Advertlets

Jumaat, Februari 27, 2009

Jalan-jalan cari jalan lagi

~Semalam~

Aqil: "Nak (jumpa) tok, uwan, cik Yam, asu, kawan (zahin), A'a (zahra) "
Aku: "Ok, Nanti esok baru kita nak pegi, ni abah baru nak pegi keje ni"
Aqil: ---Teriak---


Semalam dan kelmarin punya cerita. Seharian tak bleh masuk blogspot.

~Hari ini~

Malam ni nak pegi KL, Yam dah nak balik NZ kembali, esok tengahari naik kapal terbang (muda remaja lagi dah bleh naik penerbangan antarabangsa, aku umur 25 baru dapat). Nak juga amik jersi yang Raman kirim pulang. Nak try jugak rasa tol sebelum naik harga (diskaun 10% lewat malam tu ada lagi ke?). Balik nanti cari jalan lain yang kurang tol. Nak juga rasa tido kat rumah kosong di USJ3/1A. Nostalgia ni. (Shidah dan Raman, sila jeles). Red, parti bujang takde ke? dekat2 nak kawen dah ni? Kot bleh berganding bahu dengan Duta untuk parti mendapat kerja baru di stesen petrol, eh bas kan, eh radio ke? ke tv ek? Aku inginkan makan percuma yang mahal. Hahah.


Selasa, Februari 24, 2009

Jalan-jalan cari jalan

LAYANG-LAYANG ANTARABANGSA PASIR GUDANG 2009
Tempat: Bukit Layang-layang Pasir Gudang
Tarikh: 21 Feb 2009
Masa: 8.00 Pagi - 6.00 Petang











Nota Lawatan Sambil Belajar:

1. Aku memang suka bawak anak-anak jalan-jalan melihat mende-mende percuma sebegini.
2. Aku tiada salji untuk buat mainan anak-anak (aku hanya boleh tumpang gembira melihat orang lain main salji dengan anak-anak)
3. Aqil sangat teruja, balik pun nak tengok layang-layang lagi!.
4. Aku singgah rumah Pak Mus. Anak-anak dia terutama Mat dan Kak Cik sangat suka main dengan Aqil & Ammar. Balik siap peluk cium lagi. Mat tunggu tepi Aqil sampai dia bangun tidur.
5. Dalam suratkhabar mengatakan ada 2 layang-layang yang terbabas dan tersangkut pada khemah dif jemputan. Ikan kaler oren itu salah satu daripadanya.
6. Tahun lepas aku terlepas agenda ini, tahun ini aku pastikan aku tak terlepas lagi.
7. Layang-layang Batman aku beli untuk Aqil masih belum diterbangkan lagi. Hujan dikala petang.

Sekian.

Ahmad S siri # 7

Secara amnya, siri ini tidaklah menepati gaya penulisan santai kontemporari moden yang dipelopori oleh amANI - Penulis berbakat (testimoni encik Juan). Meskipun penulis siri kali ini - Duta mempunyai lenggok gaya penulisan yang seakan-akan selebriti, beliau masih bertatih di arena itu, semoga berjaya diucapkan kepada beliau, aku tunggu 1 Mac 2009. Hahah. Mahupun begitu, kisah ini antara kisah yang tergolong dalam siri-siri pengikat silaturrahim antara aku dengan Ahmad S serta Duta sendiri.

Manakan tidak, susulan kejadian ini, aku merupakan pembekal nasi bungkus tengahari terkerap Ahmad S. Ahmad S mengalami kemalangan lantas mendapat kesakitan yang amat sangat, separuh badannya luka berparut dan aktiviti menaiki tangga ke tingkat 3 blok S05 merupakan seksaan duniawi buat diri beliau selama beberapa minggu.

Nasi putih, ayam bahagian dada, kuah sedikit sahaja serta sayur. Ini adalah kiriman tetap Ahmad S pada aku, sama ada pada nota bertulis susup bawah pintu, pesanan teks ringkas mahupun pesanan secara langsung dengan muncul secara tiba-tiba di depan pintu bilik aku setelah habis kuliah dan aku masih belum bangun tidur (kuliah pagi semua aku 'tuang'' hahah).

Mujur aku ada koleksi komik Gempak dan APO buat Ahmad S membuang waktu sementelahan dia menunggu kiriman nasinya tiba. (Baca: Sedap je dia lepak kat bilik aku lepas order nasi, yang berkedudukan strategik di tingkat aras lantai tepi pintu terus buleh parking moto sebelah bilik, tak perlu naik tangga serta katil berbantal empuk kegemaran ramai, huhuh).

Walaupun demikian, aku yang bernaluri seorang kawan yang suka membantu, aku cuba laksanakan tugas ini dengan sempurna, nasi, kuah, sayur serta ayam goreng aku sukat dan pilih yang terbaik di CP buat tapauan Ahmad S. Aku juga membawa moto RGV kesayangan dengan penuh tatatertib dan menghormati lampu isyarat supaya selamat sampai lokasi dituju. Oh ya, Ahmad S kirim terus dengan wangnya, supaya tidak terlupa selepas memakannya jika pesanan itu secara langsung.

Apa yang sebenarnya terjadi pada Ahmad S pada waktu itu? Kenapa dia suka baca GEMPAK? Semuanya kerana ini: Ahmad S Siri 7

Notakaki amANI: Bilik aku yang bertampal poster komik dan lakaran kasar tidak berbakat penuh satu dinding menjadi kekaguman seorang pelajar kejuruteraan mekanikal dari luar negara (baca: Bangladesh) sewaktu beliau datang untuk menuntut ilmu bagi subjek "Pemantauan Kesihatan Mesin" sebelum peperiksaan akhir. Aku tak pasti aku tahu nama beliau dan aku tak pasti kenapa dan bagaimana mereka boleh datang ke bilik aku pada waktu itu.

Sabtu, Februari 21, 2009

Mari Bercucuk Tanam 2

Peluang untuk balik ke Kulim tidak diambil enteng.

Ini adalah gamitan mesra buat Raman dan Shidah. Hahah, saja kasik hangpa rindu lebih-lebih sikit. Juga buat perangsang supaya hangpa menjadi rajin menyiapkan pembelajaran di seberang sungai sana. Eh seberang laut. Kot dah boring tengok buah citrus, tengok pulak sayur bendi kan.

Bukan apa pun, takat gambar tanaman yang baru je. Ye konsep baru buat halaman rumah kita yang biasanya hanya ada pasu bunga dan pokok bunga.

Kali ini, bersama-sama staf KMK, pak telah menggalakkan mereka bercucuk tanam, menanam sayur-sayuran. Jangan tak percaya, di kawasan lapang ditepi rumah kita sudah ada batas-batas sayur-sayuran kampung yang sudah sedia dipetik. Sayur kangkung, cili padi, timun, bendi juga pokok betik dan nenas. Itu yang aku perasan la.

Sempat jugak kami merasa sayur kangkung hasil tanaman itu yang pak layur dalam air panas buat makan dengan nasi lemak beras perang. Rindu ke kalau tengok pokok sayur? Hahah.

Gambar budak berdua itu pun aku saje letak, nampak genster la pulak gaya dorang masa ni. Hahah.

Notakaki amANI: Aku cuba menghantar kisah post-dated. Kalau menjadi, ini rezeki buat pengunjung blog ini pada hari minggu ini. Aku tidak berada ditalian pada hujung minggu.

Khamis, Februari 19, 2009

Kembali ke Maktab 2

Sambungan dari Kembali ke Maktab 1. Kali ini, terus pada laporan rasmi program ANSARA. Paleo nak ambik bagi kat ANSARA Pusat pon boleh, aku kasik formal tahap pengawas punya. Tapi ikut format yang aku pikir sendiri la. Huhu.

Program Kaunter Kerjaya KMK (Sabtu 3-5 petang)

Disusun oleh Abg Kamal Yahya dan Cik R (aku lupa nama, awal2 lagi dah kantoi, laporan tak lengkap) sempena lanjutan dari Hari Kerjaya KMK sebelumnya.

Antara kaunter kerjaya yang dibuka adalah perubatan, kejuruteraan aero angkasa, juruterbang, ehwal pengangkutan marin, pengurusan ladang, multimedia dan kejuruteraan mekanikal. (kaunter Seni dan Rekabentuk tutup awal). Bukan salah beliau, tapi pelajar KMK hanya berminat pada kejuruteraan dan perubatan.


Sambutan kira boleh tahan, semua pelajar punyai minat masing-masing dan banyak bertanya. Kaunter Juruterbang layan budak baju merah tu sampai orang lain dah siap makan dan minum petang, tapi dia belum juga selesai.

Selepas sesi ini, sedikit jamuan petang bersama Abang Kamal di bilik Kaunseling. Duduk-duduk sambil bersembang. Petangnya, semua ke MRSM PDRM untuk makan malam.

Sesi pengenalan "Sembang-sembang ANSARA PDRM" bermula jam 830malam. Penolong Pengetua menjadi penyambut kami dan seorang cikgu yang menggantikan Cikgu Azura kerana hal berbangkit. Pelajar-pelajar MRSM PDRM telah memenuhi Dewan Sri Lanang (DSL - Dewan Selera Lama). Berkerusi plastik, duduk terasing lelaki dan perempuan. Dari kejauhan sudah terdengar riuh rendah pelajar yang menunggu. Kumpulan ANSARA PDRM berjalan beriringan dengan Penolong Pengetua memasuki dewan dari pintu tepi. Munculnya kami disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh. Macam menyambut angkasawan yang baru landing. Macam baru menang Piala Dunia. Macam tu lah. Diri terasa begitu dilambung-lambung. Mereka teruja. Kami tersentuh. Penolong Pengetua juga diluar jangka dengan sambutan mereka.

Sesi pengenalan berjalan lancar, lebih kurang 12 orang kesemuanya kami. Tiap kali bekas nama kelas mereka disebut, mereka bersorak. Aku sebut kelas Seroja, dorang konpius. Kening berkerut. Tiap jawatan yang gah disebut, mereka bersorak. Tiap syarikat yang dikenali, mereka bersorak.

Mereka dibahagi mengikut tingkatan masing-masing untuk meneruskan sesi pengenalan. Lebih kepada bercerita pengalaman masing-masing semasa dimaktab. Banyak yang memberi soalan berbentuk nota tulisan untuk kumpulan aku. Sebab Paleo dah mulakan macamtu. Soalan bidang kerjaya, soalan pengajian univerisiti, soalan peribadi, masalah dikalangan mereka dan segala yang terfikir untuk mereka bertanya. Semua yang pernah kami lalui.

Program tamat jam 1030malam. Para ANSARA PDRM diajak ke rumah Pengetua KMK untuk sedikit jamuan makan lewat malam. Sembang-sembang sampai menghampiri jam 1 pagi.

Mulanya, semua mengambil keputusan untuk tidur di asrama MRSM PDRM. Tapi ada yang berubah hati, pulang ke KMK, cadangnya ingin tidur di Kulim Inn, tapi ada tetamu lewat malam yang telah menginap disana. Maka rumah Pengetua KMK disyorkan sebagai tempat menghilang lelah.

Program Jejak Gemilang Anak MRSM (Ahad 8 pagi - 5 petang)

Awal pagi, lepas sarapan di rumah pengetua. Semua dengan pakaian rasmi paling smart untuk diri masing-masing. Aku sendiri tak pakai macam ni buat pegi keje hari-hari.

Kami dibawa Paleo menaiki Vios ke maktab dari KMK. Mula-mula ke kantin, yang tidur di asrama dah bersama-sama cikgu di kantin. Borak-borak sambil makan. Dibawa pula ke lobi pejabat sementara menunggu jam 845. Sebab tunggu di luar kantin tiada ekon.

Dari lobi pejabat pula, kehadiran kami yang agak ramai nampak sesak, dibawa pula ke bilik mesyuarat. Sama-sama menunggu lagi sebelum diundang untuk masuk ke DSL secara formal.
Semua yang hadir diminta meninggalkan tandatangan di buku catatan pelawat maktab.

Kami dibawa masuk apabila semuanya sudah bersedia. Masuk melalui pintu tepi DSL. Kali ini, para guru yang bersedia di kiri dan kanan pintu DSL, yang lelaki bersalaman dengan para guru lelaki, yang perempuan dengan guru perempuan. Terjejak sahaja kaki Paleo di lantai DSL, paluan kompang kedengaran. Kumpulan kompang yang terdiri dari pelajar perempuan maktab. Kali ini, bukan sahaja tersentuh, malah sebak dengan sambutan sebegini meriah. Para jemputan dan hadirin mengambil tempat. Jemputan menduduki kerusi paling depan. Guru-guru dibelakang mereka.


Majlis dimulakan dengan nyanyian Negaraku, bacaan doa dan ucapan dari Pengetua. Antara intisari ucapan beliau "Hari ini, saya merasa seperti seorang ibu yang menyambut hari raya dengan kepulangan semua anak-anak di rumah".

Kemudian, Paleo diberi penghargaan untuk merasmikan Program Gemilang Terbilang SPM/PMR 2009 dan Jejak Gemilang Anak MRSM PDRM.

Siaran tayangan biodata beberapa bekas pelajar MRSM PDRM yang telah berkerjaya ditayangakan. Hasil nukilan Cikgu Azura Che An.

Kami juga menyaksikan ikrar Pelajar Tingkatan 5 dan 3 untuk bersungguh-sungguh membawa kecemerlangan. Pengetua kemudiannya menyerahkan butang kepada Paleo untuk disematkan kepada wakil Tingkatan 5 dan 3, butang STRAIGHT A's tanda program kecemerlangan bermula.

Majlis ditutup dengan nyanyian lagu maktab. Saat ini sungguh gembira buat semua yang rindu pada lagu ini. Sungguh menusuk kalbu. Kali ini dengan iringan melodi yang aku rasa sedikit berlainan dari yang pernah kami nyanyikan.

Kehadiran Hafiz Hamidon, yang boleh dikategorikan sebagai seorang selebriti (ini kerana ada juga yang belum mengenali beliau di siar raya) telah disedari beberapa orang pelajar semasa mereka mengambil tempat duduk. Cikgu-cikgu lelaki dibelakang beliau telah mendorong beliau untuk mempersembahkan sebuah lagu. Hafiz tidak menolak dan satu slot khas selepas tamat majlis ini dilaksanakan. Dengan minus one yang sentiasa dalam simpananya, Hafiz menyanyikan sebuah lagu baru yang akan dilancarkan beliau di Dubai nanti. Judul? Ah, beli CDnya nant
i ya.

Selesai majlis, kami beredar ke dewan selera baru. Kali ini untuk minum pagi. Masa diluangkan untuk bersembang dengan para guru yang kami kenali.

Nampak ceria guru-guru yang masih kami kenali. Bersembang bertanya khabar, anak dah berapa, tengah buat apa, duduk kat mana, sekian-sekian kat mana sekarang, mak ayah apa khabar, sekian-sekian sahaja yang selalu telefon saya dan sebagainya.

Aku sempat bersembang secara personal dengan Cikgu Isa, Cikgu Zul, Cikgu Rahmat, Cikgu Sahara dan Cikgu Azura. Sempat bertegur sapa sahaja dengan Cikgu Asleenda dan Cikgu Roslaini.

Sajian yang dihidangkan untuk minum pagi adalah kue teow goreng, popiah goreng berlada dan air teh susu. Disebabkan baru je sarapan, aku amik popiah dan teh sahaja sambil bersembang.


Program selepas minum pagi adalah sesi pengenalan kerjaya. Yang bersedia dengan tayangan gambar atau slideshow hanya bagi bidang Seni dan Rekabentuk dan Kejuruteraan Mekanikal. Yang lain, menangkap muat, bercerita tentang pengalaman dan pengenalan kerjaya masing-masing tanpa grafik atau bahan bantuan mengajar.

Pada sesi ini, bila diperkenalkan Inspektor Kamarulzaman, Juruterbang Unit Udara Polis, tepukan yang amat gemuruh diterima beliau. Beliau berpesan kepada semua pelajar, untuk menjadi seorang Juruterbang, haruslah mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi.


Sesi tamat untuk makan tengahari yang mana hidanganya adalah seperti digambar di atas. Ikan kelas 1, kobis goreng, ikan kering rangup, buah tembikai dan air berwarna dan berperisa anggur.

Selepas makan, kebanyakanya membuat hal sendiri, berehat atau berkunjung ke bilik guru untuk sambung menyembang. Aku dan Helmi ke pejabat. Bersembang bersama kakak pejabat. Kakak Hamidah mengalami kehilangan memori untuk mengenali aku. Aku juga tertanya, kenapa kakak pejabat ini tidak berlainan sama sekali rupa wajah mereka, masih seperti wajah dahulu. Entah. Owh, pesanan untuk Hirman Razali. Anda adalah satu-satunya batch SPM97 yang belum mengambil sijil SPM sebenar anda. Inspektor Kamarulzaman adalah pelajar kedua terakhir mengambil sijil SPM beliau. Itu pun di akhir program sebelum pejabat tutup.

Beredar dari pejabat, aku dan Helmi ke kantin pula, duduk-duduk sambil bersembang dari hati ke hati. Hahah. Sempat lagi 2 pelajar tingkatan 5 datang bertanya tentang panduan untuk hala tuju hidupnya kepada kami semasa itu.

Kami kemudian ke blok akademik baru (blok H namanya) untuk mengambil gambar. Helmi berlatarbelakang kelas Zarkalinya, aku berlatarbelakangkan kelas Farabi aku. Sekarang, aku kurang pasti kelas apakah itu semua.

Program bermula semula jam 3 petang. Kali ini dibahagikan mengikut jurusan pilihan masing-masing. Aku mengambil pelajar-pelajar yang berminat dengan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal. Aku bersama Azhar, suami pada Dr Fauzana. Mujur ada Azhar, segala pertanyaan berkenaan Kejuruteraan Elektrikal dijawab beliau. Dia pun sebenarnya mempunyai kumpulan khidmat masyarakatnya sendiri yang terdiri dari para profesional di Kulim yang menganjurkan program seumpama ini.

Selesai sesi bersama pelajar. Semua kembali ke bilik mesyuarat untuk majlis penutup dan sesi post mortem.

Barulah muncul Mizie dan Sanot, ingatkan dah tak menghadirikan diri.

Aku agak seram bila dipanggil ke post mortem, ingatkan ada nada-nada tidak kena dengan program ini, mungkin ada yang terasa hati atau tidak kena di mana-mana.

Tetapi dari ulasan Penolong Pengetua, Pengetua dan Cikgu Azura, rata-rata semuanya berterima kasih dengan kehadiran kami dan juga mencadangkan agar kami membuat satu lagi program yang lain untuk pelajar-pelajar yang sama. Program Persediaan untuk menghadapi interview. Sem dua nanti.

Digambar adalah barisan ANSARA PDRM yang hadir pada hari tersebut. Harus aku sebut ke nama tiap sorang? Tak yah la ek.


Owh, kemana-mana MRSM yang kami kunjungi, tidaklah balik dengan tangan yang kosong. Ada sedikit penghargaan diberi kepada tiap tetamu.

1. Surat Penghargaan (ingatkan cek)
2. Beg kertas MRSM PDRM (limited edition)
3. Bahulu
4. Replika Labu Sayong

Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada MRSM PDRM. Yang dah lebih cantik (luaran, dalamannya agak usang) lebih terjaga dan makin meningkat usia.

Pengalaman ini amat istimewa, ramai yang teruja dengan gambar-gambar di FB aku. Ramai yang ajak repeat. Pegi semula. Apa-apa pun. Terima kasih buat MRSM PDRM yang menyambut kami semula sebegitu rupa. Terima kasih buat pengetua, penolong pengetua, guru-guru, staf-staf pejabat dan semua yang terlibat dalam majlis ini. InsyaAllah, kami akan kembali.

Notakaki amANI yang dah lama tak balik maktab: Panjangkan? Aku buat sebegini panjang untuk mengelakkan cerita ini bersiri lagi. Cukup la dua siri je untuk mengelakkan cerita ini tertangguh.

Rabu, Februari 18, 2009

Mesti Tonton - GENG Pengembaraan Bermula (Penampilan Istimewa Upin & Ipin)

Cakap banyak tak guna. Suka lawak? Suka kartun? Suka animasi? Suka filem tempatan? Suka Upin & Ipin? Suka tengok wayang? Suka hati korang la nak tengok ke tak tengok.

Janji bukan tunggu nak beli CD pirate. Pegi tengok kat wayang sekarang juga sebelum tamat tempoh siaran.

Teket mahal? Pegi tengah minggu hari Rabu, masa hari teket murah (utk Cathay sahaja).

Takde awek atau pakwe nak bawak? Bawak mak atau kakak atau adik atau anak sedara atau anak jiran.

Takde masa? Tido di luar rumah sampai demam, amik MC keesokan hari dan pegi tengok wayang.

Ada kanak-kanak kecil nak ikut sekali? Bawak je, bawah 3 tahun free (tanpa seat). Nak selesa beli satu lagi teket, harga kanak-kanak.

Takut anak-anak tak bleh diam? Beli popcorn bagi dorang makan dalam wayang.

Takut dorang menangis? Mulai sekarang, putarkan CD Upin & Ipin setiap hari untuk tontonan mereka sampai mereka suka gila Upin & Ipin. Mereka akan duduk diam bila tengok wayang.

Terduduk atau tertinggal kat Amerika atau UK buat masa sekarang? Maaf, itu kene tunggu Les Copaque bawak filem ini ke negara kediaman anda sekarang.

Aku: "Ini lagi sedap dari Ice Age I, Shrek, Nemo, Toy Story, Madagascar dan sebagainya. Dari segi animasi yang cukup setanding. Lebih lawak. Bukan dibuat-buat tapi bijak. Sampai satu part, aku gelak sampai tak sempat amik napas. Ye begitulah"

Ezi: "Bestkan cerita tuh."

Aqil: "Upin Ipinnn!!" (masa Upin Ipin muncul buat kali pertama dalam cerita).

Ammar: "Ngiauuu, Ngiauuu" (masa tengok mak Oopet).


(boleh muat turun wallpaper, screensaver, banner, widget, klip video, suara dari web ini, percuma)

Notakaki amANI: Ini kali pertama setelah hampir 3 tahun aku pegi tengok wayang semula. Pertama kali bersama anak-anak dan isteri. Jangan tinggalkan panggung sehingga betul-betul dah habis siaran. Tunggu. "Fikirkan masa depan" Hahah.

Isnin, Februari 16, 2009

Sinetron Dramalova Part V

Babak 1

Perayaan Tahun Baru Cina kembali lagi. Ahh, negara Brazil ada ke menggazzete kan cuti Tahun Baru Cina? Entah. Tak terfikir pulak Diego kaum apa yang tinggal kat Brazil. Berbilang kaum mungkin.

Bagi Diego, cuti untuk perayaan itu tahun ini bermakna dia mempunyai cuti selama 4 hari berturut-turut. Sat Sun Mon dan Tue dia cuti. Diego bilang dari kalender atas meja. Sedang enak Diego mencongak. Diego dapat cek gaji. Tapi jam sudah 430 petang. Diego hampa. Bukan kerana gaji dipotong atau ciput. Tapi bos bagi masa bank tempatan pengeluar cek tersebut sudah tertutup jam operasi. Ini bermakna, Diego terpaksa bergantung pada sumber kewangan sedia ada untuk Sat Sun Mon dan Tue. Tertutup pintu hati Diego untuk membuat perancangan saat akhir balik kampung. Dapat ke Sao Paolo ke, Santa Catarina ke, janji bleh jalan-jalan kot tak dapat balik kampung pun. Diego lesu. Lewat petang Diego balik kerja.

Marcia : "Abang, kita tak pergi mana-mana kan cuti ni?". Marcia membuka bicara. Marcia harus mendapat notis barang 2-3 hari untuk setiap perjalanan jauh. Kalau tidak, Diego akan menerima surat tunjuk sebab kenapa-dah-balik-kerja-baru-nak-bagitau-nak-balik-kampung-malam-ini-juga-dah-tu-balik-lambat-pulak-tuh?

Diego : "Hemm, tak kot, nak pegi mana, gaji tak masuk, duit ada cukup-cukup je". Diego tidak bersemangat.

Marcia : "Takpela macamtu, bukan nak ke mana-mana pun, Marcia ingat nak buat operasi. Banyak keje tertangguh tunggu Abang buat, tuh tingkap depan tuh, bersawang, berhabuk, cuba Abang ingat semula, bila la kali terakhir kita cuci tingkap tu, masa anak kita belum lahir lagi tau. Nak kemas bilik stor, bukak balik kotak-kotak, susun semula hadiah-hadiah kahwin, simpan elok-elok." Marcia mula keluarkan senarai to-do-list beliau.

Diego : .... sengih, angguk dan diam tidak terkata, "Jangan membantah" bentak hatinya.

Babak 2

Sat
Dah menghampiri petang, Diego memandu ke arah bandaraya Rio de Janeiro. Hajat Diego membawa anak-anak bermain di taman. Sambil menghirup udara nyaman di taman yang bertentangan dengan Laut Atlantik itu. Ada satu taman yang sangat tenang dan cukup releks untuk seisi keluarga. Bekas istana pembesar negeri Rio de Janeiro. Ada yang datang berpakaian sukan, ada yang datang berpasangan, ada yang datang dengan anak-anak kecil sambil berbasikal. Ada juga yang datang berkawan-kawan. Yang lelaki, yang perempuan. Jodoh dimana-mana getus hati Diego.

Anak-anak gembira, berlarian anak bersama Diego.
Menjerit teruja berjumpa kura-kura. Menangis bila dibawa jauh dari kolam kura-kura. Seronok kembali bila jumpa ikan di kolam. Diego nampak roti yang dah basah tidak dimakan ikan. Diego cubit sedikit-sedikit, bagi ikan di kolam sebelah makan. Anak-anak seronok lompat-lompat tengok ikan makan. Hari sudah lewat petang. Ikan di kolam di lambai pulang. Mereka pulang dengan gembira. Diego singgah JUSTUKOR, beli bahan buat makan malam.


Sun
Diego bangun awal pagi. Tengok kiri kanan. Lengang. Diego tak buat apa-apa. Layan tv.

Diego keluar ke JUSTUKOR dengan Marcia dan anak-anak. Beli barang keperluan yang mana dah tiada. Lebih kepada memberi anak-anak melihat mainan baru. Main sampai puas. Letak semula di rak asal. Baru Diego bawak pulang. Petangnya Diego berpakaian sukan. Hajat hati nak berlari. Tapi bawa anak-anak siap dengan basikal dan bola. Hasilnya, Diego, Marcia dan anak-anak melangut melihat langit. Tengok layang-layang terbang tinggi. Macam-macam bentuk, rupa fizikal, bunyi dan warna. Berjalan-jalan pusing tasik buatan. Biar anak-anak berkejaran teruja dengan mainan kanak-kanak lain.


Malamnya Diego masak barbeku. Kepingan daging kambing berserta sosej. Buat makan anak-anak dan Marcia. Marcia buat coleslaw, kentang putar dan sos barbeku. Diego jaga api. Persekitaran kejiranan rumahnya hampir lengang. Jiran kanan, En Carlos balik kampung. Jiran depan Ms Solez juga pulang ke kampung, jiran kiri je tak balik. Jiran selang 4 rumah kawan Marcia, Puan Sanchez juga pulang ke kampung. Sebab itu Diego buat barbeku. Asap berkepul pun tak menggangu jiran. Bau sedap pun jiran tak hidu. Diego teringat orang di kampung masa masak barbeku. Anak-anak terlena kepenatan lepas makan. Mungkin sebab main asap, pening kepala agaknya. Hampir tengah malam, Diego keluar, tutup pintu rapat. Melangut lagi ke langit. Tengok bunga api. Warna warni. Berbunyi-bunyi. Jiran sebelah siap pasang mercun merah sepapan, panjang hampir dua depa. Di sangkut tinggi dengan galah. Bunyi bingit. Diego dan Marcia diam memerhati. Anak-anak tetap lena.

Mon
Masih cuti, Diego bangun pagi lagi. Kali ini anak-anak juga dikejut bangun. Di ajak berjalan ke kedai untuk sarapan pagi. Berempat mereka berjalan, lintas jalan, seberang parit besar, rentas lima deret rumah, lintas jalan, susur deret kedai. Sampai. Kedai impian untuk bersarapan ditutup, kedai sebelah je buka. Bersarapanlah mereka empat beranak.

Pulang dari sarapan. Singgah sebentar di taman permainan. Bagi anak-anak main. Tapi permukaan masih basah akibat hujan. Tak jadi bagi. Anak-anak main lopak air atas gelanggang badminton. Pijak-pijak sampai terpercik. Mainlah. Balik nanti Marcia uruskan.

(Pijak lopak air, seronok!)

Pulang ke rumah, Marcia dan anak-anak agak gementar, harus lalu dihadapan rumah yang mempunyai 2 ekor anjing garang. Pagarnya tidak rapat dan anjing itu boleh meloloskan diri. Diego tenang. Sudah biasa dengan gelagat anjing kawasan perumahan. Seekor telah meloloskan diri, mengiringi perjalanan mereka. Mata menyorot ganas. Diego acah, anjing berundur. Tapi datang semula. Lepas dari rumah itu, anjing tidak lagi mengikuti mereka. Tiba-tiba Diego terpandang kenderaan Kumbarang, kenderaan syarikat nasional kedua Brazil, milik jiran Diego. Cermin tingkap sebelah depan kiri telah dipecahkan. Kaca masih di jalan. Ini kes rompak ni. Diego tunjuk pada Marcia. Marcia meninggi suara pada jiran kepada jiran pemilik Kumbarang. Mereka semua mendekati cermin yang pecah. Hand-rest mudah alih telah digeladah. Nampak macam ada barang yang diambil. Jiran kepada jiran pemilik Kumbarang punyai henfon dan menghubungi mereka. Diego berlalu memasuki rumah. Haih. Hari Raya pun ada orang nak merompak ke.

(Kumbarang yang kene pecah)

Petangnya, Diego, Marcia dan anak-anak menaiki kereta lagi. Kali ini ke pinggiran bandar Rio. Makan petang. Pusing-pusing di pinggir bandar Rio. Marcia ajak ke JUSTUKOR Taman Loyal Equisite. Nak makan donut mahal. Diego bawa. Marcia beli donut. Diego duduk luar layan taman permainan dan air pancut.

Tue
Hari ini Diego sekeluarga duduk diam. Duduk rumah serehat-rehatnya. Marcia pun penat. Penat berjalan.

Diego : "Kalau hari ini kita pegi jugak JUSTUKOR, ini adalah hari ke-empat berturut-turut kita ke JUSTUKOR. Nak pegi ke?"

Marcia : "Ha'ah kan, kalau la orang lain tahu, gigihnya kita dengan JUSTUKOR itu"

Diego : "Hemm, takpelah, takyah la, lusa jela kita pergi, lusa baru duit gaji masuk"

Diego lega cuti yang panjang dah berakhir. Lusa itu baru Diego betul-betul ceria. Hujung minggu itu, Diego ke kota Sao Paolo. Jalan-jalan. Ada duit baru sedap jalan-jalan. Diego singgah jugak JUSTUKOR kat Sao Paulo.


Errr... Tingkap? Kotak?? Heheh.

Jumaat, Februari 13, 2009

Geografi Kebangsaan: Taman Universiti edisi Dua

Bertemu dalam Geografi Kebangsaan edisi kedua kali ini. Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid. Taman Universiti.

Aku memang agak kagum dengan semangat yang ada bagi orang-orang yang berusaha menggiatkan aktiviti yang tidak sahaja merangkumi aktiviti ibadah, tapi juga mengutamakan pembangunan masyarakat setempat di Masjid berdekatan dengan rumah aku ini.

Pernah tengok budak-budak main bola (futsal) dalam perkarangan masjid? Bukan dekat atas jalan atau tempat parking, tapi bahagian dalam. Selepas pintu utama, ada satu kawasan tengah yang terbuka tidak berbumbung tapi berlantaikan seramik. Ini dijadikan padang buat remaja main futsal bila ada majlis sambutan khas seperti Maulidur Rasul contohnya. Kalau zaman aku dulu, memang sah kene penampar sorang-sorang kalau main bola dalam masjid.


Bagi yang beranggapan cyber cafe itu gelap, untuk aktiviti yang tidak mendatangkan faedah dan hanya untuk remaja membuang masa. Masjid ini menyediakan cyber cafenya sendiri. Kemudahan internet dari pagi sampai malam dengan kadar bayaran yang setimpal. RM 1.50 sejam. Ni gambar semasa kursus komputer yang di adakan di bilik komputer.


Masjid ini juga ada kelab renang buat remaja. Aku baru tahu hal ini bila melayari blog masjid ini. Rasanya kolam renang di kelab rekreasi Taman Universiti digunakan untuk aktiviti ini.


Ini contoh-contoh aktiviti yang bagi aku, unik buat sebuah organisasi masjid. Bukan tertumpu hanya pada soal ibadah, tetapi juga menumpukan kepada pembangunan remaja dan kanak-kanak masyarakat setempat dengan aktiviti yang santai tapi menyeronokkan. Nak tahu lebih lanjut. Dibawah adalah blog masjid yang disebutkan ini. Ye, masjid ini juga punya blog.

mjtsawtu.wordpress.com

mjtsaw.blogspot.com

Arus kemodenan dan teknologi diseimbangkan dengan kaedah yang sesuai dan kena pada tempatnya. Aku harap pendedahan dan pendekatan masjid ini kepada masyarakat setempat seperti ini terus dilaksanakan sampai bila-bila.

Notakaki amANI:
1. Gambar-gambar di dalam ini adalah sebahagian dari isi kandungan blog Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid. Diambil tanpa kebenaran bertulis.

Khamis, Februari 12, 2009

Ahmad S siri # 6

"" Bagi yang tertanya-tanya dan tertunggu-tunggu Sinetron Dramalova. Maaf, popularitinya telah dipintas hebat oleh Siri Ahmad S. Heheh. Juga aku memang suka selang selikan siri-siri yang aku ada supaya semua mendapat liputan sama rata. Semua kisah atau siri aku dah capai angka 5. Sinetron pun dah 5, tapi dalam draft. Kan adil. Heheh.

Siri Ahmad S # 6 kali ini memang aku dah rangka, belum dinyatakan je. Tapi dengan adanya mobiliti transaksi alam maya (ape mende nih) aku ada cerita Ahmad S yang ditulis oleh penulis jemputan. Selebriti terkenal. Aku nak mula macam ni je. Selanjutnya, layan capaian yang diberi. ""

Aku tertunggu Ahmad S, tak kan test moto baru servis begitu lama? Deretan kedai ni bukan la besar mana. Dah la tinggal aku sorang-sorang dalam bengkel. Bukan aku bawak duit nak tolong bayarkan cas servis dia. Tokey kedai pun dah pandang aku lain macam.

Aku berpakaian sukan masa ni. Hajat hati, ambikkan moto Ahmad S, pastu bleh terus gerak pegi padang, main bola. Tapi ni jam dah dekat 6.45 petang dah. Sempat ke nak main bola. Lebih 20 minit jugak Ahmad S test moto nih.

Sebuah van muncul depan bengkel. Aku tengok Ahmad S dipapah keluar. Aik? Mana moto? Seluar sukan Ahmad S yang kami beli sama-sama di pasar malam Skudai nampak koyak rabak di lutut dan betis. Aku beli kaler biru, Ahmad S beli kaler hitam, sama corak. Ahmad S dipapah keluar. Apa yang dah terjadi?

Cerita sebenar di sini: Ahmad S siri # 6

Nota lutut Ahmad S yang luka : Aku suka konsep ini. Sangat best. Kalau Kanak-Kanak Memang Riang (KKMR) aku dapat buat filem, untuk Ahmad S aku dapat penulis jemputan. Fuh. Konsep. Jeles rakan-rakan. Aku suka. Teruskan menyokong industri blog tempatan.

Selasa, Februari 10, 2009

Kembali ke Maktab 1

Aku ambil cuti 2 hari. Panjangkan dari cuti ganti Thaipusam pada Ahad, maka Isnin, Selasa dan Rabu aku bercuti.

Kami balik Kulim. Setelah dapat menempah khidmat pemandu dengan bayaran sehingga RM210 untuk perjalanan kami berempat dari JB ke Kulim, kami bertolak pada Jumaat malam. Bas itu sangat selesa. Penghawa dinginnya sepoi-sepoi bahasa, ditala dengan baik sehingga terasa sejuk tak sejuk je di dalamnya. Ehh, naik bas? Ye la, bas je, tak kan nak naik limo plak? Berpada la dengan status rakyat jelata je ni.

Aku sampai Kulim betul-betul depan pintu KMK jam 650 pagi. Tangan kanan mengheret beg dan bakul, tangan kiri mendukung Aqil. Ammar dalam dukungan Ezi. Berat mata memandang, memang berat rasanya tangan yang mendukung. Lepas dari pak gad tanpa soal selidik mahupun usul periksa. Hai angguk sikit je.

Baru 50 meter, aku rasa ini tidak wajar. Mendukung sambil mengheret beg di waktu pagi selepas bangun tidur memerlukan tenaga yang banyak. Aku cuba jalankan Aqil, dia dah terjaga, cuma nak di dukung je. Dah 2-3 kali dukung dan letak baru menjadi. Jadi sebelah tangan mengheret beg, sebelah tangan lagi berpimpin tangan dengan Aqil.

Dah dekat nak sampai tangga nak naik rumah, sebuah kereta Waja meluncur laju di sebelah kami, dah terlepas sedikit baru dia brek mengejut. Pak tak perasan kami. Dia baru balik dari masjid. Lega dapat naik kereta.

Sampai kat rumah. Dah makan lebih kurang. Pengetua MRSM PDRM ajak aku ke maktab. Minta aku tolong sikit hal-hal mengemas bilik mesyuarat. Dia baru sahaja siap menjahit 'skirtting' baru untuk hiasan meja mesyuarat. Aku bayangkan 'skirting' kain nipis, kaler kilat-kilat.

Aku tanya. Aih, Pengetua jahit sendiri ke? Sukarela ke ada upah?

Dia jawab. Suka rela la, dah yang lama tu tak elok sangat dah. Nak panggil upah orang, dia tak sempat nak siapkan cepat. Jadi buat sendiri la. Ni pun baru siap je pukul 430 tadi.

Sementara dia tunggu aku mandi dan bersiap, aku bukak laptop, bukak blog ini, kasik dia baca. Heheh. Promote diri sendiri.

Aku bawak Aqil je, Ammar tinggal bersama uminya. Kami ke maktab. Rerasa lama jugak tak menjejak kaki kat maktab. Memori mula menggamit bila memasuki perkarangan kem. Banyak yang dah berubah. Paling menonjol, bumbung pejalan kaki dari asrama ke blok akademik. Sekeliling blok akademik pun dah berpagar, siap ada tembok batu tertulis nama maktab lagi. Pendek kata, segalanya lebih cantik dan berseri. Rasanya cukup dengan gambar-gambar yang aku letak ini sebagai pemudah bicara.

Ini sekitar kawasan pejabat dan taman di sebelah pejabat. Dulu homeroom aku ditugaskan mencantikkan taman ini.

Kami ke bilik mesyuarat melalui pintu ofis. Aku cakap, seumur hidup di maktab tak pernah lagi masuk bilik pengetua. (Aku terlupa, ada sekali aku masuk ketika nak minta sokongan membuat majlis sambutan hari raya tahun 1997, bukan bawah apa-apa badan, tapi secara gabungan sukarela kawan-kawan).

Kami siapkan kerja-kerja meletak 'skirting' ini. Rupanya kain tebal kaler emas ada corak bunga-bunga. Nampak eksklusif dan citarasa moden juga la kalau style ini. Beli kat Kamdar, Pengetua kata. Ada 2 jenis, satu skirt pendek untuk bahagian luar, satu skirt labuh untuk bahagian dalam. Praktikal. Tak la tersangkut di kaki bila duduk bermesyuarat. 'Skirting' itu dilekatkan dengan velcro, maka tidaklah merosakkan 'skirting' itu untuk dilekatkan berbanding kaedah konvensional yang terus mengokot 'skirting' pada meja.

Ni la rupanya kerja-kerja yang aku dan Pengetua MRSM PDRM lakukan pada masa tersebut.


Ini versi sekitar maktab bersama Aqil. Parit sebelah pejabat yang kita selalu lalu nak ke pandang itu masih jernih airnya. Ikan-ikan yang bertompok hitam di badannya yang sangat lincah berenang pun masih ada.


Notakaki amANI yang teruja balik maktab: Aqil sunguh-sungguh ajak aku dan tok dia main piano sekali masa kami tengah duk nak pasang 'skirting'. Mintak duduk sebelah dia. Tok pada Aqil? Sape? Pengetua MRSM PDRM ni la.
Hjh. Padzilah Othman. Aku bagi mak aku baca blog aku, korang?

Jumaat, Februari 06, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang V

Siri Pengembaraan Ammar & Aqil Mencari Sang Kura-Kura



Nah, filem kedua arahan aku. Sebelum ini, filem pertama aku, arahan bersama dengan Raman. Kisah ini bonus sebab dah masuk siri ke-5 dah untuk segmen 'Kanak-Kanak Memang Riang'.

Fakta tentang tayangan cikai@koman spanar ini:

1. Kualiti video tidak seberapa. Biasala, guna semua yang free. Pelakon free, software free, kesan pencahayaan pun free. Lepas aku dah upload baru aku terpikir untuk guna photoscape untuk keseluruhan filem. Tapi memandangkan ada lebih 20 gambar. Tak jadi. Layan jela. Nanti aku cuba lagi kesan efek khas yang lebih baik. I'm sori.

2. Tiada apa-apa perbelanjaan mahupun huluran pada sesiapa pun dibuat untuk menyiapkan kisah ini.

3. Penggambaran juga dilakukan secara santai. Sambil-sambil mengambil angin petang, sambil ambil gambar.

4. Semasa penggambaran berlaku, barisan pelakon tidak tahu bahawa aksi mereka akan digarap sedemikian rupa.

5. Semua pelakon gembira dengan hasil lakonan masing-masing. Seronok sampai lompat-lompat dorang tengok aku buat preview depan dorang. Kami je la seronok kot. Hehe.

6. Tiada touch-up langsung pada rupa paras mereka. Mekap pun tak de.

7. Filem ini sepi tanpa kesan bunyi. Sebab koleksi bunyi dalam simpanan pengarah semuanya lagu batu dan lagu bukan aliran utama. Tidak sesuai untuk kisah kanak-kanak. Ini bukan cerita 'South Park' kegemaran Ahmad S.

8. Poster filem menggunakan pelakon di lokasi dan hari yang berlainan, tetapi masih menggunakan mood pengembaraan yang sama.

9. Lokasi filem : Masjid Sultan Abu Bakar, Muzium & Taman Istana Johor Bahru, Johor.

10. Aku mengharap, Sultan Johor memperkenankan pingat Ahli Mangku Negara kerana telah menggunakan lokasi menarik di sekitar Johor untuk penghasilan kisah ini. Aku tahu aku layak. (Editor: Rasa nak padam je fakta no. 10 ni, baru buat 'slideshow' dah riak takbur).

Nota kaki amANI yang berbulu jarang: Syabas terhadap kemunculan blog Syila Menulis dan Mybook. Blog kamu, buat seperti mana yang kamu suka. Teruskan.

Rabu, Februari 04, 2009

Kanak-kanak Memang Riang IV


Nantikan filem pendek terbaru. Siri Pengembaraan Ammar & Aqil Mencari Sang Kura-kura.

Filem? ye, filem. Mintak gambar sangat, aku kasik filem buatan sendiri terus. Poster pun buat sendiri. Cikai gila punya produksi. Hahah.

Banyak sangat permintaan peminat, mintak letak gambar la, letak bintang-bintang, letak design canggih. Header blog berkualiti tinggi. Apa, ingat aku ni orang seni ka? Aku sekolah sains la dulu. Mana reti edit gambar kasik cantik. Photoshop yang canggih tu aku tak reti guna. Paint aku tau la. Mujur aku ada pencacai yang sanggup meninggalkan kerja sebenar dan berkhidmat sepenuh masa. Dia la tolong aku buat semua nih.

Terima kasih buat pencacai aku.

Juga terima kasih buat produser filem.

Sebelum aku melancarkan filem pendek arahan kedua aku ini, satu je aku mintak, aku perlukan komen dari pembaca/pelawat yang belum pernah meletakkan komen dalam blog ini sejak 1 Januari 2009. Haha. Dapat 15 pun jadi la (setakat ni baru 12 yang paling tinggi). Komen guna profile blogger masing-masing ye, no cheating. Pada yang selalu meletak komen prihatin, korang memang best. Bukan apa, saja mahu kenal siapa kamu. Yang sanggup membuka blog ini saban hari. Sesi bertemu peminat la ni. Bak kata encik kumpulan Scorpion. "What you give, you get back". Jom kita kira sekarang.

Kemaskini 5 Feb 09 - 4 PM:
Masih menunggu respons. Sekarang aku faham bagaimana perasaan Mamat Khalid.

Selasa, Februari 03, 2009

Bola - Selamatkan Bola Sepak Malaysia

Sedang aku makan tengah hari bersama isteri hari ini, aku baca surat khabar berbahasa Inggeris. Lauk beli kat Pak Ali, nasi isteri yang tanak. Keli goreng 2 ekor, ayam goreng 1 ketul, cendawan goreng secucuk, sayur kangkung, kuah asam pedas. RM7 semuanya untuk kami dan anak-anak. Masak berpeluh ketiak kalut dengan Aqil dan Ammar pun belum tentu sama kosnya dengan RM7.

Sambil makan aku baca artikel tentang sesi memerah otak bertajuk 'Selamatkan Bola Sepak Malaysia' di antara Menteri Belia dan Sukan (abahnya Dafi) dan bekas-bekas pemain bola sepak negara sekitar tahun kegemilangan 70-80an. Mereka ini semuanya bersemangat menghadiri sesi ini, juga nama-nama yang terkenal sehinggakan Hasbullah Awang tidak lekang menyebut nama-nama mereka setiap kali mengulas siaran langsung pasukan Malaysia melawan pihak lawan walaupun mereka bukan lagi pemain masa sekarang. Mereka memberi banyak pandangan, tapi akhbar ini memberitakan semuanya isu lama, isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini. Cuma akhbar ini menekankan sedikit isu kepimpinan. Bila salah seorang daripada mereka secara terang-terangan meminta kepimpinan paling atas turun dari menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia. Akhbar ini agak berperenggan juga menceritakan kembali perkara ini. Konspirasi agaknya. Termasuk yang ini, dah 3 kali dah akhbar ini membuat artikel yang berbaur politik begini dalam tempoh 2 minggu ini. Siapa la agaknya yang hangat mengipas wartawan akhbar ini. Ada habuan agaknya.

"Bagi patik, Tuanku memang harus berundur sebab 25 tahun adalah sangat lama, kalau Brazil dan Itali dah menang 2 kali Piala Dunia dah dalam tempoh masa ini Tuanku sudah menerajui Malaysia ke mana dalam tempoh masa 25 tahun ini? Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. "

Buat Menteri Belia dan Sukan, aku kecik hati sebab dia tak jemput aku untuk turut serta dalam perbincangan ini. Aku sebagai bekas pemain bola sepak peringkat sekolah rendah dan menengah merasa terpinggir kerana Menteri Belia dan Sukan tidak terpandang nama aku untuk memberi sedikit pandangan. Apa? Aku tak cukup terer ke? (Nota: Editor blog terpaksa menyiku dagu amANI kerana kenyataan berat sebelah ini dan menasihati beliau supaya fokus, jangan tulis ikut perasaan!).

(Dengan dagu yang agak sakit) Aku sebagai bekas pemain bola sepak peringkat sekolah rendah dan menengah yang tidak pernah melepasi peringkat Zon ingin memberi pandangan terhadap isu mencari bakat baru dari akar umbi di pelusuk Malaysia secara efisyen. Sebelum itu, mari kita soroti bagaimana seorang yang berbakat dalam bermain bola sepak akan maju ke peringkat tertinggi sehingga ke peringkat negara mengikut pengalaman aku.

Kes Contoh 1:
Aqil berminat dengan bola sepak sejak berumur 8 bulan. Mula-mula dia boleh berjalan abahnya telah mengajarnya menyepak bola. Aqil memang berbakat besar. Masuk darjah 3, Aqil telah bermain dengan serius, tiap petang main bersama rakan. Kebetulan, sekolah Aqil adalah sekolah projek bolasepak. Darjah 5, Aqil masuk pemilihan peringkat sekolah. Aqil diterima sebagai simpanan. Darjah 6, Aqil main kesebelasan utama, sekolah Aqil menang peringkat Zon Ampang. Hampir kesemua rakan sepasukan Aqil dipilih menjadi wakil Zon Ampang. Jurulatih sekolah Aqil merangkap guru matematik sekolahnya membawa Aqil ke peringkat daerah Hulu Langat. Sekali lagi Zon Ampang menang peringkat daerah Hulu Langat. Ditambah seorang dua dari Zon lain, Aqil bermain pula untuk daerah Hulu Langat, kali ini untuk peringkat negeri Selangor. Aqil berjaya membawa pasukannya memenangi kejuaraan Negeri. Bakat Aqil dinilai dan jurulatih bawah 15 tahun memanggil Aqil untuk mewakili Malaysia.

Pemerhatian aku terhadap pincangnya sistem ini:

1. Bakat baru yang dibawa ke tengah dalam permainan bola sepak ini adalah berdasarkan pencapaian pasukan individu tersebut. Kalau sekolah dia juara, dia boleh mewakili peringkat seterusnya. Kalau sekolah dia kalah, terrer tahap Theo Walcott sekalipun tidak diendah.

2. Jurulatih bolasepak tangkap muat di akar umbi. Guru matematik merangkap jurulatih bolasepak. Tiada lesen kejurulatihan mahupun pengetahuan asas bola sepak sebenar. Pemain berbakat dalam pasukan ini tentunya tidak akan menyinar dan tidak akan diendah sebab pasukannya main macam pasukan estet!.

3. Jurulatih seperti kadang kala dibawa ke peringkat seterusnya. Bukan sebab dia arif bijaksana mahupun handal tapi sebab pasukannya berjaya.

4. Scout atau pemerhati bakat baru hanya berminat pada peringkat daerah ataupun negeri.

5. Lazimnya peringkat negeri berlangsung pada pertengahan tahun persekolahan, budak darjah 6 dan dekat nak masuk periksa UPSR. Mak bapak sekarang mana nak bangga sangat kalau anak wakil negara sekalipun tapi UPSR dapat 5C sebab 5A bersepah, anak penyapu lantai pun boleh dapat 5A.

Cadangan aku:

1. Latih guru untuk menjadi jurulatih terlatih di setiap sekolah. Jurulatih harus punyai lesen kejurulatihan.

2. Tubuhkan scout / pencari bakat di peringkat zon. Mereka bebas dan tidak terikat dengan mana-mana sekolah. Mereka harus memantau tiap perlawanan. Mereka akan menjadi jurulatih peringkat zon. Mereka buat pemilihan semula selepas tamat pertandingan peringkat zon. Sekolah yang menjadi juara tidak otomatik mewakili zon.

3. Peringkat Zon harus punya jurulatih berbeza untuk pemain dan penjaga gol. Juga telah menerapkan asas-asas sains sukan (corak pemakanan, corak latihan dan corak permainan) dalam latihan.

4. Jadual perlawanan peringkat sekolah-zon-daerah-negeri harus dilengkapkan sebelum Mei tahun tersebut. Mula awal, apa salahnya cuti akhir tahun panggil budak-budak ni berlatih, hari pertama persekolahan terus mula peringkat zon. Budak tak terganggu pembelajaran sebab berlatih.

Aku habiskan lauk ayam goreng, cubit sedikit lauk keli goreng untuk anak-anak sebab nampak sedap. Bekas pemain hoki negeri Kelantan yang mendapat tawaran mewakili Malaysia ketika di peringkat sekolah rendah juga telah menghabiskan nasi beliau, dia mengiyakan sahaja pendapat aku.

Bola - Arshavin

Entah terrer ke tidak Arshavin ini, tapi mungkin ia pemangkin baru untuk pasukan barunya. Kalau tengok masa Kejohanan Euro 2008 sebelum ini, nampak macam power. Harapnyalah.

Kalau tengok pembelian Wenger baru-baru ini, dia dah tak lagi membeli pemain yang masih SPM sahaja pengetahuan dia. Dia dah beli semula pemain yang sudah mempunyai nama, punya pengalaman dan pemain yang pernah merasai kejuaraan.

Rosicky, Gallas, Silvestre dan Arshavin adalah pemain yang patut dah ada anak dua, dah tak muda mana dah. Mereka pernah merasai pengalaman bergelar juara. Pemain yang pernah bermain hingga ke peringkat tertinggi. Ada juga yang pernah mengecapi Juara Liga kelab terdahulu masing-masing dan Juara Eropah. Dalam pemerhatian Wenger, supaya mereka ini boleh membawa mentaliti juara dalam mendidik pemain lain yang masih bertahap pengetahuan SPM supaya lebih matang. Ada kelangsungan mentaliti. Konsisten. Kalau kalah tak kecewa, kalau menang buat-buat releks je, kalau seri usaha lagi.

Begitulah yang dapat aku fahami selepas Wenger sms aku bagitau dia sempat beli Arshavin hampir lewat tengah malam semalam.

Amacam, macam John Dykes tak aku? John Dykes pun tak review macam aku review. Dengan tatabahasa yang sempurna Melayu macam ini.

Jumaat, Januari 30, 2009

Ahmad S siri # 5

Bertemu lagi dalam siri Ahmad S. Aku rasa la kan, memori aku telah di defrag semula dan folder Ahmad S telah dibawa ke atas untuk capaian paling pantas. Maka, tersingkaplah kisah-kisah Ahmad S yang aku tak teringat pun, tapi bila disentak dengan beberapa perkataan atau kadang-kadang bila baca komen, aku terus teringat semula. Kisah ini memang berharga. Memang 'rare', kedai bundle pon takde jual. Rugi kalau dilupakan atau disimpan.

Kurang-kurang, aku telah mendokumentasikan ini untuk koleksi anak cucu aku dan Ahmad S sendiri. Tak la semua aku nak kena cerita balik kat Aqil & Ammar bila dorang dah besar nanti. Tak la bila raya nanti dorang tanya balik kat aku, pakcik Ahmad S tu sape Abah? Kenapa TV kat rumah dia besar Abah? Kenapa Abah sembang lama sangat dengan dia sampai kami boring? Hahah.

Berbalik pada kisah sebenar, masuk siri ke-lima ini, lebih kepada kesinambungan siri sebelum ini. Plot cerita masih pada zaman yang sama (tahun 1998), bingkai masa yang sama, iaitu ketika kami kekeringan idea untuk membuat apa-apa aktiviti semasa hujung minggu. Masa ini, masing-masing ada walkman je sebagai sumber hiburan. Mana ada komputer nak buat layan lagu dalam winamp ke, main game Red Alert ke, tengok CD cetak rompak ke. TV apatah lagi, kurang-kurang dulu kat asrama kat sekolah ada bilik TV, kat sini mana ada. (anak2ku, ingat, ini fakta buat kamu di masa hadapan nanti)

Jadi selepas cuti hari raya, aku bawak satu jenis barangan elektrik yang menjanjikan hujung minggu kami penuh dengan aktiviti yang ceria atau kami panggil 'Projek' pada masa itu. Sebab kat rumah memang ada lebih, maka aku tak perlu mintak kat mak untuk beli baru, guna je yang dah ada. Baru sekarang aku paham kenapa aku mintak pak belikan beg baju kaler biru cap Diadora masa mula-mula nak masuk kampus dulu. Aku gunakan sebaik mungkin beg-biru-besar-gila- muat-Raman pada waktu itu untuk aku bawak balik barangan elektrik ini. Aku kendong balik naik bas dari Seremban ke Skudai. Naik pulak bas berhenti-henti dari Skudai masuk kampus. Barangan elektrik itu turut terhinggut bila dikendong dan mengeluarkan bunyi. Orang pandang, aku buat muka takde pape. Sampai kolej, aku simpan dulu barangan elektrik dalam almari. Petang itu baru aku bawak ke bilik Mohd T dan Ahmad S. Ya, kini hidup kami hampir sempurna. Kami sudah mempunyai periuk nasi elektrik bersaiz besar!.

Hujung minggu itu juga kami telah merancang dengan sempurna tugas masing-masing. Minyak, tepung, garam, gula, kuah kari beli bungkus kat kafe, baldi rendam baju Mohd T serta para peserta program dikumpul. 6-7 orang juga yang turut serta dalam 'Projek' kali ini. Duit dikutip dan dibahagi sama rata untuk menampung kos perbelanjaan. sabtu itu, kami buat roti canai !!. Lebih mesra dikenali dengan nama ROTI CANAI SEPENDA. Kerana rupanya yang lebih segitiga dari segi empat dan berlubang-lubang selepas ditebar dan dimasak. Bagi peserta-peserta dari sekolah lain, mereka kagum dengan aspek survival kami. Bagi kami, ini baru permulaan, sebelum ini nasi goreng mahupun tom yam pernah kami masak menggunakan periuk nasi di sekolah lama. Macamana pun memang terbaik roti canai kami hari itu. Rasa-rasa dapat sorang 3 keping. Garing. Mohd T adalah chef utama kami hari itu.

Hujung minggu lagi satu, disebabkan masih berbaki minyak yang kami beli, aku mengajak Ahmad S untuk Projek 2 - mencari buah-buahan tempatan di sekitar kampus, mana tau jumpa ubi kayu ke sukun ke, boleh buat goreng tepung. Aku dah target lama dah buah sukun kat tepi blok fakulti Sains. Tempat kuliah kami. Aku kenal benar pokok sukun itu, bentuk buahnya, rupa paras daunnya. Aku yakin sebab rumah tok wan ada pokok yang sama. Aku rasa hiba bila melihat buah yang masak jatuh dan membusuk di tanah. Tak de sapa yang kait. Rugi. Dalam hati bila ada masa, akan aku ajak Ahmad S kait buah ni buat goreng tepung. Ini harinya.

Berbasikal kami ke tempat yang telah ditetapkan. Kampus masih lagi cuti rasmi 3 bulan, jadi tidak ramai yang ada di kampus kecuali kakak-kakak dan abang-abang tahun akhir yang tengah sibuk buat PSM. Aku mendongak mencari buah yang sesuai dikait. Ahmad S menjaga garisan (cover line). Tak da galah mahupun kayu yang panjang buat kami mengait, maka ranting kering menjadi pilihan untuk dibaling tepat ke arah tangkai buah. Baru je nak baling, ada kakak lalu, kami buat-buat takde apa-apa. Tengok tanah, kuis-kuis. Selesai dia berlalu, aku mula membaling. Tak kena, kutip kembali ranting kayu itu dan mula semula. Ahmad S turut serta, dibalingnya selipar dia. Usaha tangga kejayaan, sebiji buah sukun yang sedang elok berjaya kami jatuhkan. Selesai satu checkpoint.

Kami meneruskan pencarian ke check point kedua. Pokok kelapa rendang sebelah SUB. Nampak je macam rendang, tapi kalau berdiri hulur tangan ke atas masih belum berjaya mengapai buah kelapa muda yang mengiurkan itu. Melompat pun tak sampai. Basikal Mohd T aku sandarkan ke pokok kelapa. Ada pula kereta yang lalu, terpaksa kami buat-buat macam tiada apa yang berlaku lagi sekali. Aku panjat naik atas basikal, Ahmad S pegang basikal supaya tak tergelungsur. Sebiji buah kelapa dipetik. Apa kreteria yang digunakan untuk memilih, aku pun tak tahu, tengok semua sama je. Disebabkan aku dah pegang sebiji buah sukun, kami hanya bawa balik sebiji je kelapa muda. Terlupa nak bawa plastik mahupun beg, maka kami mengayuh basikal dengan sebelah tangan memegang hasil pencarian dan sebelah lagi memegang hendel basikal. Daya keseimbangan badan yang baik diperlukan untuk sampai kembali ke kolej. Dalam kepala sudah terbayang sukun yang digoreng dan air kelapa muda penghilang dahaga. Fuh..

Sampai di blok Ahmad S, aku terus menyiang buah sukun. Ahmad S dah bersiap-siap dengan periuk elektrik, tepung dan minyak. Yang ada hanya pisau potong bawang. Aku hiris sedikit kulitnya. Baru aku perasan, aku tak tahu cemana nak menyiang buah sukun ini sebenarnya. Belasah jela. Aku hiris lagi kulit buah sukun ini. Eh, lain macam je rupanya. Aku tanya Ahmad S, macam mana sebenarnya nak buat dengan buah ni? Ahmad S geleng sambil bahu terhinggut, mana aku tau, ko yang patut tahu. Aku ambil keputusan membelah dua buah ini. Aku ragu-ragu dengan paras rupa buah ini bila tengok rupa kulit itu dihiris. Setelah berhempas pulas, buah Sukun terbelah dua. Rupa paras buah Sukun yang terbelah dua itu sungguh sama sekali tidak seperti buah Sukun sebenar. Sah, ini bukan buah Sukun!!

Projek petang itu gagal. Kelapa yang dipetik juga menghampakan, isinya tiada. Mujur airnya boleh tahan. Rugi je petik satu, baik petik dua. Tapi kami tidak sanggup lagi menggadai muka lagi memetik buah kelapa mahupun buah 'sukun' selepas itu.

p/s: Aku ada koleksi gambar untuk Projek Roti Canai Sependa, tapi tiada pengimbas, dulu ambil gambar guna filem je. Akan tetapi gambar ini boleh menjatuhkan airmuka seorang kontraktor kelas F, jurutera kanan kelapa sawit, jurutera syarikat analisis minyak, jurutera syarikat minyak tempatan serta beberapa orang profesional lain.

Khamis, Januari 29, 2009

Tulis-tulis

Tak kan semua nak cerita je kan, dah la cerita siri semuanya.

Hari ini saja tulis-tulis tanpa perlu terikat pada apa-apa konsep.

Pertama kali, ingin mengucapkan terima kasih pada yang sudi melawat blog ini. Helmi Majid, Saiful (Ustaz), Helmi Mat Dalan (bila la mamat ni nak buat blog sendiri, baca blog orang suka, hahah), Azalina, Nazlan, Pawie, Syila(ada blog tapi aku tak mintak permisi nak link) serta Shidah, Man dan Qis. Pada yang tidak disebutkan nama, aku sama sekali tidak tahu kamu membaca blog ini dan mungkin anda pelawat yang tegar tapi malu. Takpe, kalau ada blog, tinggalkan la jejak, bleh aku link sekali. Mekasih juga pada yang sudi link kan blog ini pada blog korang. Begitulah kita dalam adat berblog.

Apapun, pada yang meninggalkan komen, mekasih! Bagi orang yang baru ada blog sendiri, rasanya macam dapat surat cinta. Berbunga-bunga serta melayang-layang rasanya bila tahu ada orang sanggup baca dan komen apa aku tulis. Hahah. Itu bagi aku la, bagi orang lain mungkin ada motif tersendiri mengeluarkan cerita dalam blog mereka. Korang punya blog hari-hari aku buka, kalau ada cerita baru, aku baca. Kalau rasa nak memberi pendapat, aku komen. Apa pun ceritanya, bagi aku ia adalah informasi dan pengetahuan baru untuk aku. Kita mungkin dah kenal dari kecik, tapi adanya blog, kita lebih tahu personaliti sesorang itu. Apa yang terpendam. Apa jati diri dia. Tak gitu?

Siri Ahmad S aku rasa macam nak katup dah, bila pikir-pikir, banyak pulak aku tulis mengenai Ahmad S dalam sebulan nih, aku pulak yang rasa semacam, agaknya Ahmad S rasa tak macam tu? Sori ye Ahmad S, siri ini adalah rakaman semula memori dulu. Kita sama-sama membesar dari budak sekolah jadi remaja contoh, maka aku rasa ia patut di dokumentasi. Hahah. Tujuan aku nak katup sebab aku takut nanti ada yang membuatkan Ahmad S kecik hati dengan apa yang aku tulis, kalau ia dipanjangkan lagi. Hahah. Jadi mungkin ada lagi 2-3 siri je lagi kot. Kalau Ahmad S kasi sokongan moral, mungkin boleh diperpanjangkan sampai dia kawin nanti! Kira macam prelude mempromosi Ahmad S sebelum dia ke jinjang pelamin. Mana tau, sempat dia femes dalam 2-3 bulan ni, ada la syarikat beras ke syarikat kari ke nak sponsor majlis dia. Murah rezeki Ahmad S yang baru je naik pangkat itu. Hahah.

Bulan ini juga aku rajin menulis dan mengeluarkan entri baru. Apa gila, sebelum ni nak dapat 2-3 cerita sebulan pun payah. Mungkin sebab aku merasa bagi orang yang pernah buka blog ini, bila dia datang kembali nak membaca lagi, tapi takde cerita baru, aku rasa tak adil sebab aku telah mencuri hati mereka dengan cerita-cerita sebelum ini, lepas tu aku lambat bagi cerita baru. Hahah. Aku rasa la. Sebab aku rasa macam tu bila baca blog orang. Hahah.

Rasanya takat tu dulu untuk kali ini. Sekian.

Rabu, Januari 28, 2009

Gaza II

Ingat nak tulis skali je isu ini, tapi rasa ada lagi yang patut dikongsi.

Masa aku tulis dulu, lebih kerana aku rasa apa yang adil, apa yang tak adil. Kenapa nyawa tak berdosa jadi mangsa. Kenapa bertindak kejam?.

Kali ini, aku nak tulis pasal tindakan. Apa yang kita boleh buat. Sebarkan pengetahuan dan kesedaran, bahawa ini bukan isu remeh, ini melibatkan nyawa, maruah dan martabat sebuah negara - Palestine.

Syabas untuk Frederic Kanoute, dia berani bukak jersi Sevilla dia dan tunjuk T-shirt dalamnya, tertulis nama negara Palestine, bila menjaringkan satu gol pada perlawanan Piala Raja Spain. Dia kena kad kuning dan dikenakan denda sebab menyebarkan idea keagamaan dalam permainan, apa sangat denda dan kad kuning berbanding mesej yang ingin disampaikan. Satu kelab dari Iran memberi kesediaan untuk membayar denda itu. Dia bukan rakyat Palestine, dia dilahirkan dan dibesarkan di Perancis, tapi memilih kerakyatan Mali dan bermain untuk Mali dalam Kejuaraan Afrika. Dia juga satu-satunya player Sevilla yang tak pakai jenama sponsor pada jersinya sebab sponsor jersi itu adalah sebuah agensi judi. Dia juga single-handedly beli tapak sebuah masjid di Spain dari mengelakkannya dari dijual. Dia Muslim.

Boleh kita nak jadi Frederic Kanoute? Nak terer main bola macam dia dah tentu tidak, nak berani seperti dia? Sanggup tunjuk sokongan dia pada Palestine secara terang, dalam sebuah negara bukan majoriti Muslim? Dalam satu siaran langsung?

Kita sebenarnya boleh buat macam Kanoute buat, bukan secara perseorangan, tapi rakyat marhaen macam kita ada satu super power, lagi power dari Kanoute, kita boleh boikot. Ya, boikot.

Aku pada mulanya sangsi pada boikot, apa gunanya boikot, kita bukan negara yang besar, takde impak ekonomi la kalau boikot pun, kalau aku boikot, bukan jiran-jiran aku turut boikot pon. Sape yang rugi? Diri sendiri yang rugi. Dah tu pulak, ada jenama-jenama yang aku pakai pulak yang nak kene boikot. Entah betul entah tidak jenama ni ada sponsor Israel. Kot ada sape-sape dengki atau tak suka, senonong je letak jenama tu skali dalam SMS dia.

Tapi semua tanggapan aku itu salah. Ada benarnya dalam boikot ini. Baca seluruh blog ini untuk mendapat kefahaman selanjutnya. Dia ada justifikasi kenapa kita boikot setiap jenama tersebut. Bukan saja-saja boikot. Tapi case-study yang dia buat adalah dari negara lain, bukan Malaysia. Jadi ada kesan ke boikot yang diwar-warkan dalam Malaysia ini masa mula-mula Gaza kene serang? Apa yang aku bagi ini adalah pemerhatian aku, tiada data-data sebagai bukti kukuh tapi aku membaca apa yang tersirat.

Bukti satu:
Huggies. Aku jarang jumpa atau tak pernah jumpa dalam semua risalah jualan murah, dari Giant, TESCO, Carrefour ataupun JUSCO yang pada masa yang sama memurahkan harga jual lampin pakai buang Huggies. Murah sampai tahap lagi murah dari Baby Like atau pon Hey Baby. Untuk rekod, aku telah memantau harga 'pampers' sejak tahun 2006 di semua pasaraya melalui iklan dan risalah-risalah. Apa tandanya? Orang telah boikot Huggies dan membeli jenama lain, lambakan stok tidak terjual terhasil.

Bukti dua:
McDonalds. Hari Jumaat lepas, dalam The Star, aku jumpa iklan satu muka surat penuh dari McDonalds, 'Kami bangga sebagai Malaysia" Dalamnya penuh dengan sejarah McD di Malaysia, cerita kebajikan RMCC dan juga slogan bangga sebagai syarikat yang begitu tempatan. Apa tandanya? McD telah mengalami kemerosotan jualan dan sokongan pelanggan dalam masa terdekat ini.

Bukti tiga:
Dulu masa keluar filem Fitna, sorang MP dari Belanda telah mengYoutube kan filem ini yang memutarbelitkan fakta tentang Islam, aku tak tengok, tapi aku baca berita mengenainya. Kesannya di Malaysia, semua barangan Belanda disarankan boikot. Masa ini, susu kotak Dutch Lady jadi murah, stoknya berkepuk-kepuk. Harga seliter RM2.99. Tapi sekarang isu itu mungkin dah suam-suam kuku. Harga susu kotak Dutch Lady dah naik semula. RM3.88. Ini di JUSCO. Kalau beli di kedai di stesen minyak, RM 5.80 seliter. Nampak beza tak kalau boikot dan tak boikot?

Ada yang akan sanggah, dah dorang ni kan syarikat tempatan, pekerjanya orang Malaysia, bos-bosnya orang Malaysia, kalau kita boikot, yang terjejas adalah rakyat Malaysia, bukan Amerika. Ini betul, tapi kesan boikot sebenarnya bukan menutup satu rezeki rakyat tempatan, tapi membuka 2-3 pintu ruang bumiputera Malaysia meniaga. Kenapa? Ambil contoh Colgate di Malaysia. Kukuhnya Colgate sampaikan ubat gigi apa jenispun orang akan panggil Colgate. Tapi Colgate juga pernah menjadi mangsa boikot satu masa dahulu sebab iklannya hanya menyebut diperakui Halal oleh badan yang disahkan Jakim. Bukan Halal Jakim. Apa kesannya boikot ini? Ubat gigi Mukmin dan ubat gigi Najwa mengambil tempat dirak-rak pasaraya. Tak cukup dengan itu, ubat gigi berasas kayu sugi diperkenalkan. Siapa yang menang dalam hal ini? Kita menang sebagai pengguna. Bumiputera yang meniaga juga mendapat peluang memperkenalkan produk tempatan lagi halal.

Ada yang kata, dah kalau barang-barang yang dah kita beli, sekarang baru tahu kene boikot, kena pakai ke kena buang? Kata aku, pakai. Tapi habis nanti, jangan beli semula. Cari jenama lain. Itu je. Ini bukan soal halal haram, kalau haram, kita tahu tak boleh sentuh, tak boleh guna, tak boleh pakai, tapi ini soal boikot. Apa guna campak ke sungai henpon NOKIA yang dah dekat 5 tahun kita pakai semata-mata nak boikot NOKIA sekarang? NOKIA tak terasa langsung impak kita buang henpon itu sekarang, yang kita kena buat adalah boikot barangan itu sekarang. Jangan beli sekarang. Sebab itu dipanggil boikot. Bukan pengharaman.

Jadi, jangan kata kita takda super power, power kita ada pada kuasa membeli.

Jumaat, Januari 23, 2009

Ahmad S siri #4

Yang ni aku memang nak tergelak dulu baru tulis. Haih.

Kami yang baru memasuki menara gading tanpa perlu menunggu keputusan SPM adalah antara kumpulan paling sedikit antara sekolah-sekolah lain. Seperti yang telah diceritakan, dalam 20 orang je. Di takdirkan aku dan Ahmad S duduk berhampiran, blok sebelah sebelah je. Pulak tu, Ahmad S dan Mohd T seblok, aku dan Mohd Y pula sama blok. Jadi kami dah 4 orang kat satu kolej yang sama.

Aku dan Mohd T punyai basikal. Dalam minggu terawal kami masuk, Pak Mus bagi satu basikal racing made in Taiwan untuk aku, atas permintaan mak. Mohd T pula import basikal dari kampung. Jadi kami antara yang terawal mempunyai pengangkutan sendiri dalam kampus. Tak la menapak je pegi kuliah.

Masa kami mula-mula masuk kuliah, kampus sedang bercuti 3 bulan. Maka dalam kampus tuh, kumpulan yang dipanggil ekspres ni je la yang ada memeriahkan seluruh kampus. Tak la ramai mana, dekat 300 orang je. Dalam kampus tak banyak aktiviti yang boleh dibuat, makan pon ada la dua tiga kafe yang buka.

Untuk meneruskan kelangsungan hidup, Ahmad S telah mencadangkan satu aktiviti yang menarik pada satu hujung minggu. Dah lepas zohor dekat-dekat nak masuk asar dah masa ni.

Jom naik basikal menjelajah Taman Universiti!

Idea terbaik. Sebelum ni, kami hanya pusing-pusing kampus, naik balai cerap, serta melawat kolej-kolej lain. Tak pernah lagi lalu pak guard dan keluar dari kampus. Pernah la keluar, tapi jalan kaki atau naik bas. Belum lagi keluar berkenderaan sendiri.

Aku setuju, Ahmad S pinjam basikal Mohd T, aku pakai basikal laju aku. Kami berkayuh menuju Taman U. Pak gad kami hai je, takpe, kad matrik dah standby dalam poket kalau kene tahan.

Sebelum masuk ke Taman Universiti, Ahmad S lajak ke Desa Skudai. Entah apa bala dia cari, aku tak tahu. Dari sana kami patah balik semula ke Taman U. Jalan yang agak berbukit dan berliku menyebabkan kami mula merasa penat. Peluh dah menitik. Kami berhenti depan 7-E. Dahaga. Memang penghilang dahaga kalau beli air soya kotak besar, pastu minum guna straw, kongsi berdua. Ahmad S setuju, kami kongsi sorang seringgit buat beli air. Memang hilang dahaga. Tiba-tiba Ahmad S keluar idea baru.

Jom makan KFC!

Lagi terbaik idea ini. Sejak masuk kampus, kami memang asyik menatap nasi serta ayam goreng campur sayur, buh kuah sikit untuk hidangan tengahari dan petang. Tak pernah lagi merasa hidangan ala barat serta makanan pantas macam KFC ni. Mana ada kat kampus! Aku belek duit dalam wallet, cukup. Jom, aku setuju. Kami habiskan air soya dan bergerak ke KFC. Sama nerai je dedua kedai ni kat Taman U.

Tengah beratur, kami pun berkira-kira, nak ambik Dinner plate ke Snack plate. Dinner plate macam mahal sangat, tapi ayam ada 3 ketul, kenyang sikit. Ah, Snack plate je la, murah sikit. Ahmad S setuju.

Macam biasa, Ahmad S yang jadi jurucakap bagi pihak aku, aku tolong angguk je.

"Makan sini ke take away encik?" Gadis pelayan bertanya.

"Makan sini, aaa Snack plate dua ye, hot & spicy" Ahmad S memesan.

"Ok, encik nak tambah apa-apa lagi, air? Gadis pelayan bertanya lagi.

"Air tak payah, saya baru je minum tadi" Ahmad S menjawab pantas.

Gadis pelayan mengerut kening, aku terkejut dengan jawapan itu. Hampir tergelak kecil.

"Tak nak tambah air encik?" Gadis pelayan bertanya untuk kepastian.

"Haah, tak nak, itu je" Ahmad S menjawab.

Gadis pelayan kira, siapkan order. Kami bayar, ambik makanan, naik tingkat atas.

"Kot ye pon, tak yah la cakap baru je minum. Memalukan je. Dah la depan gadis." Aku cakap sambil naik tangga.

"Lah, kan memang kita baru je minum air soya tadi, betul la" Ahmad S jawab.

Nak kata apa lagi, Ahmad S memang jujur.

Geografi Kebangsaan: Taman Universiti edisi Satu

Dalam ruangan Geografi Kebangsaan (National Geographic kalau ikut bahasa kedua encik Thierry Henry), aku ingin berkongsi beberapa dokumentari yang aku rasa harus dikongsi dengan semua. Tak kira anda orang tempatan, luar taman, luar daerah, luar negeri mahupun luar negara. Kita harus menghargai keunikan dan kelainan yang ada. Tidak semuanya sama. Pergi mana-mana pun tak sama dengan tempat kita. Tapi tidaklah Taman Universiti ini terlalu unik sehingga Geografi Kebangsaan harus mengeluarkan edisi khas. Lebih kepada hal-hal yang aku rasa perlu aku hargai sebab aku berada di Taman Universiti.

Kenapa aku pilih Taman Universiti? Secara sejarahnya, kita dinilai sebagai orang tempatan dengan tempoh berapa lama kita menetap di sesuatu tempat. Di sini aku senaraikan tempat yang aku pernah menetap tinggal menghabiskan usia. Aku tak kira jumlah berapa kali pindah, sebab bila pindah pon, kebanyakan masa aku tinggal di asrama / kolej, maka aku kira lebih menghabiskan masa di waktu itu di sana berbanding di rumah.

Kuala Terengganu: 1980-1982 (2 tahun) = 2 tahun
Lahir dan duduk sekejap-sekejap dengan pak dan mak serta tok dan tok wan di Ipoh/Kulim.

Kulim: 1983-87 (5 tahun) + 1993-1997 (5 tahun) = 10 tahun
Membesar dan mula mengenali dunia dan bila sambung belajar peringkat menengah di asrama.

Ampang: 1988-1991 (4 tahun) = 4 tahun
Tempat menjadi budak-budak. Zaman paling indah.

Subang: 1992 (1 tahun) = 1 tahun
Tempat menjadi budak bandar. Kejap je.

Skudai: 1998-2002 (5 tahun) + 2003-sekarang (7 tahun) =11 tahun
Tempat mula-mula mencari ilmu untuk hidup. Kemudian menjadi tempat mula alam pekerjaan sebenar dan kemudian tempat memulakan keluarga sendiri.

Dapat disimpulkan dengan jelas, Skudai atau lebih dekat, Taman Universiti telah menjadi tempat yang lebih tempatan berbanding dengan tempat aku dibesarkan, Kulim. Juga ia merupakan tempat paling lama pernah aku duduki dalam satu-satu masa. Jadi bagi aku, tidak mustahil kalau dokumentari Taman Universiti ini boleh diwujudkan, kerana 11 tahun di satu tempat yang sama, tentu ada memori dan nostalgianya. Akan aku rungkaikan dan catatkan kisah-kisah ini untuk masa akan datang.

Dari sorotan masa ini juga, mesti orang tertanya-tanya. Aku orang mana? Bila orang tanya aku macamni, aku berbelah bahagi nak jawab apa, tak jawab dikata sombong, dijawab pendek macam tak sempurna, dijawab penuh pula nanti dikata terlebih mesra sebab jawapannya panjang berjela. Aku selalu simpulkan seperti ini.

"Saya lahir di Terengganu, tapi saya bukan orang Terengganu. Sebab saya besar kat Kedah. Mak saya orang Kedah, tapi pak saya orang Selangor, tapi sekarang pak mak saya duduk di (Ampang / Subang / Jelebu / Pengkalan Chepa / Taboh Naning / Terendak /Jasin / Seremban / Kulim)".

Akan ditanya balik, jadi orang mana?

Aku akan jawab. Kedah.

Jawapan itu mungkin tidak releven dari segi fakta, tapi aku tetap rasa aku orang Kedah. Hahah.

Sebagai penghargaan, aku akan membuat Geografi Kebangsaan untuk tempat-tempat yang aku fikir punya nostalgia, penuh kenangan dan harus dihargai. Bermula dengan Taman Universiti.

Nantikan edisi Dua.

Khamis, Januari 22, 2009

Sinetron Dramalova Part IV

Babak 1

Kasabonita pada mula-mula masuk rumah Encik Carlos, tampak bersemangat. Kerja rajin, tak banyak songeh, tak banyak komplen. Apa yang disuruh, semua Kasabonita buat. Tapi itu dulu.

Sekarang, bila Kasabonita tahu apa sebenarnya berlaku, bilamana permintaannya untuk menelefon bekas majikannya di Sao Paulo tidak dibenarkan, permohonannya untuk keluar rumah ke telefon awam dilarang dan suratnya ke kampung halaman Chile Barat tidak dihantar, Kasabonita mula memberontak.

Marcia menjadi teman utama, pendengar setia, bahu mengadu domba. Marcia pula, mengambil sikap dengar dahulu, periksa kemudian. Tak semua Marcia terima bulat-bulat. Manakan tidak, kadang-kadang tak termasuk dek akal Marcia memikirkannya. Bagi Marcia, tak salah menjadi pendengar, kalau itu boleh mengurangkan sedikit beban ditanggung Kasabonita.

Entahkan betul, entahkan tidak, Kasabonita mengadu di suatu hari.

"Tadi ada panggilan dari syarikat telefon BRAKOM, katanya harus jelaskan bil, sudah lama ngak dibayar". Kasabonita mula bicara.

"Hah, tak kan la tak bayar, berapa?" Marcia hairan.

"Entah, kurang lebih Rs300 , saya pon ngak tahu". Kasabonita membalas.

"Kalau ngak dibayar, mau dipotong". Tambah Kasabonita lagi.

"Kas bagitahu la Encik Carlos nanti bila dia balik, kot dia terlupa ke, nanti kene potong susah la". Marcia berpesan.

Marcia berlalu masuk setelah selesai menyidai baju. Biar betul tak bayar bil, kan ke ada gaji, mana pergi gaji bulan-bulan. Sebelum ni bil letrik tertunggak, dah tu bil air, ni bil telefon pulak. Tak kan la tak boleh bayar langsung. Abang Diego pon, dapat je gaji hujung bulan, bil-bil yang dijelaskan dulu. Brabank2U je, pantas, cepat dan tak payah beratur. Marcia mengomel dalam hati.

Babak 2

Diego dan Marcia tengah melayan CSI: Miami disaluran TV berbayar selepas makan malam. Marcia suka heronya, Encik Detektif Horatio yang sangat cool tiap masa dan ketika, halus suaranya tapi dalam. Bila bercakap, harus ditelengkan kepala sambil bergaya elegen.

"Keletang, Ketung, Krakkk, Krakkk, Ting, Ting, Ting"

Ada bunyi bising di luar yang menganggu-gugat konsentrasi mereka. Lagak bunyinya seperti sedang berlaku pembinaan mini di rumah Encik Carlos. Seakan bunyi besi paip yang terjatuh ke atas lantai. Marcia yang bersifat menyiasat menyelak sedikit tabir langsir yang tak serupa langsir di pagi raya. Cukup muat untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas.

"Ehh, ada orang macam tengah bukak paip la kat rumah sebelah" Marcia memberi laporan.

"Pasang paip apa malam-malam macam ni?" Diego endah tak endah sebab Detektif Horatio tengah galak mengejar saspek penjahat.

"Tak tau, ni Syarikat Air Rio de Janeiro kot, kot nak potong bekalan air ke" Marcia cuba mengagak.

"Yeke?" Diego sangsi.

"Dah haritu je Kas ada bagitau yang ada orang ada datang bagi amaran pasal lambat bayar bil telefon la, letrik la, kot ni diaorang datang nak potong la kot". Jelas Marcia.

"Dah la Abang Carlos dengan Kak Christina belum balik lagi" Marcia menambah.

"Biarlah, tau la dorang nak setel macamana nanti. Kita boleh buat apa" Diego cuba menamatkan sesi siasatan.

CSI: Miami season terbaru siri terakhir tamat siaran.

Keesokan hari, Diego ke pejabat seperti biasa. Terlupa menjengok rumah sebelah kot betul bekalan air mereka dipotong. Tengahari masa balik makan, Marcia mula bicara.

"Ehh, abang nak tau apa sambungan cerita semalam?" tanya Marcia.

"Cerita apa? CSI: Miami kan last season dah, lambat lagi la nak sambung". Balas Diego sambil mula menyuap nasi.

"Tak la, yang duk bunyi bising kat rumah sebelah malam tadi la". Marcia mula tegas.

"Owh, yang itu, apesal, kene potong ke air dorang?" Diego terlupa.

"Gi la tengok sendiri" Marcia sengaja menambah saspens. Dah bukak cerita tak nak bagi ending plak.

Selesai makan dan solat, Diego bersalaman dengan Marcia, cium tangan dan pipi. Opps, sikit je.

Diego menjeling ke rumah sebelah. Betul-betul di penjuru rumah Encik Carlos bersebelahan dengan paip air, kelihatan sesuatu yang dibungkus kanvas. Tingginya separas pinggang. Diluarnya tertulis...



"DIAMOND WATER Air untuk kesihatan."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...