Advertlets

Jumaat, September 03, 2010

Soal Jawab Ramadhan

Cerita banyak tak payah, stret to the poin je ni. Mari menambah ilmu akhirat.

1. Kalau ibu mengandung, berbuka puasa sebelum masuk waktunya sebab tak larat sampai terketar-ketar, apakah perlu ganti puasa atau bayar fidyah atau kedua-duanya?

1.1 Kalau pula dia dah terasa nak beranak sangat-sangat, dia amik keputusan untuk berbuka dahulu sebab takut nanti kekurangan tenaga nak bersalin, cemana pula?

2. Kalau dah bayar zakat fitrah, untuk diri dan tanggungan, elok je lepas tu dapat lagi seorang anak ngam-ngam sebelum pagi raya. Cemana? 


3. Semua amil zakat fitrah boleh terima bayaran fidyah sekali ke?


4. Boleh ke akikah untuk kanak-kanak lelaki seekor kambing dahulu, kemudian yang seekor lagi dibuat dikemudian waktu pula?


Okeh, nak jawab silakan. Tapi bagi rujukan dan bibliografi yang sahih ye. 

***Kemaskini 5 September 2010*** 


Disebabkan masa sengga dan ruang terlalu banyak kat rumah, ini jawapan yang telah tersedia ada ditanya oleh orang ramai berkenaan hal yang di atas. Semoga semua mendapat manfaatnya. Cuma, heheh, kena baca sendiri la link yang diberi. Baru ingat masuk dalam kepala kan. Usaha tangga kejayaan.


Jawapan no 1 dan no 1.1 -  Golongan yang mendapat keringanan berpuasa.


Jawapan no 2 - Golongan yang wajib membayar zakat fitrah


Jawapan no 3 - Fidyah, golongan yang layak terima fidyah dan jumlah fidyah.

Jawapan no 4 -  Aqiqah dan Qurban

*******

Dalam duk mencari jawapan pada soalan-soalan di atas, ini juga ingin dikongsi buat bahan bacaan semua. 


1. Yang bertanya mempunyai pendahuluan dan penutup soalan yang takde kene mengena dengan soalan utama :

salam.


saya baru je dgr pengumuman puasa tadi.nape la asek muka yang sama jek yg bagi pengumuman tu.


saya dah gelabah ni. sok hari rabu. dan saya akan naik flight ke alexandariah, mesir. saya pelajar perubatan di sana. tahun ni tahun kedua setelah bercuti panjang.


(soalan beliau berkenaan cara berpuasa dalam kapal terbang yang melalui beberapa time zone)


Soalan nya di sini, saya nak berpose demi menunjukkan komitmen saya pada allah sempena bulan ramadan ni. tapi bagaimana caranya saya nak lakukan dalam situasi yg sukar ni. saya tahu saya bermusafir tapi saya nak pose jugak. mohon pertolongan dari ahli -ahli panel feqh sekalian. kalau boleh tolong jawab soalan saya dahulu sbb saya dah nak berangkat pada esok hari.please.


Dan doakan saya nanti pulang sebagai doktor muslimah yang komited pada agama , negara , masyarakat dan bakal suami yg soleh dan kacak.


2. Jawapan dia best, tentang hukum bergesel-gesel dengan pasangan yang halal di siang Ramadhan.

"namun bermain-main di pinggir yang haram itu spt berada di jurang yg curam dan bila-bila masa sahaja hasyafah itu akan terbenam sepenuhnya. Maka janganlah menganiayai diri sendiri, sedap sekejap merana dua bulan!! "

3. Yang ni, sila tolong jawabkan. :)

Segan nak tulis,boleh baca soalan paling bawah dientri yang dikepilkan ini. 





5 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

yang first tu mmg boleh sebab takut bila puasa memudharatkan baby dalam perut =)

yang lain tunggu orang jawab.

Adam Ruslan berkata...

^afzan^

Heheh, belum memenuhi kriteria jawapan pon untuk soalah pertama.

Ahmad Belia berkata...

try lu tanya ustaz azhar idrus. rare gak dia tu...

Mard berkata...

Encik Adam, your birthday 4 ke 5 Sept? hehe... anyway, happy birthday ya... ;-D

and Selamat Hari Raya Aidilfitri

:-D

Adam Ruslan berkata...

^Ammo^

Dah siap dah mencari. Semua soalan dah ramai orang lain yang tanya.

^Teacher Mard^

5 Sept. Heheh. Mekasih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...