Advertlets

Selasa, Februari 28, 2012

Kanak-Kanak Memang Riang 41 - Layang-layang

"Abah, nak main layang-layang".. 

Seminggu berlalu.

"Abah, nak main layang-layang"...

Sehari berlalu.

"Abah, nak main layang-layang"..

Dua hari berlalu.

"Abang, tak larat la nak layan anak-anak ni mintak nak main layang-layang!"

Tiga hari berlalu.

"Ok, nanti kita beli layang-layang kat kedai Her Fatt tu, tapi kena pergi makan nasi dulu". Terpaksa mengalah pada satu hari Ahad.

Layang-layang plastik kilat empat segi bergambar Superman dengan bertulang buluh halus berharga 80 sen dengan tali benang gulung 80 sen dibeli 2 set. Anak-anak lompat. Sengih tak payah cerita.
 
Terus singgah padang permainan yang paling dekat dengan rumah. Lepas 20 minit bergelut dengan memori macamana nak memasang tali benang pada rangka layang-layang, baru boleh mencuba. Mujur henpon dah abis bateri, kalau tak dah google dah cara-cara memasang tali benang pada layang-layang murah. Angin kadang kuat kadang hilang. Layang-layang naik tak sampai 2 saat, jatuh menjunam. Tali benang senget dan tak stabil. Sempat juga tergolek sebab tersadung dalam lubang masa mengundur.

Anak-anak dah lari main gelungsur yang lebih memberi keceriaan sebab layang-layang lambat sangat nak disiapkan. 

"Salah kot pasang macam ni, tinggi sangat. Kat sini je patutnya". Tali benang dibuka. Ditebuk lubang baru dan dipasang bawah sikit dekat dengan tulang tengah layang-layang. 

Kali ini layang-layang stabil. 

Dua tiga kali mencuba. Layang-layang naik! Tali benang dilepaskan. Habis segulung. Pendek je pon tali benang 80 sen. Layang-layang murah berjaya juga naik. Tak rugi RM1.60. Power jugak kemahiran mengendalikan layang-layang murah ni.

Aqil pegang tak sampai seminit. Layang-layang mula jatuh.

Naik semula. Ammar pula pegang 2 minit. Layang-layang jatuh sebab angin hilang. 

Anak-anak lari pergi main gelungsur balik. Habis sudah seronok depa nak main layang-layang.

Cuba kali ketiga, angin dah malas memberi kerjasama.

Dari kejauhan, ada satu lagi abah, umi dan 2 anak perempuan dah pakat balik sebab layang-layang bukan 80 sen depa tak naik. 

3 ulasan:

ayen =D berkata...

hahaha.. layang-layang bukan 80 sen pun tak naik hehehe..

nasib baik ada gelungsur!

Diego Amani berkata...

Kalau berani cuba la beli layang-layang 80sen dan tali 80sen.

Tengok naik ke tak naik.

ayen =D berkata...

mesti lah tak berani... hehehehe :P ain rasa tak pernah naikkan layang2 kot.. lalalala...~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...