Satu lagi, setiap kali servis, aku dapat baki dalam secawan minyak hitam, kalau aku simpan, kumpul lama-lama, ada effect tak? Means effect dari segi expiry dan juga dari segi dicampur yang baru dengan yang lama. Sayang nak buang.
Minyak berbaki tu sebab ada enjin memang tak akan guna penuh 4 liter untuk setiap kali penukaran minyak. Ada enjin yang macam kereta aku, tak pernah dia bagi pon baki minyak dalam botol. Ada juga baiknya sebab memang agak semak nak kumpul botol-botol minyak lama ni.
Ok, berbalik kepada kegunaan baki minyak hitam tersebut, ianya boleh digunakan untuk menambah jika berlaku kekurangan minyak hitam dalam enjin selepas beberapa ketika. Ini selalu terjadi untuk enjin kereta lama bila kelegaan enjin mula bertambah sebab berlakunya kehausan. Jadi minyak hitam akan turut terbakar di dalam proses pembakaran. Itu sebabnya adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kandungan minyak hitam dalam enjin sewaktu pagi sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tau kan nak cek minyak hitam cemana kan?
Kalau tak ada jugak peluang nak top-tup enjin sendiri, boleh la sedekahkan kepada yang memerlukan.
Eh, dah boleh campur-campur tak ni?
Sebagai seorang teknikal, memang tidak disarankan untuk mencampur-campur lebihan minyak yang dulu dengan minyak lebihan yang sekarang. Sebab ruang, cuaca, tempat dan cara penyimpanan minyak lebihan itu agak meragukan. Bila meragukan, dikhuatiri minyak yang kita nak guna balik tu akan mengandungi pelbagai kandungan benda-asing yang boleh merosakkan enjin. Benda-asing yang paling kritikal untuk enjin adalah air (dari wap air) dan habuk / partikel keras yang tidak nampak dari mata kasar.
Jadi, sebagai rakyat yang bertanggung jawab ke atas alam sekitar, cemana nak buang minyak hitam lebihan tu?
Paling senang adalah kumpul-kumpul semua botol yang sejak 2-3 tahun lepas tu, isi dalam 1 botol dan bawa ke kedai servis motorsikal atau servis kereta. Tanya tuan kedai di mana tong depa isi minyak teguna. Tuang semua dalam tong tersebut. Pandai-pandai la depa nak buang minyak terguna tu cemana. Selalunya depa jual kepada pemunya kilang yang ada dandang. Ada kilang yang perlukan minyak terguna untuk dibakar sekali di dalam dandang.
Ada juga tuan punya kilang belakang rumah yang membuat minyak pelincir sendiri dengan mengitar semula minyak pelincir terguna. Depa tapis, buang partikel, jernihkan sikit warnanya, pek semula dalam bekas baru. Jual. Hehe. Jadi, hati-hati dengan minyak pelincir yang terlalu murah dari harga di kedai. Mungkin itu minyak pelincir kitar semula. Minyak tak berguna tu.
Ini soalan baru dari En. Shooter. Beliau ada blog, tapi dah fedap dengan maklumbalas yang tidak sepatutnya. Sebabnya, pembaca blog beliau tiada hati yang tulus ikhlas. Tak macam pembaca blog ini. Syabas pembaca blog ini. Hehe. Kalu tak, aku pon fedap, biar blog terbengkalai. Amacam?
Bila hang nak jawap soalan topup minyak tu sebab aku mengamalkan untuk myvi aku.
Soalan satu lagi:myvi aku punya log servis 10k@6bulan. Aku xpernah cecah 10k pada 6 bulan. So aku servis setiap 6 bulan walaupun mamat produa boh pelekat kat cermin next servis next 3 month. Ok ke x?
Soalan satu lagi:myvi aku punya log servis 10k@6bulan. Aku xpernah cecah 10k pada 6 bulan. So aku servis setiap 6 bulan walaupun mamat produa boh pelekat kat cermin next servis next 3 month. Ok ke x?
Soalan lebih kurang sama dari ~ fiza.
En. amani....
nk tny ni hehe
Contohnya, klu servis pd 40000km, dekat pelekat kt cermin tu suh dtg next 45000km, tp buat2 xnmpak n pergi servis 50000km, apa efek ye?
nk tny ni hehe
Contohnya, klu servis pd 40000km, dekat pelekat kt cermin tu suh dtg next 45000km, tp buat2 xnmpak n pergi servis 50000km, apa efek ye?
Ok, sebagai penjawab soalan dan usaha mengekalkan originaliti, aku tak ubah la struktur soalan walaupon hati terasa nak ejas jugak perkataan ala sms ni. Heheh.
Soalan berdua ni memang berkisar terhadap jangka masa terbaik untuk menukar minyak pelincir. Kalau mengikut tertib dan panduan, paling utama adalah mengikut panduan dan rekemen dari pengeluar kereta.
Dalam hal Myvi, memang Perodua rekemenkan servis setiap 10,000km atau 6 bulan, yang mana lagi DAHULU. Jadi apa yang encik Shooter buat adalah wajar. Aku dah belek bekas minyak yang PERODUA gunakan. Minyak pelincir separa-sintetik 5W-30. API SM. Teknologi dari PETRONAS. Senang kata, minyak PETRONAS, cuma Daihatsu pek semula.
Cemana dan apa justifikasi dari PERODUA untuk servis 10,000km dengan mengunakan minyak pelincir separa sintetik, aku kurang pasti. Kita tinggalkan hal ini sebentar. Kita tengok apa pula panduan dari pengeluar minyak pula.
Dari panduan minyak pelincir Mobil, ada 3 jenis yang telah dibincangkan seperti dahulu. Ada mineral, ada separa sintetik dan ada yang sintetik sepenuhnya.
Mineral atau Mobil Super 1000 direkemen untuk penggunaan 5,000km atau 3 bulan.
Separa sintetik atau Mobil Super 2000 XT2 direkemen untuk penggunaan 8,000km atau 4.5 bulan.
Sintetik sepenuhnya atau Mobil 1 pula direkemen untuk penggunaan 10,000km atau 6 bulan.
Ini untuk segala jenis kenderaan dan keadaan.
Jadi memang ada sedikit percanggahan dan panduan dari pengeluar kenderaan dan pengeluar minyak. Bagi aku, pengeluar kenderaan ada justifikasi sendiri untuk membuat pengesyoran sebegitu sebab mereka 'mungkin' telah mengambil kira teknologi enjin mereka, keupayaan penapis minyak pelincir mereka dan pelekap/pelitup mereka. Aku guna perkataan 'mungkin' sebab aku tak kerja kat PERODUA. Jadi aku berharap memang mereka ada hal-hal RnD yang sebegini sebelum mereka membuat pengesyoran sebegitu. Rasanya kereta buatan Jepun memang dah banyak membuat pengsyoran sebegini, jadi tiada salahnya mengikut pengsyoran sebegitu, apa-apa jadi boleh hantar balik kereta tu kat depa. Waranti depa yang tanggung. Janji bukan buat menda yang melanggar waranti.
Untuk menjawab apa efek kalau kita melanjutkan tempoh menggunakan minyak pelincir dari sepatutnya, ini lebih kepada cemana kita mula-mula duk pikir nak beli ke tidak insurans hayat untuk diri kita dulu la.
Masa mula-mula, mesti kita duk tangguh-tangguh, takpe. Nanti kemudian-kemudian kita beli la kan. Tapinya, menda-menda hayat ni kekadang tak boleh nak diramal. Sama jela dengan keadaan dalam enjin kereta kita. Bagi golongan rakyat jelata yang jenis hantar kereta kat kedai, duduk baca suratkhabar, siap je terus sign resit dan bayar, memang tak tahu la apa jadinya kan.
Ok, jadi jawapan sebegini aku mengambil konteks penjual insurans la. Cerita terus senario paling teruk boleh terjadi kalau kita mengambil langkah melambatkan tempoh menukar minyak pelincir enjin. Kalau lambat amik insurans, apa la kot terjadi kan?
Ada 2 worst-case scenario bagi yang melambatkan penukaran minyak pelincir.
1. Telah diterangkan sedikit dalam edisi terdahulu. Minyak pelincir ada sejenis additif berfungsi sebagai anti-oksida. Semua jenis pelincir ada jangka hayat. Jangka hayat pelincir bergantung kepada kandungan anti-oksida ini. Additif ini mekanismanya adalah guna-habis. Bila sudah digunakan semuanya, pelincir akan mula teroksida. Oksida ini macam kedut di muka kita la. Banyak sangat kedut, tahulah tuanya kitakan.
Kesan dari proses oksida ini adalah pembentukan asid. Bahan-bahan yang telah dioksida boleh bertindak balas dengan air (yang boleh masuk ke enjin dari proses kondensasi atau pelekap yang kurang efektif atau dari pencantuman H dan OH). Dah namanya asid, jadi ianya adalah bersifat menghakis la kan. Jadi apa-apa jenis hakisan boleh berlaku terhadap komponen dalam enjin dengan terbentuknya asid ini la. Nama saintifiknya, carboxcylic acid.
Selain dari hakisan, boleh juga asid ini membentuk varnish dan enapan. Nak tengok bentuk enapan?
Macam plak pada gigi, mekanik kereta tengok rupa macam ni, menangis dia secara teknikal. (Tapi dalam hati bergembira la, kaw-kaw boleh tekan). Punca enapan untuk enjin ini? Heheh, berjumpa di siri yang lain.
Rosak komponen-komponen ini di dalam enjin, jenuh nak ganti la jawabnya. (macam penjual insurans tak?)
2. Bagi kenderaan berpenapis minyak pelincir yang mempunyai ciri pintasan. Yang mana kalau penapis minyak pelincir itu sudah betul-betul penuh, minyak dah tak boleh lalu lagi, pintasan ini akan diaktifkan supaya laluan minyak tidak akan tersangkut atau tersekat. Ciri ini memang baik untuk mengelakkan dari enjin jem atau rosak teruk disebabkan ketiadaan pelinciran, tetapi sesuatu yang buruk boleh berlaku jika digunakan secara berpanjangan.
Bila sahaja pintasan ini berlaku, bermakna enjin tiada lagi penapis minyak pelincir. Ketiadaan penapis menyebabkan apa sahaja partikel dari kehausan enjin atau partikel-partikel lain dari benda-asing bebas bergerak. Partikel ini ada yang keras, yang boleh membuatkan permukaan yang bergeseran lebih teruk bergeser. Semacam efek kertas pasir pada permukaan yang bergeseran. Ini dinamakan kehausan dari efek potongan 3 badan (3 body cutting wear) bilamana partikel keras ini berada di antara dua permukaan yang bergeseran.
Jadi, bagaimana penapis minyak pelincir boleh betul-betul penuh? Dengan melambatkan tempoh penukaran / tempoh servis. Sebab setiap kali servis / menukar minyak hitam, memang penapis pelincir akan ditukar sekali. Tapi berapa lambat? Bergantung kepada keadaan. Ada pernah kencing manis nak bagitau kat hangpa bila dia nak mai kat hangpa? (tetiba mode insurans balik)
Lagi satu tentang penapis minyak pelincir ini, hati-hati dengan penapis tiruan. Sebab ciri pintasan ini memerlukan sedikit tekanan. Kadang-kadang penapis tiruan hanya meniru rekabentuk penapis, tetapi bukan teknologi penapis. Jadi silap-silap pintasan ini berlaku dengan hanya sedikit tekanan atau berlaku lewat sangat sebab memerlukan banyak tekanan. Dedua boleh merosakkan enjin.
Kereta mana yang ada penapis berpintasan ini? Rerajinlah bertanya kepada yang lebih arif. Di kedai servis PROTON ada yang mempamerkan penapis asli atau penapis tiruan, di dalamnya ada keratan rentas penapis minyak pelincir ini. Menarik.
Rasanya setakat itu sahaja buat masa ini. Kita berjumpa lagi kalau ada lagi soalan-soalan lain. Semoga mendapat manfaat bersama.
7 ulasan:
Emmm....menarik jawapan encik amani. Encik shooter telah memberi nafas baru pada blognya. Mungkin en. Amani xpernah melawat blognya agaknya. So...soalan seterusnya
1. Pernah dgr dgn additive minyak xr-1@lain2?betul ke mende tu boleh memberi lebih kilometer?kalo lah betol penat la sheelp wat v-power kan?
2. Oil catch tank-encik mekanik ckp nk perangkap habuk@partikel dlm minyak hitam dan sume2 tu masuk situ. Aku nmpk cam teori perangkap kelodak di sinki. Betoi ke leh camtu?kalo betoi nape merc@beemer xde teknologi tu?
3. Karang banyak tanye pulak ko suruh aku amek course SME pulak. Hehehe bye
mula2 ain semangat lagi nak baca.. maklumlah.. kereta suka hati je dilepaskan kuasa kepada abang Produa atau my Papa.. hehehe...
tp tak sanggup terus baca.. sbb pening.. huhuhu... tu la beza ain dgn abang adam! hehehe..
bila nk tgk baby baru ni!!!??
^shooter^
Hang disable feed blog hang, mana nak update dalam blog list aku. Huhu.
Okeh, nanti aku cuba jawab. Tapi yang berkisar hal2 minyak ada la pengetahuan sikit.
Komponen pelik2 dalam enjin tak la terer sangat. Hehe.
hehe dush kena tegur bahasa....
baiklah, lepas ni saya tak ulang lagi ye hehe
abg adam arif kn tentang proton, kalau persona ada penapis berpintasan tu tak?
so kena tukarlah mengikut catatan pada cermin kereta....
^shooter^
mmm... tu lah byk lak soklan pelik2. bukak honda service website le... ops lupa, tak reti nak tulis ek?
amani...
thanks info ni. berguna. satu lagi...
^ayen^
Datang je hujung minggu ni. Bawak skali keropok ke hape. Hehe.
Apa yang pening nya. Membaca di dalam bahasa Melayu mudah je nih.
^fiza^
Rasanya ada penapis berpintasan tuh dalam Pesona.
Setakat 1k ke 2k lebih tu ok lagi.
^Duta^
Macam soalan tak siap je. Heheh.
yeah! diundang! (klu tak diundang pn mcm la segan nk datang kan...)
tp abg sport tak de.. klu dia ada.. senang.. ain diam je, dengar je abg sport bual dengan abg adam, pn dah informative giler mcm dgr lecture.. tak yh susah2 nk involve hahaha..
Catat Ulasan