Telah diberitakan, ASTRO bakal MENAIKKAN harga langganan pakej mereka bermula 1 Julai 2011 nanti. Sebagai suatu penyedia siaran tv opsyenel tanpa saingan ataupun monopoli, ASTRO tidak begitu bimbang untuk merombak poket-poket golongan rakyat berpendapatan sederhana kini. Tak suka, tak payah langgan kata ASTRO mendabik dada secara sinisnya dengan langkah mereka kini.
Releven ASTRO dalam hal menaikkan harga nanti ialah ketidaksanggupan mereka untuk menanggung beban kos pengeluaran kandungan yang semakin meningkat dari pengeluar tempatan dan antarabangsa serta hak siaran langsung sukan yang semakin meninggi. Inilah perspektif perniagaan ASTRO dalam hal ini. Mereka bukan penyedia khidmat masyarakat.
Pelanggan ASTRO bukan kali pertama menerima kenaikan dari ASTRO tanpa ada pilihan. Julai 2009 untuk kenaikan harga ekstrem pakej Sukan dan Jun 2007 untuk kenaikan 15% pukul rata semua pakej. Adakah ini trend untuk ASTRO menaikkan harga tiap 2 tahun? Oh, mereka tidak tertakluk dengan mana-mana perjanjian dengan kerajaan ataupun mana-mana pihak untuk tidak menaikkan harga.
ASTRO mungkin sedar bahawa mereka adalah penyedia perkhidmatan, yang mana mereka dengan segera bergegas mengikut langkah kerajaan menaikkan kadar GST kepada 6% (yang menyebabkan bil aku naik RM4.30 sejak Januari 2011) yang dibisikkan kerajaan kepada semua penyedia perkhidmatan (tanpa apa-apa pengumuman muka depan suratkhabar).
Servis yang diberikan ASTRO untuk mempunyai hak mengenakan GST 6% adalah seperti menolong pelanggan memotong beberapa pakej yang tidak perlu pelanggan bila dihubungi, yang mana serta merta pakej itu lenyap dari siaran pelanggan. Kepuasan pelanggan disertakan cas sebanyak RM10 untuk setiap pemotongan pakej. Terima kasih kerana mengunakan ASTRO kata telefonis!
Cuma ASTRO tidak berapa sedar tentang tanggungjawab sebagai pemberi perkhidmatan bilamana berlakunya ketiadaan servis akibat hujan rintik-rintik, tiada pula mereka memberikan apa-apa gantirugi akibat pelanggan hilang siaran ketika itu. Oh, ini mungkin sebabnya kebanyakan siaran ASTRO diulang tayang berkali-kali berbulan-bulan dan bertahun-tahun lamanya. Ada ka patut Siaran Sukan Asia Guangzhou 2010 pon ada lagi kat ASTRO Arena?
Bercakap berkenaan hujan rintik-rintik, sebagai pelanggan yang rasional, kami boleh menerima dan membaca penerangan dari risalah kiriman ASTRO yang secara amnya mengatakan, hujan ialah kuasa tuhan. Mereka tidak boleh menggaji bomoh hujan sepenuh masa semata-mata untuk memastikan semua piring satelit mereka berfungsi sepenuhnya ketika hujan rintik-rintik kerana bomoh hujan sendiri tidak paham prinsip 'rain fade syndrom'. Ini ialah fenomena natural untuk gelombang satelit yang terserap oleh titik-titik hujan kata ASTRO.
Akan tetapi, mereka tidak hanya berdiam diri. ASTRO yang bertimbang rasa telah menjemput AV Asia SB untuk mengkaji sindrom ini dan AV Asia mendapatkan specialist Jepun, Maspro Denkoh untuk tujuan kajian ini. Bila piring satelit baru sudah direkabentuk, AV Asia diberi hak esklusif untuk memasarkan piring satelit baru dengan teknologi mengurangkan rain fade ini. Sukalah AV Asia memberitakan ke ASTRO. Akan tetapi, ASTRO dengan berbesar hati menggunakan semua maklumat sulit lagi peribadi yang diberikan AV Asia untuk mengeluarkan satu tender baru bagi menggantikan piring satelit sedia ada. Ye, tender tersebut dimenangi
Tele Systems Electronics. AV Asia? Nganga luas-luas.
Satu kenyataan terbaik dari AV Asia semasa menyaman ASTRO sebanyak RM 1,300,000,000.00 tambah RM 4,410,000.00 ialah, piring satelit Astro B.yond kaler hitam itu sebenarnya tidak diperlukan langsung untuk pengguna mendapatkan siaran berkualiti Definisi Tinggi. Piring hitam tersebut sebagai mengabui mata pelanggan untuk ASTRO mengenakan cas tambahan RM 20 untuk pelanggan menikmati siaran Definisi Tinggi. Ini adalah kes mahkamah dan keterangan jelas sila rujuk pautan suratkhabar yang diberi.
Syabas untuk penjenamaan semula kaler piring satelit ini, kerana terang-terang memberitahu para profesional berstatus perompak untuk memprospek rumah-rumah tertentu yang perlu mereka pecahkan bila tiba musim cuti nanti sebab konfem rumah itu ada sebuah TV skrin rata lagi lebar berdefinisi tinggi bernilai ribuan ringgit.
Demi mengurangkan sentimen siaran Definisi Tinggi sepatutnya lebih murah ataupun sebenarnya tidak perlu bayaran tambahan, ASTRO telah merombak pakej-pakej mereka dan memperkenalkan Super Pack 1,2,3 (yang termasuk siaran HD) sebagai gula-gula kenaikan harga pakej mereka Julai 2011 nanti. Ini kata mereka, penjimatan terhebat untuk semua pelanggan. Stratergi pempakejan semula pakej-pakej penuh kandungan kitar semula yang kurang sambutan seperti Maharaja, Mustika, Thangathirai dan Tayangan Hebat kemudian merancang untuk menaikkan harga pada 2 tahun akan datang adalah stratergi terbaik pihak ASTRO buat masa sekarang. Macam hedge fund kapitalis Amerika untuk pinjaman hartanah sebelum kejatuhan nilai hartanah dan insurans AIG.
Sewaktu bermulanya siaran ASTRO, jarang sekali atau tidak pernah satu rancangannya perlu memberi laluan kepada iklan. Ya, siaran rancangan TV tanpa ganguan iklan adalah kata kunci penjualan siaran berbayar ASTRO masa dahulu. Tapi kini, dalam masa sejam tayangan, bila berkali-kali terpaksa menghadap mamat-mengharap-muka-kene-pecah iklan Gatseby, aku merasakan membayar siaran berbayar ASTRO tidak lagi releven. Kenapa kami perlu membayar untuk siaran iklan dalam ASTRO? Keuntungan berganda bagi pihak ASTRO! Cas pengiklan untuk bersiaran sambil mengecas pelanggan untuk melihat iklan! TV3 punya iklan yang super maha punya panjang lagi meleret tak putus-putus belakang ke belakang ketika siaran Nur Kasih pon kelihatan lebih suci dalam hal ini.
Satu taktik terpuji maha terulung tidak terkalah sampai brader jual gelang pon terasa kecil kemaluannya bagi pihak ASTRO ialah penciptaan rancangan realiti TV dengan sms berbayar untuk mengundi. Kau bayar ASTRO untuk pakej minimum tidak mencukupi sebab kalau nak tengok siaran realiti TV ini, beli dahulu pakej yang disediakan. Tidak cukup dengan itu, kau perlu sms pula untuk watak kegemaran kau supaya hiburan hujung minggu kau tetap bertahan sampai akhir rancangan. Nak bagi lagi keuntungan berganda, iklan-iklan penaja disajikan (yang kau bayar untuk menegoknya dan yang penaja bayar kepada ASTRO untuk disiarkan) untuk kau berbelanja menghabiskan gaji kau membeli produk pengiklan. Ini 5 kali ganda untung buat ASTRO!
Walaupon begitu, untuk ASTRO, pengguna semua sudah tahu, siaran sebenar Maharaja Lawak ialah di Youtube selepas pukul 12 malam hari Jumaat. Lawak tertunda tetap lawak dan menggelikan hati ya ASTRO.
Jadi dimanakah perginya wang ini? Staf ASTRO berbonus 5-6 bulan sejak beberapa tahun yang terdekat katanya. Pemunya ASTRO masih kekal top 2 terkaya Asia Tenggara dan siaran berbayar masih dimonopoli satu syarikat.
Oh ya, untuk melawan balik, sila boikot AFUNDI, ML, RL dan segala jenis sms berbayar ke 32999 atau apa-apa jenis sms berbayar ASTRO secara serta merta! Undi sms tidak lagi relevan dan pengguna berhak untuk memilih tidak mengundi. Kalau hangpa reti komplen harga minyak petrol, beras, gula, tepung mahal, apa pasai tak reti jimat duis sms?
Hangpa dah la bayar untuk melihat segala siaran IKLAN di dalam ASTRO, hangpa mau bayar lagi untuk siaran kitar semula? Ibarat membayar tiket konsert yang mahal, tapi bila dah masuk stadium, kena bayar pula lagi sekali untuk beli headphone dan skrin supaya boleh mendengar dan melihat lagu tersebut yang diputarkan hanya dari VCD penyanyi oleh penganjur konsert. Bangang tau!
Intipati cerita ini hanya begini. Disebabkan kenaikan GST 6% (tambahan RM 4.30 sebulan) aku dah buang pakej Mini Learning dan tidak lagi berpeluang untuk mempelajari bidang-bidang teknologi negara membangun, kehidupan haiwan-haiwan liar serta teknik-teknik membuat terowong ataupon jambatan hatta cara pembuatan pensel kaler. Aku dapat penjimatan perbelanjaan bulanan sebanyak RM 5.30 dengan hanya pakej Kartun dan Sukan sebanyak RM 70.95 termasuk GST.
Tetapi dengan harga bermula Julai 2011 nanti, aku terpaksa membayar RM 79.45 (naik RM 8.50) dan tetap tidak lagi berpeluang untuk mempelajari bidang-bidang teknologi negara membangun, kehidupan haiwan-haiwan liar serta teknik-teknik membuat terowong ataupon jambatan hatta cara pembuatan pensel kaler sekalipun.
Penyelesaian ASTRO ialah, belilah pakej Super Pack 1 dengan harga RM135 sebulan yang sudah disubsidi sebanyak RM45.85. Super sampah! Matematik penjimatan apakah ini?
Kalau PLUS boleh bagi Plusmiles, ASTRO? Your move!
Sambungan - Astro Juara Kitar Semula
2 ulasan:
aku ingat nak kopipes n send kat astro, tapi kat borang contact depa kena tinggai no IC lak..
n hanya boleh baca 500 patah perkataan..
har2..
nak komplen pon susah...
https://www.astro.com.my/astro/we_care.php?id_topic=1
hantar link post ni ja..
Catat Ulasan