Advertlets

Selasa, Julai 17, 2012

Mat Tiara - Sebuah buku yang ngeri tak patut

"Masuk la duduk dulu, hujan kat luar tu". 


Aku ajak Juba dengan Mat masuk rumah. Siap lempar tuala bagi dorang lap rambut dan baju. Mat dan Juba adalah senior aku kat maktab, merangkap rakan-rakan terdekat serumah Balakong dengan abang aku, Mat Due. 


Dorang baru sampai Johor. Aku pon tak tahu kenapa dorang boleh ada dalam rumah aku. Entah kenapa juga scene ini berlaku kat ruang tamu rumah lama aku di Taman U, bukan di rumah mewah satu tingkat aku sekarang kat Taman Pulai Indah. 


"Eh, Juba, ko yang print buku Mat Tiara tu kan?" aku tanya. Dalam hati sebenarnya dah nak pangkah terus je sebab kaver buku Mat Tiara sangat berkualiti rendah. Dah la muka sendiri. Tak tahan air, anak aku baru gigit dua tiga kali dah nak hancur kaver depan dengan belakang. Kembang dan berserpih. Kutu mana la yang berperancangan begini buat buku guna kertas macam tu buat kaver. Nak baca masa berak pon tak boleh, nanti kena tempias air, hancur terus.


Juba cepat-cepat menggeleng. "Mana ada, entah sapa Mat guna print buku tu, bukan aku".


Mat senyum serpih. 


Aku bangun pergi ke dapur, nak buat air rasanya.


Ada lagi dalam hati aku nak bagitahu kat Mat. Buku Mat Tiara tu ada la 2-3 perkatan typo, tambah pulak ada 2-3 cerita yang mana pengenalan cerita tu hampir nak sama, ulang cerita dia duduk kelas Chempaka Bear prinsip akaun. Entah apa-apa. Tambah pula duk ulang tak reti Add Math. Tak ke dia tahu janjang dan kamiran itu adalah asas penting seorang jurutera? Kalau anak aku baca nanti mesti depa tak nak jadi jurutera. Nak jadi SxE konon. Ceh. Mengarut. Tektik nak cukupkan 40,000 patah perkataan la tu. 


Belum sempat aku sembang dengan dorang hal-hal buku ni, tiba-tiba.


"Abang, dah pukul 12 dah ni, bangun la. Anak-anak dah lapar tu" Ezi kejut aku sedang elok dia pon baru terjaga pada suatu tengah hari Ahad. Anak-anak dah rancak layan Sains Comot depan tv.


Lantas aku terjaga dari mimpi. Cerita ending mimpi ni memang cikgu kat MRSM PDRM tak gemar sebenarnya, tapi nak buat macamana. Memang aku termimpi macam tu elok saja aku habis baca buku Mat Tiara selepas menunaikan subuh Gajah tadi. Baru malam tadi beli buku tu kat Gobok Buku.


Buku Mat Tiara atas katil aku campak belakang almari. Mudah-mudahan ada lipas boleh buat santapan tengahari dorang.

Berhantu buku Mat Tiara ni. Masuk dalam mimpi kalau baca. Mujur lagu Tiara tak terngiang-ngiang je. Tak pasal RM20 lebur beli buku ni. 





Nota kaki: Ini jelah sehabis baik aku boleh bagi buat NEON Terbit. Kejap lagi nak mintak tolong senang sikit. Tak gitu encik penerbit?

3 ulasan:

d u t a berkata...

wah... nak cover tebal ke?

Azrind Othman berkata...

betul ke janjang dan kamiran takde sangkut paut langsung dgn engineering... sian student aku hempas pulas blaja....

Diego Amani berkata...

duta| Nak kaver tahan air je. Kaver tebal buku Mahathir dah ada dah.

Don | Secara realitinya, janjang dan kamiran berguna untuk mendapatkan kertas kelulusan sahaja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...