Advertlets

Isnin, Februari 22, 2010

Tulis-tulis - Etika

Dah la jarang-jarang dah menulis, sekali menulis hal ehwal berat plak?
Tapi kena jugak untuk memberitahu dan berkongsi pendapat di sini. Meh tengok, cemana orang mengenali kita?

Orang suka menghakim kita dengan perwatakan kita, peribadi kita, pakaian kita, pertuturan kita, rupa dan potongan badan dan tidak kurang yang suka menganalisis tulisan kita. Itu untuk alam semulajadi.

Untuk alam pedang saiber pula, orang yang kenal atau tidak kenal kita hanya boleh menghakim kita berdasarkan FB kita, Frenster kita, Blog kita, Photobucket kita, Picasa kita dan mungkin Google Buzz kita. Tapi apa yang dihakimi di sini? Status wall? Info? Gambar-gambar yang ditag? Bentuk gaya penulisan dalam blog? Font pilihan? Blog profile?

Jenis-jenis penghakiman bukan bidang kuasa aku atau siapa-siapa untuk menentukan. Tapi rupa bentuk gaya untuk menentukan penghakiman terletak pada tuan punya badan. Sendiri buat sendiri tanggung kata pendeknya. Jadi, mana point utama nih?

Begini je lah, bagi seorang yang dah besar dewasa (alam remaja macam Justfahim boleh lagi dimaafkan), mungkin dah berkahwin dan ada anak-anak kecil, kalau belum lagi terfikir hal-hal tuhan, mungkin boleh fikir hal-hal seperti cemana kalau blog hangpa, FB hangpa serta koleksi gambar hangpa ditatapi oleh pak mak hangpa? Anak-anak hangpa bila depa dah tau google? Atau jiran taulan hangpa? Adakah itu hangpa di alam semulajadi?

Kalau di alam semulajadi hangpa marah anak-anak kerana menyebut perkataan yang kurang enak di dengar. Kenapa di dalam blog hangpa pon sama menyumpah seranah lebih dari itu? Adakah itu liberalisasi? Aku pon tak tau liberal tu apa, tapi orang petik, aku petik la jugak.

Kalau-kalau yang dah pikir hal-hal tuhan, aku hanya nak menyampaikan bahawasanya berblog dan berFB dan segala macam jenis 'social networking' lagi juga adalah saham-saham yang kita usahakan semasa kita hidup. Baik yang diceritakan, baik juga yang akan disampaikan. Marah atau bengang cemana sekalipon terhadap sesuatu, cerita sahaja pada rakan terdekat secara lisan. Kalau nak tulis sekalipon, cerita dengan sewajarnya tanpa sumpah seranah serta mengaibkan peribadi orang lain.

Contoh yang agak lemah: Tak pakai stokin tapi tulis blog secara tertib dan menceritakan hal yang baik-baik sahaja adalah berganda lebih baik dari berstokin tapi mengaibkan orang dengan caci maki serta berkata-kata kesat.

Arwah Tok Wan pernah berpesan secara langsung pada aku (seingat aku, rasa ada dalam silibus Pendidikan Islam Menengah Atas), kita kena jaga 3 jenis hubungan. Bukan hubungan sejenis ye. Pertama, hubungan kita dengan Tuhan. Yang mana segala yang kita buat, salah atau betul tentang suruhan dan larangan-Nya, kita boleh setel dengan Tuhan sahaja. Bukan perantara mahupon Ayah Pin. Mengambil contoh di atas, hal stokin adalah antara dia dan Tuhan.

Kedua, hubungan kita sesama manusia. Yang ini, kalau ada sesiapa yang buat salah, hanya dengan dia kita perlu minta maaf. Orang lain tak de saham untuk memaafkan bagi pihak dia atau untuk menjatuhkan hukuman bagi pihak dia. Jadi, caci maki serta kata-kata kesat hanya boleh disetelkan oleh tuan punya diri dan orang yang dimaki.

Ketiga, hubungan dengan alam. Ini termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan serta yang berkaitan dengannya. Kalau kita jaga ketiga-tiganya dan sedar diri yang bukan hanya kita yang hidup dalam dunia ini, aku rasa banyak mesalah dan karenah akan dihadapi dengan tenang dan senang.

Jadi, bagi yang rasa nak lintas jambatan tu, pikir-pikirkanlah apa yang kita tulis, ceritakan dan sampaikan supaya saham-saham kita sedia ditimba bila tiba masanya. Sekian.

Nota stokin di kaki - Zaman sekolah dulu, kadangkala darjat kedudukan di nilai dengan pemakaian stokin. Atau lipat kaki seluar seinci dua. Heheh.

2 ulasan:

helmi majid ismail berkata...

cis... tetap nk kaitkan dgn tulisan . tapi aku mmg menilai org berdasarkan tulisan . haha . btw, so far aku rasa cik amani dah maaf kan aku sbb akulah pelajar yg membetulkanmarkah kertas sejarahnya yg hampir gagal itu! huhu. now aku dlm proses nk kaji sama ada nak ampun kan tidak pihak yng menyebabkan parut di siku kanan dan di buku lali ini. sekian harap maklum

Adam Ruslan berkata...

^helmi^

Apesal pakai profile lain? semunyi-semunyi macam artis je.. hahah.

Agak-agak bleh share tak apa jenis kualiti tulisan dengan personaliti tuan punya tulisan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...