Advertlets

Jumaat, Julai 22, 2011

Kanak-Kanak Memang Riang 39 - Amani 3.0



Baiklah, cerita ini berbunyi lebih kurang begini sahaja. 


Langsir kat bekground itu adalah satu-satunya langsir rumah ini. Hampir setahun jugak dah nak duduk rumah ini, tapi langsir yang datang secara buat khas untuk rumah ini masih belum lagi dibasuh atau ditukar. Sebelum ada apa jenis perabut dalam rumah ini, langsir dah siap dulu. Harganya berbaloi-baloi sebab pergi kedai bawa ukuran, pilih material dan kain yang berkenan,  bagi tau nak bubuh alang kayu, tebuk lubang letak ring. Tokey kedai setelkan yang lain-lain seperti menjahit, mengira berapa ela patut dipotong dan bawak gerudi dan tangga untuk memasang siap. Eh, bukan patut cerita pasal kanak-kanak di dalam gambar ke?



Baiklah. Kembali ke tajuk asal. Binatang berbentuk kuda itu adalah hadiah dari rakan sekerja semuanya setelah kelahiran Amani 3.0. Beliau bernasib baik kerana mempunyai mainan Fischer Price asli kerana abang-abang beliau hanya dapat merasa mainan Fischer Price asli secara pinjaman sahaja ketika baru nak bertatih dahulu.




Gigi Amani 3.0 sekarang berada di kedudukan hampir 4 batang baris atas dan 2 batang di baris bawah. Cuba bayangkan betapa sedapnya beliau mengigit perkara-perkara seperti bahu abang, peha abah, belakang ummi serta jari, lengan, ibu jari kaki dan perkara-perkara lain yang mungkin anda boleh terlintas. 


Beliau dikatakan sudah serah. Sudah kurus ataupun susut badan. Manakan tidak. Seluruh rumah beliau merangkak. Kadang-kadang secara berkelajuan tinggi. Peh, memang laju. Akan tetapi selera makan nasi beliau tidak pernah susut. Hobi mengacau orang makan nasi atas meja masih beliau teruskan walaupon banyak mendapat tentangan dari ibu bapa beliau.


Perkara seperti memasukkan sesuatu ke dalam mulut adalah biasa bagi kanak-kanak seusia beliau. Kadang-kadang beliau menggigitnya dan mengonggongnya sambil merangkak ke persekitaran yang lain dan kelihatan sangat comel. Tambah lagi yang digigit ialah plastik bekas taufufa. 

Kelihatan di belakang beliau ada sebuah meja makan. Meja ini berfungsi sebagai meja makan nasi, meja buat kerja sekolah, meja menyepahkan nasi, meja menumpahkan air dan meja mengetuk sudu. Kadang-kadang meja ini bertukar menjadi kereta lumba apabila diubah suai oleh abang-abang beliau. Merangkak di bawah meja juga menjadi trend kanak-kanak zaman sekarang. 

Nota kaki: Gambar-gambar telah dipotong mengikut kesesuaian penceritaan supaya pembaca hanya mendapat maklumat yang separa benar sahaja. Ini berikutan pengaruh media massa aliran utama ataupon bawah tanah sekarang yang suka menggunting tampal perkara yang mereka ingin sampaikan sahaja. Gambar penuh boleh mendatangkan fitnah dan tomahan buat mereka yang berkepentingan sebab di bekground itu penuh dengan elemen-elemen yang errr... emm tak apalah!.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...