Advertlets

Memaparkan catatan dengan label tulis-tulis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tulis-tulis. Papar semua catatan

Khamis, Ogos 26, 2021

Bolasepak Akar Umbi V - Covid-19

Untuk rekod, sudah 17 bulan sukan bolasepak akar umbi tergendala akibat Covid-19. 

Pada mulanya, rasa seakan tempoh pemulihan begitu dekat walau keadaan ketika itu masih tersekat. 

Tapi sebaliknya yang berlaku. Ada yang kata ada hikmah disebalik semua kejadian. Kita yang terlibat dalam sukan bolasepak akar umbi pon merasakan demikian. 

Pada satu ketika, anak-anak berumur 7-8 tahun dilihat begitu berpotensi semasa dibawa ke kejohanan-kejohanan peringkat umur. Kita jangka, umur 10 tahun mereka pasti meletup. Berjujuk piala dan medal boleh digapai jika pembangunan itu berterusan. Tapi kini, 17 bulan pembangunan itu tergendala. Tiada lagi latihan saban minggu. Tiada struktur dan medium untuk mereka betul-betul menggilap bakat dan kebolehan beliau. Memang boleh kita anggap, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Cuma keadaan sekarang, walau ada kemahuan berbolasepak, kehidupan asas yang harus diutamakan sekarang. Ibu bapa ada yang terkesan akibat Covid-19. Prioriti mungkin bukan lagi aktiviti-aktiviti bolasepak, prioriti mungkin apa yang boleh disediakan untuk makan malam seisi keluarga. 

Kesannya mungkin ketara. Jika semua aktiviti sosio dan ekonomi dibuka semula nanti, adakah anak-anak ini bersedia? Adakah 17 bulan yang ditinggalkan ini memberi kesan kepada mereka? Apakah kita akan melihat 1 jurang kebolehan bagi kanak-kanak di peringkat umur ini? 

Anak-anak yang berumur 10 tahun pada tahun 2019, di ketika itu hanya bermain kejohanan 5 sebelah, 7 sebelah, dengan saiz padang yang kecil dan tiang gol seadanya, tiba-tiba sudah masuk tingkatan 1 pada 2022. Sudah berubah gaya bolasepak yang dikehandaki dan beliau tidak ada ruang dan peluang untuk bermain di padang bersaiz sebenar sebelum ini dan tiba-tiba sudah berhadapan dengan tiang gol bersaiz dewasa. Harus bermain dengan perangkap offside, harus bermain dengan kehendak 11 orang di posisi masing-masing, harus bermain defensif dan offensif pada setiap masa. Banyak hal yang perlu mereka proses dan capai dalam masa yang singkat. Adakah akan terjadi generasi yang hilang 2 tahun permainan bolasepak mereka?

Aspek psikologi mereka juga sudah berbeza. 17 bulan terperap di rumah, mungkin kegemaran mereka berubah kepada gadget elektronik. Satu candu / penyedap pengisian masa lapang yang segera, mudah, tidak melibatkan fizikal, tidak memerlukan usaha keras tetapi menyebabkan tubuh badan statik dalam tempoh masa yang lama. Mentaliti harus bersusah payah, berusaha sebelum berjaya, mudah berputus asa mungkin tertanam dalam selama 17 bulan ini akibat penggunaan gadget elektronik ini jika salahgunanya berterusan. 

Kesan-kesan ini kita akan nampak untuk setiap kejohanan peringkat umur, 10 tahun, 12 tahun. 15 tahun dan 17 tahun di tahun 2022. Mungkin kita akan melihat corak dan gaya permainan yang hampir 2-3 tahun rendah dari umur mereka untuk generasi pemain ini. 

Jadi persoalan utamanya kita, adakah kita betul-betul memanfaatkan sepenuhnya tempoh 17 bulan mereka tersangkut di rumah ini dengan sebaiknya? Adakah mereka 'dapat' sesuatau sewaktu lamanya mereka di rumah? Adakah mereka bersedia untuk terus berlari laju bila terus diperlukan nanti? Sama-sama kita tunggu dan lihat nanti. 


Selasa, September 08, 2015

Bolasepak Akar Umbi III

Liga GSA 2015 9 sebelah U12

Anjuran Glory Soccer Academy, yang berpusat di Taman Bukit Jaya, Tiram. 

SJFC sudah bersedia sejak pukul 6.30 pagi. Berkumpul di McD UTM Skudai. Zhariff, Aiman, Akmal, Amani dan Adib bersama Pn Nora. Manakala aku membawa Aqil dan Ammar. Sedikit terkejut sebab hanya Pn Nora yang menjadi pengiring kalau aku tak ikut serta. En Nizam hanya menunggu untuk perkumpulan pemain sahaja. Encik Khai hanya akan datang nanti kemudian. Jadi ayat yang sama macam sebelum ini. "Nanti abang la tolong bawak team tu ye". 

Bila dikira semua pemain, 2-3 lagi yang akan datang kemudian, ada la 10 pemain semuanya. Jumlah dibenarkan ialah 15 pemain. Dan seorang keeper pon kami takde. Bila ditanya, sorang pon tak berani sukarela menjadi keeper. Glove tak ada, seluar panjang pon tak ada. Mujur ada jersi lain warna. 

Satu lagi kejutan ialah pemilihan lokasi perlawanan. Dibuat di padang bolasepak awam. Yang hanya ada satu khemah urusetia, padangnya bersaiz sederhana tapi tiang gol saiz luar biasa. Jumlah luas kawasan berpasir lebih banyak dari kawasan berumput. Tandas pon tak ada. Tempat redup banyak tapi pepandai sendiri untuk membawa tikar dan khemah untuk keselesaan peserta. 

Pn Nora selesaikan segala urusan air, pisang, ais, glukos dan penyertaan. Aku hanya tolong depa memulakan pemanas badan dan menetapkan posisi permainan. 

Hazim bila dipujuk baru lah sedikit berani nak jadi keeper, tapi dia bukanlah keeper semula jadi, masih lagi ingin menjadi pemain padang. Belum digilap dan betul-betul 'in' dengan karektor sebagai keeper. Teknik tangkapan aku tunjuk 2-3 jenis bagi dia terbiasa. Tangkap dengan 2 tangan. Tangan di belakang bola. Tangkap bola bukan cekup macam tangkap belalang. 



Jadual sampai masa kami tengah memanaskan badan. Perlawanan ke-empat, pihak lawan pula ialah Youngstar A dan GSA#6. Youngstar kami kenal sebagai johan kejohanan karnival SJFC bulan 2 haritu. GSA#6 pula pasukan tuan rumah, salah satu dari 3 pasukan tuan rumah kejohanan. 

Sebelum perlawanan bermula, mujur ada pemain yang sudi meminjamkan glove beliau. Jadi keeper kami lebih konfiden untuk berada di atas padang. Strateginya ringkas, jangan bagi pihak lawan buat cubaan merembat ke arag gol. Jadi keeper tidak diperlukan untuk membuat saves yang susah. Tak payah sepak bola tinggi, biar Aiman yang ambil sepakan gol. 

Penyerang Zhariff dan Aliff. 

Perancang tengah Akmal dan Haziq. 

Pertahanan Ammar, Aiman, Adib dan Aqil. 

Keeper Hazim. 


Kesudahannya.

Perlawanan pertama dengan GSA#6, SJFC menang 1-0 hasil jaringan Zharif dari pergelutan di depan gol dibantu dengan percubaan dari Aqil.


Perlawanan kedua dengan Youngstar A, SJFC kalah 1-5. Juga dengan jaringan dari Zharif. Walaupon Marzuki ayam tambatan Youngstar dikawal rapi, Ammar tapi rakan-rakan beliau yang lincah tetap dapat mencari peluang menghasilkan gol. SJFC naib johan kumpulan D dan layak ke suku akhir. 


Dalam suku akhir, SJFC bertemu JK Sungai Tiram. Dalam perlawanan ini keadaan padang sangat buruk akibat hujan lebat pada waktu tengahari. Kawasan depan gol bergenang dengan air. 

Tambah buruk bila kekasaran berlaku kepada penjaga gol bidan terjun, Hazim. Dia diterjah keras pihak lawan, berdarah lutut. Teriak habis penjaga gol kami. 


Pengadil tidak memberikan faul malah membenarkan gol yang dijaringkan. Sangat banyak keputusan yang meragukan pengadil sehingga En Khai dan En Nizam beberap kali diberi amaran di tepi padang, sehingga diugut untuk diarahkan keluar padang, tapi pengadil sendiri tak punya sebarang kad berwarna pon di dalam kocek. Sepanjang perlawanan dipertandingkan, tiada kad yang diberi sebab memang tiada kad disediakan dan pengadil terdiri dari induk urusetia sendiri yang menghantar 3 pasukan bertanding. Hemm, agak fishy kan? 

Keputusan berakhir dengan kekalahan 1-3 di tangan JK Sungai Tiram yang kemudiannya menjadi juara kejohanan mengalahkan GSA#4. 



SJFC pulang tangan kosong tapi penuh dengan pengalaman di dada. Harapan untuk pasukan diperkuat 4-5 pemain dari skuad 1MCC juga pudar sebab mereka tiba lewat dari jangkaan. Semuanya selesai dan pengalaman yang ditimba tiap pemain adalah berharga. Kami pulang tewas tapi berisi dengan pengalama dan kenangan yang sukar dicari jika hanya berlatih tanpa apa-apa pertandingan. 

Jadi, pengalaman membawa pasukan yang masih lagi muda dengan pengalaman dan tidak mempunyai asas bolasepak yang tinggi adalah sangat berharga buat aku dan SJFC. Hanya permainan kompetitif boleh membina keyakinan pemain muda ini. 

#SouthernJuniorFC

Isnin, September 07, 2015

Tulis-tulis : Siapa pengganti Dollah?

Menjadi jurulatih bolasepak bukan kerja senang. Menjadi jurulatih bolasepak kepada kanak-kanak berbeza dengan menjadi jurulatih bolasepak remaja dan berbeza pula dengan menjadi jurulatih skuad senior. Ini ialah 3 zaman berbeza dengan pendekatan psikologi yang berbeza. 

Kanak-kanak perlu ruang, perlu rutin, perlu displin, perlu asas yang sangat baik dan perlukan authoriti. Cuba ko biar satu skuad kanak-kanak main sesama sendiri. Segala peraturan depa akan langgar, yang terer sikit akan berlagak terrer. Yang mulut tak ada insurans akan main guna mulut lagi banyak dari sepak bola, yang tak reti main sikit akan ke tepi, yang tahu berhuhuhu akan hanya berhuhuhu sampai abis. Itu cara kanak-kanak main bolasepak kalau tak ada seorang jurulatih yang tegas, keras, berpandangan jauh dan berhati kering. Style dia, dalam padang hanya kena dengar cakap saya, mak bapak kamu pon tak boleh campur, kalau nak main bola dengar arahan saya, kalau tak nak dengar pergi balik duduk rumah diam-diam. Dapat jurulatih macamni, satu skuad akan ada displin, boleh dibentuk dan boleh bermain dalam satu pasukan. 

Bila naik skuad remaja belasan tahun, bila semua pemain ini sudah ada skil kemahiran yang sederhana tinggi, mereka hanya perlukan dorongan. Mereka dah ada semangat sepasukan yang baik kalau dibina satu pasukan dalam tempoh yang agak lama. Kau dah boleh harap 3-4 orang yang ada displin, perancangan, pendirian dan mahu bermain bolasepak. Nakal mereka bertempat tapi masih perlu pemantauan. Tak ada pemantauan depa akan hisap rokok atau vape, tak jaga pemakanan, main wechat dengan makwe dan tak jaga jadual rutin seharian. Jurulatih dah banyak kena main style nasihat. Tunjuk ajar dan dorongan. Salah kena hukum tapi betul kena puji. Ada ganjaran kalau kena target. Sifat satu pasukan juga kena dimantapkan. 

Dengan skuad senior, depa ialah pemain bolasepak bergaji bulanan dari majikan. Depa bukan lagi bermain bolasepak untuk negara, tapi ia ialah sumber rezeki. Main bagus, sumbat gol, ada cleansheet, dapat imbuhan tambahan. Tapi paksi mereka ialah majikan pasukan mereka. Tidak tertanding elaun bermain di peringkat negara dengan gaji semasa mereka. Kalau best main peringkat negara sekalipon, itu ialah insentif melancong melawat negara luar. Tapi apalah sangat pergi ke Kota Singa atau Jakarta mahupon Bangkok sebab itu jelah taraf permainan kita. Jadi kat sini jurulatih negara bukan lagi perlu sangat menjadi jurulatih. Mereka mesti berfungsi sebagai fasilitator untuk memastikan setiap pemain boleh bermain dalam satu pasukan. Jadi macamana? Perlu seorang yang tegas, punyai sifat perjuangan terhadap negara, misi bermain bola ialah maruah negara bukan lagi main untuk gaji. Perlu ada seorang dua senior yang kepalanya masih lagi elok. Sebagai abang dalam pasukan. Sebagai suara backup kepada jurulatih dan sebagai  pengaman. Yang boleh slow talk kepada pemain muda yang gugup, angkuh, dan rambut kena ada style. Bukan kepala yang dia sendiri buat rambut lebih dari siap sedia nak main bola. Depa dah ada gaji, mungkin lebih mahal dari jurulatih negara, dia rasa penting untuk simpan kakinya lebih untuk majikan dari negara.  Jurulatih skuad senior perlu masa untuk membina pasukan bukan 3-4 hari sebelum berlawan baru berkumpul dan setting formasi dengan pemain yang asal ada ja. Perlu menaikkan semangat dan tiap perlawanan melibatkan negara harus diterapkab misi seperti ke medan perang. Lupakan segala yang berkait dengan pasukan sendiri. Bukan ambik misi perlawanan negara sebagai pelengkap jadual di antara perlawanan. 

Jadi ada asas kepada pandangan yang corak permainan bolasepak Malaysia perlukan DNA, ya ia perlu diterap dari kecil. Di peringkat kanak-kanak. Tahu bila perlu main dari bawah, pergerakan tanpa bola, marking atau zonal marking, hantaran pendek dan kawalan permainan. Jadi bagi aku, bukan Dollah seorang yang memikul tanggungjawab pasukan negara. Semua jurulatih di peringkat awal perlu tahu cara dan asas membentuk satu pemain yang ada sahsiah, personaliti, agresif dan proaktif. Bukan kita boleh kata kau dah lama main bola untuk setiap peringkat, kau dah layak main untuk negara. Kita yang perlu pastikan tiap pemain yang melalui zaman kanak-kanak itu tahu dan paham apa fungsi mereka dalam bolasepak. Jadi bila dia kena maki dengan jurulatih dia walupon di peringkat senior, walaupon gaji jurulatih dia lagi kecik gaji dari dia, dia akan tetap akur dan ikut kata jurulatih dia. Ini baru kita boleh kata pemain Malaysia sudah ada DNA bolasepak Malaysia. 

Ya. Sifat hormat kepada jurulatih dan jersi negara. Bukan angkuh bongkak tak bertempat bila sudah dilabel star dan muka masuk majalah Mangga. Bila main masih individu dan style masih lagi macam kanak-kanak.

Jadi, ibu bapa yang ada anak yang berminat bermain bola, kita sebenarnya ialah Dollah Salleh kepada tiap bakal pemain negara Malaysia. Sebab peribadi dia kita boleh jaga dari dia kecik hinggalah dia tua beranak-pinak. 

P/s: Satu hari nanti, but ini akan ada sulaman nama depa dan dibayar kepada depa untuk memakainya. 

Jumaat, Mei 01, 2015

Tulis-tulis : Merujuk kembali surat terbuka Dr M kepada Tunku Abdul Rahman

Dr M dahulu dan Tun M sekarang tiada banyak bezanya. Kalau perkataan Tunku itu ditukar kepada DS Najib, surat ini masih relevan untuk beberapa perkara cuma isu/kes yang dipetik sedikit berbeza. 

***************************

Patek berasa dukachita kerana tujuan patek membuat kenyataan kepada akhbar telah di-salah faham oleh Y.T.M. Tunku. Sa-benar-nya tujuan patek sama-lah juga dengan tujuan Tunku, ia-itu untok menyelamatkan negara ini daripada bahaya yang menganchamkan-nya.

Pendapat-pendapat Tunku berasaskan kepada cherita-cherita yang di-bawa kepada telinga Tunku oleh orang-orang yang mengelilingi Tunku yang chuma suka mencherita kepada Tunku perkara2 yang mereka fikir Tunku suka atau patut dengar sahaja. Benarkan-lah patek bercherita berkenaan dengan keadaan, fikiran dan pendapat2 rakyat yang sa-benar-nya supaya Tunku dapat faham tujuan patek membuat kenyataan yang di-tegor itu.

Tunku biasa cherita kepada patek sendiri ia-itu Tunku mengelakkan rusohan dengan menahan hukum bunoh yang di-jatohkan kepada 11 orang subversif China. Sabenar-nya tindakan Tunku ini-lah yang mengakibatkan rusohan dan kematian yang berpuloh kali banyak yang terjadi semenjak 13 Mei.

Tunku selalu “bertolak-ansor,” ia-itu memberi kepada orang2 China apa yang mereka tuntut. Punchak tolak-ansur ini ia-lah pembatalan hukum bunoh tadi. Pembatalan ini menimbulkan kemarahan yang besar oleh orang2 Melayu.

Orang2 China pula menganggap Tunku dan Kerajaan Perikatan sebagai pengechut dan lemah dan boleh di-tolak ke-sana ke-mari. Sebab itu orang2 China tidak takut lagi menolak Perikatan dan orang2 Melayu pula tidak ingin kepada Perikatan. Sebab itu orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu.

Orang2 Melayu yang Tunku fikir tidak memberontak telah-pun menjadi gila dan mengamok sehingga mengorbankan nyawa mereka dan membunoh orang yang mereka benchi kerana Tunku terlangsong bagi muka. Tanggong-jawab tentang mati-nya orang2 ini, Islam dan kafir, terpaksa di-letak di-atas bahu pemimpin yang salah pendapat.

Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha.

Pada masa lewat2 ini lagi satu kesan burok telah timbul. Orang2 Melayu dalam Civil Servis, dari Perm. Sec. ka-bawah, pegawai2 tentera dan polis Melayu tidak ada lagi kepercayaan dan respect kepada Tunku. Patek tahu kebanyakan mereka sokong PAS dalam undi pos. Pegawai Melayu dari

Polis, tentera dan askar biasa maseh patoh kepada kerajaan oleh kerana arahan sekarang sesuai dengan kehendak mereka sendiri. Kalau Tunku membuat apa2 yang tidak di-ingini oleh mereka, patek perchaya mereka tidak akan menurut kata Tunku.

Patek tahu Tunku takut kominis mengambil kesempatan kalau timbul kekachauan dalam negeri. Patek lebih takut kalau kerajaan mula “lose control over the armed forces”. Sa-kali ini terjadi, keadaan tidak akan puleh semula. Sampai bila-pun kerajaan civil mesti tundok kepada tentera. Tunku biasa jadi “Happy Prime Minister” tetapi orang yang akan turut ganti tak akan merasai “happiness” apa2.

Patek harap Y.T.M. Tunku jangan-lah menipu diri dengan berkata “satu hari mereka akan bershukor dengan perbuatan saya”. Ta’akan yang sa-orang itu selalu betul dan yang banyak selalu salah. Patek ingin sampaikan kepada Tunku fikiran ra’ayat yang sa-benar, ia-itu masa telah lampau untuk Tunku bersara dari menjadi perdana menteri dan Ketua Umno.

Patek faham betul2 kuasa yang ada pada Tunku dan patek masih ingat nasib Aziz Ishak. Tapi patek tak akan jadi sa-orang yang bertanggong-jawab kalau patek tidak terangkan apa yang patek sebut-kan. Kalau di-penjara sa-kali-pun patek terpaksa kata apa yang patek telah kata-kan.

Patek di-beritahu ia-itu Tunku berkata patek Pakistani. Patek tidak perchaya kata2 orang kerana patek tahu Y.T.M. Tunku tidak akan berkata begitu. Patek-lah yang selalu mempertahan-kan Tunku apabila orang2 PAS kata yang Tunku anak Siam yang ta’ berhak memimpin orang Melayu. Jadi Tunku juga akan mempertahan-kan patek walau-pun maseh ada dua sudu darah Pakistani dalam tubuh badan patek.

Patek sa-kali lagi mengulangkan ia-itu kenyataan yang patek buat itu ia-lah menchegah kejadian yang akan menambah perasaan benchi orang2 Melayu terhadap kerajaan dan menggalak-kan orang2 China menjatohkan lagi maruah orang2 Melayu. Rusohan yang lebeh besar akan berlaku jika ini di-

biarkan. Tentera sendiri tidak akan dapat di-kawal. Dan lagi kalau T.H. Tan dan dewan orang China boleh membuat kenyataan, kenapa ketua2 Umno tidak boleh?

Patek menulis surat ini dengan hati yang ikhlas dan harapan bahawa Y.T.M. Tunku akan bacha surat ini dengan sa-penoh-nya sendiri. Patek berdo’a ke-hadhrat Allah subhanahuwataala supaya di-buka hati Tunku untok menerima kenyataan yang sa-benar ini walau-pun pahit dan pedas.





Isnin, Februari 23, 2015

Bolasepak Akar Umbi II

"Coach, saya nak main atas boleh?"

"Coach, ala, bagi la saya main atas, saya nak jadi striker"

"Saya nak main dulu, taknak main second half"

"Tak mo la lawan dorang, diorang kuat, mesti kalah nanti"

".....angguk..." Takde respon lain. 

"Bila kita nak main lagi ni?"

"Yeaaa, menang!!!" Bila keputusan menang walkover diumumkan. 

Ye, pada mulanya, aku ialah seorang bapa penjaga anak-anak yang menyertai kelab bolasepak yang masuk karnival pertandingan 7 sebelah. Tapi bila masuk bab penyediaan pemain dan pasukan, nampak macam tak ada sapa yang betul-betul tolong mengurus pasukan ini. Coach sebenar tak dapat hadir, coach ganti pula ialah seorang bapa pada anak yang juga dari kelab yang sama tapi bermain untuk satu lagi pasukan lain. Pasukan yang mana semua pemain itu dah boleh bermain dengan baik dan faham fungsi dan peranan masing-masing. Jadi dia pon berbelah bahagi dan buat kerja separuh hati. 

Pasukan anak-anak ini pula, nak panaskan badan pon kena ditunjuk, kalau harap depa buat sendiri, maka hati kita yang panas nanti. Itu belum masuk bab bermain sebagai satu pasukan. Skill paling tinggi depa ada mungkin hanya menyepak bola dengan betul. Menahan bola, mengelecek bola, merampas bola, menendang jauh serta lain-lain skill masih ditahap biasa-biasa. 

Jadi, aku tonjolkan juga penglibatan dari hanya menjadi bapa penjaga kepada bapa penjaga yang terlebih prihatin dan lebih mengambil bahagian dalam pasukan anak-anak ini. Jadi, perlawanan pertama, aku tolong keluarkan anak-anak sendiri dan ganti dengan pemain yang belum dapat peluang bermain. Dan coach ganti terus pesan. 

"Next game nanti abang bawak la dorang". Tak pasal pasal. Yang lebih merisaukan ialah tiap ibu atau bapa yang menghantar anak mereka bermain mesti mengharap anak mereka berpeluang bermain di atas padang, jadi aku juga akan berbelah bahagi nak pilih siapa sebagai pemain utama. 

Tapi bila melihat depa sendiri dapat peluang berada atas padang, sama-sama menyepak bola dengan pasukan yang lebih tinggi skill mereka, dapat merasa sendiri pengalaman perlawanan konpetitif walaupon baru masuk darjah 1 dan lawan pula darjah 4, itulah perasaan yang tak dapat diberi oleh mana mana kelas atau bilik darjah.

Paling manis, bilamana depa menang satu perlawanan dan semua melompat gembira bila dengar wisel penamat. Memang kegembiraan jelas terpancar. Sambutan bila rakan sepasukan menjaringkan gol juga sesuatu perasaan yang susah nak digambarkan. 

Rasa sedih bila nampak gol dibolosi. Semua itu adalah untuk depa belajar. Ada kelihatan rasa frust sebab senang sangat pihak lawan menjaringkan gol. Banyak betul yang depa dapat rasa untuk seharian karnival ini berlangsung. 

Dengan harapan yang paling miminum, hajat menjadi coach tak bertauliah masa depa tengah berlawan ialah hanya berharap depa dapat menyekat pergerakan lawan dari menuju ke arah gol. Itu sahaja. 

Nak harap depa melepasi benteng pihak lawan memang sukar sebab kawalan bola yang belum masih kemas dan depa ini bertubuh kecil belaka. Sekali pihak lawan gelecek, 4 orang terus lepas. 

Juga menjadi coach, berapa banyak yang dibolosi tak diambil kisah langsung. Hanya betul-betul dikira bila dah abis perlawanan dengan menyemak keputusan rasmi. 

Nasib menyebelahi mereka bila 3 pasukan dalam kumpulan tidak hadir dan mendapat bye. Bila menang satu perlawanan dah cukup untuk depa masuk separuh akhir dan membawa balik pingat. Cumanya kedudukan 3/4 diakhiri dengan kekalahan 0-9. Banyak jugak tu. Hahah. 

Good job Southern Junior FC. 





Jumaat, Februari 20, 2015

Bolasepak Akar Umbi

Pada usia hampir 35 tahun di tahun 2015 ini, rasanya sudah cukuplah untuk peminat bolasepak Malaysia seperti aku untuk memperkatakan dengan lebih atau tambah kuah lagi berkenaan peranan institusi seperti FAM atau KBS atau mengharap semua pemain profesional bolasepak Malaysia ni membawa satu nafas baru atau harapan kepada masa depan bolasepak negara. Tak kan ada perbezaan bagi beberapa tahun yang mendatang aku rasa.

Jadi, sebagai seorang peminat bolasepak, peranan seorang aku di sini mungkin lebih cerah kalau bertindak sendiri untuk cuba mengubah masa depan untuk 10-15 tahun akan datang. Aku ada anak lelaki berusia 9, 8, 5 dan 2 tahun. Depa suka atau tidak, usia depa ini masih lagi ada harapan untuk dibentuk dan diterap asas bolasepak sebenar. 

Kalau sekarang kita marah pemain Malaysia tahan bola tak lekat, clear bola ikut arah kepala lutut, hantaran pendek berterabur, gelecek bola tertinggal kat belakang, tanduk lelap mata, rembat depan gol tertukar dengan tiang gol ragbi, bila bola di pihak lawan player tak marking elok-elok, keeper tangkap belalang dan macam-macam lagi. Nah, sekarang kau sendiri ada anak lelaki 4 orang untuk kau sendiri bentuk menjadi pemain yang kau sendiri idam-idamkan. Cemana, ada berani? 

Ada kau berani suruh anak sendiri lari keliling padang 5 round tanpa henti tanpa rasa belas ihsan? Kalau kau rasa menyirap bila dia tahan bola macam jahanam, boleh kau suruh dia pumping 20 kali? Bila suruh main passing kau suruh dia buka mulut mintak bola dia tak menyahut, kau ada rasa nak tendang. Baru sejam berlatih atas padang dia dah terbaring penat dan kau sendiri tak sanggup suruh dia buat lagi. Inilah cabaran bolasepak akar umbi. Cabaran kalau melatih anak sendiri. Tapi anak orang lain kau boleh maki sambil makan kuaci. Yep, Safee Sali tu pon anak orang juga. Amacam? Ada lagi hasrat nak maki saja? Safee Sali kata, kalau power sangat, cuba la main sendiri. Aku kata, kalau ko power sangat kritik orang sana sini, cuba la didik sorang dua pemain yang boleh jadi lagi power dari Safee Sali tu. 

Dari situasi sebegini, aku serapkan dua anak lelaki aku ke kelab bolasepak persendirian. Yang ditubuhkan oleh ibu bapa yang mahu anak-anak depa mendapat pendedahan bolasepak akar umbi dengan lebih baik. Kalau harap latihan di sekolah, banyak kekangannya macam sekolah tak cukup guru yang komited melatih, yang berminat main bola tak terpilih sebab guru pilih bulu, latihan tak tentu, kadang-kadang kensel latihan sebab tarikh bertembung dengan pertandingan pidato dan macam-macam lagi alasan yang mana latihan bolasepak di sekolah tidak dapat memberi peluang setimpal untuk setiap murid yang berminat untuk menyertai pasukan bolasepak sekolahnya. 

Untuk depa ni, ini usaha aku meramaikan dan memeriahkan kelab-kelab kecil sebegini untuk lebih maju dan berkembang lagi. Ada latihan yang berstruktur, ada peluang memasuki pertandingan-pertandingan yang tidak berkala/bermusim, juga rasa sendiri bagaimana bermain dalam pertandingan dan kenal betul bolasepak sebenar.

Cabaran bolasepak akar umbi ini sememangnya getir. Kita boleh ja kata FAM itu ini, susun jadual perlawanan macam itu ini. Hal paling kecil macam memastikan anak sampai tepat pada waktu untuk latihan pon belum tentu kita boleh buat. Sekarang kau rasa la. 

2-3 latihan kebelakangan ini, coach utama pasukan kelab ini ada komitmenlain dan coach kedua yang memgambil alih. Dari pemerhatian aku untuk satu sesi penuh terbaru ini, menjadi coach akar umbi bukanlah sesuatu yang kacang dan mudah. Macam aku cakap, kau latih anak sendiri pon ada lagi belas ihsan, ini nak latih anak orang lain depan mak bapak depa. Sekali kau herdik sorang budak, mak dia bangun dari tempat duduk dan angkat spek mata dia, kau berani? 

Itu belum masuk budak yang ada ego dan rasa dia dah terrer. Dia sorang la star dalam pasukan. Banyak cabaranya dan apa yang aku nampak, coach kedua yang mengganti ini terlalu liberal. Terlalu loose. Dan hasilnya, budak-budak ni jadi tidak terkawal. Masa main boleh lagi tendang rakan sepasukan siap berbalas sorang dua. Bila suruh lari keliling padang, satu round ja lari, lagi 3 semua lenggang kangkung. Panassss je aku tengok. Tapi dia coach, aku bapa peserta ja. 

Hah, begitulah serba sedikit cabaran bola sepak akar umbi. Esok ada perlawanan karnival. Dari pagi sampai petang. Kita tengok macamana pula pengurusan karnival ini pula. Kalau ini pon loose. Cukup-cukuplah pandang pada FAM. Bermulah dengan membangunkan bolasepak kawasan kejiranan masing-masing. 

#SouthernJuniorFC



Sabtu, Mei 10, 2014

3 Perkataan

Bolehkah 3 perkataan mengubat hati seseorang?

Menghilangkan semua rasa pening kepala bila tiap kali bangun pagi dengan rasa tidak cukup rehat dan tidur?

Memudarkan rasa gundah hati bilamana dia merasakan kita belum bersedia untuk menghadapi cabaran hidup secara sendiri?

Melupuskan terus rasa putus asa ketika apa yang dia ingin buat untuk dirinya semuanya terbantut hanya untuk memastikan kita cukup makan, sihat tubuh badan, bersih tak berdaki, wangi selepas mandi dan berpakaian kemas dan elok sentiasa?

Memadamkan segala rasa bingit telinga dengan panggilan, jeritan, permintaan, permohonan, pergaduhan, perkelahian, dan semua jenis nada bunyi yang kita keluarkan pada setiap saat dan minit kita bersamanya?

Melapangkan dadanya yang sesak bila diasak dengan tangisan tak henti lagi mencabar bila kita demam selsema tersumbat hidung, jatuh luka lutut dan siku, terhantuk dinding atau pintu, terkepit jari atau zip seluar, disengat lebah atau binatang berbisa, sakit perut yang memulas atau berak keras?

Menenangkan hatinya yang dirobek bilamana ruang tamu yang baru dikemas dah jadi gelanggang gusti, tuala mandi tidak disidai dan melingkar di atas lantai, tilam bantal yang sepatutnya bercadar dan selimut menjadi tembok projek rumah-rumah, kerusi meja yang tersusun di tempatnya bertukar menjadi model bas sekolah, lantai yang baru sahaja disapu dan disental bertompok balik dek air milo atau oren?

Membuang rasa huru haranya untuk memikirkan menu makan pagi, tengahari dan malam. Diet seimbang menjadi panduan, tapi kita memilih makanan. Pedas lebih tak boleh. Masin sangat tak boleh. Tak ada kuah gulai tak boleh. Tak ada kicap tak boleh. Yang dalam pinggan kita tak sedap, tapi dalam pinggan dia nampak sedap. Kita dah sudah makan, dia baru nak cicah biskut dan air panas, tapi yang dia sempat ialah sehirup dan segigit sahaja.

Jadi, berbalik kepada soalan pertama, bolehkah 3 perkataan mengubat hati seseorang yang menghadapi segala permasalahan yang disebutkan?

Ucapan 3 perkataan ini sahaja tidak memberikan keadilan untuk apa yang telah dia harungi. Satu hari khas yang diperuntukan juga tidak dapat menandingi apa yang dia telah lalui sepanjang hidupnya.

Tapi itulah IBU atau MAK kita. Hanya dia yang sanggup meredah apa sahaja di hadapannya hanya untuk kita. Dan dia berhak untuk menerima ucapan 3 perkataan ini.

Special untuk Mak.

"Selamat Hari Ibu"

Juga khas untuk isteri Norezdiani Mohd Nor dan amnya para ibu semua.

Khamis, November 10, 2011

Kesejahteraan Negara

Dalam satu karangan bahasa Melayu atau membaca kisah sejarah, kita selalu mengabungkan perkataan kesejahteraan negara dengan perkataan seperti kestabilan ekonomi, politik, sosial dan agama. 


Tidak dapat tidak, empat faktor ini harus ada untuk kita lengkapkan perkataan kesejahteraan negara. 

Stabil bermaksud seimbang, tiada anasir luar yang memetik titik keseimbangan yang boleh menggoncang kestabilan dan meruntuhkan struktur sedia ada.



Tapi kalau ada malaun mangkuk terlebih hayun lagi tak reti bersyukur yang bangang yang sudah menggoncang kestabilan politik (Bersih), kestabilan sosial (Seksualiti Merdeka), kestabilan agama (Lina Joy) dan mungkin tak lama lagi kestabilan ekonomi, entah kot dia ada neuron bangang terlebih lagi, apakah dia masih ikutan, idola, ketua dan tuan yang hangpa ingin turuti? 


Salah sekali mungkin sebab tersilap, salah dua, tiga kali lepas tu adalah bangang tak boleh nak ajar.


Jadi, jangan jadi bangang dan sila buat berpegang dengan jati diri sendiri demi kesejahteraan negara.

Sabtu, Oktober 01, 2011

Kemaskini Status

Mengemaskini status di FB bukanlah untuk aku, sebab di FB ada 365 orang yang sentiasa bersedia mencerna segala status FB aku. Tambah lagi kalau-kalau yang mana tersangkut Friends of Friends pon boleh baca juga. Lagi dengan stalker window sebelah bucu kanan. Jenuh. 

Di sini hanya ada 4-5 makhluk yang tidak dikenali yang saban hari masuk menghadap untuk mencerna menda alah yang tidak boleh difahami dengan akal fikiran yang ringkas. Bak kata Ezi, aku menulis macam perempuan. Meleret-leret, panjang, tak tentu hala serta berceloteh seakan perempuan. Mujur aku dah tukar kata ganti nama jadi Diego Amani, kalau tidak mesti ada lagi komen seperti ini: 

"Kak Amani punya blog memang BEST!!!, terulung di dunia dan mempunyai potensi yang belum habis digilap, sayang tak ramai orang baca blog yang berkualiti sebegini."

Baiklah, di sini hanya ingin mengemaskini status semasa yang berbunyi begini.

Tahun ini, kami sekeluarga tidak langsung mempunyai kek majlis sambutan hari ulang tahun kelahiran atau apa-apa jenis ulang tahun sekali pon walaupon kami berpeluang sebanyak 5 kali untuk sambutan hari ulang tahun kelahiran dan sekali untuk sambutan ulang tahun perkahwinan. Kesemua 6 kali peluang dilepaskan begitu sahaja. Jadi adalah baik kalau kami dapat beli kek dan tulis segala 6 peristiwa tersebut di atas kek tersebut dan potong mengikut urutan. Walaupon begitu, kek sekarang ini tak banyak yang sedap dan memenuhi selera kami, setakat hiasan lukisan atau kaler yang berbentuk Ultraman, itu hanya untuk santapan mata. Mungkin tak ada la kek jawabnya untuk tahun 2011 ini nanti. 

Ok, tak adakan rentak penulisan dan seperti seorang perempuan yang suka bercakap tak jumpa trafik light? Ataupon seperti seorang lelaki yang suka berceloteh dan bercakap tak renti-renti macam keretapi? Untuk makluman 4-5 kerat pengunjung yang tidak dikenali, aku merupakan seorang yang sangat pendiam dan suka memerhati. Sekian. 

Lagi bukti untuk seorang lelaki yang serius lagi pendiam dan suka memerhati. Sila layan lagu yang menjadi peneman tidur masa aku tingkatan 3. Sedap gila satu kaset itu.  




Rabu, September 14, 2011

Catatan Hari Raya 1432H

Ada beberapa perkara yang harus dinyatakan di sini untuk menjadi panduan dan rujukan pada sesiapa yang berkenaan, berkenaan dengan hari raya Aidilfitri 1432H kami. 


1. Setelah sebulan menjaga perut secara berdisplin untuk hanya menerima makanan dan minuman pada waktu tertentu semasa Ramadhan, adalah menjadi kejutan besar kepada perut bila masuk hari raya pertama, makan dari pagi sampai tengahari dan kemudian dah tak berselera makan untuk malam hari. Hal ini menyebabkan perut berasa upset kerana jadual makan yang berubah dan simptom kembung perut, muntah-muntah, loya dan tidak sedap badan berlaku bila sahaja masuk raya kedua atau ketiga. 


Sediakanlah ubat masuk angin, minyak yuyi, eno atau apa sahaja yang boleh mengurangkan angin dalam badan semasa hari raya akan datang. Ammar, aku, Qis, Pak antara yang mengalami kembung perut masa raya baru ini. Semuanya sebab dah tak lalu makan bila masuk malam. 


2. Hari Raya Aidilfitri untuk kanak-kanak seharusnya bebas iPod, iPhone dan iPad mahupon Android kerana pemainan-permainan video di dalamnya boleh menyebabkan kanak-kanak tidak menjadi kanak-kanak sebenar. Lari seluruh rumah, buat bunyi menjengkelkan, menumpahkan air, gelak kuat gila, main sampai tak ingat tidur, menangis berebut giliran dan hanya tahu berseronok menjadi kanak-kanak pada hari raya adalah perkara yang meriah. 


Aqil, Ammar, Zahin & Zahra berpeluang mencuba beberapa permainan tradisional seperti Pukul Berapa Datuk Harimau, Nenek Si Bongkok Tiga, Jit-jit semut, Sep-sep-sep dan paling istimewa, main Rumah Nenek Runtuh dengan tok wan mereka baru-baru ini. Ia seratus kali ganda best dari Angry Bird. 


3. Ada sedikit rasa terharu dengan jiran sebelah rumah yang menjenguk dari pagar rumah sebelah ketika aku sedang ralit menjaga rendang daging dan Mak Cik dan Mak Caq sedang mengisi pulut dalam ketupat daun palas. Dia nak BELI dalam 25 biji ketupat buat keluarga dia sebab suaminya yang dari Utara tak jumpa ketupat daun palas di Subang. Mak Caq dengan rela hati nak bagi sahaja bila siap rebus nanti dan turut mengajak dia join bersama untuk membuka daun palas nanti raya tahun hadapan. 





Gazebo kayu depan rumah tu memang dah jadi suatu kenangan yang tak akan dilupakan nanti bila tiba hari raya akan datang. Ia adalah saksi kepada gadis-gadis yang baru belajar selok belok membuka daun palas dan membuat sarung berbucu yang mencang-cang, bukan sarung berskirt bak kata Mak Cik.






4. Suasana hari raya dimeriahkan lagi dengan permainan bunga api untuk kanak-kanak pada malam terakhir puasa. Riak muka riang budak-budak memang tidak sama harganya dengan wang yang digunakan untuk membeli seikat dua bunga api kertas ber-belerang. Tapi perlu segala mercun dengan bunyi-bunyi bingit. Seikat dua bunga api boleh membuatkan budak-budak terloncat riang dengan ketawa dan pelbagai gaya boleh dilakukan untuk 20 saat bunga api tersebut menyala. 






Sekali lagi jiran rumah sebelah keluar untuk mengangkat kain takut berbau asap tapi bilangan cucu Mak dan Pak serta volume suara depa sedikit sebanyak memberikan mereka feel yang esok adalah hari raya. Hari raya tanpa kanak-kanak adalah sedikit sedih.


5. Hari raya pertama disambut garang oleh kami semua, cuma bila masuk ke petang, semua sudah betul-betul menyerah kalah. Mungkin momentum beraya sampai tengah malam pada hari raya pertama dah kurang dan tidak biasa lagi. Hasil dari keletihan hari raya pertama, hari raya kedua adalah rumah tertutup untuk semua. Semua hanya bermalas-malas sampai tak ada agenda langsung. Hanya bila raya ketiga dan keempat baru menaik sedikit spirit beraya rumah orang. 


6. Realitinya, persiapan sebelum membuat majlis makan-makan ataupon open house Raya di rumah USJ adalah suatu event mustahil bagi sesetengah orang yang tidak biasa. Walaupon menu kali ini lebih ringkas dan rendah tenaga kerja, tapi cabaran tetap tinggi. Steamboat, kepingan biri-biri, lembu, sosej dan jagung bakar, nasi goreng, sup cendawan, nugget, fries dan rojak buah nampak ringkas tapi tetap memerlukan tenaga kerja dan usaha keras. 







Tambah rumit dengan Pak pon baru nak baik kembung perut, Qis masih kembung perut dan aku kembung perut sikit je tapi lenguh badan sebab pi main futsal tengah malam sebelumnya. Yang betul-betul sihat Mak dan Ezi. Raman dan Dila memilih untuk datang pada hari kejadian sambil Abang dan Shidah masih dalam perjalanan dari Utara ke Subang pada pagi hari kejadian. Gila genting. 


Walaubagaimanapon, makanan dan minuman semua sold-out tidak berlebih kali ini. Kecuali nasi goreng. Sup cendawan bertin-tin tu pon tak tinggal apa. Semua daging setel dibakar, air berkarbonat 2 karton setengah juga sold-out. Menu steambot tinggal sayuran sahaja sambil kuah tomyam untuk rebusan steamboat juga hingga ke titisan terakhir. 


7. Malam tu jugak kami bertolak balik ke JB. 2.30 pagi baru sampai rumah. 3 hari berturut-turut makan panadol Extend baru la lega sikit-sakit badan. Segala persepahan di rumah semua tolak  tepi kuis-kuis je buat sementara. Nak sambut birthday sendiri dan Ammar pon dah tak ada daya. 



Jumaat, Ogos 26, 2011

Diari Ramadhan - Mengantuk jangan memandu!

Pagi ini, dapat satu sms dari seorang kawan kepada rumet, Nor A. Dia diberitakan eksiden motorsikal ketika menghala ke tempat kerja pagi semalam. Sudah lepas pembedahan dan mula sedar. 

Panggilan dari Ezi kepada isteri Nor A pula mencerahkan lagi situasi. Nor A eksiden sendiri, muka dan mulut agak teruk tapi tiada yang patah, cuma ada luka kena jahit dan dalam mulut juga luka. Sekarang masih mempunyai kesan ubat bius.

Aku harap Nor A cepat sembuh dan semuanya selamat, Insya Allah nanti kami datang melawat.

Berita ini agak memberi kesan pada pagi ini dan paling penting di sini ialah silalah berhati-hati bila memandu. 

Aku sendiri dah pernah mengalami kesan memandu semasa mengantuk di bulan puasa, 4 tahun lepas. Dalam keadaan panas terik, baru balik jumpa customer di Pasir Gudang, belum lagi habis jet-lag (baru sehari balik dari Seattle,US), lepas tengahari, lapar, mengantuk dan terlena, kereta terbabas ke bahu jalan kiri dan bergesel dengan pokok. Mujur terbabas ke kiri dan mujur lagi, hanya bergesel dengan pokok dan bukan melanggar apa-apa objek berdepan.

Hanya tersedar bila dah nampak pokok dan sempat membelok sedikit.

Ini sekali lagi peringatan. Badan kita dah semakin tua, kita tak lagi boleh bertahan dengan mengantuk. Kalau betul-betul tak tahan, tidur dahulu di tempat yang selamat. Kalau tidak, serah kepada co-driver. 

Semoga selamat sampai dan balik ke destinasi untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. 


 Cedera kereta boleh repair, cedera badan?

Polis kata, langgar pokok pon boleh kena saman sebab merosakkan harta benda awam.

Untuk semua, sekali lagi. Pakailah seatbelt dan pastikan badan betul-betul tip-top ketika memandu. Kalau mengantuk, rehat dan tidur dahulu. Tiada yang lebih penting dari destinasi yang dituju selain kepulangan yang mengembirakan keluarga. 


Selalunya, aku ambil setin Livita Go untuk memandu jauh sebagai salah satu cara untuk menyegarkan pemanduan. 


Salam Aidilfitri buat semua!

Isnin, Ogos 15, 2011

Tulis-tulis - Update FB tiap saat? Tukar gambar profile tiap minit?

Cerapan berguna dari artikel ini.

"The Facebook/Twitter generation are attention seekers with a childlike desire for constant feedback on their lives, have identity crises and short attention spans".


"This means that when people start to lose grasp of reality by immersing themselves online and trying to create a person who they wish they were, they will start to lose focus of what's important in life".

"They may not care anymore about school, work, or family since they are more "popular" online".

 
"The silent majority are moderate users who may use it simply as an extension to their real life communication techniques".

Read more: Are you a Facebook show-off? http://www.nst.com.my/nst/articles/24cdv/Article/#ixzz1V4ObvamX


Bacalah artikel penuh untuk membuat benteng diri sendiri. Hampir 10 tahun yang lalu, bila masa henpon line ADAM kasik sms free dan MiRC tengah menaik, Mak Cik kasik satu pandangan yang sangat berguna.


"Sapa yang duk ralit sangat berchatting dengan sms semua tu, semuanya yang kurang kasih sayang!" 


Hahah. 

Rabu, Ogos 10, 2011

Tulis-tulis : Standard Berganda?

1. They banned 'burqa' (face covering cloth) due to the elements of safety & security, should they ban hood and face mask as well now? France & Australia?


This women is a threat to national security.

This guy is contributing to the nation by buying a proper clothes according to his tradition.

2. After Bersih 2.0, THEY said in UK, peaceful demonstration went soo peacefully where police were seen assisting the demonstrators and controlling the traffic for ease of peaceful demo, not shouting, spraying and beating the people like PDRM. 


Now, London Riot also started with peaceful vigil that turn to burning, looting, attacking civilian and confronting the Scotland Yard. What YOU want to say just now?


Mengharapkan semua rakyat Malaysia di London dan kawasan sekitar agar semuanya selamat, terpelihara dan dilindungi-Nya.  

Rabu, Jun 29, 2011

Tulis-tulis - Cuci Bersih

Kalau kita sudah mencuci sekali kasik bersih itu kali pertama, tapi tak bersih jugak, ini telah menyalahi hukum beristinjak. Kerja mencuci yang kali pertama haruslah diteliti semula, kenapa tidak bersih dan kenapa tidak dibersihkan betul-betul pada mulanya. Kenapa tak folo-up aje memorandum pembersihan pertama lepas je hantar? Kenapa sekarang kena buat kali kedua? Orang industri Toyota cakap, do it right at the first time. Ini bersih betul betul suci tulus ikhlas nak kasi bersih ke?

Bila tidak bersih dan kena buat pembersihan kali kedua, tidakkah ini kerja sia-sia? Orang Negeri Sembilan kata, ngabihkan boreh ajo. Menghantar menda yang sama, menggunakan banyak tenaga serta mengurangkan produktiviti sebab konfem hari Isnin ramai yang tak larat nak pergi kerja. Senang cerita, fax kan ada? Yang nak mencemar duli Agong pada hari Ahad ni kenapa? 

Kepada yang masih buta, buntu serta bangang, perarakan aman sebenarnya lebih kepada membangkitkan sentimen. Sentimen untuk membantah, sentimen untuk membangkang, sentimen untuk memberontak. Kecil-kecil api jadi kawan, tapi kalau dah ramai yang memberontak dimana amannya perarakan itu? Tambah pula berjalan tengah panas, juga dalam perarakan 'aman' itu disertakan maki hamun dan kata-kata mengutuk pihak lain dan membangkitkan kemarahan orang, aman ke nanti? 

Sentimen ini akan digunakan sebagai tanda aras untuk orang-orang yang buta, buntu serta bangang untuk membuat keputusan, kononnya ada golongan yang tertindas (dengan cerita-cerita polis pukul orang merusuh, tembak gas pemedih mata, air dan sebagainya). Ini semua hanya untuk membangkitkan sentimen membantah, dengan matlamat asalnya menarik perhatian pengundi-pengundi pilihanraya sebab pilihanraya dah dekat (bagi depa). 

Itu ketua Bersih boleh buat bank gerenti kalau ada pengikut dia merusuh dan menyebabkan apa-apa kerosakan dia akan tanggung? Bayar balik pampasan serta gantirugi? Ajak berarak pandai, kasi bertanggungjawab la sekali.   

Siapa-siapa yang masih lagi tidak paham, tapi turun juga untuk membersih nanti tapi nama sebagai pengundi yang sah pon tak ada, silalah merenung diri sendiri sedalam-dalamnya dahulu. Dicadangkan supaya sapa-sapa yang nak membersih, tunjuk bukti dah mendaftar sebagai pemilih dulu. Hihihi.

Khamis, Jun 16, 2011

Astro Si Juara Kitar Semula

Dari sambungan - Astro Pakar Keuntungan Berganda


Mula-mula aku ingat nak buat secara ilmiah, berfakta, bernombor dan bermutu. Tapi tak ada masa. Kajian sebegini mengambil masa yang lama, memerlukan konsentrasi serta masa terluang yang banyak. Akan tetapi, hujah-hujah ini lebih bernas dari hujah dari Ahli Parlimen yang keluar berita malam tadi.

Kenapa Astro adalah Juara Kitar Semula? Sebelum ini aku tidak menjustifikasi kenyataan ini. 

1. Sebab filem-filem dalam HBO, STAR Movie & Cinemax semuanya adalah filem yang sudah diulang-ulang diulang-ulang diulang-ulang. Menaip diulang-ulang pon dah menjengkelkan. Ada la berkeping-keping filem baru tiap bulan. Tapi yang lain ulang-ulang. Tayang malam ni, esok pagi ada lagi. Tayang bulan ni, bulan depan ada lagi. Cengitulah. Filem Melayu mula-mula masuk ABO atau Astro First, kemudian lama sikit masuk ke ASTRO Ria atau Astro Prima. Filem itu diulang-ulang diulang-ulang diulang-ulang. 

2. Sebab buat Maharaja Lawak. Tak ke pelawak-pelawak yang sudah bungkus masa depan mereka walaupon ada yang telah menjadi juara  atau hampir menjadi juara tapi tetap tak lawak serta tiada potensi di pakej kembali supaya kekal melawak bukan satu agenda kitar semula? Ada antaranya menjadi celaka yang amat sampai kalau melihat gelagat mereka kita rasa nak pecahkan aje muka mereka. Eh, depa nak mai Johor nanti. Nak otograf buleh? Selalu-selalu dapat tengok Jambu dalam Youtube je.

3. Konsert AFNIL. Ini lagi satu kitar semula penyanyi-penyanyi wanabi. Hancus. Repeat balik entah mana-mana punya lakonan pentas pelajar AF konon-konon nostalgia. 3 bulan tak jumpa mak pak duduk asrama dapat menyanyi tiap-tiap hari pon nak sadis-sadis?

4. Kitar semula Hazama yang tidak terpilih sebagai top 10 AF entah berapa entah masuk menerusi format buat sendiri tiba-tiba pada AF 9. Tiba-tiba Hazama jadi juara. Nasib dan rezeki dia ataupon konspirasi? Salah dua-dua. Kitar semula. 

5. Kitar semula penyanyi AF dengan format AF Masuk. Cukup-cukup telan duit Astro ni. Entah berapa ratus ribu duit penghiba-penghiba AF kena sms untuk memasukkan seorang wanabi yang dah terkeluar. TsuMawi contohnya. Peh. Panas. Panas.

6. Radio anak syarikat ASTRO, Hitz, Era, Mix dan sebagainya. Lagu sedap ditelinga maximum 8 kali boleh keluar radio tiap-tiap hari. Pagi pergi kerja lagu dia, tengahari pergi makan lagu dia, petang nak jogging lagu dia. Malam nak balik kerja lagu dia. Tengah malam orang semua dah nak tidur pon lagu dia lagi. Bukankah kitar semula baik untuk alam sekitar? Tunggu nanti bulan nak raya. Peh, dalam sehari Dendang Perantau lagi kerap dimainkan dari lagu Negaraku stesen radio lain-lain combo sekali seluruh negara.

7. Kalau lagu atau pon drama ataupon filem ataupon siaran langsung pon dah ulang-ulang, cuba kita perpanjangkan pula kepada iklan-iklan. Boleh muntah darah macam keracunan E-Coli tengok iklan di ASTRO. Kalau hari-hari mengadap muka mamat Gatseby, kau boleh bertukar menjadi anarki dan tetiba boleh menjadi rasis tegar terhadap lelaki yang muka tak hensem.

8. Ok, ini agak personal. Pernah dengan pertandingan telefon dalam ASTRO? Ala kalau ada apa-apa peraduan, penyampai suruh telefon tu. Kalau hadiahnya ialah Barangan Ekslusif Radio KKK. Hadiah tersebut merupakan mug cawan berlogo gula-gula getah, gincu berjenama Mac, 2 helai baju bergambar Spiderman dengan logo sebuah bank, sekeping CD demo dan tiada langsung barangan yang berjenama Radio KKK. Ini ke hadiah esklusif? Ini betul-betul kitar semula. Amik kumpul-kumpul je semua barang sovernier penaja dan bubuh dalam satu beg kertas. Beg kertas tu je ada logo radio KKK. Baik bagitau hadiah berupa beg kertas radio KKK berisi barang berjenama penaja. 

9. Stesen-stesen radio ASTRO ada target market sendiri, cuma kalau XFresh yang untuk remaja, ERA untuk golongan tengah, SINAR untuk golongan lanjut usia pon mainkan lagu yang sama, Maher Zain misalnya, tak ke macam kau pas-pas je CD lagu tu kepada studio sebelah menyebelah untuk dimainkan dan dikitar semula?

10. Semua produk rancangan realiti ASTRO (AF, RL, IM) dihasilkan supaya boleh dikitar semula. Mereka adalah bahan mentah yang dipilih secara teliti oleh pasukan pemilih agar datang dengan pelbagai bentuk dan potensi. Ada yang dikitar menjadi pelakon. Ada yang dikitar menjadi penyampai radio. Ada yang dikitar menjadi pengacara segmen. Ada yang dikitar menjadi pengacara kuiz. Ada yang dikitar menjadi sampah masyarakat dan ada juga yang dikitar untuk menjadi bahan pelaris berita majalah buah-buahan sahaja. 

Jadi rakyat semua. Kalau tak sedar diri lagi terhadap sumbangan kitar semula yang dijalankan pihak ASTRO, kitar semula sahaja TV di rumah kamu. Jadi akuarium ataupon kerat buat meja makan. Sekian sahaja buat rujukan tuan puan Ahli Parlimen. 


"Welcome to ASTRO, making your life richer" - tagline terbaik dari ASTRO.

Isnin, Mei 16, 2011

Terima Kasih Cikgu!

*Tajuk diatas haruslah dibaca dengan nada Upin & Ipin. Baru la ceria.

Baiklah, ini kisah untuk ucapan hari guru aku.

Tokwan seorang guru. Guru pelawat ataupon Nazir sekolah. Pelbagai negeri, Terengganu, Perak dan Kedah.

Anak sulung tokwan, Mak Chaq juga guru. Sepencennya Mak Chaq, beliau adalah guru besar sekolah perempuan. Suami Mak Chaq, ofkos la namanya Pak Chaq, juga pernah menjadi guru, guru di Perkim Boon.

Anak kedua Tokwan, Mak Bi (mak saya. Ye, mak saya!). Juga seorang guru. Dari guru biologi, beliau berkhidmat sehingga pencen sebagai Pengetua MRSM. Suami Mak Bi, (ye, pak saya la). Pak Lan, juga seorang guru. Dari guru Kimia dan Fizik, beliau melalui liku-liku naik ke pelbagai jawatan dan kini bakal pencen sebagai Pengetua Kolej MARA tidak lama lagi.

Anak kelima Tokwan, Makcik juga seorang guru. Kini sebagai teacher pelbagai yang pernah berkhidmat di sekitar Ipoh, Kuantan dan Subang.

Menantu Tokwan yang kelima, Mak Su juga seorang guru. Juga seorang teacher sejak 1995 sekitar Selangor. 

Isteri cucu Tokwan yang pertama, menantu Mak Bi (oh begitu berbelit) juga pernah menjadi guru sementara.

Cucu Tokwan yang kedua, anak sulung Mak Chaq, bakal menjadi guru.

Menantu Mak Chaq yang kedua, juga seorang guru sekarang.

Isteri cucu Tokwan yang ketiga, menantu Mak Bi yang kedua, orang selalu-selalu panggil dia cikgu bila terserempak kat kedai runcit, salah satu sebabnya dia selalu bawa nota kecil ketika membeli barang basah. 2 hari lepas pon ada orang ucap selamat hari guru jugak.

Disebabkan dah lost track dengan bilangan cucu Tokwan, anak Mak Bi yang ketiga, juga guru di pengajian tinggi. Belajar tinggi-tinggi. Ajar pon matapelajaran tinggi la.

Anak Mak Bi yang kelima, juga bakal guru terlatih berbicara Inggeris untuk matapelajaran ilmu hayat.

Menantu Makcik yang pertama juga guru di pengajian tinggi.

Ok, dah lost track dah diri sendiri dengan ahli keluarga terdekat yang berprofesion guru.

Yang ingin disimpulkan disini, keluarga kami sendiri dah dikelilingi guru-guru yang mungkin mengajar kami secara tidak langsung. Yela, mana la pernah aku duduk dalam kelas yang pak ajar kan. Tapi ilmu dan pengajaran tidak langsung dari mereka sangat banyak tidak terkira. Memerhati kehidupan mereka sahaja sudah cukup untuk belajar sesuatu. Jadi hari guru ini adalah sungguh bermakna buat depa semua.

Tidak lupa untuk semua cikgu-cikgu yang telah mengajar dan mendidik saya sehingga hari ini. Guru-guru di MRSM PDRM yang paling tidak akan dilupakan. 5 tahun bersama mereka dari saat aku baru betul-betul belajar berfikir dan berdiri dengan kaki sendiri.

TERIMA KASIH CIKGU!!
Sampai bila-bila pon orang akan tetap panggil depa 'Cikgu'. 

p/s: Awat ye cikgu-cikgu ni semua awet muda? Dari dulu sampai sekarang, muka cikgu kita nampak tidak berubah.

Sabtu, Mei 14, 2011

Tulis-tulis – Mekanisma Auto Harga Petrol



Kadang-kadang membaca suratkhabar ada gak sikit-sikit menambahkan kepandaian. Membaca blog juga boleh menambahkan kepintaran. Baca status FB je yang kadang-kadang boleh menyebabkan kemerosotan IQ. Hahah.


Untuk menambahkan kepandaian pembaca blog ini, disertakan satu jadual yang telah diwarna-warnikan oleh Paultan dari satu artikel akhbar.

Jadual ini adalah rahsia kerajaan yang tidak lagi rahsia. Ianya bertujuan memaklumkan rakyat bahawa harga minyak petrol dan diesel di Malaysia ini sudah ada harga kosnya. Pandaikan? Terjemah la jadual ini sepandai-pandainya serta selak la kedua-dua pautan yang diberi. Aiseh, dalam Inggeris la pulak. Google translate ada kan?

Kadang-kadang telakar juga bila membaca komen dari artikel ini di blog Paultan itu. Ada juga yang mengatakan bahawa sebagai rakyat marhaen, jadual ini dan deskripsi ini sangat teknikal lagi matematik sehingga rahsia ini masih menjadi rahsia bagi saya sebab saya tak paham juga bila dah baca (aku tolong tafsir kot melayu la sebab dia tulis Inggeris, hahah). Kamon la, dari satu artikel akhbar, diwarnawarni pula oleh Paultan menjadi jadual yang singkat, hang tak paham lagi? Ni mesti belajar dalam bahasa Melayu untuk Sains dan Matematik kan?

Baiklah, isu sebenarnya ialah kupasan. Menjadi blog yang sekadar meletak pautan tanpa sebarang kupasan atau komen diri sendiri menjadikan anda blogger kopipes. Tak baik begitu.
Isunya ada 2. Dari skim Auto Pricing Mechanism (APM) ini, yang telah menunjukkan belangnya dengan menaikkan harga petrol RON97 ke RM2.90/liter ini (sampai hati hangpa tak marah pak Jib macam hangpa marah Pak Lah noo, dia pi penaik lagi tinggi ni, hahah), kita harus tahu dan paham bahawa harga petrol dan diesel semasa kita TIDAK bergantung SECARA LANGSUNG kepada harga minyak mentah pasaran (orang selalu amik harga pasaran NYMEX) seperti digraf di bawah.


Oh tidak! Kenot be, why? Harga makin menuju bawah USD 100 setong, dah 4-5 hari naik turun paras USD 100. Tapi kenapa kerajaan tak turunkan harga petrol? Dulu USD 160 setong baru RM2.70, sekarang USD 120 setong pon tak cecah, tapi petrol RM2.90! Ini kerajaan konspirasi. Ini fitnah. Kerajaan makan duit rakyat. Rakyat didahulukan menerima bahana. Menteri berpeleseran menaiki kereta mewah tak sangkut jem, ada je polis eskort manakala petrol negara jiran masih lebih tinggi dari negara kita (eh?).  

Ok, semua kenyataan ini merendahkan tahap IQ kamu, aku meminta maaf atas keterlaluan ini, ini bukan FB. 

Ye pembaca budiman yang sudah pon mengetip pautan yang diberi di awal-awal lagi tadi. Intipati pertama artikel tulisan akhbar itu adalah harga kos untuk petrol dan diesel diambil dari satu nombor yang didapati oleh sebuah panduan bernama MOPS. Ye, mop lantai la ni. Lantak hangpa la nak suka ke tak akronim MOPS ni. MOPS ialah average of the Mean of Platt’s Singapore. Platts ialah sebuah kompeni dari Mc Graw Hill yang jual beli barangan berasas petroleum di Singapura  (kompeni yang banyak buat buku kejuruteraan, susah gila nak paham sebab bahasa Inggeris, masa subjek rekabentuk, aku menyampah gila dengan buku Mc Graw Hill ni, mujur pinjam je dari Nor A). Platts yang kemaskini harga naik turun barangan berasas petroleum yang didagangkan di Singapura. Bila permintaan naik dan barang kurang, Platts naikkan nombornya. Begitulah sebaliknya.

Jadi, pembeli lebih suka MOPS berbanding harga minyak mentah semasa NYMEX sebab harga MOPS lebih meluas, sebab merangkumi pelbagai jenis produk minyak mentah yang sudah ditapis yang didagangkan di Singapura. Harga ini lebih tepat lagi bersesuaian pada tiap produk. Jadi MOPS boleh naik turun adalah disebabkan oleh?

1. Harga minyak mentah semasa.
2. Permintaan semasa.
3. Banyak mana barangan itu dihasilkan pada masa itu.
4. Harga kos penapisan dan pemprosesan bahan petroleum tersebut.

Tambah pula harga premium barangan yang didagangkan seperti kos penghantaran pakai kapal, sewa kapal, sewa pelabuhan, insurans, kos simpanan dan pengendalian. 
Jadi, harga ini yang diambil kerajaan untuk dijadikan harga kos seperti kotak kaler merah. 



Sebelum kita tambah segala mak neka harga dalam jadual warna warni di bawah.
Intipati keduanya adalah berdasarkan jadual di atas. Menurut jadual di atas, kita jangan la dok berharap yang kerajaan datang dari planet mana pon memerintah bumi Malaysia ni, kalau depa pon pakai APM ni, kita boleh pam petrol seliter serendah RM0.9035. Secara matematik kasarnya tidak possible. Kalau ada yang menjanjikan harga petrol RM0.91 seliter, aku akan pangkah namanya dari menjadi calon. Tak pandai matematik betul dia. Melainkan dia seorang yang berani memotong keuntungan pelbagai pihak yang terlibat.

Ada mengerti? Pandaikan mentafsir jadual? Ke IQ dah merosot juga sebab membaca sesuatu yang sangat berilmiah macam ni?

Jadi pembaca budiman sekalian, bila kita pam petrol, tahulah kalian kemanakah duit itu pergi. Bukan suka-suka minyak tu naik harga sebab Libya yang terbiar, Iraq yang dah tekukur, Florida yang 'flood' dan sebagainya. Banyak lagi mekanisma yang terpaut yang menyebabkan harga minyak naik. Kotak kaler ungu pula menceritakah perihal sama ada kerajaan akan mensubsidi harga minyak bila naik (ditetapkan kepada RM0.30 sekarang). Atau akan mengutip cukai yang lebih banyak (maximum RM0.5862) bila harga kos minyak turun, tapi kerajaan taknak turunkan cepat-cepat. Undi la sapa pon, syarikat minyak (petrol) yang tetap untung, pekerja syarikat mereka juga yang berbonus lebat.

Nasihat aku, 'ubahlah gaya hidup'. Sudah-sudahlah mengimpikan menggunakan kereta yang membazir petrol tak semena-mena, perginya takat tu juga. Apa guna ada 3.2 cc (Exora Prime 1.6 turbo bila nak keluar ek? Hahah). Bila jem sangkut juga di tengah jalan. Tunggu orang dalam kereta, matikan sahaja enjin kereta. Panas cenggini, ekon servis la selalu dan tint la cermin dengan filem berefek penyejuk. Kereta hanyalah kenderaan dari poin A untuk ke poin B. Janji tidak ranap relai di tengah jalan. Hahah. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...