Advertlets

Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label raya. Papar semua catatan

Selasa, November 25, 2014

Syawal 1435H

Gila. Syawal dah lepas lama dah. Masuk tahun baru hijrah dah baru nak tulis entri. 

Tapi inilah blog. Maklumat yang sudah menjadi perlahan seperti siput berbanding Twitter, FB, IG dan WA dan yang sewaktu dengannya. Akan tetapi  blog lebih lama bertahan dan maklumatnya tidak hilang ditimbun yang lain. Juga blog ini beruntung mendapat penulis yang setia dan istikhomah macam aku. Ecece.

Jadi inilah Syawal 1435H kami. Di rumah separa siap modifikasi Angah. Kami yang merasmikan rumah baru Tok Mek yang dah siap lengkap. 


Memang kami sengaja pilih baju kaler sama dengan sofa. Sumpah sengaja. 

 
Sebahagian depan rumah Tok Mek yang dah siap dirobohkan. Dinding background gambar Syawal 1433H kalau hangpa nak belek semula tu dah takda. 


Ni pula mengambil kesenpatan kepada 4 bingkai tingkap belum siap rumah Angah. Sedang elon untuk isi 4 anak teruna setiap satu slot. 

 
Pintu depan 'rumah' Tok Mek yang dibina ala studio. Direct ja depan terus sampai dapur tanpa bilik. 


Gambar terakhir sebelum kami babai Rumah Tok Mek. Semuanya tinggal kenangan ja sekarang. 

Ok. Gambar bonus Syawal 1435H. 


Sekian. 

Khamis, September 13, 2012

Rabu, Ogos 15, 2012

Pesanan Hari Raya Aidilfitri 1433 H

Selain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang klise dengan permohonan maaf terbuka bagi yang membaca, ada baiknya juga disampaikan pesanan ini.

"Berilah sedekah yang sebanyak-banyaknya ketika di jalanraya bila pulang ke kampung nanti. Beri laluan kepada yang memerlukan. Depa mungkin lebih perlu untuk cepat sampai ke destinasi. Kita kaya budi, mereka miskin pekerti"

Anda mampu mengubahnya. 




Rabu, September 14, 2011

Catatan Hari Raya 1432H

Ada beberapa perkara yang harus dinyatakan di sini untuk menjadi panduan dan rujukan pada sesiapa yang berkenaan, berkenaan dengan hari raya Aidilfitri 1432H kami. 


1. Setelah sebulan menjaga perut secara berdisplin untuk hanya menerima makanan dan minuman pada waktu tertentu semasa Ramadhan, adalah menjadi kejutan besar kepada perut bila masuk hari raya pertama, makan dari pagi sampai tengahari dan kemudian dah tak berselera makan untuk malam hari. Hal ini menyebabkan perut berasa upset kerana jadual makan yang berubah dan simptom kembung perut, muntah-muntah, loya dan tidak sedap badan berlaku bila sahaja masuk raya kedua atau ketiga. 


Sediakanlah ubat masuk angin, minyak yuyi, eno atau apa sahaja yang boleh mengurangkan angin dalam badan semasa hari raya akan datang. Ammar, aku, Qis, Pak antara yang mengalami kembung perut masa raya baru ini. Semuanya sebab dah tak lalu makan bila masuk malam. 


2. Hari Raya Aidilfitri untuk kanak-kanak seharusnya bebas iPod, iPhone dan iPad mahupon Android kerana pemainan-permainan video di dalamnya boleh menyebabkan kanak-kanak tidak menjadi kanak-kanak sebenar. Lari seluruh rumah, buat bunyi menjengkelkan, menumpahkan air, gelak kuat gila, main sampai tak ingat tidur, menangis berebut giliran dan hanya tahu berseronok menjadi kanak-kanak pada hari raya adalah perkara yang meriah. 


Aqil, Ammar, Zahin & Zahra berpeluang mencuba beberapa permainan tradisional seperti Pukul Berapa Datuk Harimau, Nenek Si Bongkok Tiga, Jit-jit semut, Sep-sep-sep dan paling istimewa, main Rumah Nenek Runtuh dengan tok wan mereka baru-baru ini. Ia seratus kali ganda best dari Angry Bird. 


3. Ada sedikit rasa terharu dengan jiran sebelah rumah yang menjenguk dari pagar rumah sebelah ketika aku sedang ralit menjaga rendang daging dan Mak Cik dan Mak Caq sedang mengisi pulut dalam ketupat daun palas. Dia nak BELI dalam 25 biji ketupat buat keluarga dia sebab suaminya yang dari Utara tak jumpa ketupat daun palas di Subang. Mak Caq dengan rela hati nak bagi sahaja bila siap rebus nanti dan turut mengajak dia join bersama untuk membuka daun palas nanti raya tahun hadapan. 





Gazebo kayu depan rumah tu memang dah jadi suatu kenangan yang tak akan dilupakan nanti bila tiba hari raya akan datang. Ia adalah saksi kepada gadis-gadis yang baru belajar selok belok membuka daun palas dan membuat sarung berbucu yang mencang-cang, bukan sarung berskirt bak kata Mak Cik.






4. Suasana hari raya dimeriahkan lagi dengan permainan bunga api untuk kanak-kanak pada malam terakhir puasa. Riak muka riang budak-budak memang tidak sama harganya dengan wang yang digunakan untuk membeli seikat dua bunga api kertas ber-belerang. Tapi perlu segala mercun dengan bunyi-bunyi bingit. Seikat dua bunga api boleh membuatkan budak-budak terloncat riang dengan ketawa dan pelbagai gaya boleh dilakukan untuk 20 saat bunga api tersebut menyala. 






Sekali lagi jiran rumah sebelah keluar untuk mengangkat kain takut berbau asap tapi bilangan cucu Mak dan Pak serta volume suara depa sedikit sebanyak memberikan mereka feel yang esok adalah hari raya. Hari raya tanpa kanak-kanak adalah sedikit sedih.


5. Hari raya pertama disambut garang oleh kami semua, cuma bila masuk ke petang, semua sudah betul-betul menyerah kalah. Mungkin momentum beraya sampai tengah malam pada hari raya pertama dah kurang dan tidak biasa lagi. Hasil dari keletihan hari raya pertama, hari raya kedua adalah rumah tertutup untuk semua. Semua hanya bermalas-malas sampai tak ada agenda langsung. Hanya bila raya ketiga dan keempat baru menaik sedikit spirit beraya rumah orang. 


6. Realitinya, persiapan sebelum membuat majlis makan-makan ataupon open house Raya di rumah USJ adalah suatu event mustahil bagi sesetengah orang yang tidak biasa. Walaupon menu kali ini lebih ringkas dan rendah tenaga kerja, tapi cabaran tetap tinggi. Steamboat, kepingan biri-biri, lembu, sosej dan jagung bakar, nasi goreng, sup cendawan, nugget, fries dan rojak buah nampak ringkas tapi tetap memerlukan tenaga kerja dan usaha keras. 







Tambah rumit dengan Pak pon baru nak baik kembung perut, Qis masih kembung perut dan aku kembung perut sikit je tapi lenguh badan sebab pi main futsal tengah malam sebelumnya. Yang betul-betul sihat Mak dan Ezi. Raman dan Dila memilih untuk datang pada hari kejadian sambil Abang dan Shidah masih dalam perjalanan dari Utara ke Subang pada pagi hari kejadian. Gila genting. 


Walaubagaimanapon, makanan dan minuman semua sold-out tidak berlebih kali ini. Kecuali nasi goreng. Sup cendawan bertin-tin tu pon tak tinggal apa. Semua daging setel dibakar, air berkarbonat 2 karton setengah juga sold-out. Menu steambot tinggal sayuran sahaja sambil kuah tomyam untuk rebusan steamboat juga hingga ke titisan terakhir. 


7. Malam tu jugak kami bertolak balik ke JB. 2.30 pagi baru sampai rumah. 3 hari berturut-turut makan panadol Extend baru la lega sikit-sakit badan. Segala persepahan di rumah semua tolak  tepi kuis-kuis je buat sementara. Nak sambut birthday sendiri dan Ammar pon dah tak ada daya. 



Rabu, Ogos 31, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H






Khas buat Yam di New Zealand! 


Selamat Hari Raya Aidilfitri. Main bunga api dalam salji kat sana tu, Skype la kami kat sini.

Jumaat, Ogos 26, 2011

Diari Ramadhan - Mengantuk jangan memandu!

Pagi ini, dapat satu sms dari seorang kawan kepada rumet, Nor A. Dia diberitakan eksiden motorsikal ketika menghala ke tempat kerja pagi semalam. Sudah lepas pembedahan dan mula sedar. 

Panggilan dari Ezi kepada isteri Nor A pula mencerahkan lagi situasi. Nor A eksiden sendiri, muka dan mulut agak teruk tapi tiada yang patah, cuma ada luka kena jahit dan dalam mulut juga luka. Sekarang masih mempunyai kesan ubat bius.

Aku harap Nor A cepat sembuh dan semuanya selamat, Insya Allah nanti kami datang melawat.

Berita ini agak memberi kesan pada pagi ini dan paling penting di sini ialah silalah berhati-hati bila memandu. 

Aku sendiri dah pernah mengalami kesan memandu semasa mengantuk di bulan puasa, 4 tahun lepas. Dalam keadaan panas terik, baru balik jumpa customer di Pasir Gudang, belum lagi habis jet-lag (baru sehari balik dari Seattle,US), lepas tengahari, lapar, mengantuk dan terlena, kereta terbabas ke bahu jalan kiri dan bergesel dengan pokok. Mujur terbabas ke kiri dan mujur lagi, hanya bergesel dengan pokok dan bukan melanggar apa-apa objek berdepan.

Hanya tersedar bila dah nampak pokok dan sempat membelok sedikit.

Ini sekali lagi peringatan. Badan kita dah semakin tua, kita tak lagi boleh bertahan dengan mengantuk. Kalau betul-betul tak tahan, tidur dahulu di tempat yang selamat. Kalau tidak, serah kepada co-driver. 

Semoga selamat sampai dan balik ke destinasi untuk sambutan Aidilfitri tahun ini. 


 Cedera kereta boleh repair, cedera badan?

Polis kata, langgar pokok pon boleh kena saman sebab merosakkan harta benda awam.

Untuk semua, sekali lagi. Pakailah seatbelt dan pastikan badan betul-betul tip-top ketika memandu. Kalau mengantuk, rehat dan tidur dahulu. Tiada yang lebih penting dari destinasi yang dituju selain kepulangan yang mengembirakan keluarga. 


Selalunya, aku ambil setin Livita Go untuk memandu jauh sebagai salah satu cara untuk menyegarkan pemanduan. 


Salam Aidilfitri buat semua!

Selasa, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tak terasa baru hari ke-5 hari raya. Jadi masih dalam mode boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin yang tipikal untuk semua. 


 Gambar ni tahun ni je boleh pakai lagi. Tahun depan kita kena kira lain dah. Huhu.

Adalah kiranya kami sekeluarga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap. Ikhlas hati kami sekeluarga tidak pernah berkecil hati dengan sesiapa sahaja dan diharap yang membaca di sini juga tiada yang berkecil hati atau terasa hati dengan kami, kalau ada pun harap dimaafkan. 

Juga sebolehnya, marilah kita seikhlas hati bersangka baik sesama kita dan jauhi dari penyakit hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri. (wah, ada rhyme).

Jumaat, Oktober 02, 2009

Riang Ria Hari Raya III

Sekali lagi cerita Hari Raya. Agak melampau lebih gambar-gambar kali ini. Tapi sebab ini blog aku yang punya kan. Kasik satu siri penuh buat tatapan Yam terutamanya.

Macam biasa jurugambar guna kamera tali halus je. Mana-mana gambar sikit kabur tu sebab lubang penutupan cahaya (shutter) lambat sangat la tu.

Memang takde gaya lain dah Pablo ni. Ini jela yang dia tahu. Mula-mula setting sofa dulu. Kemudian sangkut kain lebihan buat baju Sheylda sebagai langsir kat belakang itu sebagai backdrop. Kemudian cahaya matahari kasik tune sikit supaya brightness dia ala-ala suam suam sedap dibuat susu anak. Kemudian amik troli yang dah bersusun kuih raya sebagai tripod. Cubaan self-shoot sepuluh saat sekali amik, Ok.

Acara bersalaman bermaafan pon bermula. Tidak pula kelihatan dialog-dialog yang merapu syahdu meleleh air mata macam selalu dalam siaran drama tv. Aku rasa hari raya kene bergembira. Mana boleh sedih-sedih. Rodriguez sama Pablo sorang-sorang dapat duit raya yang lebat sebab kekurangan saingan terdekat, setakat anak-anak Sergio je. Kasihan adik-adik aku punya anak-anak nanti, dapat sorang seringgit dua je nanti dari Tok & Tok Wan. Hahah.

Gambar ini kalau nak skip pon boleh. Tiada apa-apa ulasan. Setakat gambar kami sekeluarga je. Rodriguez pon menguap nak tengok gambar ini.

Gambar tengah-tengah sahaja yang skema tiang untuk di cetak dan bingkaikan. Gambar-gambar sekelilingnya diambil dalam keadaan semua masih tidak bersedia. Kelihatan Pak yang masih sibuk membalas beribu-ribu sms yang dihantar di pagi raya oleh peminat-peminatnya.

Ini gambar liputan untuk keluarga Sergio. Kesepetan mata Zarginho (watak baru ni) adalah bukan genetik ya. Nasib tidak menyebelahi Zarginho, dia terkena penyakit tidak berjangkit, ketumbit-di-pagi-raya atau singkatannya KETUPAT. Kasihan.

Rodriguez : "Alang-alang kita berbaju Melayu ini, jom bersilat tengok"

Zarginho : "Ah, ada ka silat, Kung Fu Batang Penyapu la"

Pablo tidak mahu mengalah : "Aku ABOOGIT jugak hangpa dorang satgi"

Ini sekitar keadaan tetamu yang datang berkunjung. Agak-agak ada budak MRSM PDRM yang membaca, sila nyatakan kenangan yang tidak dapat dilupakan terhadap cikgu berbaju melayu merah pudar ini. Kalau tak kenal atau tidak ingat, sah-sah korang tidak bernasib baik kerana tidak belajar Geografi dengan beliau. Aku kena jemur tengah panas atas court bola tampar dengan semua budak lelaki Seroja ketika di tingkatan 2 oleh cikgu ini. Syabas.

Ini juga sedikit kandid Pablo dengan balang maruku kegemarannya serta Zarginho yang mesra sangat dengan Rodriguez. Setiap kisah pasti ada akhirnya. Setiap hari raya, memang tak sah kalau anak-anak aku tak tidur terlena di hari raya ketika masih lengkap berpakaian raya. Sekian.

Rabu, September 30, 2009

Riang Ria Hari Raya II

Ini catatan bergambar ringkas hari raya untuk tatapan Yam. Agar dia turut merasai kehangatan persiapan hari raya yang baru lepas.

Bila:
Sehari sebelum hari Raya.


Objektif :
Memasak untuk menu berbuka puasa Masjid Ayer Merah hari terakhir serta menu Hari Raya.


Menu Berbuka :
Rendang Daging, Gulai Udang, Sambal Sotong, Sayur Kacang Panjang & Lobak Merah, Nasi Putih.


Menu Malam Hari Raya:
Rendang Daging lagi, Gulai Itik, Ketupat Palas, Sambal Sotong, Kuah Kacang, Lontong, Nasi Impit.


Sekitar aktiviti yang menarik hari itu:

1.
Nasi putih tak cukup kat masjid sebab ingat malam terakhir tak ramai la yang nak berbuka kat masjid. Jadi semua makan malam sekadarnya sahaja. Kemudian repeat dengan ketupat, rendang daging yang sedap dan gulai itik sampai kenyang bila masuk tengah malam.

2. Sayur sepatutnya ada kobis bunga, tapi telah di salah letak/nampak walau ada sebekas dah siap potong.


3. Kelapa tua yang diproses untuk hari itu berjumlah kira-kira 50-60 biji. Kopek kulit, belah, sagat, perah santan. Kos bahan mentah dan tenaga buruh adalah percuma, tenaga buruh dari Brazil digunakan sepenuhnya. Ah, Casillas baru-baru belajar kopek kelapa, ingat lepasan universiti luar negara tak perlu ambil tahu selok belok 'cop nyok' ka? Tengok pergerakan kaki pon dah tahu.

4. Rendang daging yang sangat sedap itu telah menjelajah hingga Langkawi, Tumpat dan KL walau dah masuk hari raya ke-3.

5. Layan malam terakhir Ramadhan sambil tengok Arsenal menang 4-0 dengan Wigan.

6. Rumah Pak Hood penuh berderet-deret tanaman pokok Mulberi. Menarik.


7. Sementelahan Sergio menyagat kelapa pon, H1N1 tidak dilupakan.

8. Lalat yang berjaya dijinakkan di bahagian dapur mencecah 2-3 kilo. Gila banyak.

9. Owh, ini rahsia besar. Kedua-dua buruh paksa Brazil yang mengopek kelapa itu terus menerus membuat kerja dari pagi akibat kerahan dan arahan sana sini sehingga terlupa untuk mandi sehingga kurang lebih jam 4 petang. Mangkit tido pagi tu terus dikerah ke tempat kerja. Baju pon tak salin. Huh, komited la sangat.

10. Itu sahaja. Eh, baru nak tambah. Lelaki yang tengah memotong bawang itu adalah artis. Artis tak artis, kupas bawang tetap kene tolong jugak.

Isnin, September 28, 2009

Riang Ria Hari Raya

Aku rasa google map tidak berperikemanusiaan. Eh, Selamat Hari Raya semua. Bagaimana raya kamu? Ok? Best? Macam biasa? Ini kisah baru selepas bercuti seminggu dan meninggalkan blog TERABAI. Baiklah, kembali kepada google map. Ada ka dia kata aku boleh buat journey seperti yang tertera di bawah dalam masa SATU hari SATU jam sahaja. Ceh. Tiada konsiderasi betul.


Amik seminggu baru setel, baru la sempat nak sagat kelapa, kopek nyok tua, perah santan, kacau rendang, semayang raya, salam-salam bermaafan amik gambar, makan rendang, lontong, gulai itik, tat nenas, lemang, air oren, laksa penang, tengok Man Utd menang nasib pengadil tambah masa tambahan terlebih, jalan-jalan rumah bakal besan pak dan mak sampai terberetuh kereta depan rebeh bumper, jumpa mertua dan saudara mara isteri, makan nasi kenduri, beli toto kat Pengkalan Kubur, tengok kereta berjujuk-jujuk atas jalan Machang-Kuala Krai, melawat saudara belah pak, tengok rumah mak baru ubahsuai, pegi open house, dengar gosip itu ini, tido rumah Mak Caq. Seminggu. Selesai raya aku sekeluarga. Ingat tu google map tau. Berperikemanusiaan sikit.


****Sinetron Dramalove pendek****

Diego : "Eh, tak terasa la macam dah keliling satu semenanjung Malaysia"

Marcia mencebik muka : "Hah, yela tu"

Padahal, dua-dua sengal-sengal pinggang, tidur tak sedar apa.


****Kanak-kanak Memang Riang ringkas****

Dalam perjalanan nak sampai Tumpat dari Kulim. Sekitar Pasir Mas.

Aqil : "Abah, Aqil nak berak, Aqil dah tak tahhhan dah ni..."

Abah & Ummi berpandangan, dan gelak tak hengat dulu. Hahah.

Notakaki amANI: Seminggu lebih sikit tinggalkan blog, aku nak menulis pon berat je. Untuk Yam di NZ, nak gambar raya? Nanti aku letak ye.

Khamis, September 17, 2009

Memberi laluan kepada Hari Raya Aidilfitri

Sempena entri ke-200 ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI dan bercuti raya buat semua yang membaca blog ini. Kesibukan menyambut raya akan menyebabkan blog ini tidak dikemaskini dengan kerap barang kali seminggu dua ini. Malam ini dah akan berangkat pulang ke Kulim. Hari Raya ke-3 akan berada di Tumpat dan akan kembali ke JB melalui Kuala Lumpur pada hujung minggu.

Jikalau terdapat apa-apa kekurangan yang mengguris hati dan perasaan ketika kamu membaca blog ini. Adalah diharapkan dapat dimaafkan. Jika ada juga isu yang timbul hasil dari penulisan blog ini juga yang membuatkan kamu tidak selesa, tidak suka, tidak lena tidur malam, juga harap dimaafkan.

Jemput la datang rumah kami di Taman Universiti kalau berkelapangan sesudah kami balik dari kampung nanti. Takde la aku nak buat open house peringkat kebangsaan, tapi rumah kami sentiasa terbuka untuk tetamu semua. Baiklah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Terimalah e-kad raya lip-lap lip-lap yang berkelip-kelip ini buat tatapan semua. Tahun lepas tak sempat ambik gambar raya bersama-sama, jadi ini gambar raya 2 tahun lepas. Agak-agak nak spare duit raya kat Aqil dan Ammar tapi tak berkesempatan berjumpa, sms je, nanti aku bagi nombor akaun Maybank dorang. Boleh begitu? Hahah.


Isnin, Oktober 06, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Biasalah.. kami kan keluarga yang suka berjalan-jalan. Maka dibawah adalah jadual perjalanan sempena menyambut Aidilfitiri.. Mujur Malaysia nih kecik aje..

Jumaat 26 Sept 08 - JB-KL (AirAsia), KL-Kulim (Savvy)
Jenuh tunggu adik amik kat LCCT. Tengahari baru adik sampai. Singgah umah mak caq amik car seat. Adik drive. Kami duk belakang tido. Hahah. Waktu sampai Man masa tuh
tengah bakar ikan siakap. Sempat berbuka bersama. Esok, lusa dan tulat, berada di Kulim. Sempat jalan-jalan ke Jusco baru kat Bandar Perda, supper McD di Juru, jalan-jalan di pasar ramadhan Kulim. Tiap-tiap hari pak masak untuk juadah berbuka di Masjid Ayer Merah. Gulai Itik, Rendang Daging, Gulai Ikan, Sup Tulang. Sempat membersihkan kubur tok & tok wan ngan abang hari Ahad petang.

Isnin 29 Sept 08 - Kulim-Tumpat (Savvy)
Bertolak lepas tengahari, paginya aku tolong jaga rendang. Mak bekal lauk berbuka. Ada jalan dari Kulim HiTech ke Grik secara terus kemudiannya ke Jeli. Baru 15 minit bawak keta, Aqil muntah. Mujur atas car seat. Kembung perut kot, dia tak makan proper kalau travel. Sejam perjalanan, hujan, aku ngantuk, tido sejam kat RnR. Beli nasi kosong buat bekal. Bila gerak, terus tak berhenti sampai la lepas Jeli. Berbuka pas berenti kat masjid. Sampai Tumpat lebih kurang jam 9. Dah 12.30 tengah malam Aqil tak nak tido, bila tanya nak apa, dia mintak nasi!.

Hari seterusnya, Aqil sangat hepi main dengan sepupu-sepupu yang agak sebaya. Ayam, kambing, kucing adalah haiwan yang sangat menarik perhatian dia. Tengah malam pon mintak nak keluar nak tengok ayam!. Sempat la dorang ramai-ramai main bunga api atas ihsan Mak Ngah.

From Raya Aidilfitri 2008


Rabu 29 Sept 08 - Tumpat (Savvy)
Kami beraya dengan meriahnya sebab semua ahli keluarga Ezi berkumpul sesama lepas smayang raya. Penuh ruang tamu. Takde la plak acara mengambil gambar, lepas makan ramai-ramai, sesi beraya dan bersalaman. Yang lebih menarik, Aqil lena sepanjang kejadian berlangsung kat ruang tamu tersebut. Hahah. Ammar jela wakil amik duit raya. Lepas di Tumpat, aku ke KB, gi umah Helmi (kawan MRSM) & Ja'a (kawan UTM).

From Raya Aidilfitri 2008
From Raya Aidilfitri 2008


Khamis 30 Sept 08 - Tumpat (Savvy)
Kami tiada pagi. Tengaharinya, makan di umah Angah, ke KB rumah Syila (kawan aku dan Ezi di UTM) dan mertua Abong (kawan UTM). Balik dah lewat petang, singgah lagi umah Angah sebentar. Malamnya makan nasi di umah Along.

Jumaat 1 Oct 08 - Tumpat - KL (Savvy)
Gerak pagi lepas beli barang sket kat pasar Tumpat. Sampai di KL jam 9 malam. Perjalanan agak banyak kereta, tersangkut-sangkut di Ketereh dan simpang Kuala Krai sahaja sebab ada eksiden selain masa nak masuk pekan Raub dan Bentong. Terus ke rumah Pak Su di Selayang. Balik terus tido, dah lewat malam pon.

Sabtu 2 Oct 08 - KL (Savvy)
Jadual sangat penuh. Awal pagi ke kubur datuk dan nenek. Kemudian rumah Makcik Lona di Sg Way. Pastu Pak Ngah di Ampang. Seterusnya Makcik Anis di Klang. Makcik Saadiah sesudah itu. Gerak pula ke umah Nad (kawan Ezi) di Puchong. Akhirnya ke KLIA menghantar Man. Awal pagi jam 1 baru selesai. Tak jadi balik USJ tidur umah Makcik, tido kat Concorde Inn bersama pak, mak dan Qis.

Ahad 3 Oct 08 - KL-JB (AirAsia)
Awal pagi sesudah subuh kami cek-out sebab flight kol 805AM. Kene daftar masuk sebelum 720AM. Mujur sempat. LCCT dah pack pon waktu tuh. Sampai di JB lebih kurang jam 10. Rehat-rehat. Lena dari tengahari ke petang. Malamnya ke Jusco beli barang keperluan.

Demikianlah perjalanan sambutan raya kami buat tahun ini. Puas berjalan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Pohon maaf diatas segala salah silap dari kami sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...