1. Meletakkan Abou Diaby berbanding Denilson sebab Song digantung perlawanan. Sekurang-kurangnya Denilson lebih rajin berlari dan lebih baik menerjah berbanding Diaby yang selalu berlari anak tanpa tujuan khusus. Tiada pematah serangan langsung dibuat Diaby. Tidak hairanlah jika 9 penghantar bola terbanyak perlawanan adalah pemain Barcelona. Ini juga menyebabkan pertahanan lebih tertekan sehinggakan Nasri lebih kerap turun menjadi bek kanan pada separuh masa kedua berbanding bertugas di bahagian sayap.
2. Van Persie mengutip kad kuning sia-sia dengan menolak muka Alves. Kurang-kurang nak kad kuning sangat, cekik la balik Abidal tuh balik lepas tuh. Kalau tak kerana kad kuning pertama, tak ada la kad kuning kedua dan seterusnya kad merah kan?
3. Fabregas tidak cergas. Nampak sangat keletihan. Mungkin juga terlebih teruja sebab buat pertama kali dia bermain di Nou Camp. Dia kelihatan teruja dengan kelas yang ditunjukkan oleh Messi ketika mengambil penalti yang memukau dan mengeraskan Almunia tanpa apa-apa agakan. Back-heel beliau juga adalah assist buat Ineista menyauk bola ke pada Messi untuk gol pertama. Di dadanya Arsenal, di hati masih Barca.
4. Arsenal tiada langsung penguasaan pemain tengah dan permulaan serangan. Kalau di Emirates kurang-kurang ada Walcott untuk membuat larian laju dari kanan, kali ini apa boleh diharap pada Rosicky untuk berbuat demikian?
5. Koscielny belum betul-betul stabil sebagai bek tengah yang berwibawa.
6. Pengadil? Itu hak dia nak mengadil cara dan sistem apa.
Apa pun, ada juga sinar cahaya.
Almunia kelihatan berusaha bersungguh-sungguh bermain dan berjaya menampan lebih 11 percubaan 1 dengan 1 dengan Messi dan Villa.
Djouru juga bermain baik dengan agakan terjahan yang baik kecuali untuk gol ke dua Barca.
Juga kekalahan di tangan Barca memudahkan tumpuan Arsenal untuk piala kejuaraan liga domestik dan piala FA. Masih ada harapan.
Hujung minggu ini akan bertemu Man Utd pula untuk suku akhir piala FA. Satu lagi perlawanan penentu sama ada kemarau piala akan terus berterusan atau masih berpotensi.
Agakan aku, Wenger berkemungkinan besar menurunkan skuad sama seperti perlawanan Leyton Orient dengan Bendtner dan Chamakh berganding di serangan. Fabregas dan Van Persie sebagai simpanan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan