Advertlets

Rabu, April 14, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang XXIV - Rasa

Hari-hari bekerja, aku berpeluang menghantar Aqil ke sekolah. 5 hari seminggu secara teknikalnya, tapi kadang-kadang menjadi 3 atau 4 hari kalau termangkit lambat.

Selalunya aku akan letak kereta di bahu simpang seberang jalan dari sekolah Aqil. Aku tak suka dan tak pernah berhenti betul-betul di depan pagar sekolah. Tak sopan dan tidak menghormati lalu lintas.

Masa awal-awal dulu, ada sekali Aqil pernah sungguh-sungguh melawan tak nak ke sekolah. Dia main lari-lari sembunyi dalam kereta. Aku bukak pintu belakang kiri, dia pergi depan. Aku bukak pintu depan kiri, dia lari belakang. Memang lorat. Bila dapat, aku heret dia keluar. Dukung sampai pintu. Teriak juga dia masa tu sebelum cikgu dia pujuk.

Tapi itu dulu. Sekarang, Aqil dah rela dan redha. Walau masa mula-mula mangkit pagi, memang dia akan tetap teriak. Mulut je cakap tak nak ke sekolah, tapi bila dah siap pakai baju. Riak wajah dia nampak rela dan redha.

Bila sampai sekolah, aku akan pimpin tangan Aqil lintas jalan dan jalan sampai ke pintu sekolah. Perasaan memimpin tangan sejuk Aqil dan berjalan beriringan dengan dia adalah satu perasaan yang hanya abah-abah je yang tahu. Seribu satu harapan dan doa disertakan dalam hati untuk menghantar anak ke sekolah. Memang rasa yang sangat unik. Aku suka. Aku harap dalam memori Aqil, terlekat la juga memori memegang tangah abah dia yang panas itu tiap-tiap pagi memimpin dia ke pagar sekolah ini sampai bila-bila.

Dengan meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu sekolah, aku dapat rasa itu. Dan aku rasa abah-abah yang berhenti betul-betul depan pintu pagar sekolah kurang merasai rasa itu.

Yang kedua, bila lepas bersalaman dengan Aqil di pagar. Selalunya aku akan terus jalan laju-laju ke kereta untuk menuju ke tempat kerja. Aku hanya nampak Aqil letak bekas makanan di meja di luar, kemudian dia akan masuk ke dalam untuk meletakkan beg. Aku tak tunggu dah, terus memandu pergi.

Tapi ada sekali, aku lambat sikit nak terus memandu. Aku nampak Aqil keluar balik, dia menjenguk, tengok aku ada ke tak ada. Kali ini dia nampak aku. Dia lambai tangannya. Baru aku tahu, tiap-tiap Aqil mungkin meletakkan sedikit harapan untuk membuat lambaian pada aku lepas dia letak beg. Aku je yang tak sedar perkara ini.

Untuk hari-hari seterusnya, aku memang sengaja buat-buat lambat untuk kembali memandu, untuk tunggu Aqil keluar balik atau sebelum dia masuk letak beg, bila dia jenguk pada aku, sempat la dia lambai tangan dia pada aku.

Jadi tiap-tiap pagi, dia dapat lambai tangan dia pada ummi dia di rumah. Kemudian lambai tangan dia sekali lagi untuk aku. Ini juga perasaan yang abah-abah je yang dapat rasa. Syahdu weh perasaan itu.

Untuk abah-abah, cubalah. Tiada rasa lain yang dapat menandingi rasa ini buat masa ini. Yang belum jadi abah, cari la cecepat umminya. Nak tunggu anak masuk tadika adalah 4-5 tahun lamanya weh nak dapat rasa apa yang aku cerita ini. Yang anak tengah duk teriak kuat lagi, setahun dua dari sekarang, korang takkan ingat lagi dah yang anak korang pernah teriak kuat suatu ketika dahulu. Percayalah.

12 ulasan:

shooter berkata...

Anak aku main intai2 masa aku dodoikan die tido. Asal letak je teriak. Memang abah2 je yg tau perasaan tu. Seronok walaupun penat balik keje ; )

Batu Bata berkata...

adam,
seronok lak aku baca cerita ko.. selalu aku tak nak tinggal komen.. pembaca misteri je.. hari ni cam entry terbaik ko sepanjang ko jadi pemblog..

Juan Nazlan berkata...

antara perasaan yang terbaik di dalam diari seorang bapak..

Azrind Binti Othman berkata...

salam..dah lama tak komen..tapi bila bab anak ni mmg teruja nak tinggal komen...jgn kata abah-abah aje berperasaan gitu, ibu-ibu pun gitu juga.. tapi perasaan tu lagi enak bila anak berjaya walaupun menang saguhati tempat ke 30 over 100 dalam pertandingan mewarna antara sekolah tadika..bangga weh..lagi bangga coz hadiah tu diberi masa perhimpunan... heheehhe..

macam tu la kita sebagai ibu bapa kepada anak kita dan sebagai anak kepada ibu bapa kita...

kaler_pensel berkata...

me like this (with thumbs up)

arzameWenger berkata...

argh, terharunyer. Berair kelopak mata aku. Aku dpt merasai apa yg ko rasa. BATUBATA, cepat kawin!

noor afzan berkata...

sweetnya aqil..
comel je kan.

amANI berkata...

^shooter^

Aku tunggu cerita macam ini dari ko dalam 3-4 tahun dari sekarang. Hahah.

^Batu Bata^

Baru yang ini terbaik? Haih. Hahah.

^Juan^

Yep, itulah dia.

^Azrind^

Perasaan ibu-ibu manala nak diketahui, bleh cerita perasaan abah-abah jela dulu.

Tapi bab menang hadiah tu takat ni belum rasa lagi.

^kaler pensel^

I like u, cos u comment here.

^Arzame^

Masa menulis pon mata bergenang, tekak rasa tersekat. Hahah.

^Afzan^

Cecepat la cari abahnye ye.

lorihantu berkata...

sama la nama anak kita...ain qaf ye lam!!!

amANI berkata...

^lori hantu^

Sama la tu.

Mekasih sebab tinggal komen. Ada gak yang baru.

d u t a berkata...

+ syahdu duh +
mmm nanti saya share pulak. sorry baru ada peluang membaca semua cerita.

amANI berkata...

^Duta^

Biasala, skarang dah terlekat di skrin tivi, mana nak ada masa terluang lagi kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...