Senyap dan tak berapa ke hadapan. Tambah-tambah kalau suruh bercakap dihadapan.
Gigil kepala lutut, lemah terus sendi-sendi, bepeluh habis tapak tangan, pikiran jadi kosong dan jantung gugup macam nak dapat keputusan peperiksaan.
Ada satu masa ketika dipilih untuk membaca doa berbuka puasa di hadapan dewan makan yang penuh dengan ramai perut yang lapar, Diego baca doa penenang hati dan pembuka fikiran untuk belajar. 'Allahummaftah alaina hikmatakaya wansyur alaina...
Ada suatu ketika sebab presiden badan wakil pelajar tertidur di bilik asrama dan tidak kembali ke sekolah untuk menghadiri perhimpunan rasmi tiap minggu yang diadakan pada waktu prep petang, Diego terpaksa mengambil alih tugas ucapan sebagai wakil kepada badan wakil pelajar kerana status nombor 2 beliau yang diterima secara auto bukan undian. Ucapannya penuh vibrator (suara yang bergetar) dan sangat ke laut konteks serta isi kandungannya.
Bila disuruh mengisi borang memohon jawatan bagi 'Sales & Application Engineer' yang tentunya perlu berhadapan dengan pelbagai pelanggan dan membuat sesi penerangan serta perbentangan slaid, Diego isi bahagian kelemahan dengan kata sifat 'non-talkative'. Apakah?
Kemudian-kemudian, menyorot laju ke hadapan, 7 tahun dalam karier Diego telah memaksa beliau beradaptasi dengan situasi semasa. Tetap rumit bila semua slaid perbentangan, slaid konferens, slaid latihan dalam syarikat, slaid latihan awam, slaid seminar dan pendek kata apa jenis event yang boleh ada dalam bilik mesyuarat semualah, dan semuanya berbahasa asing. Mujurlah tidak siapa peduli sangat sebutan perkataan teknikal yang dibicarakan. Janji maksudnya sampai. Ini bukan sesi berita BBC. Disebalik semua istilah teknikal itulah Diego berselindung dan menyembunyikan gigil kepala lutut, lemah terus sendi-sendi, bepeluh habis tapak tangan, pikiran jadi kosong dan jantung gugup macam nak dapat keputusan peperiksaan.
Hari semalam, datang lagi satu selok belok kerja dalam bidang penghebahan kepada Diego. Kali ini sebagai juruacara majlis makan malam tahunan kompeni bertema. Berpasangan dengan seorang amoi supaya bahasa Cina, Melayu dan Inggeris dapat dihebahkan pada malam itu nanti.
Sub-tender juruhebah kenduri kahwin pon tak pernah, ni nak menghebah majlis makan malam tahunan kompeni yang bertema? Ish..
Celah mana istilah teknikal mana nak diguna untuk bersembunyi nanti?
Oh, temanya adalah 'Wild' atau Liar. Meliar berkeliaran la gamaknya hebahan tu nanti.
Sekarang-sekarang, Diego mula merasa gigil kepala lutut, lemah terus sendi-sendi, bepeluh habis tapak tangan, pikiran jadi kosong dan jantung gugup macam nak dapat keputusan peperiksaan.
Tangan pon ditadah... "Allahummaftah alaina hikmatakaya wansyur alaina..."
Notatapak tangan: Template ada templete? Segala pertolongan amat dihargai.
5 ulasan:
berusaha! hehe
hehehe..
template tak dak...mahap la..!
selamat gigil kepala lutut, lemah terus sendi-sendi, bepeluh habis tapak tangan, pikiran jadi kosong dan jantung gugup macam nak dapat keputusan peperiksaan ya!
WILD?
Bahaya tu...
gud luck bro! haahaa blasah je ckp merapu2..
^fiza^
Hehe, sedang.
^ayen^
Takpe, tolong komen pon ok.
^Saiful^
Hehe, "wild" boleh jadi macam-macam. Wild mushroom misalnya.
^Qis^
Wokeh. Belasah je.
Catat Ulasan