Advertlets

Khamis, Februari 17, 2011

CL 2011 - Arsenal 2 Barcelona 1

Kali ini memberi ruangan kepada Champions League 2011. 

Walau perlawanan kaki kedua belum tentu Arsenal menang seri atau kalah, tapi perlawanan kaki pertama malam tadi di Stadium Emirates harus ceritakan. 

Tak banyak cerita, rentak separuh masa pertama adalah sangat laju. Kalau pengulas Malaysia la yang mengulas, tak sempat nak cerita sejarah Arsenal yang mengalahkan AC Milan di San Siro 2-0, bola dah entah bertukar kaki 5, 6 pemain dah. Gila pantas. 

20 minit pertama, penguasaan bola adalah 60% Barca, 40% Arsenal. Gila tak gila Barca menyerang, tinggal 2 orang bek tengah je kat belakang tiap kali naik menyerang. 

25 minit, Fabregas mendapat lorongan deras dari kanan tanpa sebarang kawalan pemain Barca, lintangannya menuju van Persie tapi ditanduk awal oleh Abidal. Semua penyokong dah melonjak dari kerusi dan mula bertepuk tampar. Peluang paling cerah untuk gol selain dari rembatan tersasar van Persie selepas itu. 

26 minit, dari satu gerakan tengah, Messi berjaya mengelecek dan melorong hantaran mencelah antara 2 bek tengah Arsenal, dikejar laju David Villa sambil Clichy mengangkat tangan tanda offside, walhal beliau yang meng-on sidekan Villa. Keadaan 1 lawan 1 dengan Szczesny mudah disetelkan Villa dengan rembatan sisi kiri Szczesny. Gol untuk Barca. Sorak sorai gembira penyokong Barca. Penyokong Arsenal yang tadi baru mula bertepuk tampar mula meletakkan tangan ke kepala sambil diam duduk di kerusi.

Sampai minit ke 45, permainan adalah super duper penguasaan bola di tengah dengan tahap rajin pemain tengah Barca adalah tidak ternilai. Sekali sekala hantaran mencelah Barca cukup bahaya dengan hanya perangkap offside sahaja yang berjaya mematahkan serangan Barca. 1 gol Messi disahkan offside. Song yang baring terus pon belum dapat merampas bola pada satu serangan berterusan Barca. Akan tetapi, Jack Wilshere berjaya juga 2-3 kali mematahkan rentak Barca dengan terus menukar rampasan bola kepada hantaran serangan kilat beliau kepada Walcott dan Fabregas. Berdebar juga pertahanan Barca. Walau bagaimanapun, Valdes tak banyak teruji pada separuh masa pertama. 

Pengadil juga amat tegas dalam perlawanan. Sehinggakan kedudukan bola sepakan percuma dipastikan tepat diambil tiap masa dan ketika. 45 minit pertama juga tidak dilengahkan dengan tiada masa kecederaan langsung diberi. Nampak sangat bukan pengadil yang di almarinya ada jersi Man Utd. 

Rehat separuh masa aku habiskan dengan menonton siaran Gelanggang Raja Lawak. Sebab tiada pengulas bertugas untuk UCL dari ASTRO. 

Separuh masa kedua, tiba-tiba kelihatan pemain Barca hilang super duper rajin. Kaki jadi berat, penguasaan bola jadi lemah dan Jack Wilshere kelihatan super duper hebat. Hanya dengan satu gerakan badan, Xavi dah tertinggal di belakang. Kalau sebelum ini menyilang sini sana hantaran Barca, kali ini Arsenal yang banyak menguasai bola. 

Dalam satu sepakan percuma dari kanan gawang Barcelona, Fabregas mula mengarahkan penyokong Arsenal supaya lebih kuat bersorak. Penyokong Arsenal yang dari tadi tangan di atas kepala mula tersedar. Ini perlawanan bola sepak, bukan catur. Sorakan mula bergema kembali dan hantaran sepakan percuma Fabregas mudah ditangkap Valdes.

Penguasaan bola banyak berpihak kepada Arsenal dengan Wilshere menjadi penggerak dari bawah. Begitu tenang beliau mengambil bola walaupon diterkam 3 pemain Barca. Maklumlah baru berumur 19 tahun. Sapa tak geram. 

Paling nampak keyakinan Arsenal bila Szczesny dengan cool melambung bola di atas kepala Messi dalam satu hantaran ke belakang oleh Clichy. Clichy pula yang gabra menyepak keluar selepas itu. 

Dalam pada itu, aku kalih cenel sebelah untuk melihat keputusan Roma-Shaktar. 3 gol berbalas 2 Roma kena. Main kat Rome tu. Apa menda Totti?

Kalih balik ke perlawanan Arsenal - Barca, kelihatan van Persie sudah berlari memeluk Wenger. Ah, gol! Pengulas kata "How did he do that?". Aku pula berkata, "Cilakak, time kalih ni la nak gol!".

Dari satu sepakan percuma sebelah kiri padang gawang Barca, kepada pemain tengah, kepada bek kemudian kepada Clichy dan hantaran mencelah beliau dipermasa dengan baik oleh van Persie, rembatan leret kaki kirinya mencelah masuk dari sudut paling kecil di kanan Valdes. Valdes tertipu dan tergamam. 

Kali ini Arsenal mula bersemangat. Arshavin dibawa masuk menggantikan Song dan 10 minit kemudian Bendtner dimasukkan menggantikan Walcott. Berbanding Barca yang mengeluarkan Villa untuk Keita. Wenger tekad untuk terus menyerang. 

8 minit selepas gol van Persie, satu rampasan bola dari Wilshere terus dihantar ke Fabregas, ditendang jauh ke kanan Nasri, Nasri berlari ke kotak penalti Barca. Ditarik masuk ke dalam dan dihantar ke tengah. Arshavin menanti dan rembatannya mengelirukan Valdes yang terhalang penglihatan 2 pertahanan Barca. 

Gol yang membuat terloncatnya semua penyokong Arsenal!

Yang lain tak payah nak cerita. Sekali juga Pedro terperangkap offside, kalau tidak gol juga lagi sekali. Lain-lain serangan Barca semuanya Kocielny setelkan tanpa mesalah.


Kepada peminat Mourinho yang ingat main bawak bas je boleh kalahkan Barcelona, ni Wenger dah kasi tunjuk ajar cemana nak main passing dengan 73% ketepatan boleh mengalahkan Barcelona yang bermain passing 80% ketepatan dan sekali ganda banyak hantaran. 400+ hantaran sehingga minit ke 80 berbanding Arsenal 200+ hantaran.


Perlawanan malam tadi memang milik Wilshere, Koscielny dan Szczesny. 3 pemain yang tahun lepas Barca tak jumpa. Ingat Fabregas sorang je ke yang power?

2 ulasan:

a z m i r berkata...

aku tak tengok. tapi baca ni rasa macam tengok betul2 pulak.

Adam Ruslan berkata...

^a z m i r^

Selalunya, bila tengok dan rasa best baru rasa nak tulis. Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...