Sebelum-sebelum ini, audiens pengucapan Diego adalah golongan sederhana. Golongan juruteknik, golongan pembantu am, golongan jurutera, golongan pembeli dan kakitangan pertengahan.
Tapi, baru-baru ini, Diego ditolak ke tengah ke tepi untuk memberikan sedikit maklumat teknikal kepada pemunya stesen petrol. Bagi Diego, alah biasa. Sembang teknikal.
Slid poinkuasa adala dalam 6 keping. Yela, nak cerita hal ehwal cecair penyejuk nak buat apa cerita panjang-panjang. Bukan la sejenis cecair ajaib mahupun setitik minyak wangi teknologi empayar Mesir yang nak diceritakan.
"Bukan apa, kereta KITA, terutamanya kereta lama, mungkin hanya menggunakan air semata-mata sebagai cecair penyejuk, kalau kita tengok kerosakan yang selalunya ada pada radiator, ada deposit karat, sludge berwarna coklat, ini adalah berpunca dari air tersebut yang merosakkan dinding permukaan tiub kuprum radiator kereta, yang mana cecair penyejuk boleh memberi perlindungan kerana ia diformulasi dengan anti-karat dan anti-beku." salah satu dari petikan dari perbentangan Diego.
Ada satu kealpaan dari pihak Diego. Hanya selepas tamat perbentangan teknikal tersebut yang mengambil masa kurang 15 minit baru Diego tersedar. Diego lupa mengenalpasti latar belakang audiensnya.
"Setahu saya, kereta Volvo tak boleh pakai cecair penyejuk sembarangan" salah satu maklum balas audiens.
"Boleh saya tahu Volvo jenis apa?" sebagai jurutera, maklumat mestilah lengkap.
"Volvo XC-70?" pemunya stesen wanita yang bertudung lagi manis berkaca mata bertanya.
"Oh.... baiklah, saya cuba selidik dahulu", terkedu Diego.
Satu lagi maklumbalas.
"Setahu saya, kereta Proton menggunakan 4 liter penuh cecair penyejuk setiap kali menukar. Selalunya tiap kereta dalam 3-5 liter penggunaan." jelas Diego sungguh-sungguh yakin.
"Kalau Estima?" tanya seorang pakcik berkulit cerah pemunya stesen.
"Err... saya kurang pasti". Lagi sekali terkedu.
Ye, untuk makluman latar belakang, setiap pemunya stesen pam minyak kurang-kurang perlu ada RM200,000-RM300,000 di dalam akaun bank sebagai modal tetap. Juga perlu ada lagi RM200,000 - RM300,000 sebagai modal pusingan bulanan. Mereka ini bukanlah pemunya kenderaan 1600 cc ke bawah!
Maka... Empangan!!...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan