuhnya. Jangan sesekali kamu bersedih.
6 ulasan:
ala yg cukup sipat pun, kadang2 bersikap orang tak cukup... hihihi.... insyallah jadi pedoman tulisan ini
Meremang bila baca notakaki catatan ni. Mmg power ayat nya
^duta^
Oo, aku tak cukup sifat la? Kecik ati Hahah.
^arzame^
Lama jugak sebenarnya nak tunggu Ayman pon meremang bulu roma membaca cerita ni. hehe.
syahdu boleh tak baca notakaki tu--
ha ah ok ok ini rahsia- tak bagitau orang lain-
dan- sila parking di tempat yang dibenarkan sahaja ;D
^ayen^
Selalu-selalu memang dok terasa boleh parking kat tempat khas. Krisis identiti. Hahah.
Mesti Ayman tensen je baca, xde chance nak wat muka kesian...abah mesti x layan dop...
Catat Ulasan