Advertlets

Selasa, April 10, 2012

Nak berpersatuan ke nak berbolasepak?

1. Kenapa hanya VVVIP yang menjadi Presiden Persatuan Bolasepak Negeri dan Negara? Ok, bukan setakat bolasepak, tapi hoki, ragbi, olahraga, tenis dan beberapa jenis sukan lagi. Kenapa persatuan skuash Malaysia power?


2. Kenapa dibawah naungan FAM, hanya terdapat affiliate yang hanya berbentuk kenegerian? Yang bukan kenegerian pula berbentuk kaum? Persatuan Bolasepak Melayu/Cina/India Malaysia? Peh.


3. Bolasepak perlukan pentadbiran swasta. Yang berteraskan pertumbuhan akar umbi perkembangan bolasepak dan bukan berteraskan untung rugi kantung sendiri.


4. VVVIP mungkin boleh memulas tangan para penaja untuk mendapatkan penajaan, tapi kalau mutu bolasepak tidak bermutu langsung, penaja mana yang sanggup meletakkan nama mereka sebaris dengan mutu bolasepak yang tidak bermutu langsung itu?


5. Pembangunan akar umbi bukan bermaksud mencari seluruh ceruk kampung atau hulu untuk mencari bakat bolasepak yang power hanya bila ada kejohanan. Pembangunan akar umbi bermaksud satu sistem intergrasi dalam melatih, memberi pendedahan, perhatian, memperkembangkan bakat bolasepak sedia ada ke tahap yang lebih tinggi secara teratur. 


6. Sekali sekala rage tak tentu pasal apa ada hal.

1 ulasan:

ayen =D berkata...

ha ah kan!!!!

yang pegang jawatan persatuan adalah yang nak berpersatuan.. yang nak berbolasepak nak berbolasepak.. konon2 pengkhususan la tu.. tapi.. gini lak jadinya kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...