Atau terkenang nak terlentang di Kutub Selatan?
Atau nak lari sehingga ke penghujung dunia sebab berserabut dengan segala masalah?
Mungkin juga nak rasa apa yang orang di Kutub Utara Iceland mahupun di Utara Russia nak rasa.
Kini mudah sahaja. Berbondonglah kamu ke Tg Piai, Kukup, Pontian, Johor Darul Takzim.
Ia adalah titik terselatan Benua Asia Besar. Orang di Iceland pasti cemburu dan iri hati dengan tindakan kamu berada di titik terselatan ini.
Sampai di titik ini, ia adalah pertembungan antara dua selat. Selat Tebrau dan Selat Melaka. Orang kata tak elok berada di antara dua selat. Entah.
Di kiri gambar adalah selat Tebrau. Di kanan gambar adalah selat Melaka. Di merata-rata ialah air hujan.
Di samping berbangga dengan kewujudan titik terselatan Benua Asia ini, pengunjung juga pasti berasa insaf ketika menyelusuri bakau walk yang disediakan. Tindakan rakus manusia yang mencemar alam sekitar terutamanya membuang sampah tidak lupus seperti plastik pembungkus makanan, bekas polisterina, tali ikat sauh, helmet, bekas ikan kaler oren, jala ikan, selipar jepun, botol air, kanvas dan bermacam lagi menda tak bernyawa yang tersangkut di antara akar-akar bakau di dalam taman negara Tg Piai ini.
Situasi ini sangat menjengkelkan dan menimbulkan rasa geram dan insaf yang berlapis-lapis. Semua pengunjung pasti dapat merasakan demikan bila tiba di sini.
Walaupun begitu, hidupan liar juga kelihatan riang ria di sini. Ikan belacak dan ikan tembakul melompat riang. Ketam bersepit besar berjalan beriringan. Burung raja udang terbang melayang. Burung bangau putih menyudu ikan. Ikan sembilang releks bersantai. Monyet dan kera berkeliaran. Pendek kata, papan tanda ini menceritakan semuanya.
Oh ye, disebabkan ini adalah Taman Negara, jadi negara juga perlu mendapatkan pendapatan untuk menjaga taman ini. Bayaran RM5 sekepala dikutip negara untuk Taman Negara ini. Selain itu, bayaran parking kereta RM3 pula untuk sekereta sebab kawasan parkir adalah tanah milik persendirian. Begitu murahnya bayaran untuk kita merasa insaf terhadap flora dan fauna di dalam negara kita.
Jadi, tak payah terbang ke luar negara. Tak payah susah hati nak lari mana jika dilanda mesalah. Tak payah teringin nak duduk paling hujung di dunia. Tg Piai ada semuanya.
Kami sudah, hangpa bila lagi?
7 ulasan:
cantik gak tu...gua ingat nak pergi...
tak lajak je pegi ke tanjung balai?
^Ammo^
Datang bawak DSLR. Di sini dibenarkan memukul..
Pukul je gambar banyak-banyak.
^TanpaNama^
Woh, Tanjung Balai kena pasport. Heheh.
Lagi satu tak Terselatan dah.
best kan?
ain n kawan2 haritu ingat nak gi gak tp tak jadi; sampai kt kukup n pulau kukup je--
betul la kan; serius tak faham kenapa leh ada sampah sarap tu kt celah2 bakau tu-- susah payah kot diorang gi buang kat situ-- buang depan rumah diorang je kan dekat dan senang-- ntah hape2--
^Ayen^
Sampah tu bukan la dibuang di situ. Sampah tu sampah hanyut dari laut. Cemana boleh ada kat laut?
Adalah dari saliran longkang. Jadi, membuang sampah ke longkang adalah salah satu la puncanya.
salam, i dah pegi ok...tahun lepas lagi tau...hheheh.. ekceli umah abang aku kat pontian..Matrikulasi teknikal johor...ada prasannn tak?? heheh
^Don^
Oh puan Don, kawan aku dulu ada sorang yang kerja Cikgu kat Sek Men Teknik Pontian (yg dah naik taraf jadi Matrik tu).
Tapi dia dah pindah ke KL sebab nak terus jadik cikgu. Lenkali datang, singgah la rumah. 20 minit je dari Pontian.
Catat Ulasan