Advertlets

Khamis, September 23, 2010

Tulis-tulis - 4 dari 313.7

Super bandar terapung atas air yang kalau dibanding dengan Palm di Dubai nampak macam helaian daun je.


Taman tema pelbagai bentuk siap ada kapal angkasa.


Perkampungan benua dan etnik serta 13 negeri.


Pelabuhan bertaraf dunia yang err negara Singa tengok konfem bercucuran air mata.


Lebuhraya terowong bawah tanah sampai Kokdiang.

Stadium sukan berprestij konfem tak runtuh walau dibadai ombak.

Err, tak serabut ke orang kat bandar tu nanti, bukan ke ada pelantar minyak ke kat area tuh? (Pemaju dah berlebih-lebih. Aku tambah over terkeluar-keluar lagi la)
 
Segala yang tok mek kat Tumpat tak pernah bayangkan akan tiba di persisiran pantai Seri Tujuh. Pantai ni nak mandi pon tak selamat. Orang buat benteng untuk boleh bela ikan dalam sangkar. Dapat ikan, jemur buat ikan kering. Juga untuk bot senang nak landing pergi dan balik. Kedai jual udang goreng celup tepung dia sedap jugak kalau makan petang-petang.

Jap. RM 4billion yang di 'sedekah' pon tok mek Tumpat tak dapat nak bayangkan ada berapa kosong. Pasaraya Billion tok mek tau la kot. Itu pon aku curiga, tok mek pernah jejak kaki kat sana ke tak. Dah dapat 4 billion tu nanti apa ye depa nak buat?


Agak-agak nak tau yang betul-betul real, cari la tengok Projek Mega Seri Tujuh. 


Nota kaki: Untuk pemaju projek, boleh konsider buat airport kos rendah kat area sawah tepi Kampung Berangan,Tumpat dengan penerbangan ulang alik dari Senai? Mekasih ye, senang kami nak bawak Tok Mek turun Johor.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...