Advertlets

Selasa, Mei 04, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang XXV - Eja

Dalam kereta atas dashboard ada 3 topi bola lisut. 2 sama jenis sama warna. Ada lambang S, dapat percuma masa telefon peraduan radio, sekaligus dengan dengan tiket wayang tayangan perdana. Ini kegemaran Ammar dan Aqil untuk diperagakan dengan cermin mata hitam cap Spidermen keluaran Myden Hypermarket bila cuaca panas terik.

Sebuah topi lagi berwarna hitam. Dapat percuma juga sebagai cenderahati. Sebab dijemput bersyarah di dalam sebuah seminar untuk sebuah stesen janakuasa elektrik bebas dengan kehadiran 120 orang juruteknik, jurutera, pengurus dan pengurus besar.

Sebagai kanak-kanak yang meminum susu tepung yang bukan bertema 'minum susu ini untuk perkembangan otak yang sentiasa berhubung' sebagai minuman harian, Aqil mula mengeja perkataan yang tertera di topi berkenaan tanpa disuruh atau diminta. Kegemarannya mungkin.


H...

A....

M....

I....

J.... 

Topi abah!

Aqil sebut dengan begitu yakin sekali. Aku bangga betul dengan pencapaian beliau.





5 ulasan:

a z m i r berkata...

Hahaha.. kelakar. Ni mesti ikut abah dia ni..

chapaticokelat^^ berkata...

wahh...he was soooo excited to make u happy x)

don berkata...

tu la rasanya.....

~ fiza berkata...

gud boy aqil.... pandai amek ati abah hehe hati ummi dy pon dy pndai amek jgk hehe

amANI berkata...

^azmir^

Heheh, abah dia tak kelakar sangat sebenarnya.

^chapaticokelat^

Owh, he sincerely mengeja bukan untuk mendapat pujian.

^don^

Yep, rugi sapa yang belum ada anak ramai kan? heheh.

^fiza^

Bab-bab ni gud la.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...