Advertlets

Isnin, September 20, 2010

Jejak Kasihan II

Aku memulanya mencari mamat Ismail ini. Sebabnya, dia yang tolak WDG 2522 (sebab dah rosak dan dia tiada dana nak baiki) ke rumah aku tepat 5 tahun yang lalu pada bulan ini. Dia suruh aku jaga sampai dia datang untuk tuntut semula. Dia dapat motor itu dari rakan serumah bujang lama dia yang dah grad. Ismail beli atas tangan sahaja. Tanpa menukar geran nama.

Sekarang, aku dah nak pindah dari rumah ini. Ismail masih belum datang-datang.Walau dia berjanji dia akan datang selepas 2 minggu. Kini 4 tahun 50 minggu dah berlalu. Ismail masih belum datang-datang.


Kemudian, tuan rumah aku adalah orang jabatan jalan dan dia datang beraya minggu lepas (tilam kat depan ruang tamu tempat aku membongkang jelas kelihatan bersepah sewaktu dia masuk ke rumah, maklumlah bujang). Dia google sistem jabatan jalan hari ini dan dapat tahu pemunya asal WDG 2522. 

Suhaimi bin Mokhtar.
19W, Desa Pahlawan, Jalan Ampang. 

Sebagaimana coolnya Horatio, aku google sistem maklumat buat nama di atas. Aku jumpa yang di bawah.
 

Jadi aku redha buat masa sekarang. Cuma buntu untuk tindakan seterusnya.

Honda C70 memang ramai peminat. Cuma cukai dah mati tahun 2000. Kunci tak ada. Minyak petrolnya dah kering menitik keluar. Rim depan dan segala yang besi terdedah dah berkarat. Tak boleh dihidupkan merupakan punca ianya tersadai. Adala 5-6 orang yang dah bertanya pada aku sebelum ini dari luar pagar rumah aku. Aku cerita pasal kondisi dan sejarahnya. Terus depa diam.

Kalau aku upah orang untuk hempuk WDG 2522 bagi hancur, bakar dan campak dalam sungai, boleh tak? 

4 ulasan:

ayen =D berkata...

jual part by part? hahaha.. tak leh? besi buruk je la.. daripada upah orang kasi buang, kuar duit.. :P

saiful berkata...

Rasanya boleh hubungi GMI untuk bantu pulangkan kepada empunya diri...

Diego Amani berkata...

^ayen^

Aiseh, itu kritikan sinis la.

^saiful^

Menurut google, dia dah dibebaskan oleh Pak Lah sebelum PRU08.

Entah la. Dia bukan pemunya sebenar dah sebab dia dah jual pada Ismail.

ayen =D berkata...

aiseh.. itu jawapan sinis lah.. hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...