Advertlets

Selasa, Ogos 07, 2012

Bersama Proton (yang *******) do-u-really-care?

Selepas pembeli menunggu 3 bulan dari tarikh lulus pinjaman bank. Waktu nak sign, janji tunggu sebulan sahaja. Ini yang penjual boleh beritahu.

"Proton sudah talak keluar itu kereta, tak da sapa mau beli. Orang mau beli pon saya takut mau kasik masuk itu order. Lu tengok atas jalan, ada nampak itu kereta? Itu kereta banyak masalah. Minyak banyak makan, besar lagi, cc kecik. Macam Naza Ria (ye, dia pengedar Hyundai). Olang mau beli kereta, bukan dengan orang cakap, kasik kira tengok, compare semua satu-satu. Lu pikir balik la, baik beli Nissan. Takda masalah punya, ready stock"

Untuk nota, penjual ini haram tak guna langsung. Tak boleh harap dan bangang. Call tak berani nak angkat, hantar balik sms bagi alasan meeting, dalam bank atau nanti call balik. Sms terbaru ni dah 3 kali tanpa balasan.

Orang dah setuju pilih kereta yang dikehendaki, lepas 3 bulan baru nak cerita segala alasan dan mak neka masalah kereta yang sedang nak dijual. Taruk pasir dalam periuk sendiri. Eh, mungkin beliau pemakan pasir orangnya? Pembeli bukan mahukan cacian terhadap model yang dikehendaki. Pembeli mahu kereta itu siap dihantar dengan kunci. Bangang.

Nota lagi, jangan beli dari depa. Kedai jual kereta di pintu masuk Giant Tampoi.

Disebabkan keterlaluan tak masuk akal sangat alasan penjual sampai dikatakan kilang Proton sekarang tidak lagi mengeluarkan model tersebut, maka Proton-I-care 1300 880 888 dihubungi.

"Betul ke Proton dah stop production model ini?"

"Eh, takdelah. Ada lagi"

"Jadi, kalau saya dah tunggu 3 bulan, normal ke tak normal?"

"Itu tak normal, selalu sebulan lebih dah boleh dapat"

"Jadi apa saya boleh buat?"

"Saya perlukan butir bla bala bala bala"

"3 hari bekerja dari complaint ini, pihak kami akan telepon tuan"

***3 hari bekerja pon selesai***

"Boleh saya tahu status booking saya?"

"Encik, kami perlukan nombor IC"

"Ok, encik, sekarang kes encik diserahkan kepada eksekutif kami, nanti saya akan pesankan supaya dia telefon encik sebab dia tak ada di tempat dia sekarang"

"Siapa nama dia?"

"Encik boleh telefon balik dan cari Encik Fauzi"

***3 hari bekerja pon selesai***

"Boleh saya bercakap dengan Encik Fauzi?"

"Encik Fauzi belum balik sembahyang Jumaat lagi encik, 2.45 nanti baru dia masuk"

"Sepatutnya saya dapat panggilan selepas 3 hari bekerja, boleh tinggalkan pesanan supaya dia telefon saya balik?"

"Nanti saya tinggalkan pesanan"

***4 petang***

"Boleh saya bercakap dengan Encik Fauzi?"

"Encik Fauzi dalam meeting encik, dengan siapa saya bercakap ni?"

"Saya blalah blah blha"

"Maaf encik, rekod encik tiada dalam sistem kami, berkenaan apa tu?"

"Lah, kalau rekod saya tak ada, macammana saya boleh tahu saya kena cari Encik Fauzi?"

"Sekejap encik, saya cari siapa yang bercakap dengan encik tengahari tadi"

"Ok encik, mengikut rekod, Encik Fauzi belum letak apa-apa lagi untuk kes encik, saya tak boleh bagitahu apa progress kes encik, encik kena tunggu Encik Fauzi"

"Kalau ikutkan saya dah 3 bulan menunggu kes saya ni, nak suruh saya tunggu lagi?"

"Kalau macamtu, saya boleh tinggalkan pesanan buat Encik Fauzi, nanti dia hubungi encik"

"Kalau dia tak call saya jugak?"

"Saya boleh tolong highlightkan perkara ini untuk dia"

****Genap seminggu dari hari pertama menghubungi I care****

"Boleh saya bercakap dengan Encik Fauzi?"

"Encik Fauzi keluar. Encik ada call ke sebelum ini? Boleh saya dapatkan IC"

"Ye, saya bla-bala-blah, saya dah 3 kali cari Encik Fauzi tapi tak pernah dapat pon, dia pergi sembahyang, meeting, keluar"

"Kalau ikut rekod ini, memang Encik Fauzi yang hendel. Saya tak boleh buat apa-apa"

"Jadi u suruh saya tunggu? Kalau ikutkan kes saya, 3 bulan dah menunggu, seminggu dah tunggu Encik Fauzi call saya, dah macam orang bodoh je menunggu ni"

"Nanti saya sampaikan pada Encik Fauzi untuk call encik"

"Kalau dia tak call saya? Apa saya boleh buat?"

"Itu terpulang kepada encik nak buat apa, saya boleh sampaikan pesanan saya"

"Saya nak bercakap dengan bos Encik Fauzi"

"Dia bercuti hari ini"

"Saya nak bercakap dengan bos awak"

"Dia tak ada sekarang"

"Dah dengan sapa yang saya boleh bercakap yang boleh bagitahu saya yang kes saya ni ada orang buat kerja, bukan suruh saya tunggu je? Saya tak boleh terima la alasan ni"

"Encik kena tunggu dari Encik Fauzi"

"Encik Fauzi ni position dia apa?"

"Dia Customer Service Executive kami"

"Siapa supervisor awak?"

"Encik Amin, dia team leader kami"

"Siapa nama awak?"

"Saya Athira"

"Jadi Athira, saya mintak awak tinggalkan pesanan kepada encik Fauzi untuk call saya balik, boleh? Harini?"

"Ye saya akan tinggalkan pesanan, terima kasih kerana memanggil i-care"

Dan hari ini pon masih menunggu. Kebarangkalian mendapat panggilan dari Proton I Care khususnya dari Encik Fauzi adalah mustahil. Syabas!

UPDATED

***Sehari berlalu tanpa panggilan dari Encik Fauzi*** 

"Boleh saya bercakap dengan Encik Fauzi?"

"Er, encik ada bagi nombor IC sebelum ini?"

"Ok IC saya....."
"Maaf encik, kami tiada rekod tentang komplen encik"

"Dah, cemana dan 3-4 kali saya call sebelum ni tapi tetiba takde dalam rekod pulak ni?" 

"Maaf encik, saya kene check dulu encik, saya tak tahu, saya kena check dulu"

Tiba-tiba ada sorang menyampuk, "Eh tu kes saya la".

Panggilan ini bertukar menjadi bebelan dan kemudian terputus dengan sendirinya.

***Sehari kemudian, kali ini pagi-pagi lagi***

"Saya nak follow up hal booking saya"

"Sebentar encik, saya sambungkan kepada person in-charge, Encik Fauzi"

Gembira bukan kepalang bila dapat berpeluang bercakap dengan Encik Fauzi. Manusia yang ditunggu-tunggu seperti artis untuk dapat bercakap dengannya. 

Encik Fauzi kedengaran begitu mengujakan pada pagi hari. Malangnya pada penghujungnya, Encik Fauzi mula kendur.

"Boleh saya tahu kenapa ada masalah stok lambat ni?"

"Ini kerana model ini sangat High Demand. Terutama yang kaler Elegant Brown.."

"Tapi saya mintak kaler Putih"


"Ye, macam yang saya cakap tadi, Elegant Brown paling tinggi demand. Jadi kami cadangkan untuk pelanggan pilih Putih dan Silver. Jadi semuanya sekarang jadi high demand model. Kami sudah maklumkan kepada pihak kilang dan pihak kilang sudah mempertingkatkan production untuk model ini. Pada masa yang sama, pihak kilang juga perlu untuk menjaga kualiti semua produk."

"Dan hal ini sudah 3 bulan berlanjutan?"

"Ya, kami sudah memaklumkan kepada pihak yang berkenaan"

"Jadi apa action plan kamu untuk kes saya?"

"Macam yang saya cakap tadi, saya sudah masuk meeting dengan Sales & Allocation untuk highlight issue ini, sebab bukan encik sorang sahaja yang belum dapat order. Ada lagi customer yang sama-sama belum dapat order dari wakil servis di sana. Saya juga sudah menghantar emel dan bercakap sendiri secara verbal untuk follow up hal ini dengan dorang".

"Disebabkan saya dah terpaksa menunggu untuk bercakap dengan encik Fauzi sebanyak 4 kali, dah lebih seminggu saya menunggu, saya nak juga dapatkan apa-apa feedback, sebab belum tentu saya dapat bercakap dengan encik Fauzi lagi selepas ini"

"Memang sudah menjadi SOP kami untuk menghubungi balik pelanggan selepas 3 hari mendapat panggilan dari pelanggan"

"Encik Fauzi, saya sudah cuba untuk dapat bercakap dengan Encik Fauzi sebanyak 4 kali, hari Jumaat, encik Fauzi belum masuk dari sembahyang, lewat petang sikit encik Fauzi dalam meeting. Hari Selasa encik Fauzi keluar. Hari Rabu tiba-tiba komplen saya tiada dalam rekod dan encik Fauzi pon tak ada. Hari ini baru saya dapat bercakap dengan Encik Fauzi. Operator semua bagitahu untuk sampaikan pesanan pada encik Fauzi untuk call saya balik. Tapi saya tak dapat langsung call dari encik Fauzi. Encik Fauzi boleh paham?

"Bagi saya, ini bukan Proton-I-Care, ini Proton-don't-care".

"Encik tak boleh bercakap begitu, di sini ramai orang yang mencari rezeki untuk bekerja di sini encik. Kalau encik cakap begitu, saya pun mungkin tawar hati untuk menolong encik"

"Encik Fauzi, saya 4 kali cuba untuk dapat bercakap dengan Encik Fauzi. Sejak 30 Julai. Sekarang dah 9 Ogos. Operator kata 3 hari selepas mendapat komplen, akan ada pegawai untuk call. Dan bila saya dapat bercakap dengan Encik Fauzi hari ini, encik Fauzi mintak untuk bagi lagi 3 hari untuk memaklumkan saya apa-apa perkembangan. Ini berapa lama dah dari SOP customer service encik Fauzi?"

"Saya minta maaf, memang operator ada tinggalkan pesanan, tapi bukan encik sorang pelanggan yang saya kena uruskan. Skop kerja saya bukan untuk sales sahaja, after sales pon saya kena buat. Saya harap encik tak persoalkan hal kerja saya"

"Bagi saya, selepas terpaksa menunggu dan berkali-kali call untuk bercakap dengan encik Fauzi, perkhidmatan customer service Proton ni macam takda servis lah. Customer je yang asyik kena call"

"Agak biadap encik berkata begitu, kami di sini memastikan yang mutu dan kualiti Proton adalah tinggi bukan sahaja local malah di luar negeri, untuk makluman encik, perbualan kita ini dirakam" 

"Saya gembira kerana perbualan ini dirakam. Lagi elok kalau CEO Proton boleh dengar perbualan ini, sebab apa yang saya sampaikan di sini adalah pendapat customer. Proton dah lama dalam industri ini, tapi masih lagi ada masalah menunggu stok ni. Saya tak ada mengeluarkan apa-apa kata-kata kesat untuk kata saya biadap dan saya harap encik Fauzi paham dengan situasi macam ini, customer servis tak boleh macam ni. Customer call tapi tak dapat panggilan balik macamana?" 

"Kalau saya tak dapat panggilan balik dari encik Fauzi selepas 3 hari macamana? Mungkin saya akan memperbesarkan lagi hal ini"

"Itu terpulang kepada encik, untuk memperkecilkan ke atau memperbesarkan hal ini"

"Wakil jualan saya dah suruh saya tukar beli Nissan sebab hal ini. Saya sebagai pembeli, yang dah buat pertimbangan untuk membeli dan pilih Proton, dah kira mampu ke tidak, tapi disuruh tukar pada model lain sebab hal ini, nampak tak apa orang pikir pasal Proton?"

"Sebagai authorized dealer memang telah termaktub dalam perjanjian untuk mereka menjaga nama baik dan kualiti Proton. Kami boleh ambil tindakan kalau dorang buat macamtu, untuk encik kami tak boleh nak halang dari buat apa-apa keputusan"

"Ini bukan masalah dengan apa yang dorang kata. Tapi ini adalah pandangan orang terhadap Proton bila ada lagi masalah macam ini"

"Kalau encik nak tukar order encik ke Plentong supaya senang sikit kami uruskan, mungkin kami boleh buat"

"Ok, yang saya nak sampaikan adalah saya dah menunggu 3 bulan. Sekarang yang encik Fauzi boleh janjikan ialah 3 hari untuk call saya balik, jadi saya harap encik Fauzi boleh tunaikan janji tu. Saya nak encik Fauzi yang call saya. Hari Isnin. Kalau betul namanya Proton-I-Care. Untuk apa-apa makluman dan apa yang encik Fauzi dah buat sebab encik Fauzi mintak 3 hari. Jadi mesti ada progress untuk hal ini". 

"Yang itu saya boleh janji" 

"Saya tunggu encik Fauzi, terima kasih"

"Ok terima kasih kerana memanggil Proton, selamat berpuasa"

Adakah encik Fauzi akan memanggil pada hari Isnin nanti?

4 ulasan:

Arzamewenger berkata...

Cadangan salesman itu bernas. Aku tunggu 2 minggu dah dapat keta yg high demand & masuk CBU ikut batch. Aftersales service juga sgt memuaskan hati. Tukarlah kepada Honda

Adam Ruslan berkata...

Arzame

Kalaulah Honda itu boleh bayar ansuran RM800 sebulan.

NorlizaSakraraman berkata...

saya pun mengalami situasi yg sama skarang...macam2 dorg offer time survey tp bila dah book and loan lepas...smua jd xbtul..jgnla nak janji klu xdpat nak penuhi kehendak pembeli...btul x???bila tnya status, macam2 alasan dberi..siap ade bg alasan xmunasabah...isk3..bleh tau ape status pembelian kete abg..tq

Adam Ruslan berkata...

Mama Cahaya

Sudah pon dapat panggilan dari Proton-I-Care dan dapat sms nombor chasis. Dalam seminggu dua ni dah boleh dapat kereta yang ditempah dari reseller di JB ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...