Jadi, walaupun dah 2 hari terlepas hari paling bermakna untuk blog ini,hari ini baru tuan punya blog rasa nak membuat majlis potong pulut kuning kepada blog "Ini Kisah Keluarga Amani" ini dengan rasminya.
Sedar-sedar blog ni dah sama tahun dengan Ammar. Sebulan lebih sikit sama tahun dengan Ammar. 3 tahun dah aku ada blog, entah berapa ratus ribu perkataan dah ditaip di sini. Disebabkan aku ada blog juga telah menjadi pemangkin inspirasi beberapa insan terdekat untuk juga ada blog mereka. Ye, hangpa tahu hangpa sapa. Heheh.
Disebabkan ini blog yang wajar dicemburui, maka dengan ini ingin disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan yang membacanya lebih cemburu, seperti:
1. Dah 30 siri Sinetron Dramalova dihasilkan. Tiap satu ditulis begitu teliti lagi istikhomah serta berisi dan sesuai digunakan sebagai rujukan hidup berumah+berjiran tetangga.
2. Dah 27 siri Kanak-kanak Memang Riang ditulis. Ini adalah kumpulan cerita-cerita hal ehwal anak-anak yang ingin dikongsi. Bukan bermakna aku sorang je ada anak-anak yang baik serta jurus, tapi lebih kepada berkongsi kegembiraan dan keletah mereka untuk semua.
3. Siri Catatan Diego dah masuk 31. Ini siri ringkas tentang hal ehwal berkaitan kerjaya Diego. Takde la berat sangat kisahnya, sebab tu laju je sirinya, walhal siri paling muda.
4. Siri Ahmad S dalam simpanan dah ada 10. Aku nak royalti kalau Ahmad S nak salin dan tampal kisah ini untuk dia buat buku cerita bahan bacaan anak dia, Izz.
Ada juga siri-siri lain yang aku buat seperti cerita ehwal Arsenal, cerita bola dan siri Tulis-Tulis.
Tapi ada jugak kisah yang lama terbengkalai seperti Geografi Kebangsaan. Heheh.
Jadi adakah ini blog lengkap sebuah kehidupan? Mungkin. Tapi sebab ini hari ulang tahun. Maka seharusnya ada serprais. Kejutan atau pon hadiah kan? Maka demi melengkapi sebuah blog yang penuh perkataan ini, mempersembahkan sebuah lagi himpunan sejarah untuk melengkapkan blog ini. Ketip kalau berani.
Jadi aku pon tahu apa pertanyaan yang akan selalu bermain di kepala hotak semua sekarang.
Masa mana la dia ni ada masa nak buat semua ini? (betul dak?)
Ye, masa jawapannya mudah sahaja. Masa hangpa sibuk berFresnter dan berFB, masa tu la aku taip blog-blog ni.
Apakah inspirasi aku untuk menulis blog?
Inspirasi itu datang dari sifat syok sendiri, heheh. Sapa-sapa yang rasa dah lama tak update blog, rasanya kena cari semula sifat syok sendiri itu. Inspirasi juga datang bila mendapat pandangan oleh orang lain yang diluar dari blog. Contohnya seperti permintaan NA + S untuk menjadi watak dalam Sinetron Dramalova. Heheh. Lagipun penyokong tegar selalu disisi, jadi dia sendiri selalu yang tanya, tak update blog ke?
p/s: Bila aku baca balik cerita sendiri, aku sendiri seronok membacanya. Tak ke syok sendiri tu? Heheh.
4 ulasan:
wah.. tahniah!
and ain rasa sangat setuju dengan fahaman, blog rajin update bila kita syok sendiri hehehe..
semoga gigih (nampak perkataan ni kat atas kotak komen)
huh! edisi khas ke ni?
mmm... mmg la. lebih2 lagi bila baca cerita sendiri kan? sbb tuh tulisan karangan sejarah sampai lupa, ada yang menilai apa yg dicerita. tak boleh nak syok sendiri aja! hahaha... apapun tahniah kepada penulisan itu! love to read during free time! ahaks!
^ayen^
laju-laju je dia komen.. Heheh.
^duta^
Takde kesahnya orang nak mentafsir ke menilai ke. Biar je dorang cemburu. Hahah.
Tahniah...
Teruskan... Saya pun dah lama tak menulis. Nak menulis ni perlukan fokus tetapi akibat terlalu multitasking, hilang habis fokus tu...
Catat Ulasan