Advertlets

Isnin, Mei 09, 2011

Kanak-Kanak Memang Riang 36 - Kawan Ummi

Malam-malam, Aqil dan Ammar memang tido di bahagian bawah. Mezzanine level orang kata. Sebelah katil saiz permaisuri kami. Kadang-kadang ada tilam, kadang-kadang ada toto, kadang-kadang alas dua-dua. 

Aku baru je baring di tengah-tengah, antara Ammar dan Aqil, sebab Ammar memang suka tidur dipeluk abahnya. Harapkan Aqil, elok je kita merangkul pinggang dia, terus ditepis tolak balik. Ikut perangai siapa la agaknya ye. Kadang-kadang je dia suruh tepuk. 

Aku mengadap Ammar, sambil membelakangi Aqil. Aqil dah lali-lali. Tak perlu tepuk ke mende. Pandai dia tido sendiri. Janji ada baju busuk dia. 

"Abah, tadikan, kawan ummi yang jahat tu kacau Abang Ammar lagi"

"Tu, dia ada kat situ" sambil tangan ditunjuk ke belakang, menunjukkan celah antara katil saiz permaisuri dengan meja solek. Ada la ruang dalam 6 inci di situ. 

Ammar dari berbaring terus bangun, langkah aku dan tidur ditengah. Kali ini aku pulak yang tidur di tepi katil, dan kepala betul-betul di ruang antara katil saiz permaisuri dengan meja solek. 

Ammar tak jadi tidur, mintak nak minum air. Aku bawak pergi dapur. Buka pintu peti ais dan minum. Malam tadi betul-betul berbahang dan panas. 

Sampai balik, dia baring dan mintak aku peluk. Dan dia lena. Elok je dia lena, aku layan 30 minit terakhir perlawanan yang tak penting langsung. Manchester menang 2-1 dengan Chelsea. Takde pekdah!

3 minggu lepas, masa Nor A sekeluarga datang tidur di rumah. Ammar pertama kali mengadu pada umminya perihal 'kawan' ummi itu. 

"Kawan ummi tu, kacau Abang Ammar, Abang Ammar sedih". Sambil menunjuk pada bucu katil. Itu masa dia baru bangun dari tidur. 

"Rambut dia panjang, muka dia macam muka ummi, tapi dia pakai baju putih". Tambah Ammar lagi.

Soalnya sekarang, 4 minggu dari sekarang, depa semua nak balik kampung dalam 2 minggu cuti sekolah dan tinggal aku sorang-sorang kat rumah. Amacam? Hahah.

Nota utama: Selamat Hari Ibu buat Mak! Selamat Hari Ibu buat Ayang!

5 ulasan:

anur malati berkata...

alalalaa..kawan ummi mana satu yg usik ammar ni abg adam.. baca sorang2 memalam buta time yg lain semua dh tdo, buat seriau saya yg membaca je... alahai...

Adam Ruslan berkata...

^anur^

Kanak-kanak bawah 5 tahun memang sedikit ikhlas dalam memberi tahu hal-hal macam ni.

Kadang-kadang imiginasi je.

kaler_pensel berkata...

my god! adekah kawan umi dtg dr kampung? teng teng teng..

Adam Ruslan berkata...

^Yam^

Hahah, lain la. Yang kat kampung Aqil yang nampak.

ayen =D berkata...

selamat berkenalan dengan kawan ummi ya =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...