Advertlets

Selasa, Jun 21, 2011

Selamat Hari Bapa!

Selamat Hari Bapa Pak!

Untuk brader-brader seumur dan elok-elok seusia dengan aku, meh kita kongsi betapa wajarnya kamu mendapat ucapan hari bapa dengan cabaran-cabaran sebegini.

1. Tengah sibuk makan nasi, tangan kanan masih menyuap, tangan kiri kena sambut muntah anak yang dah taknak makan tapi kita paksa jugak dia habiskan. 

2. Belajar memandikan anak yang seelok-elok berusia kurang sebulan sampai la depa boleh mandi sendiri tanpa apa-apa kemaslahatan. Teknik yang betul diperlukan untuk memandikan bayi terutama waktu dorang belum boleh duduk sendiri. Tambah susah bila dorang dah suka pusing-pusing badan. 

3. Kasik duit gaji masuk bank anak dahulu elok je hari gaji. Ikut la berapa pon, janji duit tu tak terusik.

4. Menidurkan budak masa depa tengah selsema. 

5. Bangun tengah malam buat susu botol. Mujur Aqil sorang je macam tu. Yang lain susu dah standby atas tilam. 

6. Hujung minggu kasik hantar isteri pergi latihan menjahit, anak kita jaga sorang-sorang. Ini juga terjadi untuk Aqil je. Untuk Nor A yang isterinya belajar 'angkasa', dia lagi terrer sebab jaga dua orang anak. Heheh. 

7. Pergi kenduri pakai semat-semat, tapi kalau tak setelkan anak-anak atau depa tak kasik kerjasama, makan nasi kenduri pon tak rasa apa. Rasa nak salahkan DJ dengan lagu-lagu kahwin adala. Sekali anak pegang air plak tumpah. Peh. 

8. Balik kerja siap makan malam kena menghadap depa buat kerja sekolah. Kalau latihan menghapal, lagi jenuh. Kalau aku Son Goku, rasanya dah jadi Super Duper Saiya dua tiga kali dah. 

Cukup la kot 8 untuk Hari Bapa kali ini. Ini semua cabaran abah-abah. Belum masuk cabaran ummi-ummi. Dengan mengandungnya, bersalin, berpantang, menyusu badan, masak nasik, basuh baju, sidai kain, lipat kain, menyapu, sterika baju, ah banyak la kalau nak sebut. Jadi, hargailah ucapan hari bapa yang hangpa dapat sebaik-baiknya. 

3 ulasan:

anur malati berkata...

Selamat hari bapa kpd bapa amani..:). Semoga terus menjadi bapa mithali..

ayen =D berkata...

amin..

parents ain mesti excited cerita pasal anak buat hal time mak bapak nak makan.. hmm.. ms ain kecik, mana ain tau pizza hut tu makanan yang sedap.. ain mungkin ingat tu tempat yang menakutkan.. maka ain nangis je la sepanjang masa parents nak makan.. hahaha...

Diego Amani berkata...

^anur + ayen^

Mekasih!

^ayen^

Salahkan kepada signboard pizza hut dengan nama HUT itu menakutkan. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...