Advertlets

Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rumah. Papar semua catatan

Isnin, September 20, 2010

Jejak Kasihan II

Aku memulanya mencari mamat Ismail ini. Sebabnya, dia yang tolak WDG 2522 (sebab dah rosak dan dia tiada dana nak baiki) ke rumah aku tepat 5 tahun yang lalu pada bulan ini. Dia suruh aku jaga sampai dia datang untuk tuntut semula. Dia dapat motor itu dari rakan serumah bujang lama dia yang dah grad. Ismail beli atas tangan sahaja. Tanpa menukar geran nama.

Sekarang, aku dah nak pindah dari rumah ini. Ismail masih belum datang-datang.Walau dia berjanji dia akan datang selepas 2 minggu. Kini 4 tahun 50 minggu dah berlalu. Ismail masih belum datang-datang.


Kemudian, tuan rumah aku adalah orang jabatan jalan dan dia datang beraya minggu lepas (tilam kat depan ruang tamu tempat aku membongkang jelas kelihatan bersepah sewaktu dia masuk ke rumah, maklumlah bujang). Dia google sistem jabatan jalan hari ini dan dapat tahu pemunya asal WDG 2522. 

Suhaimi bin Mokhtar.
19W, Desa Pahlawan, Jalan Ampang. 

Sebagaimana coolnya Horatio, aku google sistem maklumat buat nama di atas. Aku jumpa yang di bawah.
 

Jadi aku redha buat masa sekarang. Cuma buntu untuk tindakan seterusnya.

Honda C70 memang ramai peminat. Cuma cukai dah mati tahun 2000. Kunci tak ada. Minyak petrolnya dah kering menitik keluar. Rim depan dan segala yang besi terdedah dah berkarat. Tak boleh dihidupkan merupakan punca ianya tersadai. Adala 5-6 orang yang dah bertanya pada aku sebelum ini dari luar pagar rumah aku. Aku cerita pasal kondisi dan sejarahnya. Terus depa diam.

Kalau aku upah orang untuk hempuk WDG 2522 bagi hancur, bakar dan campak dalam sungai, boleh tak? 

Rabu, September 15, 2010

Sinetron Dramalova 31 - Jalan

Jalan kalau ada pikap 4x4 redah hutan


Suatu petang yang hening. Diego menghantar 1 sms berbunyi lebih kurang begini kepada Marcia yang masih sarat di kampung.

"Kalau kita redah jalan kaki dari hutan belakang Taman Universiti kat Jalan Penyiaran tu, dalam 4km je, kita boleh sampai rumah Pulai Indah kita. Hehe"

Tapi sebab kerajaan buat jalan elok-elok siap tiang lampu serta pembahagi jalan, makanya 14 km jugak la nak berulang alik bawak tv, meja, kerusi, tikar, tilam, rak kasut serta pasu bunga dan banyak lagi nanti. 

Buat masa sekarang, Diego masih berkira-kira nak langgar je hutan tersebut atau mengikut peraturan jalan raya. Jenuh juga nak berulang alik. Mengepek (packing) barang pon ala kadar jela, bukan jauh sangat pon.


Jalan yang mematuhi peraturan jalanraya

Sabtu, Februari 21, 2009

Mari Bercucuk Tanam 2

Peluang untuk balik ke Kulim tidak diambil enteng.

Ini adalah gamitan mesra buat Raman dan Shidah. Hahah, saja kasik hangpa rindu lebih-lebih sikit. Juga buat perangsang supaya hangpa menjadi rajin menyiapkan pembelajaran di seberang sungai sana. Eh seberang laut. Kot dah boring tengok buah citrus, tengok pulak sayur bendi kan.

Bukan apa pun, takat gambar tanaman yang baru je. Ye konsep baru buat halaman rumah kita yang biasanya hanya ada pasu bunga dan pokok bunga.

Kali ini, bersama-sama staf KMK, pak telah menggalakkan mereka bercucuk tanam, menanam sayur-sayuran. Jangan tak percaya, di kawasan lapang ditepi rumah kita sudah ada batas-batas sayur-sayuran kampung yang sudah sedia dipetik. Sayur kangkung, cili padi, timun, bendi juga pokok betik dan nenas. Itu yang aku perasan la.

Sempat jugak kami merasa sayur kangkung hasil tanaman itu yang pak layur dalam air panas buat makan dengan nasi lemak beras perang. Rindu ke kalau tengok pokok sayur? Hahah.

Gambar budak berdua itu pun aku saje letak, nampak genster la pulak gaya dorang masa ni. Hahah.

Notakaki amANI: Aku cuba menghantar kisah post-dated. Kalau menjadi, ini rezeki buat pengunjung blog ini pada hari minggu ini. Aku tidak berada ditalian pada hujung minggu.

Selasa, Julai 15, 2008

Mari Bercucuk Tanam

Ni khas wat Yam sempena besday dia semalam.

Ni adalah hasil semaian pokok cili aku sebulan yang lepas. Aku pindahkan ke pasu lain. Dari satu pasu besar ke 3 pasu kecik. Satu pasu kecik tak menjadi.

Pokok cili padi dah mula menampakan pertumbuhan pesat. Tapi bagi pokok cili besar, sangat lambat baru nak tumbuh tunas.

Layan.


Pokok cili padi yang dah membesar


Pokok cili merah yang baru tumbuh tunas

Owh, untuk Post Kenapa Saya Suke Henpon Saya part II, dah ada tambahan lagi,

20 Julai 08 - CD Ramli Sarip vs Ella

huhu..

Selasa, Mac 25, 2008

Jom naik keretapi

Kalau nak balik Kelantan je, sure tiket abes, duduk la kat mana pon, teket balik Kelantan sure abis. Dulu mase aku praktikel kat Kemaman, ada ke kaunter transnasional tuh jual 5 tiket je sehari untuk balik Kelantan?. Tambah2 hujung minggu, banyak tu je tiketnye. Adala 2-3 kali gak aku tak jadi balik sebab takda tiket.

Kalini di JB, dengan anak2, aku dah tak gemar cari bas sebab aku tahu anak2 aku sure bosan tahap meraungnye kalu duduk je dalam bas 12 jam. Mencarilah aku teket keretapi untuk balik Kelantan, aku nak balik sempena cuti Maulidur Rasul, balik amik dorang dari Kelantan balik JB. Aku amik cuti Jumaatnya. Cadangnya boleh la duduk sehari dua di rumah mertua. Tapi disebabkan femesnye tiket Kelantan nih, tempat tidur bawah habis untuk Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk perjalanan dari Kelantan ke JB. Yang ada hanya Khamis malam. Aku pon tempah la tiket Kulai-Tumpat untuk aku hari Rabu malam (RM51), Tumpat-JB (RM53) aku, ezi dan anak2 hari Khamis malam. Maknanya aku sampai Tumpat siang Khamis, malam tuh dah naik balik tren ke JB. Haru. Tapi dah tu je satu2 nye pilihan yang aku ada.

Sampai aku di Tumpat jam 12 tengahari disebabkan keretapi ada mesalah malam tadi, ezi datang amik dengan moto je. Sebelum tuh aku duk perati ada sorang uncle cina yang buta baru turun dari keretapi yg sama dengan aku, dari tren dia dipimpin staf KTM ke kaunter. Dia pon bertanyakan tiket yang dia ada tuh untuk balik ke KL jam berapa, staf di kaunter menjawab jam 630 petang. Uncle ni pon berkata, kalau macam tuh saya jalan2 dulu la di sini, di Tumpat ada masjid kan?, hari ni kan Muhammad punya besday, dorang ada buat sambutan ka makan2 ka? Saya mau pergi tengok2. Dia pon berjalan keluar dari stesen, ada seorang pakcik kereta sapu yang bertanya arah tuju uncle nih, dia hanya memimpin uncle nih turun dari tangga dan dibiarkan je uncle ni ke jalan besar. Aku pon tak tahu samaada dia tak nak hantar ke hape. Uncle ni pon berjalan 2,3 tapak, dan kebetulan ezi sampai dan berhenti betul2 didepan uncle nih. Aku suruh ezi tanya uncle nih nak ke mana, ezi pon cakap takpe, suami saya boleh tolong hantarkan uncle. Uncle ni pon membonceng aku ke masjid, uncle ni cakap dia just nak tengok2 sambutan di masjid tuh, kalau ada makan2 dia nak turut serta. Aku cakap, tak pastilah ada ke tidak sambutannya sebab dah tengahari masa tuh. Sampai di masjid aku tinggalkan uncle tuh. Aku perasan ada sorang pakcik di perkarangan masjid, aku pon pesan kat dia, uncle nih mintak tolong hantarkan dia ke masjid, nak tengok sambutan maulidur rasul. Saya hantarkan la. Pakcik tengok2kan la dia. Aku gerak balik ke stesen amik ezi untuk pulang ke rumah tok mek. Masa lalu di pasar Tumpat, aku selisih balik dengan uncle nih dengan ditemani pakcik tuh. Aku rasa pakcik tuh tunjukkan jalan dimana ada kedai makan kot. Harap2 masih ada orang yang tunjukkan jalan selepas itu untuk dia.

Sampai di rumah tok mek, anak2 masih lagi lena. Selepas berehat ala kadar dan tengah bersila untuk makan tengahari, aqil dan ammar bangun. Aqil yang terjaga dulu dan mengejutkan ammar. Ammar cam biasa, bangun je sengih bila ada orang tegur. Ammar dengan jayanya telah merangkak ke arah kami. Banyak tapak juga dia merangkak. Sebelum ni ezi kata setapak dua je merangkak. Tak pernah lagi tengok merangkak cam nih. Dah boleh merangkak rupanya ammar ni. Baru 2 minggu je abah tinggal.

Malamnya selepas magrib kami bertolak ke stesen, dihantar oleh angah, abang husin, tok mek, amri dan afifah. Ramai penghantar dari yang nak naik keretapi. Dalam keretapi, aqil tak bleh duduk diam. Sekejap2 dia turun dari seat, berdiri di tengah koridor. Dia gi selak abis tirai orang lain. Ada gadis cun dia layan. Ada makcik tuh offer keropok dan air dia amik. Tak malu tol. Boleh plak dia pegi balik untuk kali kedua, ketiga dan keempat rasanya. Sampai dekat jam 11 dia masih tak tidur. Ammar lama dah lena. Aku pangku aqil, main kira2 ngan dia, sampai la dia mamai dan lena. Lega.



Kami sampai di Kulai jam 11pagi. Naik teksi balik ke Taman U. Sepanjang hujung minggu tu, kami hanya duduk dirumah. Tak keluar langsung sampai ahad malam. Berehat serehatnya.

Rabu, Mac 19, 2008

Sindarela - mesti tonton

Semalam lepas layan berita TV3, ingat nak pegi makan malam. Dah lapar sesangat. Tapi terbaring jugak aku melayan siri drama baru TV3 - Sindarela. Aku ingat lagi masa siri pertamanya aku layan dalam setengah jam pertama sebelum mengalih ke cerita lain, jadi agak tahu serba sedikit jalan ceritanya.

Yang sangat menarik perhatian aku dan berjaya berusaha untuk aku bergelak ketawa bila mana watak2 sampinganya mempunyai nama yang pelik. Kekasih hati Norkhairiah bernama Butang, huh (muka cam penyanyi indon). Sebelum itu watak baru sampingan, bodyguard baru anak sultan bernama Kuntum bin Wan Kembang Kuncup (haha, ganas nye bodyguard itu). Bodyguard lamanya juga bernama pelik, namanya Kelat. Juga peguam yang diberi jolokan Aloya Kezumbo oleh mak watak utama (Sharifah Amani), Zoela. Lawyer dan Aloya kan lebih kurang je bunyinya.

Hemm jalan cerita agak fresh cuma semua watak2 sampingan mempunyai personaliti yang sangat menonjol sehingga seakan tidak realistik. Dah nama pon cam kisah dongeng kan, jadi boleh la melayan di kala kebosanan ini. Yaa jangan lupa jam 9 malam di hari Selasa nanti ya. Episod lepas semuanya masih ditayangkan di website TV3. Layan je. Aku pon nak recap episod lepas. 7 episod dah rupanya.

Jumaat, Februari 29, 2008

Pokok Mangga Itu


Haruskah aku menebang pokok mangga itu?..

Semalam sedang kami membeli barang keperluan di JUSCO, tuan rumah telefon. Dah berdebar sebab dia jarang/tak pernah telefon kecuali betul2 penting. Dalam hati masa tu ingat tuan rumah nak mintak naikkan sewa. Tapi rupanya sangkaan ku meleset.

Dia bertanya tentang pokok mangga di depan rumah, mula-mula tanya siapa punya. Bila dijawab, saya yang tanam, dia minta untuk 'dimatikan' pokok mangga itu. Alasannya, takut akar pokok mangga yang bila membesar nanti akan merobohkan tembok batu ditepinya itu. Hemmm... aku jawab nanti saya usahakan.

Balik dari JUSCO, aku merenung lama pokok mangga tu. Kesian ko pokok. Ape boleh aku buat ye?

Sebenarnya, aku sangat menghargai pokok mangga itu, kerana pokok mangga tu pak yang bagi semasa dia datang ke JB sesudah kami berkahwin, masa mula2 masuk rumah ni, pokok tu pak yang tanam sendiri di tepi penjuru laman. Abang pon dapat pokok yang sama dan telah ditanam di belakang rumahnya.

Aqil pon ada cuba bermain dengan memanjat pokok ni semasa bermain dengan kucing jiran kami. Hemm.. Berat hati nak cantas begitu saja pokok mangga itu. Tanah di luar rumah pula tak sesuai untuk menanam pokok kerana jerlus dan penuh batu. Cuma satu yang kami hairan, dah 3 tahun pokok ini ditanam, belum pernah nampak ia berbunga dan berbuah.

Cemana ye?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...