Selamat Hari Ibu untuk Mak.
Speselnya Mak berbanding mak-mak orang lain adalah kerana Mak merupakan GPS bergerak. Itu dalam kepala dia juga sudah ada satu peta sebelum kemunculan Google Map lagi. Mak suka mencuba jalan baru bila bawak kereta, mak ingat jalan-jalan seluruh Semenanjung Malaysia sebab mak hampir pernah duduk di seluruh negeri dalam Semenanjung dan sampai sekarang mak akan tetap mencuba segala jalan alternatif. Kalau aku bawak kereta dengan Mak, bila Mak jumpa mana-mana jalan yang belum pernah dicuba walhal pergi Mydin Subang sahaja, Mak akan try. Dan aku akan folo. Dan sampai jugak balik rumah, walau kadang-kadang tak short-cut pon jalan itu. Dan sekarang aku pon suka buat macam itu untuk anak-anak dan isteri kat sini. Best woo jalan-jalan bawak kereta untuk cari jalan.
Mak juga spesel sebab walaupon mak pernah menetap di banyak negeri orang lain, tapi dia tetap membawa perwatakan dirinya dan jati dirinya kemana-mana juga. Ada hangpa pernah berani nak tawar menawar harga kain kat Pasar Majlis Bandar Kota Bahru dengan loghat Kedah pekat? Dapat pulak tuh. Tu belum cerita kat Seremban beli ikan lagi. Aku nak beli gula-gula 20 posen pon cuba-cuba try loghat Kelate dengan makwe jaga kedai. Nanti bila aku dah pangkat pakcik-pakcik, mungkin aku nak cuba jugak, tapi pelat Johor pon macam dah mula sebati, cemana ek?
Mak juga pakar dalam hal ehwal menyimpan. Simpan duit, simpan perasaan dan simpan barang-barang. Err, yang ini pon aku rasa aku folo jugak sifat mak ni. Simpan barang-barang lama yang dah berkurun lamanya, tapi masih ada lagi sampai sekarang. Bukan barang yang spesel mana pon, tapi boleh kata semua barang sayang nak buang. Cenggitulah mak.
Juga selamat Hari Ibu untuk Ayang. Dia juga ibu pada 2 kanak-kanak riang lagi ceria.
4 ulasan:
gigih baca..
tulis komen tak berapa gigih..
tp komen gak coz nampak sangat menarik tentang mak yang mcm GPS...
hobi yg menarik!
padanla rumah kemas... rupanya penyimpan barangan artifak! ahaks!
^ain^
Ini bukti hidup yang mana perempuan juga pandai arah tuju atau ingat jalan. Heheh.
^Duta^
Rumah kemas sebab persijilan ISO ye. Hahah.
rumah kemas: patut amalkan 5S plak pasni..selain dari persijilan ISO ye..hahah
oke, mak turun KL minggu ni, balik la SJ buat surprise, sambut Hari Ibu yang Tertunda..
Catat Ulasan