Advertlets

Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Rabu, Jun 26, 2013

Sudah Terbit - Pistol Laser Lisa

***Dikemaskini pada 23 Julai 2013***

Kini stok buku sudah berada ditangan. 3 tempahan terawal akan disertakan dengan Sinetron Dramalova siri kertas secara percuma. Stok ini terhad dan 'rare'. 



"Kini anda boleh mempunyai sebuah buku tulisan anda sendiri di rak buku rumah anda" - Tok Rimau, entri di blog beliau yang sudah bertahun lamanya. 

Itu motivasi utama yang menyebabkan aku memberanikan dan merajinkan diri untuk masuk satu audisyen jemputan terbuka untuk projek buku terbaru dari Tok Rimau ini. Nak kata terbaru tak juga la sebenarnya sebab setahun yang lepas juga lamanya. Cukup 12 orang penulis yang memuaskan hati penyusun buku, Tok Rimau setelkan buku ini dengan jayanya. 

Cerita panjang disebalik penerbitan buku ini tidak lah perlu kita perpanjangkan sebab yang penting sekarang, aku dah ada buku sendiri (ok, buku yang ada nama sendiri dan cerita sendiri tapi kongsi-kongsi dengan penulis yang lain).

Cuma rak untuk bubuh buku sendiri ini tak berapa nak ada. Jadi aku ada 20+ buah buku harus dikongsi kegembiraannya dengan orang lain. Ada yang berminat? 

Sila hantar <del> gambar berukuran passport dan </del> butir-butir peribadi ke emel tertera dengan tajuk "AKU NAK PISTOL" ke chunkiesfc-at-gmail-dot-com untuk pra-tempah, RM 20 sebuah disertai satu otograph yang tidak ternilai harganya. Hahah. 

Yang benar,

Diego
Penulis buku cerpen sci-fi yang susah nak merendah diri lagi. 

p/s: Kalau aku jadi hangpa, aku beli awal-awal sebab buku Sindiket Soljah adalah edisi terhad, tiada di kedai buku umum dan bakal menjadi buku 'rare' di zaman akan datang. Sekian. 

Selasa, Julai 17, 2012

Mat Tiara - Sebuah buku yang ngeri tak patut

"Masuk la duduk dulu, hujan kat luar tu". 


Aku ajak Juba dengan Mat masuk rumah. Siap lempar tuala bagi dorang lap rambut dan baju. Mat dan Juba adalah senior aku kat maktab, merangkap rakan-rakan terdekat serumah Balakong dengan abang aku, Mat Due. 


Dorang baru sampai Johor. Aku pon tak tahu kenapa dorang boleh ada dalam rumah aku. Entah kenapa juga scene ini berlaku kat ruang tamu rumah lama aku di Taman U, bukan di rumah mewah satu tingkat aku sekarang kat Taman Pulai Indah. 


"Eh, Juba, ko yang print buku Mat Tiara tu kan?" aku tanya. Dalam hati sebenarnya dah nak pangkah terus je sebab kaver buku Mat Tiara sangat berkualiti rendah. Dah la muka sendiri. Tak tahan air, anak aku baru gigit dua tiga kali dah nak hancur kaver depan dengan belakang. Kembang dan berserpih. Kutu mana la yang berperancangan begini buat buku guna kertas macam tu buat kaver. Nak baca masa berak pon tak boleh, nanti kena tempias air, hancur terus.


Juba cepat-cepat menggeleng. "Mana ada, entah sapa Mat guna print buku tu, bukan aku".


Mat senyum serpih. 


Aku bangun pergi ke dapur, nak buat air rasanya.


Ada lagi dalam hati aku nak bagitahu kat Mat. Buku Mat Tiara tu ada la 2-3 perkatan typo, tambah pulak ada 2-3 cerita yang mana pengenalan cerita tu hampir nak sama, ulang cerita dia duduk kelas Chempaka Bear prinsip akaun. Entah apa-apa. Tambah pula duk ulang tak reti Add Math. Tak ke dia tahu janjang dan kamiran itu adalah asas penting seorang jurutera? Kalau anak aku baca nanti mesti depa tak nak jadi jurutera. Nak jadi SxE konon. Ceh. Mengarut. Tektik nak cukupkan 40,000 patah perkataan la tu. 


Belum sempat aku sembang dengan dorang hal-hal buku ni, tiba-tiba.


"Abang, dah pukul 12 dah ni, bangun la. Anak-anak dah lapar tu" Ezi kejut aku sedang elok dia pon baru terjaga pada suatu tengah hari Ahad. Anak-anak dah rancak layan Sains Comot depan tv.


Lantas aku terjaga dari mimpi. Cerita ending mimpi ni memang cikgu kat MRSM PDRM tak gemar sebenarnya, tapi nak buat macamana. Memang aku termimpi macam tu elok saja aku habis baca buku Mat Tiara selepas menunaikan subuh Gajah tadi. Baru malam tadi beli buku tu kat Gobok Buku.


Buku Mat Tiara atas katil aku campak belakang almari. Mudah-mudahan ada lipas boleh buat santapan tengahari dorang.

Berhantu buku Mat Tiara ni. Masuk dalam mimpi kalau baca. Mujur lagu Tiara tak terngiang-ngiang je. Tak pasal RM20 lebur beli buku ni. 





Nota kaki: Ini jelah sehabis baik aku boleh bagi buat NEON Terbit. Kejap lagi nak mintak tolong senang sikit. Tak gitu encik penerbit?

Selasa, September 06, 2011

Birthday Wish


Ada sesapa nak belanja? Huhuhu.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Ringkasan

Semua dibawah adalah perkara duniawi semata. Tapi sebab macam banyak je mende-mende separa lagha separa manfaat ini, disenaraikan secara pendek ajelah.

1. Aku baru nak siapkan SD - The Buku (edisi kertas). Jadi hadiah pemenang kuiz Catatan Diego belom sampai lagi la. Yang dah bagi alamat hanya noorafzan dan azmir. Juan nak kutip sendiri. Yang lain? Tuntut di tangan?

1. a z m i r
2. duta
3. sheyda
4. redghost
5. hanimdroid
6. rage
7. noorafzan
8. Saiful
9. Juan Nazlan


2. Hujung minggu ni ke KL. Berlibur? Tak kot. Aku ada kerja di PD, Isnin dan Selasa. Memberi latihan plak. Lena jugak la para hadirin sekalian dalam sesi itu nanti. Untuk itu, soalan kuiz, hadiah coklat apa semua dah disiapkan dah. Hahah.

3. Sapa yang sepatutnya set-up Liga AMP Fantasy Premier League? Aku dah siapkan pasukan dah, liga private je belum masuk. Saiful ke Apek yang incas nih? Hahah. Kelakar plak. (Saiful dan Apek adalah dua watak yang berlainan ye). HMD aka Rage, ko nak join kan? Jom. Main mende ini boleh menambahkan KPI kompeni ko. Percayalah. Aku terperasan Kudin ada shout dalam FB dia mende ini gak, bleh ajak dia main sekali. Lebih lanjut? http://fantasy.premierleague.com.

Berikut adalah statistik season lepas:

4. Kalau semuanya mengizinkan, 16 Ogos mungkin aku turut serta dalam program Derma Darah ANSARA seluruh Malaysia. Aku melibatkan diri untuk venue di JUSCO Bukit Indah. Para alumni @Lambaian akan dirancang satu aktiviti hujung minggu kalau penyertaannya menggalakan. x-PDRM di Johor pon tak salah kalu nak turun sini memeriahkan keadaan.

Itu sahaja. Selamat berhujung minggu. Tata. Nano?.


Selasa, Mac 10, 2009

Artakus dan Arkus

Lupakan sebentar Tolkien dan The L.O.T.R.

Tinggalkan sahaja JK Rowling dan Harry Potternya.

Yang sebenarnya mengembangkan imiginasi kanak-kanak aku hanyalah Artakus. Pedangnya Arkus dan cinta hatinya Laira. Serta misi dan pertempurannya dengan pihak musuh di dunia Aurora.

Aku hanya pernah dan sempat membaca 3 buku pertama tulisan Ahmad Patria Abdullah ini (aku tak endah pun nama penulis selama ini). Permata Aurorius, Kota Arialun dan Kembar Artakus.

Mana datangnya buku ini, aku tak tahu, cuma aku rasa, mungkin pak yang beli dan bawa pulang satu buku, kemudian mungkin abang atau pak sendiri yang beli yang kedua dan ketiga. Buku ini sangat mengasyikkan. Aku teringat sampai sekarang nama Artakus ini.

Aku membaca sambil membayangkan situasi alam fantasi yang dicipta, makhluk-makhluk jahat atau hodoh yang dijumpai Artakus, aku teringat permainan minda yang perlu diselesaikan Artakus dengan makhluk pemakan mangsa semasa misinya mencari permata Aurorius. Cintanya pada Laira. Patuhnya pada permintaan Merkia. Serta pergolakan dalam masyarakat Aurora. Memang ralit.

Aku terjumpa setelah 3 kali melompat blog, lompat dari Hilang Punca ke Tok Rimau, kemudian ke Fajar. Jumpa Saga Artakusiad. Usaha mengumpul hasil karya ini amat dihargai. Sekurang-kurangnya menggamit memori kanak-kanak aku.

Ada lagi 4 buku yang aku tak tahupun kewujudannya (mungkin ada siri ke-8). Kesinambungan kisah yang sama rupanya. Aku ingat buku ini dipandang ringan, rupanya ada lagi orang lain juga yang meminatinya. Bukan setakat minat, tapi telah ada kumpulan penulisan tersendiri. Syabas.

Agak-agak ada lagi ke buku ini kat rumah sekarang? Sudah tidak diterbitkan lagi. Siapa yang jumpa mungkin pemilik bertuah. Buku adalah terbitan DBP. Semua sinopsis buku itu ada disini. Saga Artakusiad.

Siapa kata di Malaysia tiada kisah fantasi hebat?

Lupakan sebentar Tolkein dan The L.O.T.R.

Tinggalkan sahaja JK Rowling dan Harry Potternya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...