Advertlets

Khamis, Julai 28, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 - (Malaysia Vs Singapura)

Perlawanan kedua peringkat ke-3 untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 benua Asia malam ini adalah SUPER penting.

Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan 2 gol dan tidak boleh bolos lebih dari 3 malam ini dengan Singapura. 2-0, 3-1, 4-2 dan lebih dari itu adalah antara keputusan yang boleh diterima malam ini.

Kalau lepas peringkat ketiga ini, Malaysia merupakan antara 15 pasukan yang layak ke peringkat ke-4 yang mana 5 pasukan sudah pon menanti iaitu Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Australia dan Bahrain. Peringkat kumpulan yang mana akan ada 5 kumpulan dengan 4 pasukan dengan perlawanan timbal balik home & away. 

Ini adalah ramalan untuk 15 pasukan yang berharapan untuk layak berdasarkan keputusan perlawanan pertama. Untuk semua pasukan yang menang di tempat sendiri, hanya Singapura yang diharapkan/ dijangkakan/ didoakan untuk tidak layak ke peringkat ke-4. Heheh.





Kenapa layak ke peringkat ke-4 ini SUPER penting? Ini adalah peluang paling cerah untuk mengutip sebanyak-banyaknya mata ranking untuk menaikkan status bolasepak negara. 3 kali lawan timbal balik dengan status perlawanan paling tinggi (kelayakan Piala Dunia) adalah satu-satunya peluang negara untuk mengutip sebanyak mungkin mata ranking. Menang atau seri, cerah la peluang untuk mengutip mata ranking. 

2 pasukan tertinggi tiap kumpulan akan dikumpulkan dalam 2 kumpulan dengan 5 pasukan tiap kumpulan untuk peringkat ke-5. Peringkat ke-5 adalah penentu pasukan mana yang layak ke Piala Dunia 2014. 2 teratas tiap kumpulan akan layak otomatik. Pasukan tempat ketiga akan bermain play-off sesama sendiri dan pemenang akan melawan pasukan play-off dari CONCACAF (tempat ke-4) atau CONMENBOL (tempat ke-5) atau juara Oceania yang belum ditentukan lagi.

Aku harap Malaysia menang besar dan terus layak ke peringkat seterusnya. Ini harapan peribadi dan 85,000 ribu penyokong Malaysia di Bukit Jalil (yang berbilang pasukan kegemaran EPL mereka) malam ini. Mungkin berjuta juga (termasuk aku yang dah kensel plan nak beli barang rumah kat JUSCO malam ni) akan berdepan dengan skrin TV malam ini. Para suri rumah diharap memberi kerjasama sebaiknya, sebab inilah sekecil-kecil harapan paling dekat untuk melihat pasukan Malaysia selangkah lagi menuju Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.

Lembaran baru bolasepak negara bertitik tolak di sini. MALAYSIA!!!



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...