Advertlets

Khamis, Ogos 02, 2012

Kanak-kanak Memang Riang 42 - Earphone

Sedang abah sedap-sedap terlentang layan siaran Olimpik, Ayman datang terkedek-kedek membawa henpon power ummi dan segulung earphone. Ummi bagi sebab Ayman terlebih rajin nak tolong basuh pinggan. Dari sebadan basah main air sinki, baik duduk depan layan abah terlentang tengok Olimpik.


"Yaaaaa, dushh!" Ayman yang belum mampu menyebut butir-butir perkataan dengan jelas memberikan sound effect dari siaran gerak perlahan penerjun 10m platform. 


Sambil dalam pada itu, Ayman memberikan earphone di gengaman dia pada abah. "Ehhh, ehhhh" yang memberi intrepetasi, "Macamana nak guna menda alah earphone ini abah?"


Abah yang sedia paham, ambil sebelah earphone, sumbat masuk telinga kirinya, tukar siaran radio kepada Era dan sumbat sebelah lagi pasangan earphone ke telinga kiri Ayman. Kini pasangan earphone itu sudah lengkap digunakan lantas berfungsi dan memberikan isyarat muzik ke dalam telinga kami. 


Ayman mula terangguk-angguk dengan lagu Sesal Mendua. Tidak cukup dengan itu, dia letakkan henpon power ummi di telinga kanan beliau. Seakan mendengar terus dari henpon itu. Lagi rancak beliau menikmati lagu tersebut.



Abah masih mengekalkan earphone yang sebelah lagi di telinganya. Abah tengok Ayman. 


Redha. Paham dan kesian. (Ayman mesti power!)



*Dalam buku ini, satu page sahaja dia suka. Gambar bola*

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...