Advertlets

Khamis, April 07, 2011

Catatan Diego - Jentera Berat@Seminar


Okeh, cuba bayangkan yang Diego ada kat rostrum tersebut, memegang mikrofon tanpa wayar di tangan kanan, memegang pengalih 'slide' tanpa wayar di tangan kiri. Sambil memperdengarkan ilmu hal-hal jentera berat dan kegunaan minyak pelincir untuk hal sedemikian. Tidak perlu kata-kata fantastik seperti teknologi nano, ultra fine micron particles, cari kaki sepasang dan teknologi FIR sambil berdengar-dengar dengan pemasaran yang mematuhi syariah.  

Di depan Diego pula ada 80 orang di 13 meja bulat. Semua yang mendengar adalah stended bos-bos dan pemilik berbelas-belas kekadang berpuluh-puluh jentera berat seperti lori barang, lori tangki, lori kargo, lori hantu, jengkaut, jentolak, backhoe, pemampat jalan, kren beroda dan sebagainya. 

Semua yang datang angguk-angguk, tapi tak perlu dipaksa untuk letak deposit RM21,000 untuk 10 barang dan lantak kaulah nak jual macam mana lepas itu. Kau nak pinjam bank ke, keluar duit ASB ke, jual tanah ke. Semua yang datang tidak dipaksa apa-apa. Dapat cabutan bertuah iPad lagi adalah. Tak ke steady marketingnya?

Ok, dah bayangkan semua itu? Power kan? Peh..

Ok cuba bayangkan pula pada ketika dan masa ini, rakyat kebanyakan tengah tengok rancangan Jalan-jalan Cari Makan sambil menunggu rancangan Melodi. 

Betapa bersyukur dan terpilihnya Diego dengan pengisian ruang sempit hujung minggu dengan majlis ilmu sebegini. 

Syukur Alhamdulillah!

2 ulasan:

d u t a berkata...

tahniah...
ucapan tu ada prompter tak? hehehe

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Tak de la berucap sampai ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia tiap-tiap tengahari. Itu servis awam. Haha.

Setakat berucap hal-hal propesenel je. Ini bukan untuk keglemeran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...