Dengan langkah paling bergaya, Diego keluar dari Lancer GT 2.0. Menuju terus kepada pak gad untuk mendaftar.
Ramai jugak pelawat pagi ini. Jam sikit lagi nak masuk pukul 10 pagi. Janji dengan Pengurus Pembuatan Kilang pukul 10 pagi. Kalau terlambat, mau tak jadi depa beli minyak hidraulik terunggul di dalam sektor industri ini.
Di meja pendaftaran ada pak gad tengah duduk menguruskan pelawat pertama. Ada 3 anak muda, 2 lelaki dan seorang perempuan. Terkernyih-kernyih. Berdiri di sisi sebelah tepi kiri dan tengah meja. Berhadapan dengan pak gad yang tengah duduk. Berbaju t'shirt berkolar hitam semuanya. Yang perempuannya bertudung. Berseluar jeans dan berkasut kanvas. Bukan Converse ye. Baju tak tuck-in. Rambut masih lagi nampak rapi, tapi dah namanya remaja, sapa yang berani nak sikat belah tepi lagi sekarang. Di depan remaja yang tengah, ada fail keras plastik lut sinar. Ada sijil atau surat beranak mungkin.
Diego masih menunggu pelawat pertama menulis borang pendaftaran. Sambil-sambil tu, sempat mengerling nombor plat kereta Lancer GT 2.0, masih tak ingat nombor platnya.
Selesai pelawat pertama, kini giliran Diego mengisi borang. Diego mengambil ruang di sebelah kanan pak gad untuk mengisi borang. Pen dikocek kanan seluar dikeluarkan dipicit hujungnya dan digunakan untuk mengisi borang. Sedap lagi lancar bila tulis pakai pen sendiri. Tiap ruangan di isi dengan sesegera mungkin. Diego tekun menulis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
Di bahagian back-ground pendengaran Diego, ini yang telah berlaku.
Pak Gad "Hah, nak mintak kerja ke?"
Ketiga-tiga remaja itu mengganguk barangkali. (Diego tak nampak apa-apa pergerakan atau perbuatan sebab masih sangat fokus dengan mengisi borang).
Pak Gad "Ada pen tak?". Pak Gad menyoal duga lagi remaja ini. Kalau dengan Pak Gad pon tak lepas, cemana nak bertemu pengurus sumber manusia nanti.
Dirasakan ketiga-tiga remaja ini menggeleng kepala atau memandang sesama mereka. Tanda sorang pon tak ingat nak bawa pen mahupun kepentingan pen di dalam sesebuah temu duga mencari kerja. Pada masa ini, di bahagian back-ground kepala otak Diego sudah mengeleng-gelengkan kepala. Pen penting oo dik oi.
Pak Gad menambah. "Takde pen? Kau nak isi borang dengan apa kalau tak ada pen?". Sedikit meninggi suara Pak Gad. Muka remaja tadi masing-masing macam tersentak atau terkelu melihatkan begitu rincinya Pak Gad dengan isu pen.
Pada masa ini, sedang Diego masih membongkok mengisi borang, meja tempat Diego mengisi borang mula memindahkan bunyi yang terhasil dari hentakan fail plastik keras yang di pegang oleh remaja lelaki yang di tengah. Kemudian di susuli pula dengan bunyi fail plastik keras lut sinar itu dirampas oleh Pak Gad dan berterbangan lalu hinggap di dada remaja yang tengah. Kertas-kertas di dalam fail bertaburan di lantai. Tidak lepas sesaat kemudian, sebuah buku kulit keras juga hinggap di dada remaja yang tengah.
"Kau kurang hajar ye, macam ni perangai ko nak mintak kerja kat sini?" Pak gad yang tadinya di kiri Diego, telah meluru melintasi belakang Diego dan ke arah remaja yang tengah. Rakan lelaki remaja yang tengah datang untuk memback-up kawannya. Pak Gad masih dapat menolak tubuh remaja yang tengah untuk seketika, sebelum berundur.
Pak Gad masih kemarahan akibat perbuatan biadap remaja itu. "Kurang ajar sungguh!" henyak Pak Gad.
"Hek ele, cakap elok-elok aa, hal pen seringgit tu pon kau nak kecoh apahal?" Remaja yang tengah mula membalas.
"Kau kurang hajar ek, baik ko berambus dari sini" Pak Gad masih berada di dalam kawalan adrenalin amarah.
Pada masa dan ketika semua ini, Diego masih lagi terbongkok-bongkok mengisi borang, terhenti seketika bila Pak Gad itu meluru ke arah remaja, tapi sambung menghabiskannya bila rakan-rakan remaja itu menarik dia jauh dari pintu pagar kilang batu jubin terbesar di daerah itu. Ah, kaget tak tau nak bereaksi cemana di dalam situasi begini.
Diego simpan kembali pen yang dibawanya dan menghulurkan borang yang telah siap diisi kepada Pak Gad. Pak Gad beri 2 kad pelawat untuk Diego dan rakan sekerjanya. Yang masih menunggu di dalam Lancer GT 2.0. Diego masuk kembali di tempat duduk penumpang sebelah pemandu sambil menyerahkan kad pelawat kepada rakan sekerjanya, Pengurus Jualan Sektor Industri.
**********
Mesyuarat ditunda ke jam 11pagi. Diego dan rakan meluang masa dengan minum teh di kantin kilang. Wajah-wajah pekerja yang turut menikmati hidangan kantin Diego perhati satu per satu. Berbilang bangsa, kaum, negara dan agama.
Tenaga muda remaja tempatan yang patut menikmati hasil pembangunan pesat industri pembuatan negara di daerah kelahiran mereka sendiri terhapus hanya kerana kekurangan sifat sopan dan hormat menghormati. Dan sebatang pen.
Menulis bukan kerana 'likes', tapi kerana merasakan ianya boleh memberi makna buat yang membaca.
Advertlets
Jumaat, Mei 14, 2010
Selasa, Mei 11, 2010
Selamat Hari Ibu, Mak.
Selamat Hari Ibu untuk Mak.
Speselnya Mak berbanding mak-mak orang lain adalah kerana Mak merupakan GPS bergerak. Itu dalam kepala dia juga sudah ada satu peta sebelum kemunculan Google Map lagi. Mak suka mencuba jalan baru bila bawak kereta, mak ingat jalan-jalan seluruh Semenanjung Malaysia sebab mak hampir pernah duduk di seluruh negeri dalam Semenanjung dan sampai sekarang mak akan tetap mencuba segala jalan alternatif. Kalau aku bawak kereta dengan Mak, bila Mak jumpa mana-mana jalan yang belum pernah dicuba walhal pergi Mydin Subang sahaja, Mak akan try. Dan aku akan folo. Dan sampai jugak balik rumah, walau kadang-kadang tak short-cut pon jalan itu. Dan sekarang aku pon suka buat macam itu untuk anak-anak dan isteri kat sini. Best woo jalan-jalan bawak kereta untuk cari jalan.
Mak juga spesel sebab walaupon mak pernah menetap di banyak negeri orang lain, tapi dia tetap membawa perwatakan dirinya dan jati dirinya kemana-mana juga. Ada hangpa pernah berani nak tawar menawar harga kain kat Pasar Majlis Bandar Kota Bahru dengan loghat Kedah pekat? Dapat pulak tuh. Tu belum cerita kat Seremban beli ikan lagi. Aku nak beli gula-gula 20 posen pon cuba-cuba try loghat Kelate dengan makwe jaga kedai. Nanti bila aku dah pangkat pakcik-pakcik, mungkin aku nak cuba jugak, tapi pelat Johor pon macam dah mula sebati, cemana ek?
Mak juga pakar dalam hal ehwal menyimpan. Simpan duit, simpan perasaan dan simpan barang-barang. Err, yang ini pon aku rasa aku folo jugak sifat mak ni. Simpan barang-barang lama yang dah berkurun lamanya, tapi masih ada lagi sampai sekarang. Bukan barang yang spesel mana pon, tapi boleh kata semua barang sayang nak buang. Cenggitulah mak.
Juga selamat Hari Ibu untuk Ayang. Dia juga ibu pada 2 kanak-kanak riang lagi ceria.

Selasa, Mei 04, 2010
Kanak-Kanak Memang Riang XXV - Eja
Dalam kereta atas dashboard ada 3 topi bola lisut. 2 sama jenis sama warna. Ada lambang S, dapat percuma masa telefon peraduan radio, sekaligus dengan dengan tiket wayang tayangan perdana. Ini kegemaran Ammar dan Aqil untuk diperagakan dengan cermin mata hitam cap Spidermen keluaran Myden Hypermarket bila cuaca panas terik.
Sebuah topi lagi berwarna hitam. Dapat percuma juga sebagai cenderahati. Sebab dijemput bersyarah di dalam sebuah seminar untuk sebuah stesen janakuasa elektrik bebas dengan kehadiran 120 orang juruteknik, jurutera, pengurus dan pengurus besar.
Sebagai kanak-kanak yang meminum susu tepung yang bukan bertema 'minum susu ini untuk perkembangan otak yang sentiasa berhubung' sebagai minuman harian, Aqil mula mengeja perkataan yang tertera di topi berkenaan tanpa disuruh atau diminta. Kegemarannya mungkin.
H...
A....
M....
I....
J....
Topi abah!
Aqil sebut dengan begitu yakin sekali. Aku bangga betul dengan pencapaian beliau.

Sabtu, Mei 01, 2010
Kisah Aku dan Nor A #3
Macam biasa. Tak sah kalau tiada penulisan blog bersiri yang tidak melintang rentang. Kali ini, aku hantar kisah Nor A ke blog @Lambaian. Baru la audiens yang lebih meluas. Ye dak? Err ada ke audiens kat blog ni? Suram je rasa.
Dapatkan kisah aku dan Nor A # 3 di sini.
Ada masa luang, aku sambung lagi kisah # 4 di sini pulak.
Heheheh.

Khamis, April 29, 2010
Paska Fail Elektronik
Hari ini, ceritanya pendek sahaja.
Tahun ini, aku berazam untuk membeli buku-buku bahan bacaan sehingga mencecah RM 1000. Kalau dulu asal gaji je nak makan Domino, kali ini asal gaji je, aku nak bawak anak isteri beli buku cerita.
Beli sebuku sorang tiap-tiap bulan. Dapat kot cecah RM 1000. Baru puas hati aku.
Errr... dalam Bil AHTERUK ada tercatit harga majalah bulanan, yang sekarang dorang masih bagi rebet. Boleh guna tak bil ni nak masuk bahagian pengecualian pembelian buku dan majalah?

Khamis, April 22, 2010
Sinetron Dramalova XXVIII - Simpanan Rahsia
Babak 1
Diego baru balik dari kerja. Lepas letak beg Targus, terus terpandang satu surat. Surat pos berdaftar. Jenis kalau posmen tak jumpa tuan punya, letak kad merah suruh kutip di pejabat pos bahagian bungkusan. Tapi sebab Marcia juga berkerja sebagai penyeri rumah tangga sepenuh masa, Marcialah yang mewakili Diego bila posmen men'pim-pim'kan hon motosikalnya semasa ingin menyerahkan surat pos berdaftar itu di pagar rumah.
(oh, tak sangka boleh tulis perenggan macam di atas).
Surat itu sedikit luar biasa dari biasa. Selalu-selalu, surat itu datang dengan pos biasa. Jenis posmen hantar tak sempat nak bertentang mata, dah lesap. Diego tengok, surat sudah terbuka. Walau jelas terpampang nama tuan punya adalah Muhammad Diego, ada juga tangan gatal yang namanya tak berbunyi Diego langsung yang nak membukanya. Eksaited mungkin.
Surat itu berbunyi lebih kurang begini.
"Tuan, agak-agak kalau free dalam 14 hari dalam dari tarikh surat ini, datang la ke pejabat gua. Rumah setingkat luas macam kolam renang saiz Sukan SEA lu dah siap, kitorang dah buat chanteek punya, kunci dah boleh amik. Tapi jangan lupa 'bank-in'kan dalam Rs1.2 juta sebagai upah balance ye, gua nak bayar loyer dengan setel down-payment kontraktor rumah 2 tingkat depan tu pulak, Bolivian pun dah ramai yang nak mintak gaji naik"
Darah mula menyirap. Diego agak bengang dengan surat tersebut. Ini telah menyalahi perjanjian dan persetujuan asal. Diego mula berkira-kira, janji asal pemaju rumah adalah dalam tempoh pertengahan tahun 2010. Ini masih lagi 2 bulan sebelum tengah tahun 2010. Kenapa dah siap sekarang? Awal lagi bukan?
"Hah, abang dah baca dah surat dari Yong Tau Hu Konstruksion tuh? Cemana?" Marcia yang baru masuk ke bilik seraya bertanya.
"Tak tau la, nak kena tanya bank dulu la, dorang dah bayar ke belum ke apa ke" Diego menjawab sambil meneruskan agenda bersolat Asar. Hatinya tersenyum.
Babak 2
Diego masuk ke dalam bilik dokumen-dokumen, buku-buku, kotak-kotak, album-album, kertas-kertas, fail-fail, surat-surat dan rak-rak. Bilik ini sengaja disusun supaya tidak teratur sangat dan tidak mematuhi sistem persijilan ISO kerana ia adalah tektik samaran. Kalau-kalau ada tetamu yang terjenguk bilik ini, pasti mereka buat-buat macam tak jadi masuk atau tersalah buka pintu. Kadar persepahan bilik ini adalah setanding dengan keadaan rumah-rumah yang pernah masuk rancangan Aduan Rakyat.
Bilik ini sebenarnya sangat sulit. Sangat sulit kerana ianya menyimpan pelbagai misteri, rahsia, dokumen berklasifikasi yang boleh menyebabkan terbongkarnya segala latar belakang keluarga Diego. Antara dokumen misteri yang boleh menyebabkan histeria bagi penemu dokumen adalah satu dokumen ini.
Dokumen itu berada di dalam satu fail biru tebal. Kertasnya agak murah, berwarna hijau dengan tulisan cetak komputer hitam tanpa warna lain. Font tulisannya bukanlah pilihan utama bagi pereka grafik bercitarasa tinggi. Tetapi dokumen itu mempunyai butir-butir seperti berikut.
Dokumen tersebut sungguh misteri sehingga hari ini. Percayalah.
Kelihatan Diego tanpa seurat benang dari paras abdomen ke atas sedang bersila dan meneliti pelbagai dokumen di dalam bilik DdBbKdAaKkFfSsRr. Kertas-kertas berlogo pelbagai syarikat, organisasi dan badan-badan berkanun berserakan. Mesin kira-kira elektronik merangkap telefon gengam Diego berada di tangan satu lagi.
Diego menekan-nekan nombor di mesin kira-kira elektroniknya, seakan-akan sedang membuat kira-kira tambah/tolak. Nombor-nombor besar berdigit lebih dari 5 angka memang susah sikit nak buat congak atas angin. Satu kertas putih dicapai dan dicoret-coret angka-angka tersebut. Kening Diego berkerut-kerut. Seakan memikir pelbagai penyelesaian dan congakan. Kadang-kadang memandang siling. Kadang-kadang mulut terkumat kamit. Peluh mula membasahi belakang dan dahi Diego sebab tak pasang kipas angin dalam bilik.
(kamera mula menyorot ke arah kertas putih tersebut)
*agak-agak cukup tak nak redeem dengan kabinet dapur berpenyedut asap?

Sijil Penyertaan
Pertandingan Gigi Cantik
Peringkat Daerah Amazonas/Bandar Baru
Muhammad Diego

BraBank Treats Points - 36,000
BonusLank Points - 3,000
JUSTUKOR Points - 11,000
Total : 50, 000 points.
*agak-agak cukup tak nak redeem dengan kabinet dapur berpenyedut asap?
Rabu, April 14, 2010
Kanak-Kanak Memang Riang XXIV - Rasa
Hari-hari bekerja, aku berpeluang menghantar Aqil ke sekolah. 5 hari seminggu secara teknikalnya, tapi kadang-kadang menjadi 3 atau 4 hari kalau termangkit lambat.
Selalunya aku akan letak kereta di bahu simpang seberang jalan dari sekolah Aqil. Aku tak suka dan tak pernah berhenti betul-betul di depan pagar sekolah. Tak sopan dan tidak menghormati lalu lintas.
Masa awal-awal dulu, ada sekali Aqil pernah sungguh-sungguh melawan tak nak ke sekolah. Dia main lari-lari sembunyi dalam kereta. Aku bukak pintu belakang kiri, dia pergi depan. Aku bukak pintu depan kiri, dia lari belakang. Memang lorat. Bila dapat, aku heret dia keluar. Dukung sampai pintu. Teriak juga dia masa tu sebelum cikgu dia pujuk.
Tapi itu dulu. Sekarang, Aqil dah rela dan redha. Walau masa mula-mula mangkit pagi, memang dia akan tetap teriak. Mulut je cakap tak nak ke sekolah, tapi bila dah siap pakai baju. Riak wajah dia nampak rela dan redha.
Bila sampai sekolah, aku akan pimpin tangan Aqil lintas jalan dan jalan sampai ke pintu sekolah. Perasaan memimpin tangan sejuk Aqil dan berjalan beriringan dengan dia adalah satu perasaan yang hanya abah-abah je yang tahu. Seribu satu harapan dan doa disertakan dalam hati untuk menghantar anak ke sekolah. Memang rasa yang sangat unik. Aku suka. Aku harap dalam memori Aqil, terlekat la juga memori memegang tangah abah dia yang panas itu tiap-tiap pagi memimpin dia ke pagar sekolah ini sampai bila-bila.
Dengan meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu sekolah, aku dapat rasa itu. Dan aku rasa abah-abah yang berhenti betul-betul depan pintu pagar sekolah kurang merasai rasa itu.
Yang kedua, bila lepas bersalaman dengan Aqil di pagar. Selalunya aku akan terus jalan laju-laju ke kereta untuk menuju ke tempat kerja. Aku hanya nampak Aqil letak bekas makanan di meja di luar, kemudian dia akan masuk ke dalam untuk meletakkan beg. Aku tak tunggu dah, terus memandu pergi.
Tapi ada sekali, aku lambat sikit nak terus memandu. Aku nampak Aqil keluar balik, dia menjenguk, tengok aku ada ke tak ada. Kali ini dia nampak aku. Dia lambai tangannya. Baru aku tahu, tiap-tiap Aqil mungkin meletakkan sedikit harapan untuk membuat lambaian pada aku lepas dia letak beg. Aku je yang tak sedar perkara ini.
Untuk hari-hari seterusnya, aku memang sengaja buat-buat lambat untuk kembali memandu, untuk tunggu Aqil keluar balik atau sebelum dia masuk letak beg, bila dia jenguk pada aku, sempat la dia lambai tangan dia pada aku.
Jadi tiap-tiap pagi, dia dapat lambai tangan dia pada ummi dia di rumah. Kemudian lambai tangan dia sekali lagi untuk aku. Ini juga perasaan yang abah-abah je yang dapat rasa. Syahdu weh perasaan itu.
Untuk abah-abah, cubalah. Tiada rasa lain yang dapat menandingi rasa ini buat masa ini. Yang belum jadi abah, cari la cecepat umminya. Nak tunggu anak masuk tadika adalah 4-5 tahun lamanya weh nak dapat rasa apa yang aku cerita ini. Yang anak tengah duk teriak kuat lagi, setahun dua dari sekarang, korang takkan ingat lagi dah yang anak korang pernah teriak kuat suatu ketika dahulu. Percayalah.

Selasa, April 13, 2010
Catatan Diego - Duri@Padang
Ceritanya adalah suatu ketika dahulu. Diego dan rakan sekerjanya dikehendaki ke sebuah tempat bernama Duri yang terletak di Padang, ibu negeri wilayah Sumatra Barat. Ini atas urusan untuk mempromosi penapis udara berpenyerap kelembapan. Untuk melindungi kotak gear mesin pam minyak mentah atas daratan bagi satu syarikat minyak antarabangsa yang beroperasi di padang telaga minyak di sana. Untuk rekod, satu padang telaga minyak mempunyai kurang lebih 300 mesin pam minyak mentah. Tak tahulah berapa barrel sehari yang dapat dikeluarkan.
Sudah tentunya ada wakil tempatan yang menjadi orang tengah dalam urusan sebegini. Mereka satu ketika dahulu adalah wakil syarikat minyak pelincir, kini cuba untuk membuat perniagaan sendiri dengan menjual perkakasan yang berkaitan dengan minyak pelincir. Syarikat tersebut dimiliki oleh 3 pemuda, 2 berbangsa cina dan 1 berbangsa Jawa. Tapi nama semua macam pemain badminton Indonesia. Sarman, Alan dan Rusdi.
Pagi hari mereka dah bersiap untuk ke Duri. Nak ke Duri tempat telaga minyak dari Padang agak mencabar. Jalannya berselekoh sana sini, jauh dan Rusdi sebagai pemandu Kijang hanya berani membawanya ketika hari masih siang. Masuk malam, bahaya. Pernah terjadi, sebuah Kijang dijerat ditepi jalan. Leher pemandu tersisip elok parang panjang orang tempatan. Rampok dan bunuh serta-merta. Ngeri. Cerita Rusdi.
Sebagai Kijang yang punyai pelekat istimewa, Rusdi boleh melalui jalan persendirian milik Chevron, sebuah syarikat gergasi minyak yang telah beroperasi di Padang sejak turun temurun. Sekitaran ruang Chevron ini sangat luas, ada barangkali sebesar Taman Universal ditambah Taman Pearl Rini. Di dalamnya ada pasaraya, sekolah, masjid, dewan serbaguna, dandang dan penjana turbin stim serta rumah kediaman para pekerja Chevron. Rumah mereka agak kiut. Seakan rumah lama versi British yang punyai pokok-pokok bunga kecil dilaman rumah, pintu kayu dan tingkap versi rumah penjajah. Memang kiut.
Untuk melepasi jalan pintas di dalam Chevron, ada satu cek point, di cek point ini Rusdi akan mengambil sekeping kertas bertanda tarikh dan masa Rusdi melintasi cek point ini. Rusdi dikehendaki memandu di dalam lingkungan kelajuan yang dikenakan. Tidak boleh terlebih laju atau terlalu perlahan. Sampai di cek point satu lagi, kertas tadi bertukar tangan. Pengawal akan memeriksa tempoh perjalanan Rusdi. Jika kurang atau lebih, pengawal akan bersoal siasat lanjut. Kenapa memandu terlalu laju atau terlalu perlahan. Hah, jawab.
Perjalanan ke Duri memang membuka mata. Berselisih dengan lori pembawa kayu potong buat kilang kertas adalah perkara biasa. Selekoh tajam sambil menurun bukit dan jalannya berlubang besar juga perkara biasa. 3 stesen minyak yang disinggah Rusdi semuanya kehabisan minyak petrol. Gasolin mengikut kata orang tempatan.
Tapi Diego sedikit tertanya-tanya tentang botol-botol plastik yang tersusun di kedai-kedai kecil (rumah orang) di tepi jalan, yang warnanya sedikit keruh kehijauan. Hanya dalam perjalanan balik, persoalan ini terjawab. Itulah gasolin yang dijual secara runcit. Mana tak habis di stesen minyak, kalau tiap orang beli sorang sikit isi balik dalam botol untuk dijual balik di kedai mereka dengan harga yang lebih tinggi. Bijak ekonomi kapitalis juga orang tempatan di sini.
Segala penerangan, demo, siaran layar selesai dalam tempoh 3 jam. Kini perjalanan balik harus ditempuhi. Rusdi sedikit gusar kalau-kalau malam mula menjelma tapi mereka masih belum keluar dari kawasan Duri. Sebelum perjalanan bermula, Rusdi tercari-cari letaknya masjid. Diego tertanya-tanya juga, tadi sewaktu tengahari, mereka hanya berhenti makan dan terus ke tempat mesyuarat. Sebagai musafir, Diego boleh menghimpunkan solat. Tapi Rusdi orang tempatan.
Mujur terjumpa juga musolla. Rusdi meminta diri untuk berhenti sebentar, dia ingin ke bilik air tak tahan nak terkucil. Diego mengambil peluang ini untuk menyelesaikan himpunan solat. Rusdi tidak pula kelihatan menyelesaikan hal yang lebih wajib ini. Tertanya-tanya. Rakan sekerja juga ditunjukkan arah bilik air, walau ini rumah ibadat, berlainan agama tidak menjadi penghalang hanya sekadar ingin menumpang bilik air.
Dalam perjalanan balik, Diego dan Rusdi mula berbicara tentang adat orang tempatan, asal usul Rusdi serta hal-hal berkaitan. Perkara-perkara rutin. Termasuk juga perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Yang mana haram, yang mana halal. Rusdi pelik bila mendengar pendapat Diego yang adanya golongan yang menolak amalan sunnah dan hadis. Bagi Rusdi, amalan agama harus ditunaikan dengan ajaran Quran dan sunnah nabi. Baru lengkap.
Mereka menyambung sembangan pung-pang-pung-pang mereka sampai tiba ke destinasi. Sempat juga rakan sekerja Diego, menyampuk. 'Sunnah tu apa?" tanya beliau. Ah, susah jugak nak memperjelaskan dalam bahasa Inggeris. Dulu belajar agama semua buku teks bahasa Melayu.
Mereka selamat sampai ke Padang dalam jam 8 malam. Singgah di belakang sebuah pawagam lama untuk makan malam. Ruang makan ala Kebayan. Banyak gerai-gerai pilihan. Ada yang halal, ada yang haram. Yang halal menjadi pilihan sebagai menghormati tetamu. Tapi bagi Sarman, Hiru dan Alan, penat lelah berniaga sedikit terhapus bila disudahi dengan Carlsbeng sebotol dua. Rakan sekerja Diego menolak sopan tawaran Carlsbeng mereka. Diego pula lebih selesa dengan teh botol yang terkenal di Indonesia dan air kosong.
Pelayan datang dengan 4 gelas dan 3 botol Carlsbeng sejuk. Alan tuang penuh keempat gelas tadi. Dalam berborak sambil menunggu ikan stim, udang goreng, sate dan segala lauk pauk tadi, sorang-sorang menghirup minuman di gelas masing-masing. Sarman, Hiru, Alan dan Rusdi.
Semua persoalan dan pertanyaan lengkap sudah. Tapi bagaimana dengan sembang pum-pang-pung-pang kami tentang sunnah tadi? Haih. Hati Diego binggung. Lagi binggung bila rakan sekerja Diego juga kelihatan binggung.

Sabtu, April 03, 2010
Sinetron Dramalova XXVII - Halia dan Bawang
Babak 1
Bos kepada Diego memang berhati mulia. Tiap kali Krismas mesti dapat 'surplus' yang berjenama mahal. Seperti keropok Mark & Spencer, biskut besar ada kacang yang sedap, coklat berwarna-warni, air sparkling anggur hijau, minyak masak biji anggur serta alat seri peribadi seperti sabun mandi organik, set syampu dan perapi serta yang berkenaan dengannya.
Dalam banyak-banyak barang yang diberi, selalunya yang hal-hal makanan akan selesai sesudah beg boleh guna semula cap TISKO di buka-pamer sesudah Diego balik kerja. Memang sedap lagi berselera bila merasa makan keropok cap Mark & Spencer. Sampai berebut antara Diego dengan Rodriguez. Sekali tu, biskut besar ada kacang tu tak sempat nak dibawa balik ke rumah mertua Marcia, selesai dan-dan haritu jugak. Bekas tin biskut tu, sampai hari ini pon masih ada. Simpan buat isi pen.
Kesungguhan bos Diego dalam hal ehwal permakanan bahan asas organik memang amat tinggi. Anak sedaranya diberi jolokan, bayi organik. Sejak lahir, susunya adalah susu organik dari New Zealand negara pembela lembu. Mandi sabun syampunya juga dari bahan yang hanya berasas organik. Pembasuh baju pon yang organik sahaja. Sayur atau tumbuh-tumbuhan serta beras pon, tentulah dari ladang organik juga. Bagi bos, perihal yang baik sebegini tidak wajar dikongsi bersama keluarga sahaja. Jadi, semua staf syarikat juga dapat merasa bahan-bahan organik ini buat kegunaan masing-masing.
Pada satu hari sebelum Krismas, masing-masing tertunggu-tunggu apakah 'surplus' yang akan mereka dapat untuk kali ini. Bersusun sudah beg-beg boleh guna TISKO kaler hijau di atas meja mesyuarat. Kali ini, semua yang biasa ada memang ada. Tapi ada tambahan luar biasa kali ini. Kali ini semua staf syarikat mendapat sebotol syampu anti-kelemumur berasas halia. Nyum nyum. Eh, bukan untuk makan la. Siap ada gambar halia hidup lagi kat botolnya.
Adakah ini tanda beliau bersimpati terhadap penyakit kulit kepala pada Diego dan rakan sepejabatnya yang kadang-kadang berhabuk putih pada bahu baju hitam mereka? Atau ini tanda beliau memang tidak tahan lagi melihat penyakit yang sangat melarat ini menghinggapi staf pejabat? Atau secara halus menegur sistem penjagaan rambut para pekerjanya yang tidak tahu membela kelemumur secara sihat?
Apa pon, Diego bersyukur. Memang syampu halia itu dapat membantu kepalanya mengurangkan kegatalan kepala buat satu hari dua sebelum ia muncul semula dalam bentuk keruping-keruping besar yang keras lagi gatal. Juga percuma. Kalau tidak, berpuluh jugak nak beli Selsun Gold (Yam, kami nak order barang sebotol dua ye!)
Babak 2
Diego sedang relek-relek baca suratkhabar lepas makan malam. Kadang-kadang makan malam sambil baca surat khabar serta menonton berita sampai melarat ke Bersamamu tangan masih tidak berbasuh.
Kali ini rancangan Bersamamu mula lebih lewat dari jadual makan Diego sekeluarga, jadi mereka semua memang tengah tersandar kenyang bersyukur terhadap rezeki yang ada dan tidaklah perlu masuk audition Bersamamu. Ada perlunya juga menonton rancangan sebegini, terutamanya dalam menilai jati diri keluarga yang ditonjolkan dalam rancangan ini. Yang menjadi pujian dan terkesan di hati adalah bilamana tonggak keluarga dapat meluangkan 24 jam sehari yang ada untuk membuat 4-5 beban kerja yang memerlukan keupayaan 'superhuman'.
Bagaimana mereka dapat memastikan rumah mereka, walaupon daif keadaannya, tetapi tetap kemas dan teratur. Walaupun dalam 7-8 minggu siarannya, ada la 1-2 sahaja keluarga yang mampu memastikan tahap kekemasan rumah yang tip-top luar dan dalam, tapi itu memang satu keupayaan yang super kerana kekemasan rumah bukan mendatangkan kekayaan atau nasi buat mereka. Kerana bagi Diego dan Marcia, kesusahan hidup tidak bermakna mereka perlu hidup dalam rumah penuh sampah dan bersepah.
Bagi siaran TV percuma dalam pakej TV berbayar AHTERUK, tidak dinafikan iklan mesti salah satu pengisi masa antara rancangan. Tidak terlepas dengan rancangan Bersamamu pon mestilah penuh dengan iklan. Jadi ini sahajalah masa terluang yang Diego ada untuk kembali membelek berita suratkhabar. Diego memang selalu stenby suratkhabar di tangan untuk sama-sama melayan Bersamamu dengan Marcia, kadang-kadang terasa sebak sangat, boleh buat-buat kaver baca suratkhabar balik sebelum apa-apa yang lebih emo terjadi. Dah tua-tua ni, kadang-kadang sensitip lebih sikit.
Baru je masuk iklan kedua, dan nampak Jakie Chan bertumbuk sana sini, siap berbahasa Melayu lagi. Di tangannya ada dipegang sebotol syampu berjenama baru. BAWANG.
"Eh, apa kata kita try pulak syampu ni abang?" sampuk suri rumah mudah terpengaruh dengan iklan, Marcia.
Sebab berita di suratkhabar lagi best dan Diego memang dah pernah tengok iklan Jakie Chan itu, Diego sambut secara bola tanggung.
"Hah, yela tuh. Sekarang ni pakai halia, ni nak pakai bawang pulak, lama-lama jadi paprik la rambut kita ni"
Marcia yang tadi sedikit emo dengan rancangan Bersamamu, kini lebih terbahak ceria macam siaran 611. Untuk iklan tersebut, ianya akan membuat Marcia tersenyum simpul tiap kali ianya tersiar lagi.
Untuk rekod, memang Diego pergi ke JUSTUKOR untuk membelek syampu BAWANG Jakie Chan selepas itu. Rupanya, syampu itu bukanlah perisa asli bawang mahupun mempunyai apa-apa bau bawang atau rupa bawang putih mahupun merah sekalipun. Hanyalah jenama resipi turun temurun keluarga Ba Wang. Ceh. Tak organik langsung.
Khamis, April 01, 2010
Pesanan Diego
Dalam banyak-banyak hal bercakap semalam, entah macam mana Diego boleh terlepas statement tidak berfikir panjang macam ini;
"For me, to sustain the world, there must be yes and no"
Disambut oleh Kingston.
"Whaaa (macam tak bersetuju), but I agree with you"
Ah, asalnya bercakap pasal Ricky Martin yang dah ada anak kembar tapi baru mengaku gay sebab dia tengah nak buat buku memoir. Tektik pemasaran. Perangai macam Agassi.

Jumaat, Mac 26, 2010
Ikhlas membeli, Ikhlas menerima
Menda ni dah 2 kali dah masuk peti surat rumah aku. Yang ini yang kali pertama. Bangga pulak yang menang tu ada gambar dia. Siap nama penuh dengan asal lagi. Bagi Siti Fatimah yang menyertai skim ini, apa salahnya menderma sedikit dari hasil usaha titik peluhnya demi kebajikan tempat ibadat. Kebaikannya berlipat ganda.
Siti Fatimah mungkin tidak menyedari bahawa dia sebenarnya telah menolong menjana ekonomi negara jiran dengan membawa keluar sebahagian dari wang perolehannya dari dalam negara ke luar negara. Tapi, Siti Fatimah tentunya sedar tentang hukum hakam wang perolehannya itu di sisi agama. Apa pun, dia ikhlas.
Konsepnya mudah, Tok Guru tolong kamu, kamu derma ikhlas untuk kebajikan tempat Tok Guru. Risalah kedua datang dalam 2-3 minggu lepas itu. Di samping nama pemenang dan gambar Abdul Mutalib, kali ini dia ada letak 'disclaimer'.
Risalah ini hanya untuk menolong orang yang di dalam kesusahan, tidak bermaksud untuk menyinggung sensitiviti mana-mana pihak.
Aku hanya terfikir, kenapa Tok Guru sendiri tak beli je direct. Untung 100%. Tak yah nak mintak-mintak komisyen. Buat penat je cetak risalah banyak-banyak. Kalau itulah tujuan Tok Guru untuk menjana ekonomi tempat ibadat Tok Guru.
Mungkin bagi Tok Guru, berjudi itu haram? Atau bersederhana lebih baik? Atau power Tok Guru hilang kalau diamalkan sendiri?
Adakah ini konspirasi? Penyelewangan ekonomi? Tektik keji? Menghina agama? Memesong akidah? Atau konsep 1Malaysia?
Mintak dijauhkan.

Rabu, Mac 24, 2010
Kanak-Kanak Memang Riang XXIII
"Baiklah, sesi fotografi kali ini melibatkan penggunaan props. Itu props kamu. Sila gunakannya sebaik mungkin". Ketua fotografi persatuan kamera tali halus memberi arahan.
Berikut adalah kritikan sinis kritikal paling pedas terhadap kedudukan sosial, masyarakat dan politik masa kini yang dilahirkan dalam kanvas fotografi. Sila selaminya secara mendalam.
Sapa-sapa yang nak menterjemahkannya, silalah kalau berani.

"1Tiang, 2Pili"
"Tak hijau padang tanpa tiang gol"
Sapa-sapa yang nak menterjemahkannya, silalah kalau berani.
Setelah Butang Power Dibuka
Butang power yang selama ini disimpan dan terjaga rapi telah dibuka. Butang ini memang sengaja disimpan kerana riak dan takbur adalah merbahaya buat hati yang tidak 'releks-releks'.
Bagaimanapun, keputusan telah dibuat untuk membuka butang power ini. Ini adalah kerana keterujaan membuat blog dirasakan terlalu rutin sejak kebelakangan ini. Maka, keterujaan baru diperlukan untuk hati yang terlalu 'releks-releks', jadi keputusan untuk membuka butang power tersebut dilakukan.
Setelah seminggu butang power dibuka. Aku telah mendapati hasilnya, walau tak seberapa. Blog ini telah dijejaki oleh beberapa pencari kata kunci. Berikut adalah hasil dari pembukaan butang power.
1. Contoh Slogan Dutchlady - 22 Mac 2010
2. Kedai Putu Mayam Skudai - 23 Mac 2010
3. Kisah Kaka Adik - 24 Mac 2010
Ini semua pencarian yang sangat sesat lagi menyesatkan. Aku sangat berterima kasih pada Lebai google kerana menyenaraikan pencarian tersebut ke blog ini. Sangat tidak bermakna dan tidak membantu langsung kepada penjejak kata kunci yang datang ke sini.
Tapi bagi pencari kedai putu mayam Skudai, aku boleh mencadangkan kedai putu mayam di Jalan Penyiaran sebagai alternatif. Kedai ini memang rare. Sebab hanya jual putu mayam boleh buat sebiji kedai. Sekian.
Nota kata kunci amANI : Kalau tuan bijak laksana, butang power itu apa? Hahah.

Ahad, Mac 21, 2010
Kanak-Kanak Memang Riang XXII
Pada suatu hari, Aqil duduk di sebelah Zahin dan Ammar untuk makan aiskrim kaler hijau.
Pada hari itu, Zahin duduk di antara Aqil dan Ammar untuk makan aiskrim kaler hijau.
Pada masa tersebut, Ammar duduk di sebelah Zahin dan Aqil untuk makan aiskrim kaler hijau.
Mereka sama-sama makan aiskrim kaler hijau. Hari tengah panas. Mereka rasa sedap.
Manakala, semua yang membaca cerita ini pula rasa panas. Sekian.
Jumaat, Mac 12, 2010
Catatan Diego - Tali@Leher
Antara perubahan-perubahan yang terjadi yang berkaitan dengan kerja Diego sekarang selepas episod Bertukar, dapat disimpulkan dengan seperti berikut:
1. Dulu kalau azan Isyak hampir-hampir nak berkumandang, Diego baru nak katup kunci pintu opis. Sekarang, masa azan Isyak dah tengah relek-relek pegang suratkhabar sambil baring tengok berita kat tv. Eh, bukan ke patut bawak-bawak ke masjid dah ke umur sekarang?
2. Jarang-jarang sangat sampai rumah balik dari kerja lepas jam 7 petang. Brader-brader kat padang bola tepi rumah pon baru nak warm-up.
3. Kalau dulu Diego cemas pagi-pagi sebab buat opismate tertunggu-tunggu luar opis, kali ini merasa jugak membuat pembuka opis cemas sebab buat Diego tertunggu-tunggu pagi-pagi di luar opis.
4. Dulu pegi kerja asal boleh dengan baju t'shirt berkolar je, kali ini berbaju kemeja lengan panjang sterika sisi kasik tajam siap bertali leher. (Nota sisi : setiap kemeja yang dipakai, semua tak muat dikancing butang di leher, kenapa ye? Cemana la orang yang design baju buat kerja nih)
5. Dulu asyik duk ulang keluar masuk loji petrokimia, janakuasa dengan oleokima je, tengok tarbin dengan pemampat relek-relek je. Sekarang terpinga-pinga nak layan mesin larik, mesin acuan tuang, dengan kilang kelapa sawit.
6. Merasa jugak kalau opismate nak jumpa, depa kena ketuk pintu dulu. Dulu opismate nak jumpa, laung dari jauh je.
7. Dulu dalam opis ada sebijik je ekon besar, sekali petik, sejuk terus seluruh opis. Sekarang dah ada remote kontrol sendiri nak sejuk ke, nak sepoi-sepoi bahasa je, nak sedingin salju ke.
8. Dulu makan nasi tengahari hari-hari beli kat Pak Ali, sekarang nak makan nasi, hari-hari pening mana nak beli.
9. Sekarang petang hari Jumaat tidak memberi apa-apa motivasi. Dulu asal Jumaat je rasa seronok nak habiskan kerja.
10. Sekarang struktur bilik air pon canggih, kongsi je gents & ladies. Apa ada hal? Tapi, Diego sorang je yang guna air, yang lain lebih selesa dengan kertas tisu.

Khamis, Mac 11, 2010
Kopipes - Sifat
Ini siri baru, kopipes. Apa menda sahaja yang seronok di kopipes dari mana-mana sumber.
Pendapat ini aku kopipes dari satu blog semasa tengah melompat secara rawak di alam blogosphera. Dia petik dari sebuah buku. Aku tak heran sangat nak kopipes nama buku dan penulis buku tu sebab masyarakat kita bukan baca sangat buku-buku ilmiah.
Penulis buku memberi pendapatnya secara am terhadap permerhatiannya tentang sifat-sifat dan jati diri seseorang mengikut giliran kelahiran mereka dalam keluarga.
First Child: perfectionist, reliable, conscientious, a list maker, well organized, hard driving, a natural leader, critical, serious, scholarly, logical, doesn’t like surprises, a techie.
Middle Child: mediator, compromising, diplomatic, avoids conflict, independent, loyal to peers, has many friends, a maverick, secretive, used to not having attention.
Youngest Child: manipulative, charming, blames others, attention seeker, tenacious, people person, natural salesperson, precocious, engaging, affectionate, loves surprises.
Melihat dari konteks aku sendiri, aku rasa banyak sifat-sifat yang disertakan di atas memang merujuk kepada perhatian pihak tuan (ayat macam surat rasmi plak). Betul-betul kena. Sama tepat dengan analisis bulan kelahiran dari Dr Fadilah Kamsah. Hahah. Korang rasa macamana?
Notakaki Kopipes: Sebuah blog yang merupakan blog fakta-fakta betul yang diperbetulkan telah terhasil tanpa disedari. Tapi kemahiran berbahasa English Triple One Nine tahap A+ mesti ada di dalam dada. Sebab blog ini adalah cernaan minda. Satu lompat ke Factul. Penulisnya, MrFactoid adalah first child atau middle child atau youngest child? Selamat beranalisis.

Isnin, Mac 08, 2010
Tulis-tulis - Subsidi
Mengikut beberapa pendapat dari laporan akhbar, kesimpulan UTAMA yang aku dapat buat adalah minyak (Petrol dalam bahasa yang lebih tepat) akan tetap NAIK harga. Mungkin RM 0.10 seliter. Ini kata laporan akhbar yang aku baca di antara baris laporan mereka. Betul atau tidak, aku hanya sebagai agensi ramalan yang 'hanya nak tolong'.
Canang-canang tentang cara-cara subsidi minyak akan dimansuhkan memang banyak laporan mengenainya, tapi aku heran. Heran dengan pendapat yang suruh mansuh terus. On the spot. Katanya pasaran memang akan mengalami keterjejasan bila harga minyak dimansuh terus subsidinya, tapi selepas itu pasaran dan orang ramai akan dapat kembali menyesuaikan diri dengan harga pasaran sedia ada. Ye ke?
Kalau dilihat dengan apa yang kita dah pernah alami, masa harga minyak RM2.70 seliter, SEMUA mengeluh, sana sini mengeluarkan pendapat itu ini. Harga barang naik mencanak. Harga tiket bas naik. Tambang bas sekolah naik. Harga ikan naik. Sayur pon naik. Tapi ada jugak yang nak mengeluarkan pendapat suruh mansuh terus sekarang ini. Abah dia cop duit agaknya. Tidak bersyukur betul.
Ok, dari sudut perspektif aku, pendapat teknikalnya mengatakan bahawa pemberian subsidi adalah PEMATAH kepada produktiviti, keefisyenan dan inovasi. Semua jargon yang terbaik untuk menjadi masyarakat negara membangun lagi maju. Contoh senang, kerajaan bagi kita baja subsidi. Sewajarnya kos kita membeli baja dah kurang, tanaman kita makin subur sebab selalu dibaja jadi hasil tanaman menjadi lebih banyak, kita mendapat untung berlipat ganda. Betul?
Tapi, negara Malaysia sudah lama hidup dengan mentaliti 'mudah' dan 'biarlah'. Bila dah dapat baja percuma, usaha kita makin berkurangan, tanaman makin sikit, baja yang sepatutnya diguna, dijual semula untuk keuntungan jangka pendek dan menampung pembelian itu ini. Jadi di mana hasil produktiviti, efisyen dan inovasi di sini kalau sendiri dah malas?
Tapi dari satu lagi sudut mendalam yang ingin ditekankan, subsidi minyak bukan macam subsidi baja. Ada pernah dengar kerajaan nak mansuh subsidi baja? Takde pulak. Sebab?
Sebabnya mudah. Bila mana ada apa jua jenis skim subsidi, pasti ada orang-orang terdekat dengan perlaksana skim yang akan mendapat untung 'rezeki terpijak'. Contoh subsidi baja lagi, Jika dikaji dan diteliti siapa pengeluar, pembuat dan penjual baja subsidi kerajaan, kita dah tahu ke mana wang subsidi kerjaan ini pergi. Sedikit sebanyak poket-poket perlaksana skim ini yang terisi atas dasar imbuhan dari pengeluar, pembuat dan penjual barangan subsidi ini. Betul ke tidak? Kes kotak ikan yang terbaru ini. Kes susu sekolah sebelum ini. Kes yang akan datang, prasarana jalur lebar di kampung-kampung tidak lama lagi. Apa kes pak menteri nak berpatah arang berbuih mulut nak mansuh subsidi baja, air susu dan kotak ikan? Hilang la sumber pendapatan diri sendiri.
Jadi kenapa pulak yang susah payahnya segala pak menteri sibuk sangat nak mansuhkan atau kurangkan subsidi minyak ni? Ini lagi mudah untuk diperjelaskan. Kalau dulu RM 2billion* kerajaan guna untuk subsidikan petrol sebanyak RM0.30 seliter kepada rakyat pada harga USD ~40-50 setong, kali ni bila minyak naik harga kepada USD 80-90 setong, kalau kerajaan masih menampung RM 0.30 sen seliter, pasti jumlahnya akan menjadi RM 3-4billion* untuk jumlah penggunaan minyak yang sama. Jadi di mana harus dicekup RM 1-2 billion ini?
Subsidi minyak lain sikit dari subsidi baja. Sebab subsidi minyak akan terus dibayar pada tokey penjual minyak iaitu PETRONAS. Isi la jenama lain pon, semua itu pusing-pusing balik dapat kat PETRONAS jugak. PETRONAS pula tidak terikat dengan mana-mana pak menteri secara langsung.
Itu yang menjadi perdebatan dan kekusutan semua pak menteri di Parlimen. Semua pak menteri akan terjejas dengan penggunaan tambahan RM 1-2 billion ini dari kantung akaun negara untuk tujuan subsidi minyak ini. Sebab apa? Sebab pendapatan 'tambahan' mereka akan terjejas teruk. Semua projek-projek yang mereka dah 'kautim' dengan segala vendor, pengeluar, penyedia perkhidmatan semuanya akan 'on-hold'. Jadi pak menteri semua akan kehilangan pendapatan 'tambahan' 15% mereka untuk setiap projek yang telah di 'kautim'. Tiada budget kata mudahnya. Jalan yang patut ditar, tak jadi. Landasan keretapi berkembar, tak jadi-jadi. Stadium baru, separuh jadi. Semua projek yang 'on hold', tiada pendapatan 'tambahan' untuk pak menteri. Rakyat ke yang merana, ke pak menteri yang susah hati?
Cuba bayangkan, satu kementerian dapat kata la RM 50 Juta* untuk perbelanjaan setahun. 15% adalah RM 7.5 Juta yang PASTI masuk poket pak menteri sebagai pendapatan 'tambahan'. Kata la budget kementerian ini dipotong sebab nak tampung subsidi minyak. Tak ke hangin pak menteri ini sebab potensi pendapatan 'tambahan' mereka akan hilang? Mau RM 1-2 Juta jugak yang hilang. Tak kasihan ke kita rakyat ini dengan pak menteri pak mentri ini? Mereka akan hilang potensi pendapatan 'tambahan' ~ RM 1 juta setahun.
Jadi, sebagai rakyat yang sentiasa di dahulukan, kita harus menerima kenaikan harga minyak dari kerajaan sebab itu sahaja cara untuk pak menteri terus hidup mewah, senang lagi bergaya dengan pendapatan mereka. Kalau tidak, macam mana pak menteri kita nak makan kambing panggang bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka?
Sebab itu pak menteri semua akan bersungguh-sungguh menyakinkan rakyat yang mana, kita kena kurangkan subsidi minyak untuk mengelakkan pembaziran dan mengukuhkan ekonomi negara (padahal mengukuhkan ekonomi poket sendiri).
Jadi, kesimpulan yang aku boleh buat, nak tak nak memang kita kena terima kenaikan harga minyak sebab bukan kita yang kawal harga pasaran. Kalau naik, kita perlu inovasi untuk menyerap kenaikan-kenaikan harga lain untuk meneruskan kelangsungan hidup. Nak harap pak menteri, dia bukan kisah pon kat rakyat.
Hidup kita ada pilihan. Kalau KFC dah tak mampu beli, ayam gorang pasar malam masih lagi mampu untuk dibeli. Sedapnya sama sahaja. Kalau kereta jenis togok minyak tak ingat, pandai-pandai la 'upgrade' dengan kereta yang cicip sikit-sikit je. Sampai jugak ke destinasinya.
Tapi aku tetap tak setuju subsidi dimansuh terus. Itu bukan tindakan wajar bagi sebuah negara pengeluar minyak mentah (yang ada pendapatan dari penjualan minyak mentah) dan hanya menguntungkan orang-orang besar, bukan rakyat. Juga, tiap seorang dari kita ada 1 butang 'power' untuk menyedarkan pak menteri. Kalau pak menteri sebut lagi 'rakyat mesti ubah gaya hidup', memang benar la apa yang aku tulis ini.
Cuma perlaksanaan pemberian subsidi harus diperkemas untuk mengelakkan pembaziran (tak reti bersyukur, pakai Hummer tapi ikut jalan jem), salah guna (beli, seludup dan jual semula) dan salah bagi (bukan rakyat Malaysia pon beli harga dengan harga subsidi).
Notakaki amANI : Rasa ada tertulis dah hal ini dalam konteks yang sedikit berbeza sebelum ini, tapi biasalah, Melayu mudah lupa. Jadi aku tulis sekali lagi untuk mengingatkan lagi.
* aku tidak pasti nilai sebenar, aku bagi je satu nombor bagi nampak besar lagi gempak.

Jumaat, Mac 05, 2010
Tulis-tulis - Berita Panas
Berita dalam suratkhabar baru-baru ni banyak buat orang panas.
Panas Hati.
Bila budak kecik atau bayi kena tendang, pijak, sepak, terajang dan dibiar sampai mati. Atas dasar apa nak buat macam tu sekali? Bagi orang yang sudah ada anak sendiri macam aku, hal-hal yang menyebabkan kesakitan, teriak dan sebagainya untuk seorang kanak-kanak kecil memang sangat menyayat hati. Juga menyebabkan aku panas hati pada si perlaku. Agak-agak la kalau nak panas hati dengan budak-budak pon. Ada otak tiada akal. Haih.
Hari Panas.
Mula-mula tak rasa banyak beza sangat panas cuaca nih. Tapi sejak pi Subang baru ni, duduk kat rumah sana baru terasa panas bahang masa duduk dalam rumah. Dah macam duduk dalam sauna saiz gergasi. Bila balik ke Johor, cuaca panas pon ikut sekali. Kalau dulu kipas dinding keras kepala dengan kelajuan 1 pon aku masih boleh selimut toto. Sekarang selimut toto kene terajang jatuh terduduk bawah katil terus. Mujur aku masih mengekalkan sifat sopan semasa tidur dengan tidur secara berpakaian lengkap baju dan seluar. Agaknya dengan cuaca panas ni orang cepat panas hati kot, tu yang budak-budak kena terajang tu kot.
Panas Kering
Baru-baru ni aku dapat peluang naik ke sebuah empangan air mentah untuk daerah Kluang. Empangan tu dah takda rupa empangan. Macam lombong tinggal je. Lombong tinggal mungkin banyak lagi air kot. Air dah susut teruk. Kering. Tunggul-tunggul kayu nampak sampai ke kaki dah. Dari 8 pam yang ada. Satu je boleh jalan. Sebab air tak cukup. Operasi harian SAJ telah di ambil alih oleh RAMD. Kata dorang, sekarang ni kira darurat untuk daerah Batu Pahat dengan Kluang. SAJ siap buat sembahyang hajat untuk diturunkan hujan supaya paras air naik balik. Agak-agak sapa-sapa yang masih lagi belum buat simpanan air, sila la berbuat demikian. Simpanan emas ke hape ke boleh buat masa air banyak nanti.
Yang menyebabkan aku terasa nak jadi Karam Singh Walia ini adalah berkenaan status empangan tersebut. Empangan tu sepatutnya hanya sebagai bekalan air mentah simpanan/bantuan. Bekalan air mentah utama patut dari air sungai. Tapi mengikut ujian dari SAJ, air sungai itu sepanjang tahun kandungan asid tinggi. Tak sesuai untuk diproses sebagai bekalan air bersih. Jadi empangan tu dah jadi sumber utama untuk SAJ. Jadinya:
Air Panas
Semenjak Aqil masuk sekolah ni, hari-hari dia dapat mandi air panas waktu pagi. Ummi dia masak air, campur sekali dalam baldi tadahan. Disebabkan Aqil suka teriak pagi-pagi, jadi dia hanya disiram dalam 2-3 kali sahaja meskipun pujukan Ummi dia hanya '1 kali' siram sahaja. Yang menjadi nostalgianya bila aku teringat, pak atau tok dulu pon suka sediakan air panas dalam baldi tadahan masa aku nak pi tadika. Jadi, dapat mandi air saki baki air panas Aqil pon best jugak rasanya. Hahah.
Untuk rekod, Aqil akan berubah personaliti bila sudah siap berpakaian tadika. Dia sudah redha dengan kehendak dan keperluan dia perlu ke sekolah. Jadi dia akan dengan cerianya melambai Ummi bila dah masuk kereta. Tak payah la aku nak kena bertukar jadi Dr Fadilah Kamsah awal-awal pagi lagi.

Bila sungai dah tercemar,
Air dah kurang,
Panas hati belum pudar,
Panas diri bertambah berang.
Air Panas
Semenjak Aqil masuk sekolah ni, hari-hari dia dapat mandi air panas waktu pagi. Ummi dia masak air, campur sekali dalam baldi tadahan. Disebabkan Aqil suka teriak pagi-pagi, jadi dia hanya disiram dalam 2-3 kali sahaja meskipun pujukan Ummi dia hanya '1 kali' siram sahaja. Yang menjadi nostalgianya bila aku teringat, pak atau tok dulu pon suka sediakan air panas dalam baldi tadahan masa aku nak pi tadika. Jadi, dapat mandi air saki baki air panas Aqil pon best jugak rasanya. Hahah.
Untuk rekod, Aqil akan berubah personaliti bila sudah siap berpakaian tadika. Dia sudah redha dengan kehendak dan keperluan dia perlu ke sekolah. Jadi dia akan dengan cerianya melambai Ummi bila dah masuk kereta. Tak payah la aku nak kena bertukar jadi Dr Fadilah Kamsah awal-awal pagi lagi.
Selasa, Mac 02, 2010
Arsenal dan Kejuaraan Liga
Laaaaama tak menulis hal ehwal Arsenal.
Sebagai musim paling menarik untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris, tiada faktor jelas untuk mana-mana pasukan menjadi juara Liga Perdana Inggeris musim ini.
Chelsea? Selepas dua kali mereka kalahkan Arsenal, prestasi mereka terus merudum untuk beberapa perlawanan selepas itu kerana belum habis penat berlari mengejar bola melawan Arsenal, maklumlah pasukan veteran serta barisan pemain yang banyak masa luang untuk 'makan luar'.
Man Utd? Dua kali juga mereka kalahkan Arsenal, tetapi mereka dah kalah sama banyak dengan Arsenal sekarang (dan mungkin kalah lagi nanti) juga mereka ada kredibiliti untuk kalah dengan pasukan bawahan seperti Burnley misalnya.
Jadi, adakah persaingan dari pasukan lain untuk kejuaraan liga? Aku nampak kelab seperti Liverpool, Spurs, Man City serta Villa lebih suka untuk berpandangan singkat dan merebut tempat ke empat dan seterusnya sahaja.
Jika diikutkan perlawanan akan datang, Arsenal hanya mempunyai Spurs dan Man City sebagai pasukan yang mencabar, bukan memandang rendah pasukan bawahan lain seperti Birmingham, Wolves, Burnley, Wigan dan Hull, tapi ianya motivasi untuk pasukan Arsenal mencipta momentum menang berturut-turut sehingga akhir musim.
Bagi Man Utd dan Chelsea, mereka masih punya agenda untuk bertemu sesama sendiri untuk memilih kalah atau menang dan seri. Juga ada masih ada pasukan mencabar seperti Spurs dan Liverpool untuk mereka. Man Utd juga ada laluan sukar bertemu semula Man City yang baru sahaja meleburkan rekod tanpa kalah Chelsea di Stamford Bridge. Kata pendeknya, harapan untuk mereka hilang mata penuh adalah tinggi. Beza mata untuk tempat pertama dan ketiga hanya 3 mata. Hanya tinggal 10 baki perlawanan. Jadi kesimpulannya, 'it will go down to wire' ikut bahasa John Dykes.
Jadi mari kita fokus kepada Arsenal sahaja kerana buat apa pening-pening kepala pikirkan pasukan orang lawan dan hal ehwal pemain mereka kan?
Apa yang terjadi, di akhir kejuaraan liga nanti untuk Arsenal, bagi aku kepercayaan Wenger sejak mula musim dengan barisan pemain muda beliau memang ada asasnya. Pemain yang paling meningkat naik dari segi prestasi dan potensi adalah Alex Song. Tahun lepas atau tahun sebelum itu, Song bukan pemain utama. Bukan pemain paling diharapkan. Tekel entah ke mana. Marking tak kena. Bacaan rentak perlawanan pon lemah. Tapi sekarang Song untuk Arsenal adalah ibarat K.Gurusamy bagi Malaysia. Pembaca rentak, pematah serangan dan pemula gerakan. Tanpa Song, Vermalean tak mungkin menjadi pemain pertahanan penjaring gol terbanyak setakat ini.
Kalau nak dikatakan tonggak utama sebenar, memang Fabregas adalah teraju utama. Sebab dia yang banyak 'assist' dan menjaringkan gol-gol penting. Tapi bak kata bidalan, disebalik kegagahan seorang lelaki, pasti ada perempuan yang menyokongnya di belakang. Jadi dalam hal ini, Fabregas teraju utamanya, tapi Song adalah kemudi dibelakangnya.
Aku mula memberi perhatian terhadap posisi pertahanan tengah sejak zaman Viera. Aku bandingkan apa yang Viera buat dengan Keane buat dalam permainan. Juga bila Makalele masuk Chelsea, apa yang Makalele buat. Viera bagi aku masih yang terbaik. Kualiti Viera dulu adalah gabungan Fabregas dan Song sekarang. Musim ini, Song sudah menghampiri potensi Viera untuk keupayaan bertahan dan membaca rentak, cuma dia belum lagi ada teknik hantaran-bola-pembelah-pertahanan yang Fabregas ada. Fabregas memang sangat mahir bahagian itu.
Aku memang harapkan kejuaraan liga berpihak pada Arsenal musim ini. Tapi dah tinggal 10 perlawanan, harapan mula menjadi optimis. Ada sinar untuk Arsenal mencelah dalam kancah gawat antara Man Utd dan Chelsea sekarang. Harap Song tak kena kad merah dalam perlawanan akan datang atau buku lali terkulai-kulai macam Ramsey. Harap momentum mereka menang perlawanan menentang Stoke baru-baru ini akan menjadi pemacu untuk terus menang tiap perlawanan akan datang.
Ironi.
2 musim lepas, Arsenal sedang menuju ke arah kejuaraan liga tapi bila Eduardo patah kaki dalam game Birmingham, Gallas sebagai kapten merajuk dengan pengadil bagi penalti dan Arsenal kalah dan tidak menang liga. Kali ini Ramsey pula patah kaki. Tapi Fabregas sebagai kapten tak merajuk malah menjaringkan gol penalti pasukannya dan Arsenal menang serta menuju ke arah kejuaraan liga.
Renung-renungkanlah.

Jumaat, Februari 26, 2010
Catatan Diego - Status@Buzz
Sape pernah jumpa status En Diego dalam FB? Memang jarang sangant nak jumpa. Memang la, dia pemendam perasaan serta tidak suka berperasaan di dalam FB. Mana nak kongsi sume menda hal dia dalam FB. Tapi sebagai orang yang lagi perahsia dari En Diego, aku nak berkongsi status-status gempak gedabak En Diego yang dia cuba sembunyikan sebelum ini. Kira siri esklusif la ni. Dia pon rajin jugak dalam hal ehwal social networking nih sebenarnya.
Sumber: GeBuzZ (adik ipar Google Buzz)
Send by CSL Blueberry II (Tv antenna included)
11 Februari 2010 yang cerah
8.29 - Hari ni nak gi KL. Meeting...
9.32 - GM dah siap! Gerak dulu yup...
10.00 - Dah atas haiway, MD bawak kereta, GM duduk sebelah, SM belakang GM, aku yang takde apa-apa M, duduk seat belakang MD. Cenggini rasanya kerusi kulit binatang C200 Kompressor.
11.32 - Siot, boleh pulak SM mintak tengok jam Rolex GM. Mujur Q&Q aku dah 2 bulan rosak. Kalau tak... Haih..
12.35 - Dah sampai KLCC.. Makan time..
12.54 - Tengah makan nasi Vietnam! Nyum nyum....Kerusi dia kaki tinggi sangat...
1.22 - Jalan-jalan tengok Parkson.. GM yang nak masuk.. Dalam KLCC punya Parkson lain kot..
2.01 - Tengah tunggu pas keselamatan. Meeting bila-bila masa sahaja.
2.13 - Semua dah ready nak meeting. Apesal semua orang ada laptop dan Blackberry atas meja? (Cokia aku simpan dalam poket dalam-dalam).
3.03 - Kata nak briefing marketing kejap je, ni dah sejam briefing dah ni, bila nak start bentang report nih?
5.35 - Yeay.. meeting dah setel.. Mesti jem nak balik..
6.45 - tengah akan malam... McD... GM pulak yang drive balik.
7.27 - Semua dah diam. Takde sapa-sapa nak bersembang dah..Dah kat Nilai.
8.33 - Erkk.. aku terbedengkur!.. agak-agak MD perasan tak?..
9.59 - Selamat dah sampai opis.. Nak cari Petronas... Semayang..
10.33 - Anak-anak dah loncat-loncat depat grill pintu.. Fuhh sampai jugak.. esok keje macam biasa... Haih..
Notakaki amANI : Amacam? Eksklusif tak pendedahan aku? Tapi aku masih musykil tentang keperluan Diego untuk menGeBuzz. Sebab setahu aku, dia mana ada follower atau friends dalam akaun dia. Budget selebriti kot Diego nih. Hahah.

Isnin, Februari 22, 2010
Tulis-tulis - Etika
Dah la jarang-jarang dah menulis, sekali menulis hal ehwal berat plak?
Tapi kena jugak untuk memberitahu dan berkongsi pendapat di sini. Meh tengok, cemana orang mengenali kita?
Orang suka menghakim kita dengan perwatakan kita, peribadi kita, pakaian kita, pertuturan kita, rupa dan potongan badan dan tidak kurang yang suka menganalisis tulisan kita. Itu untuk alam semulajadi.
Untuk alampedang saiber pula, orang yang kenal atau tidak kenal kita hanya boleh menghakim kita berdasarkan FB kita, Frenster kita, Blog kita, Photobucket kita, Picasa kita dan mungkin Google Buzz kita. Tapi apa yang dihakimi di sini? Status wall? Info? Gambar-gambar yang ditag? Bentuk gaya penulisan dalam blog? Font pilihan? Blog profile?
Jenis-jenis penghakiman bukan bidang kuasa aku atau siapa-siapa untuk menentukan. Tapi rupa bentuk gaya untuk menentukan penghakiman terletak pada tuan punya badan. Sendiri buat sendiri tanggung kata pendeknya. Jadi, mana point utama nih?
Begini je lah, bagi seorang yang dah besar dewasa (alam remaja macam Justfahim boleh lagi dimaafkan), mungkin dah berkahwin dan ada anak-anak kecil, kalau belum lagi terfikir hal-hal tuhan, mungkin boleh fikir hal-hal seperti cemana kalau blog hangpa, FB hangpa serta koleksi gambar hangpa ditatapi oleh pak mak hangpa? Anak-anak hangpa bila depa dah tau google? Atau jiran taulan hangpa? Adakah itu hangpa di alam semulajadi?
Kalau di alam semulajadi hangpa marah anak-anak kerana menyebut perkataan yang kurang enak di dengar. Kenapa di dalam blog hangpa pon sama menyumpah seranah lebih dari itu? Adakah itu liberalisasi? Aku pon tak tau liberal tu apa, tapi orang petik, aku petik la jugak.
Kalau-kalau yang dah pikir hal-hal tuhan, aku hanya nak menyampaikan bahawasanya berblog dan berFB dan segala macam jenis 'social networking' lagi juga adalah saham-saham yang kita usahakan semasa kita hidup. Baik yang diceritakan, baik juga yang akan disampaikan. Marah atau bengang cemana sekalipon terhadap sesuatu, cerita sahaja pada rakan terdekat secara lisan. Kalau nak tulis sekalipon, cerita dengan sewajarnya tanpa sumpah seranah serta mengaibkan peribadi orang lain.
Contoh yang agak lemah: Tak pakai stokin tapi tulis blog secara tertib dan menceritakan hal yang baik-baik sahaja adalah berganda lebih baik dari berstokin tapi mengaibkan orang dengan caci maki serta berkata-kata kesat.
Arwah Tok Wan pernah berpesan secara langsung pada aku (seingat aku, rasa ada dalam silibus Pendidikan Islam Menengah Atas), kita kena jaga 3 jenis hubungan. Bukan hubungan sejenis ye. Pertama, hubungan kita dengan Tuhan. Yang mana segala yang kita buat, salah atau betul tentang suruhan dan larangan-Nya, kita boleh setel dengan Tuhan sahaja. Bukan perantara mahupon Ayah Pin. Mengambil contoh di atas, hal stokin adalah antara dia dan Tuhan.
Kedua, hubungan kita sesama manusia. Yang ini, kalau ada sesiapa yang buat salah, hanya dengan dia kita perlu minta maaf. Orang lain tak de saham untuk memaafkan bagi pihak dia atau untuk menjatuhkan hukuman bagi pihak dia. Jadi, caci maki serta kata-kata kesat hanya boleh disetelkan oleh tuan punya diri dan orang yang dimaki.
Ketiga, hubungan dengan alam. Ini termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan serta yang berkaitan dengannya. Kalau kita jaga ketiga-tiganya dan sedar diri yang bukan hanya kita yang hidup dalam dunia ini, aku rasa banyak mesalah dan karenah akan dihadapi dengan tenang dan senang.
Jadi, bagi yang rasa nak lintas jambatan tu, pikir-pikirkanlah apa yang kita tulis, ceritakan dan sampaikan supaya saham-saham kita sedia ditimba bila tiba masanya. Sekian.
Nota stokin di kaki - Zaman sekolah dulu, kadangkala darjat kedudukan di nilai dengan pemakaian stokin. Atau lipat kaki seluar seinci dua. Heheh.
Tapi kena jugak untuk memberitahu dan berkongsi pendapat di sini. Meh tengok, cemana orang mengenali kita?
Orang suka menghakim kita dengan perwatakan kita, peribadi kita, pakaian kita, pertuturan kita, rupa dan potongan badan dan tidak kurang yang suka menganalisis tulisan kita. Itu untuk alam semulajadi.
Untuk alam
Jenis-jenis penghakiman bukan bidang kuasa aku atau siapa-siapa untuk menentukan. Tapi rupa bentuk gaya untuk menentukan penghakiman terletak pada tuan punya badan. Sendiri buat sendiri tanggung kata pendeknya. Jadi, mana point utama nih?
Begini je lah, bagi seorang yang dah besar dewasa (alam remaja macam Justfahim boleh lagi dimaafkan), mungkin dah berkahwin dan ada anak-anak kecil, kalau belum lagi terfikir hal-hal tuhan, mungkin boleh fikir hal-hal seperti cemana kalau blog hangpa, FB hangpa serta koleksi gambar hangpa ditatapi oleh pak mak hangpa? Anak-anak hangpa bila depa dah tau google? Atau jiran taulan hangpa? Adakah itu hangpa di alam semulajadi?
Kalau di alam semulajadi hangpa marah anak-anak kerana menyebut perkataan yang kurang enak di dengar. Kenapa di dalam blog hangpa pon sama menyumpah seranah lebih dari itu? Adakah itu liberalisasi? Aku pon tak tau liberal tu apa, tapi orang petik, aku petik la jugak.
Kalau-kalau yang dah pikir hal-hal tuhan, aku hanya nak menyampaikan bahawasanya berblog dan berFB dan segala macam jenis 'social networking' lagi juga adalah saham-saham yang kita usahakan semasa kita hidup. Baik yang diceritakan, baik juga yang akan disampaikan. Marah atau bengang cemana sekalipon terhadap sesuatu, cerita sahaja pada rakan terdekat secara lisan. Kalau nak tulis sekalipon, cerita dengan sewajarnya tanpa sumpah seranah serta mengaibkan peribadi orang lain.
Contoh yang agak lemah: Tak pakai stokin tapi tulis blog secara tertib dan menceritakan hal yang baik-baik sahaja adalah berganda lebih baik dari berstokin tapi mengaibkan orang dengan caci maki serta berkata-kata kesat.
Arwah Tok Wan pernah berpesan secara langsung pada aku (seingat aku, rasa ada dalam silibus Pendidikan Islam Menengah Atas), kita kena jaga 3 jenis hubungan. Bukan hubungan sejenis ye. Pertama, hubungan kita dengan Tuhan. Yang mana segala yang kita buat, salah atau betul tentang suruhan dan larangan-Nya, kita boleh setel dengan Tuhan sahaja. Bukan perantara mahupon Ayah Pin. Mengambil contoh di atas, hal stokin adalah antara dia dan Tuhan.
Kedua, hubungan kita sesama manusia. Yang ini, kalau ada sesiapa yang buat salah, hanya dengan dia kita perlu minta maaf. Orang lain tak de saham untuk memaafkan bagi pihak dia atau untuk menjatuhkan hukuman bagi pihak dia. Jadi, caci maki serta kata-kata kesat hanya boleh disetelkan oleh tuan punya diri dan orang yang dimaki.
Ketiga, hubungan dengan alam. Ini termasuk tumbuh-tumbuhan, haiwan serta yang berkaitan dengannya. Kalau kita jaga ketiga-tiganya dan sedar diri yang bukan hanya kita yang hidup dalam dunia ini, aku rasa banyak mesalah dan karenah akan dihadapi dengan tenang dan senang.
Jadi, bagi yang rasa nak lintas jambatan tu, pikir-pikirkanlah apa yang kita tulis, ceritakan dan sampaikan supaya saham-saham kita sedia ditimba bila tiba masanya. Sekian.
Nota stokin di kaki - Zaman sekolah dulu, kadangkala darjat kedudukan di nilai dengan pemakaian stokin. Atau lipat kaki seluar seinci dua. Heheh.
Selasa, Februari 09, 2010
Sinetron Dramalova XXVI - Basuh
Babak 1
"Tekanan adalah sama dengan daya dibahagikan dengan luas permukaan"
Ini rumus yang cikgu Diego bagi masa kat universiti. Kenapa cikgu universiti tak bagitahu bahawa tekanan juga ada dalam hal ehwal berkerja? Bukan hanya tekanan dalam isiruang silinder bulat, bukan juga hanya tekanan di dalam jejulur konkrit berpin atau tertanam mati, juga cikgu universiti hanya bercerita tentang tekanan yang boleh diturun-naikkan dengan proses pemampatan atau pengembangan yang melibatkan tenaga entalpi atau entropi.Itu je cikgu di universiti ajar.
Apa sebenarnya tekanan di alam pekerjaan? Sebenarnya bukan tekanan pon, tetapi tuntutan hidup yang berkitar terhadap hal ehwal bangun pagi gosok gigi pergi mandi dan bertarung dengan lampu isyarat sehingga kita hanya suka warna hijau dan tertanya-tanya kenapa jurutera elektrik lampu isyarat tersebut meletakkan tempoh masa 90 saat untuk lampu hijau bernyala adalah sesuatu yang boleh menaikkan tekanan akibat jam di tangan lebih laju dari jam di pejabat. Kemudian kitaran tersebut berulang kembali untuk proses kembali dari tempat kerja.
Sebagai langkah menjaga kesihatan agar tekanan darah tidak terjejas, suatu terbitan rumus baru untuk tekanan telah dicipta oleh Diego bagi meneruskan kehidupannya. Rumus yang langsung cikgu di universiti tak pernah ajar. Rumus Diego adalah seperti berikut.

"Tekanan menghampiri sifar bila jalan pergi kerja dan balik langsung tiada lampu isyarat atau paling sedikit"
Babak 2Sejak akhir-akhir ini, kerjaya Diego telah menuju ke arah pendakian pertambahan bidang-bidang tugas. Yang mana tugas-tugas khas beliau telah bertambah-tambah bagi mengimbangi struktur akaun hujung bulannya supaya setimpal.
Tugas-tugas khas tersebut adalah seperti memakai baju kemeja berlengan panjang yang telah siap tersterika, menjadi pensaikologi tanpa tauliah supaya Rodriguez tidak teriak sepanjang perjalanan dari rumah ke taska, mengheret Rodriguez keluar dari kereta supaya dapat diserahkan kepada cikgu taska yang rilek-rilek sahaja, serta mengambil alih sebanyak mungkin jika tugas-tugas urusan pengemasan rumah tahap persijilan ISO 9001 yang mana sistem teraturnya sedikit terjejas sejak kebelakangan ini.

Meskipun rumah yang didiami Diego ini punyai sistem persijilan ISO 9001 untuk susunatur teratur serta rekabentuk capaian optimum perkakas-perkakas dapur, pengendali sistem ISO yang diterajui oleh Marcia sejak kebelakangan ini banyak mendapat status 'non-compliance' akibat dari produktiviti penggunaan perkakas dapur serta alatan bantuan minum air atau makan nasi lebih tinggi dari proses basuh dan susun semula.
Ini berpunca dari proses penghasilan tenaga 'bermain' yang dihasilkan oleh Rodriguez dan Pablo saban hari yang makin lama makin menjadi. Sehari kurang lebih 18 kali mereka membuka tutup pintu peti penyejuk untuk minum air. Jika sekali minum, sebuah cawan, berapa banyak cawan diperlukan sehari? Ini belum ditambah dengan proses persiapan makan tengahari dan proses makan snek. Kalaulah boleh dikira dalam unit 'Joule' berapa tenaga yang dihasilkan oleh Rodriguez dan Pablo, adalah kiranya rumah ini boleh menjadi stesen janakuasa mini yang boleh menghidupkan sebuah sistem kipas berdiri keras kepala.
Berbalik kepada kelebihan proses produktiviti alat bantuan minum air serta makan nasi, jumlah yang tertangguh kadang-kadang melewati tempoh hampir 72 jam. Ini selalu terjadi pada hujung minggu bilamana awalnya, banyak proses penggunaan alat bantu ini, tetapi kemudian diketepikan proses basuh dan susun semula apabila ada aktiviti luar rumah yang lebih menjurus kepada pemanduan kenderaan ke tempat-tempat yang punyai tempat letak kereta bertiket.

Setelah sengit bertarung mata dengan pinggan mangkuk serta berbelas-belas cawan minum air di dalam sinki, perasaan panas hati terhadap keadaan tersebut akan mengakibatkan Diego hilang pertimbangan. Diego akan bertukar menjadi pemarah, dengki khianat serta iri hati terhadap cawan dan mangkuk pinggan di dalam sinki. Semua cawan, pinggan, mangkuk dan periuk akan disusun-susun, disatukan mengikut kategori serta mengurangkan ruang sebanyak mungkin supaya senang sinki digunakan untuk membasuh botol susu.
Akibat dari tersusun pinggan mangkuk dan cawan di sinki, perasaan geram terhadap pinggan mangkuk akan turut bertambah. Diego tiada pilihan, rasa hangat hatinya memaksanya menyabun semua perkakas-perkakas serta alat bantu makan minum itu secara perlahan-lahan. Sambil menonyoh kotoran degil, perasaan meluap-luap itu semakin menjadi-jadi. Satu persatu diselesaikan, sehingga semua protokol yang tersedia seperti yang telah tertulis dalam persijilan ISO 9001 yang disediakan Marcia siap. Kemudian Diego berasa hairan.
Diego hairan, kenapa tiba-tiba bertitik tolak dari membasuh dan menyusun semua perkakas dapur, Diego turut serta dalam hal ehwal mengemas meja pula? Setelah meja siap lap serta tersusun kembali kerusinya di bawah meja, Diego berasa hairan buat kali kedua.
Diego hairan, ke mana hilangnya perasaan panas hatinya tadi terhadap cawan, pinggan dan mangkuk tadi? Semuanya dah hilang dan yang tinggal hanya perasaan lega. Hairan. Hilang.
Terngiang-ngiang di kepala Diego perbualannya dengan Marcia dalam pertengahan tahun lepas.
"Ayang rasakan, setelah ayang masuk internet untuk buat blog, main facebook, chat dengan kawan-kawan lama yang baru jumpa semula, ayang suka la jugak macam tu. Tapi, semua tu tak sama rasa dia dengan bila ayang duduk kat dapur dan buat semua kerja-kerja rumah. Mengemas jugak yang boleh buat ayang betul-betul rasa puas. Lebih puas"Akibat dari tersusun pinggan mangkuk dan cawan di sinki, perasaan geram terhadap pinggan mangkuk akan turut bertambah. Diego tiada pilihan, rasa hangat hatinya memaksanya menyabun semua perkakas-perkakas serta alat bantu makan minum itu secara perlahan-lahan. Sambil menonyoh kotoran degil, perasaan meluap-luap itu semakin menjadi-jadi. Satu persatu diselesaikan, sehingga semua protokol yang tersedia seperti yang telah tertulis dalam persijilan ISO 9001 yang disediakan Marcia siap. Kemudian Diego berasa hairan.
Diego hairan, kenapa tiba-tiba bertitik tolak dari membasuh dan menyusun semua perkakas dapur, Diego turut serta dalam hal ehwal mengemas meja pula? Setelah meja siap lap serta tersusun kembali kerusinya di bawah meja, Diego berasa hairan buat kali kedua.
Diego hairan, ke mana hilangnya perasaan panas hatinya tadi terhadap cawan, pinggan dan mangkuk tadi? Semuanya dah hilang dan yang tinggal hanya perasaan lega. Hairan. Hilang.
Terngiang-ngiang di kepala Diego perbualannya dengan Marcia dalam pertengahan tahun lepas.
Diego kini lebih memahami.
Notajalan sedikit lampu isyarat amANI: Mekasih bagi yang saban hari masih lagi menjenguk ke blog ini. Meskipun kekerapannya telah longgar, tapi InsyaAllah penulisan ini akan berterusan.
Ahad, Januari 31, 2010
Tulis-tulis - Bertukar
Bulan Januari ini memang bulan bertukar.
Aqil dah bertukar dari status kanak-kanak banyak masa terluang menjadi seorang pelajar taska suka teriak pagi-pagi.
Ammar dah bertukar dari status anak bongsu kepada bakal abang.
Ezi dah bertukar dari status ibu beranak dua kepada ibu dengan kandungan di dalam perut. 'Buatan orang' mengikut kata doktor.
Aku dah bertukar dari status rilek-rilek pergi kerja balik makan tengahari kat rumah kepada bersesak-sesak tunggu lampu trafik sebelum sampai opis yang dah jauh dan makan kat kedai.
Apa pon, semua status bertukar ini adalah takdir dan rezeki. Dah doa pon tiap-tiap hari mintak murah rezeki, jadi bila dah dapat, kami bersyukur. Harap kami dapat menyesuaikan diri dengan status BERTUKAR kami.
Notakaki amANI : Agak-agak bulan depan blog ini akan bertukar menjadi blog TERBENGKALAI tak? Hahah.

Ahad, Januari 24, 2010
Kisah Aku dan Nor A #2
Aku dan Nor A kebetulan mendapat kumpulan dan sesi yang sama untuk melaksanakan latihan praktikal dalam kampus bagi memenuhi tuntutan kelulusan jam kredit bagi pengajian sarjana muda kami.
Latihan praktikal dalam kampus ini bagi memberi ruang dan peluang bagi pelajar lulusan sarjana muda mendapat pengalaman latihan tangan untuk semua jenis kerja-kerja kejuruteraan mekanikal yang sangat tektikal lagi teknikal. Latihan itu termasuk mengimpal, menggegas, melarik, memesin bongkah besi, membuka dan memasang kembali enjin jip, membuat lukisan 2D untuk teknik pemotongan wayar, memerhati pemotongan automasi CNC, menggunakan mikroskop dan membuat spesimen teknik tempuh haba serta berpasangan bersama gadis-gadis mekanikal yang 2-3 sahaja keratnya tetapi tetap menjadi tatapan dan pujaan seluruh pelajar lelaki jurusan mekanikal yang lain. Kadang-kadang tersentuh tangan juga bila sama-sama nak pasang skru pada enjin jip. Hati siapa yang tidak seronok tika bergandingan dengan gadis ini walau berlainanan bangsa yang kalau dalam kelas kuliah biasa jangan harap hendak ditegur.
Semuanya dilakukan dalam tempoh sebulan setengah merangkap 6 minggu. Turut memenuhi tuntutan jadual latihan praktikal dalam kampus ini, sebulan setengah yang pertama dalam cuti tiga bulan kami diisi dengan program kemasyarakatan yang mana aku dan Nor A turut terpilih. Jadi, kami hanya ada lebih kurang seminggu dua sahaja cuti sebenar sebelum kami kembali ke kampus.
Sebagaimana status dan kaliber seorang pelajar yang biasa, duit poket hanya sekadar secukupnya. Jadi semasa menjalani latihan praktikal dalam kampus, aku dan Nor A bersetuju untuk menginap secara sembunyi-sembunyi di dalam bilik simpanan barang yang telah diwartakan oleh pihak kolej dalam satu blok panjang 3 tingkat. Bilik simpanan barang itu cukup penuh, sesak dan tiada hidupan bernyawa kecuali kami berdua.
Di siang hari, kami berpraktikal sampai ke petang, pintu dikunci dengan mangga yang telah dipenduakan. Hanya malam hari kami menumpang tidur dan main game komputer ihsan seorang pemunya yang mengamanahkan Nor A sebagai penjaganya. Setelah beberapa hari kami menetap di bilik simpanan barang, kami di datangi oleh seorang senior kolej. Orang yang punyai kaitan rapat juga dengan pihak pentadbiran kolej, kami rasa la.
"Hah, ada orang rupanya duduk di sini, apa korang buat kat sini?" Senior kolej ini berkata sesudah menerjah bilik kami. Kami kerisauan. Kalau dilaporkan, tentu nahas.
"Err, kami tumpang je, ada latihan praktikal sekarang" Aku tak ingat, Nor A ke aku yang jawab.
Sesudah berbalas 2-3 lati pertanyaan, senior kolej ini sebenarnya juga sedang mencari tempat untuk menginap tanpa bayaran. Jadi kami kelegaan sebab kewujudan rahsia kami akan turut dikongsi serta bertambahlah rumet kami. Tidaklah terlalu sunyi.
Sumber kegembiraan dan keriangan kami tika itu adalah game lumba motor dalam komputer yang 'dijaga' oleh Nor A. Kalau tidak aku, Nor A akan cuba memintas untuk meletakkan nama sebagai rekod markah tertinggi. Itu sahajalah yang mampu kami lakukan untuk memenuhi masa lapang setelah bertungkus lumus di siang hari di bengkel-bengkel serta makmal-makmal mekanikal.
Dalam satu waktu maghrib. Nor A sedang enak bergelak riang bermain game. Aku tengah berbaring membaca naskhah majalah yang tiada sifat maklumat langsung. Senior kolej baru masih enak terlena dikatil beliau dibucu bilik sejak petang tadi. Keletihan sebab seharian dia menjaga program motivasi pendidikan kelabnya. Dalam sayup sayup bunyi game dari komputer, tiba-tiba kedengaran bacaan Al-Fatihah. Disusuli dengan bunyi takbir. Serta permulaan ayat Kursi.
Aku bangun dari perbaringan, aku toleh pada Nor A. Nor A toleh pada aku. Aku angkat kepala pada Nor A. Nor A angkat bahu pada aku.
Aku isyaratkan pada arah bunyi. Ke arah letaknya katil senior kolej. Nor A toleh ke belakang, dia berbisik sambil berisyarat mulut. "Tidur.."
Kami ke katil senior kolej. Dia memang tengah tidur. Tapi bunyi bacaan tadi memang datang dari dia. Suara
dia. Kami sambung apa yang tengah kami buat sambil tertanya-tanya. Tak lama, senior kolej terbangun dari tidur. Dia terus ke katil aku.
"Hisshhh, aku mimpi agaknya tadi". Senior kolej mula berbicara.
"Mimpi apa?" Aku tanya.
"Aku mimpi ada perempuan datang dekat aku. Dia cuba nak kacau aku. Aku tahan. Aku baca la apa yang patut". Senior kolej menyambung.
"Owh, patut la tadi dengar macam ada orang baca Al-Fatihah, ayat Kursi" Aku sambung.
Nor A pon dah di katil aku. Turut bersetuju dengan apa yang kami dengar tadi.
"Lah, dah dengar apesal tak kejut tadi?" Senior kolej pulak tanya kami.
"Mana nak tau, ingat mengigau ke apa ke" Nor A pula yang jawab.
Dalam pada bersembang tu, senior kolej menjelaskan yang perempuan yang datang pada dia tu duduk berlipat lutut dengan kedua-dua tangan memeluk lutut. Betul-betul di bucu siling atas katilnya. Bergentayangan. Sambil memberi amaran jangan mengacaunya. Sebab itu senior kolej membaca apa yang dia baca. Dia juga memberitahu yang malam sebelum itu, dia menjadi antara orang yang memegang seorang fasilitator perempuan yang turut serta dalam program motivasi pendidikan di kolej yang terkena histeria. Dia juga yang membawa pelajar perempuan itu ke Darul-As-Syifa.
Aku dan Nor A berpandangan. Aku tertinjau pada bucu siling yang dikatakan. Memang tiada apa yang dapat dilihat pada mata kasar.
"Hah, dah la, korang keluar makan nanti, belikan aku nasi ayam kunyit eh". Senior kolej berlalu dan terus ke bilik air untuk mandi dan khidmat diri. 2-3 hari selepas itu, senior kolej dah berpindah ke blok sebelah. Yang lebih kecil dan ramai rakan-rakan akaustikanya.
Untuk aku dan Nor A, kami saling membaca doa yang mana kami tahu untuk terus melelapkan mata saban malam sebab latihan praktikal dalam kampus kami lambat lagi nak habis. Dan tiada siapa antara kami yang mengambil alih katil dan tilam tempat senior kolej tidur.
Sekali pagi kami terlambat bangun, dua-dua hanya mampu berwudhuk, berbedak muka dan berminyak rambut untuk ke makmal membuka enjin jip sebab juruteknik makmal itu telah memberi amaran keras hari sebelumnya. Bukan dia nak percaya alasan kami yang tak lelap tidur tiap malam (padahal sakan main game).

Sabtu, Januari 16, 2010
Wenger turun sebagai kesebelasan utama Arsenal
Dalam serius-serius romantik darah Peranchis Pak Wenger, boleh pulak dia buat lawak. Tapi, melawak dia aku rasa berganda-ganda berguna dari Pak Alex yang tak habis-habis komplen hal pengadil.
Dalam kepala Pak Wenger, hanya Samir Nasri, Rosicky sebagai pemain tengah yang sudah cergas. Fabregas juga mungkin dah boleh main balik. Tapi Denilson sakit perut, Ramsey terkoyak otot, Wilshire cedera dan Song tengah sibuk Piala Afrika.
Pak Wenger dengan bersahaja mengeluarkan kenyataan. " Saya tengah berlatih sekarang, saya juga seorang pemain tengah yang kreatif lagi fantastik!".
Aku betul-betul berharap nak tengok bagaimana fantastiknya Pak Wenger bergandingan dengan Fabregas. Turun tau malam besok!
***
Pak Wenger juga telah mengubah prinsip dirinya dalam menguruskan Arsenal baru-baru ini. Dia tidak menghirau bila Viera nak balik ke Liga Perdana England sampai membiarkan Man City mengambil Viera dengan gaji tak masuk akal untuk pemain tengah yang 'pernah' ada nama dan karisma tapi sudah kekurangan kecergasan dan prestasi.
Tapi bila melihat prestasi dan potensi Sol Campbell yang dah bersama-sama berlatih dengan Arsenal sejak keluar dari Notts County, Sol menjadi bekas pemain Arsenal pertama yang kembali menjadi pemain Arsenal semula. Pak Wenger bukan orang Perancis yang hanya mementingkan adat semata-mata.
Pak Wenger memang betul-betul percaya, musim ini adalah musim untuk Arsenal menang. Bila nak beli penyerang pulak Wenger?
Lama jugak tak menulis hal ehwal Arsenal ek. Bolton akan bertemu dengan Arsenal tengah malam Ahad dan kemudian Arsenal akan bertemu dengan Bolton awal pagi Khamis. Ini semua gara-gara salji monsun timur laut di England. Pemanasan global kah?

Langgan:
Catatan (Atom)