Advertlets

Khamis, Februari 16, 2012

Jalan-jalan Cari Pengerang


Jauh juga sebenarnya Pengerang ni. Kalau ikut peta google, seratus lima puluh lima kilometer dengan masa hampir 2 jam setengah. Tapi sebab aku lagi power dari peta google, aku gerak dari Pulai Indah pukul 4 petang, ikut lebuhraya PLUS exit Kempas, turun lebuhraya Pasir Gudang,  masuk lebuhraya Senai-Desaru ikut Ulu Tiram, sampai Tanjung Pengelih, Pengerang pukul 6 petang. Peh, power.


Turun kejap bersembang dengan seorang penduduk tidak tetap yang juga tengah ambil angin laut Selat Singapura, bincang hal ehwal Petronas nak ambil tanah orang kampung, kubur dan terowong tinggalan Jepun di bukit sebelah Kastam Tg Pengelih dan ambil gambar barang sekeping dua. 


Pengerang akan  jadi femes lagi 2-4 tahun akan datang. Mungkin tak la sampai orang kampung maki hamun dan berdemo macam loji Lynas. Cuma akan jadi modal parti pembangkang jugak la sebab tanah orang kampung zaman berzaman akan diambil kerajaan. Jadi mungkin gambar-gambar yang diambil ini boleh jadi arkib buat generasi masa akan datang.


Ni gambar dari luar pintu masuk Jeti Tg Pengelih. 

Ini permandangan dari Kampung Jawa.

Ini ada satu objek di tengah laut yang sudah menyebabkan ramai penduduk kampung berasa sedih meninggalkan tanah mereka zaman berzaman.


Ini pula 2 gambar keceriaan yang masih boleh dinikmati 45km jauh dari Tg Pengelih iaitu Batu Layar.

2 ulasan:

ayen =D berkata...

gambar 1st tu smart la.. ye ke abang adam amik? hahahahaha

dan gambar tiga2 hero tu selalu best!!!

dan.. ala.. batu layar.. bestnye!!!!!

Diego Amani berkata...

Gambar guna kamera kompak je. Lain la orang yang ada kamera tali lebar.

Batu Layar masih belum best. Ombak besar dan tinggi. Tunggu lagi sebulan dua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...