Advertlets

Jumaat, Mei 14, 2010

Catatan Diego - Hempok@Jaga

Dengan langkah paling bergaya, Diego keluar dari Lancer GT 2.0. Menuju terus kepada pak gad untuk mendaftar.


Ramai jugak pelawat pagi ini. Jam sikit lagi nak masuk pukul 10 pagi. Janji dengan Pengurus Pembuatan Kilang pukul 10 pagi. Kalau terlambat, mau tak jadi depa beli minyak hidraulik terunggul di dalam sektor industri ini.


Di meja pendaftaran ada pak gad tengah duduk menguruskan pelawat pertama. Ada 3 anak muda, 2 lelaki dan seorang perempuan. Terkernyih-kernyih. Berdiri di sisi sebelah tepi kiri dan tengah meja. Berhadapan dengan pak gad yang tengah duduk. Berbaju t'shirt berkolar hitam semuanya. Yang perempuannya bertudung. Berseluar jeans dan berkasut kanvas. Bukan Converse ye. Baju tak tuck-in. Rambut masih lagi nampak rapi, tapi dah namanya remaja, sapa yang berani nak sikat belah tepi lagi sekarang. Di depan remaja yang tengah, ada fail keras plastik lut sinar. Ada sijil atau surat beranak mungkin.


Diego masih menunggu pelawat pertama menulis borang pendaftaran. Sambil-sambil tu, sempat mengerling nombor plat kereta Lancer GT 2.0, masih tak ingat nombor platnya. 


Selesai pelawat pertama, kini giliran Diego mengisi borang. Diego mengambil ruang di sebelah kanan pak gad untuk mengisi borang. Pen dikocek kanan seluar dikeluarkan dipicit hujungnya dan digunakan untuk mengisi borang. Sedap lagi lancar bila tulis pakai pen sendiri. Tiap ruangan di isi dengan sesegera mungkin. Diego tekun menulis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


Di bahagian back-ground pendengaran Diego, ini yang telah berlaku.


Pak Gad "Hah, nak mintak kerja ke?"


Ketiga-tiga remaja itu mengganguk barangkali. (Diego tak nampak apa-apa pergerakan atau perbuatan sebab masih sangat fokus dengan mengisi borang).


Pak Gad "Ada pen tak?". Pak Gad menyoal duga lagi remaja ini. Kalau dengan Pak Gad pon tak lepas, cemana nak bertemu pengurus sumber manusia nanti.


Dirasakan ketiga-tiga remaja ini menggeleng kepala atau memandang sesama mereka. Tanda sorang pon tak ingat nak bawa pen mahupun kepentingan pen di dalam sesebuah temu duga mencari kerja. Pada masa ini, di bahagian back-ground kepala otak Diego sudah mengeleng-gelengkan kepala. Pen penting oo dik oi.


Pak Gad menambah. "Takde pen? Kau nak isi borang dengan apa kalau tak ada pen?". Sedikit meninggi suara Pak Gad. Muka remaja tadi masing-masing macam tersentak atau terkelu melihatkan begitu rincinya Pak Gad dengan isu pen.


Pada masa ini, sedang Diego masih membongkok mengisi borang, meja tempat Diego mengisi borang mula memindahkan bunyi yang terhasil dari hentakan fail plastik keras yang di pegang oleh remaja lelaki yang di tengah. Kemudian di susuli pula dengan bunyi fail plastik keras lut sinar itu dirampas oleh Pak Gad dan berterbangan lalu hinggap di dada remaja yang tengah. Kertas-kertas di dalam fail bertaburan di lantai. Tidak lepas sesaat kemudian, sebuah buku kulit keras juga hinggap di dada remaja yang tengah. 


"Kau kurang hajar ye, macam ni perangai ko nak mintak kerja kat sini?" Pak gad yang tadinya di kiri Diego, telah meluru melintasi belakang Diego dan ke arah remaja yang tengah. Rakan lelaki remaja yang tengah datang untuk memback-up kawannya. Pak Gad masih dapat menolak tubuh remaja yang tengah untuk seketika, sebelum berundur.

Pak Gad masih kemarahan akibat perbuatan biadap remaja itu. "Kurang ajar sungguh!" henyak Pak Gad.


"Hek ele, cakap elok-elok aa, hal pen seringgit tu pon kau nak kecoh apahal?" Remaja yang tengah mula membalas.


"Kau kurang hajar ek, baik ko berambus dari sini" Pak Gad masih berada di dalam kawalan adrenalin amarah. 


Pada masa dan ketika semua ini, Diego masih lagi terbongkok-bongkok mengisi borang, terhenti seketika bila Pak Gad itu meluru ke arah remaja, tapi sambung menghabiskannya bila rakan-rakan remaja itu menarik dia jauh dari pintu pagar kilang batu jubin terbesar di daerah itu. Ah, kaget tak tau nak bereaksi cemana di dalam situasi begini.


Diego simpan kembali pen yang dibawanya dan menghulurkan borang yang telah siap diisi kepada Pak Gad. Pak Gad beri 2 kad pelawat untuk Diego dan rakan sekerjanya. Yang masih menunggu di dalam Lancer GT 2.0. Diego masuk kembali di tempat duduk penumpang sebelah pemandu sambil menyerahkan kad pelawat kepada rakan sekerjanya, Pengurus Jualan Sektor Industri.


**********


Mesyuarat ditunda ke jam 11pagi. Diego dan rakan meluang masa dengan minum teh di kantin kilang. Wajah-wajah pekerja yang turut menikmati hidangan kantin Diego perhati satu per satu. Berbilang bangsa, kaum, negara dan agama. 

Tenaga muda remaja tempatan yang patut menikmati hasil pembangunan pesat industri pembuatan negara di daerah kelahiran mereka sendiri terhapus hanya kerana kekurangan sifat sopan dan hormat menghormati. Dan sebatang pen.


3 ulasan:

d u t a berkata...

uh... menarik2 drama ni. remaja ek? nk wat camne kan, kdgkala baran org ni susah di layan. k apapun mybe tuhan bg pegajaran kpd mana2 pihak yg ingin disampikn! uhuk...

ayen =D berkata...

pen pen pen...

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Sekadar berkongsi, tapi dedua pihak bereaksi dengan cara yang salah. Yang rugi, tetap orang kita.

^ayen^

Ingat ye, bawak pen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...