Baiklah, ini kisah untuk ucapan hari guru aku.
Tokwan seorang guru. Guru pelawat ataupon Nazir sekolah. Pelbagai negeri, Terengganu, Perak dan Kedah.
Anak sulung tokwan, Mak Chaq juga guru. Sepencennya Mak Chaq, beliau adalah guru besar sekolah perempuan. Suami Mak Chaq, ofkos la namanya Pak Chaq, juga pernah menjadi guru, guru di Perkim Boon.
Anak kedua Tokwan, Mak Bi (mak saya. Ye, mak saya!). Juga seorang guru. Dari guru biologi, beliau berkhidmat sehingga pencen sebagai Pengetua MRSM. Suami Mak Bi, (ye, pak saya la). Pak Lan, juga seorang guru. Dari guru Kimia dan Fizik, beliau melalui liku-liku naik ke pelbagai jawatan dan kini bakal pencen sebagai Pengetua Kolej MARA tidak lama lagi.
Anak kelima Tokwan, Makcik juga seorang guru. Kini sebagai teacher pelbagai yang pernah berkhidmat di sekitar Ipoh, Kuantan dan Subang.
Menantu Tokwan yang kelima, Mak Su juga seorang guru. Juga seorang teacher sejak 1995 sekitar Selangor.
Isteri cucu Tokwan yang pertama, menantu Mak Bi (oh begitu berbelit) juga pernah menjadi guru sementara.
Cucu Tokwan yang kedua, anak sulung Mak Chaq, bakal menjadi guru.
Menantu Mak Chaq yang kedua, juga seorang guru sekarang.
Isteri cucu Tokwan yang ketiga, menantu Mak Bi yang kedua, orang selalu-selalu panggil dia cikgu bila terserempak kat kedai runcit, salah satu sebabnya dia selalu bawa nota kecil ketika membeli barang basah. 2 hari lepas pon ada orang ucap selamat hari guru jugak.
Disebabkan dah lost track dengan bilangan cucu Tokwan, anak Mak Bi yang ketiga, juga guru di pengajian tinggi. Belajar tinggi-tinggi. Ajar pon matapelajaran tinggi la.
Anak Mak Bi yang kelima, juga bakal guru terlatih berbicara Inggeris untuk matapelajaran ilmu hayat.
Menantu Makcik yang pertama juga guru di pengajian tinggi.
Ok, dah lost track dah diri sendiri dengan ahli keluarga terdekat yang berprofesion guru.
Yang ingin disimpulkan disini, keluarga kami sendiri dah dikelilingi guru-guru yang mungkin mengajar kami secara tidak langsung. Yela, mana la pernah aku duduk dalam kelas yang pak ajar kan. Tapi ilmu dan pengajaran tidak langsung dari mereka sangat banyak tidak terkira. Memerhati kehidupan mereka sahaja sudah cukup untuk belajar sesuatu. Jadi hari guru ini adalah sungguh bermakna buat depa semua.
Tidak lupa untuk semua cikgu-cikgu yang telah mengajar dan mendidik saya sehingga hari ini. Guru-guru di MRSM PDRM yang paling tidak akan dilupakan. 5 tahun bersama mereka dari saat aku baru betul-betul belajar berfikir dan berdiri dengan kaki sendiri.
TERIMA KASIH CIKGU!!
Sampai bila-bila pon orang akan tetap panggil depa 'Cikgu'.
p/s: Awat ye cikgu-cikgu ni semua awet muda? Dari dulu sampai sekarang, muka cikgu kita nampak tidak berubah.
3 ulasan:
Oh baru aku sedar... memang family kita penuh dengan guru... bakal menantu mak cik yang kedua juga guru.. guru matematik dan pelbagai.. hari guru org lain sambut dpt kad, hadiah dan sebagainya dia pergi bawak budak main sofbol. Dapat lah hadiah hari guru Johan peringkat negeri Perak.
Doakan aku habis tanpa halangan tahun ni so that satu hari nanti boleh jadi guru melahirkan bakal-bakal doktor di pusat pengajian tinggi
^asmoham^
Sila kuatkan semangat untuk setelkan ijazah kedoktoran hang dengan cemerlang.
Neber sey neber - beiber.. haha.
pak pencen sbgai pengarah kolej mara kulim lah.. hahaha
Catat Ulasan