Advertlets

Jumaat, Julai 30, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang 28 - Betul-betul riang (dah update!)

Rasa betul-betul nak buat cerita bergambar banyak-banyak. Tapi tak sempat. Bagi gambar pengenalan dulu je la.


Kelihatan seorang kanak-kanak yang kena bangun awal pagi terus mandi dan dibawa ke padang bola, diikat kepalanya dengan kain merah berpropaganda dan dipinkan bajunya dengan perca biru. Mereka sedang bersedia. Nak buat apa?

(Sambungan pertama)

Muka-muka suci kanak-kanak ini begitu tulus. Takde rasa bersalah pon. Lilitan di kepala itu entah apa mereka pon tak tahu sangat. Sebab nak mengeja pon belum tentu lepas nahu dan sebutannnya. Jadi mereka pakai sahaja mengikut kehendak yang lebih tua.

Meskipun adanya mereka di sini atas satu semangat kesukanan, tapi ada lagi satu semangat yang diterapkan secara tidak langsung di dalam perhimpunan ramai kanak-kanak sekitar daerah ini. Yang sama-sama teraju sekolah mereka adalah dari organisasi yang sama. 


Di astaka tempat meninjau dari jauh ke padang, ada juga semangat yang satu lagi ini diterapkan. Kali ini untuk pengunjung-pengunjung pula. Pijak, jangan tak pijak.


Selalu-selalu nampak dari suratkhabar sahaja bendera ini yang ramai orang bakar bantah membantah, tapi kali ini mula-mula ternampak rasa pelik pula. Boleh pulak bendera itu di pampang penuh gaya, cuma direndahkan martabatnya sama rendah dengan lantai kaki. 


(Sambungan kali ke-2)

Perhimpunan ini merangkumi beberapa sekolah sekitar daerah yang sama. Jadi tiap sekolah ada identiti masing-masing tetapi semuanya bertemakan keamanan dan boikot. 

Jadi salah satunya membawa mesej itu dengan jelas sekali walau kontijen mereka adalah yang paling sedikit. Mesej tetap mesej. Pengusung dan kereta sorong beroda dengan seorang kanak-kanak berkain anduh di tangan dan kepala menjadi tunjang kontijen ini. Agak-agak sapa-sapa yang pensan pon, boleh guna terus pengusung yang disediakan itu.






Rasanya jelas mesej yang ingin disampaikan. Abaikan sahaja pinggang seorang ibu tersebut sebab tiba-tiba sahaja beliau muncul dan interfrem dalam ini cerita. 


Perilaku Aqil dalam ini cerita juga tak kurang menjadi perhatian. Dia cukup seronok bila dapat nampak kelibat kami di astaka. Tapi sebelum dapat melihat kami, wajahnya cukup sugul dan tidak bercahaya. Nampak je terus bagitau kawan sebelah. Itu abah dengan ummi Aqil. Hahah. 




Semua kontijen berarak dan berkumpul di atas padang dengan gaya masing-masing. Sampai di hadapan tetamu jemputan, ada yang melambai, ada yang mengucapkan "Takbir!". Majlis diserikan dengan kedatangan VVIP yang dijemput khas. Antaranya adalah salah seorang yang menjadi tahanan sementara di dalam kapal Mavi Marmara. Beliau berucap sekadarnya untuk sedikit berkongsi cerita tentang pengalamannya dan mengajak kita bersyukur kerana kanak-kanak di sini boleh berjuang dalam sukan untuk kegembiraan dan kesihatan. Kanak-kanak di sana berjuang bukan untuk sukan atau kegembiraan tapi untuk hidup dan terus hidup. 




Di sini, menang dapat hadiah. Di sana, menang dapat kebebasan. Jadi pertandingan pon bermula. Untuk kanak-kanak setiap sekolah, acaranya telah ditentukan dan pesertanya juga telah siap-siap dipilih. Jadi Aqil hanya ada 1 acara berpasukan, pada jadual paling akhir. Acara makan biskut!.




Sementara menunggu acara berpasukan Aqil, kami masukan dia ke dalam acara individu di atas astaka. Acara mewarna. Sambil Ezi memantau penuh setiap pergerakan dan percaturan Aqil dalam acara ini. Tugas Ammar adalah sebagai pelengkap. Seperti meminta nak sama-sama mewarna ataupon duduk memerhati dari dekat. 



Acara berlangsung dengan pelbagai gaya dan ragam. Ada ibu bapa yang begitu komited dan ada yang secara mudah membiarkan sahaja anak-anak mereka mewarna. Tapi Aqil punyai masa yang sedikit terhad sebab ada acara yang menantinya. Jadi sedikit tergesa dalam menyudahkan pewarnaan. 



Sesi yang sebenarnya ditunggu-tunggu pun tiba. Itu pon ketika matahari dah hampir naik dengan cuaca semakin panas. Rupanya ada acara ibu-bapa dahulu yang disela sebelum acara terakhir untuk kanak-kanak. Aqil sudah bersedia. 



Ok, ahli belum cukup 4 orang. Jadi terpaksa mencari lagi 2 orang. Mana nih? Kena tunggu sambil cikgu-cikgu mencari-cari ke mana pergi 4 orang yang patutnya menjadi peserta acara terakhir ini.


Dengan bantuan dan dorongan dari pengurus pasukan, Ammar. Mereka berbaris bersemangat untuk menuju ke arah medan pertarungan. Yang belakang sekali itu adalah peserta tangkap muat, patutnya ada seorang yang ibu bapanya lambat sedikit memanggil anak mereka untuk melengkapi pasukan. 




Lihat betapa laparnya Aqil bila berhadapan dengan seterunya. Sebungkus biskut Tiger menjadi hidangan mereka kali ini. Mereka perlu bersaing dengan kontijen-kontijen lain. Bila acara dilangsungkan, Aqil mengambil tektik yang tidak pernah dibuat peserta lain. Kapit 2 biskut dan kunyah secara perlahan-lahan dan menikmati setiap gigitan yang dibuat. Bukankah ini pertandingan? Ya, beliau menghabiskan 5 biskut kesemuanya dengan sorang lagi peserta 2 keping dan yang lain-lainnya dihabiskan secara lahap oleh 2 peserta yang lain. 




Mereka menduduki tangga ke-4 dalam acara ini dan mengutip 3 markah. Senarai akhir keputusan membolehkan sekolah Aqil mendapat tempat ke-2 keseluruhan. Sebab cemerlang dalam acara lari dalam guna dan tarik bola dalam gelung. 






Majlis disertakan dengan acara individu terbuka untuk semua kanak-kanak kontijen. Ada 2 acara, tiup belon dan merebut gula-gula. Acara ini lebih kepada semua akan dapat hadiah. Cuma Aqil tidak pernah meniup belon secara betul-betul. Jadi ini adalah pengalaman pertama beliau. Mujur ada pertolongan yang memecahkan belon dengan sengaja. Jadi dapatlah beliau sebatang pensel sebagai saguhati. 



Acara terakhir merupakan pengalaman paling tidak dapat dilupakan dan harus dilupakan terus oleh pihak penganjur untuk masa hadapan. Disebabkan Aqil sudah terbiasa untuk tidak terbolah dan berebut tak tentu hala, maka acara ini bukan acara kegemarannya. Matanya hampir berkaca bila menoleh pada aku tapi tidak dapat meloloskan diri. Kanak-kanak yang lebih tua dan sudah biasa, senang sahaja menguasai acara ini, tak kira lelaki mahupon perempuan. Mujur sebiji gula-gula masih kelihatan bila suasana sudah lebih reda. Gula-gula yang sebiji itu kami kerat dua untuk dikongsi dengan Ammar. 

Mesej tidak kesampaian.  


Paling penting. "Aqil hepi hari ini?" Ummi tanya.


"Hepi!" jawab Aqil. Itu sahaja.


Sekian dahulu cerita ini yang diperam lama, tapi tetap ingin berkongsi bersama.

6 ulasan:

kaler_pensel berkata...

ada kain biru, so mesti rumah sukan kaler biru..tp xtau per kaitan ngn palestine..kanak3 berdemo? hahaha..yg penting, muke aqil nmpk agak control distu..cewah, semakin pndai berposing..haha..

d u t a berkata...

ok. tunggu je laporan penuhnya nanti!

kaler_pensel berkata...

kes3..cmne ni aqil makan biskut pun xleh menang..hahahah..yg pntg i like mesej ucapan pakcik mavi marmara itu..sekian..selamat menghidupkan ramadhan~

Adam Ruslan berkata...

^ Adik Kaler Pensel^
Hehe, Aqil makan biskut secara sopan. Apa pon, mesej pakcik mavi marmara tu aku karang ikut kesesuaian penulisan, tapi lebih kurang begitulah. Hehe.

^Duta^
Siap laporan penuh ye, janji mesti ditepati.

Tanpa Nama berkata...

Ptut demo mansud ISA , pijak bendera UMNO ... baru betul .. hahaha - azam

Adam Ruslan berkata...

^azam^

Tiada elemen kepartian untuk kanak-kanak kecil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...