Advertlets

Isnin, Mei 11, 2009

Sinetron Dramalova part XI

Babak Satu

Suatu masa dahulu, Diego tak pernah mempunyai keinginan yang sangat mendalam untuk pergi JUSTUKOR. Terutama pada mula-mula Diego menjejak kaki di wilayah selatan Sao Paulo untuk memulakan karier. Masa itu, Diego cari kole besi buat makan mee segera dan bancuh air pon kat pasaraya biasa. Apatah lagi kelengkapan harian. Juga di pasaraya biasa. JUSTUKOR berdekatan rumah Diego baru lagi dibuka. Satu kompleks membeli belah paling menonjol di sekitar kawasan itu. Tak perlu lagi remaja muda mudi di kampus berdekatan untuk ke ANGSINI mahupun SITISKUER untuk membeli belah atau pun makan makanan pantas lagi segera. Tapi tak juga teringin langsung Diego nak pergi.

Cuma bila kahwinnya Diego dengan Marcia, keperluan membeli-belah Diego telah berubah. Harga barangan dan keselesaan mencari barang keperluan menyebabkan Diego buat juga kad JUSTUKOR bulan pertama mereka berkahwin. Kalau ada jualan Kad JUSTUKOR yang berdekatan, pasti Diego dan Marcia akan meramaikan jumlah pengunjung di sana. Mencari peluang mendapat barangan yang lebih murah dan berpatutan. Tak kiralah tengah sarat mengandung mahupun tika mengendong anak kecil.

Bila dah ada anak sendiri, JUSTUKOR telah bertukar fungsi sekali lagi buat Diego dan Marcia. Ia menjadi taman permainan kanak-kanak terbesar buat anak-anak mereka, Rodriguez dan Pablo. Rodriguez yang baru boleh bercakap sedikit-sedikit dah boleh sebut JUSTUKOR dengan sempurna. Meminta-minta Diego membawanya ke sana tiap kali naik kereta. Dia juga tahu mana letaknya rak-rak bahagian mainan kanak-kanak. Mereka sentiasa tekun mentelaah segala mainan-mainan di sana. Pablo tidak kurang hebatnya, walau kecil comel, tapi gilanya terhadap mainan kereta dan motorsikal melebihi segalanya.

Cuma, mereka pandai menjaga tertib dan adab sopan memasuki pasaraya. Mereka tahu, itu hanya mainan sementara mereka. Bila tiba masanya, mainan akan diletakkan semula dan Diego dan Marcia akan membawa mereka pergi jauh dari bahagian mainan itu. Mereka tidak akan meronta-ronta, terbaring dan berguling-guling meminta yang bukan-bukan. Begitulah adab sopan ketika mengunjungi pasaraya yang telah diterapkan Diego dan Marcia buat Rodriguez dan Pablo. Makcik penjaga bahagian mainan juga telah mengambil berat terhadap mereka dan senang melihat kejurusan mereka mempergunakan mainan di sana. Berat Pablo pon di ambil kira makcik bahagian mainan, sebab sebelum ini berat Pablo agak susut sedikit.

Babak Dua

Menghampiri hujung bulan. Diego punyai belanja cukup-cukup sahaja untuk keperluan sekeluarga buat minggu itu. Sipi-sipi boleh terlepas makan nasi kalau perbelanjaan itu tidak terkawal.

Walaupun demikian, susu tepung untuk anak-anak tetap akan dipastikan agar senantiasa mencukupi bekalannya. Hanya yang termampu buat anak-anak Diego. Tapi minggu itu, bekalan susu tepung buat Rodriguez dan Pablo telah habis sebelum tempoh unjuran.

Bukan tidak ada tempat lain yang menjual susu tepung, tapi kalau Diego bawa anak-anak ke JUSTUKOR, itu adalah bonus untuk anak-anak sebab mereka dapat melampiaskan rasa suka mereka terhadap kawasan JUSTUKOR itu.

Bila selesai membeli susu tepung, ketika melewati kawasan restoran makanan segera, di perkarangan kawasan luar restoran disediakan mainan-mainan tunggangan kanak-kanak. Ada kereta bomba, motor polis, jip, panda, keretapi dan dua tiga lagi mainan tunggangan. Semuanya perlu token yang berharga Rs 1 untuk membuatkan tunggangan itu bergerak dan mengeluarkan muzik.

Rodriguez sudah di atas tunggangan meminta-minta dan menghulurkan tangan untuk memasukan token. Diego rasa tak wajar. Kalau bagi dekat Rodriguez, nanti apa kata Pablo? Mesti Pablo pula akan meminta token yang sama. Bukanlah harga token itu yang menjadi ukuran kasih sayang, tapi hari itu, Diego rasa wang perlu digunakan untuk hal-hal yang lebih penting. Juga Diego pernah menjumpai mainan tunggangan yang sama tetapi menawarkan harga Rs 0.50 untuk sekali tunggangan. Bukankah lebih berpatutan?

Diego dan Marcia adalah pengguna bijak. Diego terpandang satu mesin yang kelihatan sedikit jauh dari kumpulan mesin tunggangan. Lampu mentol menyala di kepala Diego.

Diego tukar Rs 1 di kedai majalah berhampiran. Diego buka selipar Rodriguez. Letak Rodriguez diam-diam di tempat yang dikehendaki. Diego masuk syiling Rs 0.20 ke dalam mesin. Rodriguez dapat markah 14.2 dari mesin itu. Diego turunkan Rodriguez, letak pula Pablo. Masukkan lagi syiling Rs 0.20. Pablo dapat markah 10.5 dari mesin. Pablo kalah dengan Rodriguez. Marcia pula naik. Markah Marcia lebih tinggi, 68.2. Diego sendiri pula yang naik dan memasukkan syiling. Teruja untuk bermain mesin ini. Diego menang. Markah Diego paling tinggi, 70.4.

Dengan modal tak sampai Rs 1, semua gembira dapat bermain dan mereka pulang dari JUSTUKOR dan sempat sampai rumah sebelum cerita CSI bermula.

Mesin ini agak seronok main ramai-ramai

Notapenting amANI: Selamat Hari Ibu buat Mak, Mek dan Ezi. Dengar kata Zaahirah dan Lini pon bakal ibu juga.


Jumaat, Mei 08, 2009

Hari Ini Hujung Minggu


Ammar suka menulis dan mewarna. Segala gambarajah akan dia kerjakan.

Pegi supermarket. Dia belek habis semua kaler pensel.

Nak buka dan main.

Dah 5 buah buku mewarna atau belajar menulis telah dikerjakan Ammar. Semua ummi dia dah buang dan beli yang baru.

Tak sempat panas punggung sampai rumah, buku baru pon Ammar kerjakan.

Aku predict, Ammar akan pandai melukis.

Macam aku. Hahah.

Rabu, Mei 06, 2009

Di Sungai Petani dengan Mohd T

Dari jauh, Mohd T dah sengih. Mohd T menghampiri meja makan. Hirup sedikit teh tarik di cawannya.

Mohd T: "Eh, pengantin sebijik macam dalam Hitman, nasib tak pakai cermin mata hitam je"

Aku tengok, kelihatan agak serius perwatakan yang dibawa pengantin. Mungkin dia risau persilat yang menghunus parang buatan itu.

Mohd T : "Ada iras-iras Jeneral Yamamoto pon ada"

Aku : "Patut pengantin selit pedang panjang kat pinggang, baru la menjiwai watak"

Entah kenapa, aku rasa macam ni la kot kalau kaum bapa yang bersembang hal-hal pengantin. Tak terkeluar pulak hal-hal seperti fabrik pakaian yang dipilih, jenama baju, kaler baju sedondon ke tidak, muka pengantin perempuan ada iras-iras rupa pengantin lelaki, apesal pengantin pakai kasut kaler putih, apesal bunga yang pengantin pegang kaler hijau, kat mana la pengantin tu mekap dan juga hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

Begitulah laporan lengkap ketika menghadiri kenduri kahwin Redghost minggu lepas. Gambar yang diambil dengan kamera-tali-lebar-2-jari-boleh-sangkut-kat-leher ada kat blog beliau.

Nota
kamera kocek amANI: Amacam gambar yang aku letak? Bebokeh-bokeh dah aku rasa. Hahah.

Selasa, Mei 05, 2009

Hanya baju itu yang penting

Cakap banyak tak guna. Releks-releks tunggu awal pagi nanti.

Kalau Ammar merengek lagi gatal-gatal satu badan payah nak tido. Aku ajak jugak tengok tv pagi nanti.

Ada sapa-sapa nak aku tolong sms bila Samir Nasri menyepak lencong gol lepas Van der Sar lagi dua kali nanti?


ada ke iras-iras Samir Nasri?

Kemaskini Rabu, 10 Pagi.

1. Tanpa hipokonkrit, syabas buat Man Utd sebab kucar kacir kepala otak Arsene Wenger dibuatnya.
2. Aku tengok dari awal sampai abis ok, bukan tengok keputusan kat cenel 811.
3. Syabas juga buat pasukan Kedah, 7-0 ye Hanoi Fc kena. Tapi boleh pulak kelab Eastern Athletic dari HK menang dengan Chonburi Thailand. Komplot ke hape.
4. Ammar memang merengek kegatalan. Lepas basuh, sabun dan sapu losyen. Dia terlena sendiri di separuh masa kedua.
5. Aqil malas dah nak layan tengok, bila dah 2 gol, isap susu botol lagi feel.
6. Ada lagi sekali jumpa Man Utd 2 minggu lagi, mana tau nak repeat balik kan.

Pepatah pinggang anda


Pepatah hari ini:

"Kalau membaca kisah Ahmad S rasa sangat jenuh dan panjang. Ianya mungkin boleh diibaratkan seperti membawa kereta ke Kulim dari Skudai dan kembali semula. Amat jauh dan sedikit gila. Rasa kebas pinggang-pinggang."

Fakta-fakta:
i. Pegi hampir 11 jam perjalanan. Balik dalam 7 jam tempoh perjalanan.
ii. Kenduri kahwin di kampung Ahmad S. Kali ini, aku dah cas kamera elok-elok.
iii. Aqil & Ammar pandai mengambil hati tok dan tokwan.
iv. Main badminton dengan Mohd T. Sukan paling intensif pertama aku untuk tahun 2009.
v. Mohd T main badminton macam Frank Lampard. Terrer. Smash berdesup.
vi. Mohd T merancang nak belajar main piano, percaya atau tidak?
vii. Perasaan membawa Triton kepunyaan Mohd T adalah seperti membawa kereta kebal yang sangat pickup.
viii. Sepanjang perjalanan pulang dari tol Jawi sampai Sungai Perak, Aqil tak berhenti berharap dan masih mengajak balik semula ke rumah Tok Wan.

Aku malas mengarang. Pendek dan ringkas macam siaran berita sudah.


Jumaat, Mei 01, 2009

Ahmad S siri Kemuncak

Amaran Keras : NSFW sebab panjang berjela-jela. Betul-betul panjang. Sila hela napas panjang-panjang dan jaga juihan bibir anda.

Ini adalah kisah terakhir siri Ahmad S buat tatapan anda semua. Bukan ini bermakna ianya berakhir, tapi aku ingin tumpukan kepada kisah-kisah lain buat masa akan datang. Kalau ada pun sambungan, mungkin aku terpengaruh dengan pengkarya filem tempatan seperti Ahmad S lagi, lagi-lagi Ahmad S, Ahmad S kembali, Ahmad S junior, Ahmad S VCD lah pulak dan Ahmad S the movie. Jadi, jangan berhenti berharap. Eh, kot-kot kisah Mohd T? Hahah. Kaya aku kalau betul semua kisah ni aku jual secara cetak rompak kat pasar Semua Orang Boleh Berniaga (SOBB).

Latar belakang cerita adalah kisah aku pada ketika tahun 3 nak masuk tahun 4. Ada cuti sebulan. Cuti itu sepatutnya aku ada program Lambaian, tapi batal. Balik Kota Bahru dengan gadis-gadis Lambaian negeri Kelantan. Keretapi yang dinaiki melanggar gajah. Kelewatan lebih 12 jam dari jadual asal. Lusa, aku datang balik universiti, sebab aku perlu hadir wakil Lambaian untuk program Leadec. Baru separuh hari program, aku dah tak senang duduk, aku buat surat kata tok suruh balik Kulim. Aku mintak perlepasan dan aku melepaskan diri. Tak sanggup menjadi sebahagian dari kepimpinan kolej. Cukup dengan apa yang aku dah buat untuk kelab selama ini.

~Hari Pertama

Pengembaraan bermula. Bukan pengembaraan balik Kulim rumah Tok, tapi misi ke Kuala Lumpur. Sepatutnya pengembaraan bermula seminggu lagi. Tapi aku dah tak sanggup tunggu, Ahmad S aku hubungi menggunakan telefon awam. Mintak dia ke KL sekarang juga. Ahmad S membentak. Permintaan aku keterlaluan, mak dia akan marah nanti sebab tak sampai seminggu duduk Sungai Petani dah nak keluar berjalan. Dia mintak tunda lagi 2 hari. Aku ok.

Aku telefon pulak Peyo di Batu Pahat. Dia ada kat rumah. Aku offer diri pergi rumah dia hari ini juga, singgah buat memotong hari sebelum bergerak ke KL. Peyo setuju. Aku hantar motor ke rumah Mohd T di Jalan Kebangsaan. Aku mintak Maizam hantar ke stesen bas Larkin. Tiket Bas-Batu-Pahat-Sekarang aku beli, lewat petang dekat Maghrib aku sampai. Peyo jumpa aku. Aku jumpa Peyo. Dia bagi permintaan yang lebih keterlaluan. Malam ni jugak kita pergi KL. Aku ok. Aku naik bas lagi ke Puduraya dengan Peyo. Peyo ada hal dengan gadis dia, sebab itu kene ke KL hari tu juga.

~Hari Kedua

Aku sampai Puduraya sebelum azan Subuh lagi. Setelah menunaikan apa yang wajib, aku tunggu hari terang. Peyo dah aku babai di tangga Puduraya. Gadis dia pikap pakai Satria. Aku tunggu lagi. Dekat-dekat dah panas. Aku naik LRT STAR. Menuju Pandan Indah. Rumah abang. Sampai rumah abang, dia baru nak pegi kelas. Dia suruh aku rehat-rehat. Aku buat sarapan pagi, makan dan terlena sampai tengahari. Petang dan malam aku habiskan dengan abang dan rakan-rakan. Naik motor sekitar KL. Rempit ke? Entah.

~Hari Ketiga

Pagi esok, Ahmad S dah telefon bagitau dia akan sampai Puduraya bila-bila masa sahaja. Aku tunggu lagi. Dah dekat-dekat masanya, aku pecut dengan LRT STAR pegi Puduraya. Ahmad S dah tunggu aku dan ditemani Kuril dan Botak. Botak adalah pelajar pandai-skema-berkaca-mata-dan-tidak-botak yang sama jurusan dengan aku di universiti selatan. Kuril berambut panjang macam penyanyi rok. Tapi lurus macam dah pakai perapi rawatan stim. Lagi panjang dari aku. Takpe, universiti dia pergaulan bebas kot.

Kami minta ehsan Botak untuk menumpang tido semalaman. Botak bagi. Menuju rumah Botak dengan Iswara hadiah harijadi dari bapanya. Ada abang dia. Abang dia keluar dan membelikan pizza buat kami. Kami makan dengan lahap kerana lapar. Memasuki malam, aku ajak Botak keluar jalan-jalan. Tunjukkan kami Kuala Lumpur. Botak setuju. Tapi dia sendiri tak tahu apa yang ingin ditunjukkan. Aku cadangkan Uptown yang aku hanya pernah dengar dan pergi dibawa orang, tak tahu menahu mana daerahnya dan jalannya. Botak bawak. Sampai ke satu kawasan yang nampak banyak orang letak kereta, makan-makan, ramai orang, meriah warna-warni. Mungkin ini Uptown.

Aku sms Peyo. Dia kebetulan berdekatan. Dia datang duduk sekali di meja kami. Di sisi ada 2 lagi gadis berbaju singkat nampak lurah ketiak bersama Peyo.

Aku terkeluar pertanyaan. "Ini Uptown ke Bangsar?"

Gadis menjawab. "Ini Bangsarlah. Hi hi hi". Ketawa kecil. Gadis tambah kuah. "Korang ni nampak tak matanglah. Hi hi hi."

Berderau darah aku dengar. Aku tengok, Botak dah tunduk malu. Ahmad S berlagak selamba. Siap tanya ada lighter tak kat gadis. Gadis hulur.

Malam dah lewat. Botak dah segan, aku dan Ahmad S dah nak bergerak pulang. Sampai kat kereta. Gadis-gadis masih ligat bergelak ketawa. Aku kasik sepakan lencong.

"Tak manis gadis-gadis keluar sampai lewat malam"

~Hari Keempat

Esok siang. Kami dah tiada plan lain dengan Botak. Pagi dah hilang ditelan lena. Dah tengah hari, kami berkemas untuk beransur dari rumah Botak. Botak sponsor pulak makan nasi tengahari bungkus dulu. Alas perut. Lepas tu Botak tinggalkan kami di LRT STAR. Kami naik sampai Masjid India. Tukar LRT PUTRA ke Universiti. Aku konfiden sebab dah pernah buat. Ahmad S baru pertama kali.

Sampai di stesen Universiti, kami melangut. Macam mana nak masuk Universiti itu, walau nama stesen ini Universiti, tapi ianya bukan di dalam universiti. Mujur ada gadis. Aku suruh Ahmad S tanya, sebab muka dia lebih suci walau berparut macam Chang Kong. Muka aku garang. Gadis suruh kami tahan bas yang masuk univerisiti. Kami lambai je bas tuh, mujur tak tahan depang tangan. Bas berenti, kami masuk, tunggu dan sampai depan perpustakaan.

Di sebuah stesen bas sebuah universiti tertua di Malaysia yang penuh dengan para pelajar wanita untuk menunggu bas ke destinasi ilmu masing-masing.

Aku : "Ko perasan tak?"

Ahmad S: "Apa?"

Aku : "Kita berdua je remaja lelaki contoh yang duduk tunggu bas kat sini, yang lain semua gadis-gadis"

Ahmad S : "Eh, ha'ah la"

Ahmad S bingkas ke belakang, telefon Kuril supaya lebih pantas menyelamatkan kami dari para gadis-gadis ayu berbaju kurung dan ada juga berpakaian ketat di stesen bas ini.

Kuril datang dengan 2 buah motorsikal. Member dia la yang bawak lagi satu. Bunyi motor bising bingit. Gadis-gadis yang tadinya telah menyimpan hati terhadap kami, semua mula mematahkan hasrat dan mencebik. Tanpa helmet, aku lompat naik dengan Kuril dan dia memecut ke kolej kediaman.

Sampai dalam bilik Kuril. Nampak agak sendat dan padat. Ada seorang mamat dalam bilik itu, rambut pendek, tapi kaler emas. Baru mengangkat punggung dari sebuah komputer. Sebagai tetamu, aku salam, Ahmad S salam. Kuril hoi saje dia, dia hoi balik.

Sebab kaler rambut dia buat aku tertanya-tanya. Aku tanya Kuril.

Aku : "Rumet ko ke Kuril?"

Kuril : "Entah, ini baru pertama kali aku nampak dia, tak kenal pon"

Aku rasa menyesal menjadi sopan tadi dan menyalam mamat tadi. Ceh.

Ahmad S dan Kuril layan berborak. Mata aku dah kuyu. Aku baca pulak komik Eyes X Eyes. Best. Tapi mengantuk. Aku terlena. Dah masuk petang, kami ajak Kuril bawak pusing-pusing kampus dia. Ini misi utama pengembaraan kami. Menjejak semua universiti tempatan dan mengambil gambar di hadapan papan tandanya.

Kami ke kolam renang, padang, tasik, kolej wanita eh, kolej kediaman rakan yang lain, tapi tidak berjumpa. Dah dekat malam, pulang semula ke bilik Kuril. Adz dan Pak Chot sedia menunggu. Ajak pergi rumah sewa rakan Kuril di sebuah apartment separa mewah. Sebelum bertolak. Kami singgah di depan papan tanda universiti. Maghrib dah masuk. Keadaan agak kelam. Kuril bersembunyi di sebalik pokok untuk mengambil gambar kami. Dia malu. Rambut rok tapi ambik gambar dekat papan tanda. Hasilnya. Gambar itu tak jadi, gelap dan kelam sebab dah malam. Sia-sia usaha Kuril bersembunyi.

(Ahmad S dan aku di tasik UM sebab gambar papan tanda tak jadi)

Selesai khidmat diri di rumah sewa rakan Kuril merangkap rumah yang selalu Kuril lepak. Kami menuju destinasi baru. Makan. Kali ini Uptown. Betul Uptown. Sebab Adz dan Pak Chot arif selok belok Kuala Lumpur. Singgah di PJ mengambil Lobo. Dalam kereta, aku cuba pujuk Lobo untuk menumpang tidur malam ini. Gagal. Lobo belanja kami semua makan.

Selesai makan. Kami menuju destinasi seterusnya. Universiti yang punyai multimedia. Di tempat yang punya projek mega. Kami teruja. Terbayang beberapa misi lain seperti sembahyang sunat di Masjid Putrajaya dan bergambar di bangunan utama Putrajaya. Mudah-mudahan. Menurut Adz, aku hanya perlu melalui jalan yang punyai Jambatan bertingkat ala Pulau Pinang ini untuk ke Kuala Lumpur nanti kalau-kalau aku ingin menjejak sendiri Kuala Lumpur. Sebab dia mungkin ada kelas dan tidak dapat melayan tetamu seperti kami. Aku angguk.

Sampai di universiti yang punyai multimedia ini. Kami terpegun. Ada mesin vendor menjual minuman ringan. Tapi tak boleh beli guna syiling atau wang kertas. Harus punyai Kadfon. Canggih. Di mata kami. Pada waktu itu. Mujur mesin vendor tu tak menerima sms untuk order air tin berkarbonat. Kalau tak. Lagi canggih.

Kami pilih bilik Adz buat tumpangan. Ada 3 komputer semuanya. Semuanya terpasang. Semuanya punyai rangkaian network dan internet. Satu digunakan untuk mendengar WinAmp. Satu digunakan buat bermain Counter Strike. Satu lagi pula sedang menayangkan CD cerita Highlander. Semua dengan sistem bunyi luaran sendiri yang bingit. Lantai bilik dilapik toto nipis menjadi hamparan katil buat kami. Bantal ihsan Adz. Dan kami pon melelapkan mata. Tanpa gangguan.

~Hari Kelima

Pagi aku dicuri tidur. Aku sembahyang subuh yang pupus. Ahmad S dah berjalan-jalan di sekitar kawasan kampus. Siap layan siaran tv pagi di bilik tayangan. Adz terkocoh-kocoh awal pagi tadi. Ke kelas. Kami bersiap-siap khidmat diri. Belum tahu apa rancangan seterusnya. Adz pulang dari kelas. Ajak makan tengahari.

Adz tiada peluang untuk melayan kehendak kami untuk berpeleseran tapi Putrajaya sangat menggamit untuk kami jelajahi, mungkin juga ke Kuala Lumpur. Dia ada kuiz dan kelas petang nanti. Dia offer kunci kereta otomatiknya. Isi minyak dan pandulah sesuka hati. Aku tiada pengalaman memandu di bumi projek mega ini. Mujur Pak Chot datang, offer diri untuk menunjuk jalan keluar sebab dia pon nak memandu ke Kajang. Kami setuju.

Kenderaan otomatik adalah asing buat aku. Tapi dengan cubaan pertama mengundurkan kereta berjalan lancar. Aku konfiden. Ahmad S memberi sokogan moral sahaja. Dia lagi kabur terhadap peta dan jalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Aku hanya punyai memori yang ringkas dan sipi-sipi berpandukan pengalaman berjalan-jalan dengan keluarga.

Jalan kami ke arah Putrajaya tidaklah berjalan lancar. Tersalah jugak masuk sana sini. Tapi akhirnya tetap tiba di Masjid Putrajaya. Kami selesaikan Zohor serta Asar dan berjalan-jalan sekeliling kawasan Masjid. Panas terik. Kawasan bawah masjid punyai kedai-kedai makan dan jual jajan. Harga memang tidak boleh tahan. Kami beli aiskrim sambil layan pemandangan tasik.

Selesai kawasan masjid, kami memandu pula ke arah bangunan utama Putrajaya. Nak bawak kereta masuk, tapi pak gad tahan. Dia suruh parking di luar dan daftar masuk. Kami tinggalkan kereta, tukar pas pelawat dengan kad pengenalan dan mula menaiki tangga-tangga tinggi ke Bangunan Utama. Aku amik gambar Ahmad S, Ahmad S ambik gambar aku. Kami masuk dalam bangunan. Ahmad S punyai sifat ingin tahu yang melampau. Dia cuba buka tiap pintu yang dia jumpa. Semuanya terkunci. Kecuali satu. Pintu sisi. Aku gusar. Ahmad S kata jom. Kami masuk. Perlahan-lahan. Jumpa lagi pintu. Buka lagi. Masuk lagi dalam. Sampai lagi satu pintu. Kunci. Okeh, dah jom patah balik. Aku ajak Ahmad S. Tapi Ahmad S tengok pulak tangga. Aku kata sudah. Terkunci kita kat sini mau naya. Kami keluar. Selamat. Lega.

Masa nak turun, kami lalu ikut tepi bangunan. Ada landskap-landskap yang cantik. Malas nak turun ikut tangga, kami lari turun lereng bukit itu. Laju-laju sampai nak tergolek. Lari laju sebab takut pak gad nampak dan marah sebab pijak bunga yang dorang baru tanam. Ketawa gelihati sebab buat kerja tak senonoh. Mujur pak gad tak tanya dan kata apa-apa. Pas pelawat kami tukar. Kami memandu keluar.

Aku : "Nak kemana kita?"

Ahmad S: "Mana lagi, ikut ko la"

Aku : "Tugu Negara?"

Ahmad S : "Jom"

Aku : "Ko tahu ke jalannya?"

Ahmad S : "Ikut je signboard"

Ahmad S memang co-pilot yang berdedikasi. Peta tak de, memori jalan takde, arah tuju dan daerah pon tak tahu. Petua dia sungguh mujarab dan ringkas. Mungkin sebab itu sekarang dia beli GPS.

Aku ikut signboard. Cari Kuala Lumpur. Jalan je terus, ikut je segala simpang. Sedar-sedar aku dah sampai area Pudu. Tak lalu langsung Jambatan bertingkat yang ala Pulau Pinang itu. Pesanan Adz dah tiada dalam memori. Mujur aku cam sikit-sikit Pudu. Keluar semula. Cari jalan sebenar. Jumpa jalan yang aku konfiden. Jalan punya jalan, dah lepas dataran Merdeka. Dah menuju Parlimen. Ada simpang ke kanan untuk ke Tugu Negara. Aku silap ambil laluan, aku terlepas simpang itu. Aku konfiden kat depan ada laluan untuk U-turn. Rupanya aku dah mendaki menaiki jalan ke Bangunan Parlimen. Tiada laluan untuk U-turn. Sampai balai pengawal. Polis yang jaga. Dia tahan aku.

Polis tanya. "Nak pergi mana ni?"

Aku minta dengan sopan. "Saya tersalah jalan, nak buat U-turn"

Polis kata. "Mana boleh U-turn kat sini. Tak nampak ke ada tanda tiada U, ini kawasan Parlimen, kalau U-turn di sini tanpa kebenaran, boleh kena saman, turun, mintak I/C dan lesen"

Aku turun. Dia suruh aku catit butir-butir peribadi aku atas satu borang.

Polis :"Saya saman kamu ni, kamu boleh bayar di mana-mana balai polis trafik dalam masa sebulan. RM300."

Aku dah gumam, aku mintak belas ihsan. Mintak maaf dan bagi tahu sesungguhnya aku tak tahu jalan sekitar KL ni. Kereta pon pinjam kawan. Datang semata-mata nak tengok Tugu Negara.

Polis ajak aku pergi ke kereta. Dia bagi I/C dan lesen aku. Aku masuk. Tangan dia masih di tingkap kereta.

Polis : "Dah, nak setel macam mana ni?"

Aku :"Saya minta maaf sangat-sangat encik, memang saya tak tahu"

Mungkin Polis merasa belas atau mungkin Polis malu dengan permintaan dia tadi sebab aku buat-buat tak paham, Polis bagi aku U-turn. Aku tak kene saman. Juga polis tidak minta yang bukan-bukan dari aku. Aku terus menuju ke simpang jalan yang benar. Aku berharap, Polis juga mendapat cahaya kebenaran.

Tugu Negara kami jelajahi. Aku rasa, tak ramai remaja contoh macam kami mengambil inisiatif mengambil peluang menjejaki Tugu Negara ini. Mungkin datang berdua-duaan dengan makwe adalah kot. Kami baca segala peringatan yang ditulis. Keluar dari Tugu Negara. Kami beli air tin. Penghilang dahaga. Turun pula ke taman di sebelah Tugu Negara. Ada arca-arca rekaan dari pelbagai negara Asean. Segala macam bentuk dengan justifikasinya sendiri. Aku terima seadanya. Sebab pereka memang punyai ilham dan resam tersendiri. Susun-susun batu pon jadi lambang harmoni.

Selesai melawat Tugu Negara, misi kami sudah separuh sempurna. Tinggal misi untuk menjejak lagi 2 universiti. Tetapi sebelum itu, kami punyai masalah pertama. Bagaimana untuk kembali ke Universiti yang punyai multimedia itu?

Aku ambil petua Ahmad S. Kita ikut papan tanda. Kami keluar dari Jalan Parlimen, menuju jalan Kuching. Lepas itu ikut papan tanda. Petua itu sungguh bernas. Kami berjaya sampai ke Cyberjaya. Tuan punya kereta, Adz seakan kehilangan perasaan amarah bila kereta kami melewati blok kediamannya. Dia risaukan kami yang buta jalan Kuala Lumpur ini.

Malam itu, kami makan malam sama-sama di sekitar kampus sahaja. Aku, Ahmad S, Adz dan Pak Chot. Jumpa rakan sekampus dulu yang sekarang dah pindah sini. Hari kelima ini adalah hari paling panjang buat kami. Benar-benar menguji sifat kembara kami. Motto hari ini adalah, harung dahulu, pikir kemudian.

~Hari Keenam (aku berhenti menulis sampai sini, jenuh wei, panjang berjela-jela dah ni)

Sebenarnya, memori aku tidaklah begitu kuat. Masuk hari keenam ini, aku sudah tidak mencatatkan lagi pengalaman yang kami lalui. Jadi, ini hanyalah sedikit sebanyak yang masih aku ingat. Sebab pengembaraan ini masih belum tamat.

Entah macammana dan bagaimana, memori aku telah meletakkan aku dan Ahmad S di dalam sebuah Komuter. Komuter ke arah Serdang. Di Serdang, kami dijemput oleh Yani Rasip, rakan sekelas gelfren Ahmad S ketika itu. Ini kabel terbesar Ahmad S di Serdang ketika itu. Dia bawa kami naik kereta beliau. Turun di sebuah kolej kediaman luar kampus. Tunggu rakan-rakan datang menyambut kami.

Don pon ada dan datang menjenguk. Kemudian Jeme datang setelah selesai kelas. Jeme menjadi kemudi kami di sana. Jeme pinjam kereta siapa entah. Kami keluar dari universiti asas pertanian itu, menuju universiti yang bersemangat kebangsaan. Pemberatnya adalah Ahmad S ingin bertemu gelfrennya.

Entah jalan apa yang Jeme ambil, kami sudah tiba di universiti bersemangat kebangsaaan itu. Aku tinggal sorang-sorang terkapai-kapai menghabiskan air teh ais ketika Jeme dan Ahmad S menjalankan urusan berjumpa gelfren masing-masing. Yang aku sedia maklum, aku sendiri kurang pasti universiti ini di Kuala Lumpur atau Bangi? Sampai sekarang aku punyai memori yang sangat tipis terhadap universiti ini.

Selesai jenjalan universiti ini, sebab kami tidak nampak atau perasan di mana papan tanda sebenar universiti ini, kami terpaksa membiarkan sahaja peluang untuk bergambar di hadapan papan tanda universiti ini. Ahmad S pon mungkin terlupa misi utama sebab baru sahaja berjumpa gelfren, masih di awang-awangan mungkin.

Seterusnya, Jeme telah melayan kami sebagai tetamu dengan sangat baik. Segalanya dia uruskan. Kami akan bertolak dan menamatkan misi pengembaraan esok malam. Jadi, tiket bas aku beli di Puduraya. Aku beli untuk balik Kulim. Kenapa Kulim? Sebab aku dah tulis surat kat Kolej yang aku nak balik tengok tok. Jadi, aku balik Kulim. Ahmad S ke Banting je. Sebab ada kenduri saudara. Jadi mak dia tak kan marah dia sebab dia datang terus dari Kuala Lumpur, dia akan bergerak ke rumah abang dia lepas itu. Bijak kan percaturan kami? Hahah.

Malam kami bersama Jeme, sembang-sembang. Makan di gerai makan berhampiran universiti. Aku tak ingat sangat. Kalau Ahmad S ingat, mungkin dia boleh tolong tambah untuk hari ini.

~Hari Ketujuh

Hari ini hari terakhir. Sekali lagi Jeme menjadi pemandu pelancong kami. Kali ini, dia yang tolong bawakan kereta. Pinjam dari Yani. Aku tak pasti kenapa, tapi sekali lagi kami ke universiti Kuril. Sebelum keluar ke universiti Jeme, kami singgah di papan tanda depan simpang. Jeme tolong ambilkan gambar. Jeme berdiri di tengah garisan jalan, bila tiada kereta, dia petik gambar kami. Sungguh istimewa layanan beliau terhadap kami. Gambar itu jadi dan sempurna.

Lepas itu,kami buat apa mende pon aku tidak ingat. Yang pasti, bila dah lewat petang nak masuk malam. Baru kami bertolak dari Bangsar ke Puduraya. Jeme membawa kereta pinjam itu laksana rally. Habis semua dia redah. Dia kata. Takpa, beri kepercayaan korang kepada aku.

Aku berserah. Kalau Jeme sangkut, aku terlepas bas. Kalau dia laju, mungkin aku tak naik bas. Jadi, aku hanya berharap.

(Tugu Negara, MMU, Putrajaya dan UPM)

Tapi, tentu pengakhiran cerita ini selamat la kan. Kalau tak, kenapa aku boleh tulis pulak cerita ini kan? Pengembaraan kami tamat di Puduraya.

Secara ringkas kesimpulan dan fakta pengembaraan yang boleh dibuat:

1. Kami naik segala pengangkutan awam. Bas ekspress, bas berhenti-henti, LRT STAR, LRT PUTRA, Komuter.
2. Hanya universiti di Shah Alam tidak kami jejaki.
3. Misi ke Tugu Negara berjaya dan sangat istimewa.
4. Kami jejaki semua rakan maktab yang kami kenal ketika di universiti mereka.
5. Hanya Peyo dan Kuril pernah membuat kunjungan balas ke universiti kami.
6. Sebulan cuti itu, aku hanya duduk rumah di Kelantan lebih kurang seminggu. Itu pun untuk balik JB, aku kene ambik tiket ke Melaka dan kemudian baru ke JB. Penuh saspens sebab tiket habis.
7. Aku dan Ahmad S memang dah rangka misi ini sebelum cuti semester lagi. Tapi rangka kosong. Tiada janji mahupun pengesahan. Masa ni, universiti kami masih belum menyelaraskan cutinya dengan universiti yang lain. Itu je satu-satunya peluang yang kami ada untuk meneroka universiti rakan-rakan.

Sekian.

"Aku tak percaya dengan orang Kuala Lumpur" ~ Ahmad S
ketika pertama kali menjejak kaki di Puduraya, Kuala Lumpur

Notajari amANI: Sekian sahaja siri Ahmad S. Aku rasa cukup dah kisah Ahmad S ini setakat ini. Dia pon dah menikah. Kita cerita hal-hal mendatang je la lepas ni. Segala tindak tanduk kami di dalam kisah ini tidaklah sempurna. Juga aku tiada kuasa untuk memutar masa. Ini adalah kenangan dan sejarah. Untuk pembaca yang tidak pernah terlepas siri ini. Mekasih atas sokongan dan galakan. Hangpa adalah motivasi utama aku menulis.


Rabu, April 29, 2009

Review kisah Ahmad S

Pernah tengok iklan wayang kat surat khabar?

Yang dia ada letak sedikit ulasan pendek, kadang-kadang review dari majalah atau akhbar. Contohnya:

"Filem aksi terhebat 2009" Majalah Lelaki.

"Memuaskan, gelihati, rancak..." Akhbar Perdana.

"Kami beri 5 bintang untuk filem ini..." Majalah Ternama.

Jadi, aku ingin membuka peluang buat korang semua. Menjadi juri sendiri dan membuat review kisah Ahmad S di blog ini. Sebab ikut undi, dah 4 orang undi kisah ini sebagai kisah yang dia suka. Juga sebagai ihsan dan sokongan supaya aku lebih rajin menyiapkan kisah Kemuncak Ahmad S. Aku memang suka puji-pujian ni.

Aku berani jamin, kisah kali ini adalah edisi BUMPER. Edisi tebal macam buku telefon. Aku baru karang separuh. Mengikut format font 12, Times New Roman, Double Spacing, kertas saiz A4, kisah kali ini sudah 10 muka surat!!. Itu baru separuh. Cuba bayangkan kalau korang berada di pejabat, di dewan kuliah dan di ruang menunggu restoran segera, tentu terisi masa kamu dengan membaca karya panjang berjela edisi kemuncak kisah Ahmad S ini. Produktivi kerja memang akan terjejas. Tapi kamu akan puas.

Jadi, apa lagi, hamburkan review kamu di sini dan mungkin aku akan mematerikan review kamu di panel kanan nanti. Hanya review ikhlas dan tidak plastik akan diterima. Aku tunggu sampai esok, Khamis, 630 petang. Kalau cukup memuaskan hati aku. Aku rasa seronok. Aku terbitkan kisah terulung, edisi kemuncak cerita pengembaraan Ahmad S dan aku ke Kuala Lumpur. Edisi menjejak universiti tempatan dan Tugu Negara.

Jangan tunggu lagi, kalau bukan korang, sapa lagi punca untuk aku mendapat pujian secara percuma. Panjang mana aku tak kisah. Janji ikhlas. Hahah, bukan aku sorang yang bahagia. Ahmad S dan keluarganya juga bahagia.

Kemaskini:

Kot-kot lupa kisah ini. Boleh layan di panel kanan, ada kompilasi kisah bersiri Ahmad S. Mana-mana kisah yang ada kaitan dengan Ahmad S akan terpampar di situ. Tak yah jenuh-jenuh belek satu persatu.

Sabtu, April 25, 2009

Hari ini hujung minggu

Seperti sedia ada. Tiada siaran di hujung minggu. Segala komen akan dibalas bila masuk hari Isnin.

Kalau tiada mende nak komen, undilah kisah kesukaan di tetingkap kanan itu. Aku cuma ingin melihat respons. Mana tau, ada yang tidak berkenan dan aku hanya syok sendiri. Hahah.


Juga, kalau-kalau ada lagi pembaca senyap, aku hargai jika meninggalkan jejak. Sekian.

Hujung minggu, anak-anak kerjakan aku.

Jumaat, April 24, 2009

Jalan-jalan Ahad - Kota Iskandar

Macam biasa, hari minggu adalah untuk jalan-jalan. Kalau jalan-jalan hari Ahad di tengah bulan. Poket yang nipis tidak bermakna anda tidak boleh menikmati kehidupan.

Setelah menyedari bahawa Kota Iskandar telah pun dirasmikan Sultan Johor baru-baru ini, aku teruja untuk melihat sendiri pembangunan yang telah dijalankan di sana. Biar betul diam-diam je terus dah boleh rasmikan bangunan berreka bentuk bebas ala-ala Putrajaya. Walhal, 2 tahun lepas, aku dah ke sini dan tiada kelihatan riak-riak pembangunan kecuali Horizon Hills, itu pon hanya rumah contoh. Kejap, rakyat Malaysia bukan negeri Johor tahukah apa itu Kota Iskandar? Hemm.

Aku gerak melalui Mutiara Rini, Lima Kedai, Gelang Patah dan sampai ke Nusajaya. Tanpa tol. Jimat.

Mujur ada papan tanda, aku ikut sahaja arahan. Ada beberapa kenderaan yang aku kira punyai keterujaan yang sama dengan aku dan keluarga.

Dah jenuh memandu agak jauh dari bulatan pertama di Horizon Hills, baru kelihatan susuk bangunan Kota Iskandar. Aku punya misi. Misi mengambil gambar bangunan dan ahli keluarga untuk kelihatan seperti melawati bangunan bersejarah di luar negeri. Tapi aku rasa, macam tak jadi je. Hahah. Baru masuk 3 bangunan, para model telah meletakkan jawatan. Aku ambik gambar langit je lepas tu.

Nah, gambar-gambar aku berjalan-jalan ke tempat baru, Ahad yang lalu. Di selang seli dengan sedikit perkataan. Ketip gambar untuk menilai hasil sentuhan biasa-biasa ihsan Photoscape dan gambar dari kamera poket tanpa tali lebar-boleh-buat-gantung-kat-leher.

Puteri Harbour

Ini dari satu bulatan yang semua pakat berhenti dan meletak kereta di bahu jalan. Semua tak tahu cemana nak ke jalan utama ke sana kot. Jadi, sudut panorama tidaklah begitu baik.

Bangunan Negeri

Bangunan pertama diambil bersama model ibu dan anak. Termasuk gambar sisi kenderaan yang masih elok dan lulus tapisan.

Bangunan Utama

Nama bangunan-bangunan ni semua aku letak sesuka hati sebenarnya. Jadi terima je lah ek. Adakah model kelihatan seperti sangat gembira menikmati percutian tanpa rasa belas terhadap situasi poket nipis? Hahah.

Bangunan Pendidikan & Bangunan Tanah

Juga, jangan percaya sangat nama bangunan itu. Tapi strukturnya macam bumbung rumah USJ. Hahah. Pak gad tu kata bumbung Minangkabau, aku angguk sekadar ingin mengambil hati.

Bangunan Mahkamah & Menteri

Kat sini duduk lebih lama sikit. Sebab modus operandi yang bawak kereta perlahan-lahan, berhenti turun, ambik gambar dan masuk kereta balik semula menyebabkan model-model mengalah dengan kehendak ketua rombongan. Rujuk gambar dibawah. Semua model telah membuat urusan sendiri. Makan nasi ayam, bekal dari rumah supaya zat-zat yang diperolehi diketahui kahsiatnya dan tidak membebankan poket yang sedia ada nipis.


Dah tu, sembang sikit-sikit dengan pengawal yang digaji di sana. Dia kata, pembanguan di sini telah di buat sejak beberapa tahun dahulu lagi. Tapi kelambatan, jadi baru kini ia siap. Kira Pak Lah menangguk di air keruh la, kata ini sebahagian dari Wilayah Pembangunan Iskandar. Entah. Pak gad kata lagi, bangunan Mahkamah itu agak keras. Mungkin konkritnya berlapis-lapis? Tak la, menurut pak gad, bangunan itu telah menyaksikan kehilangan 3 nyawa pekerja. Jam ketika itu telah masuk 7 petang. Kanak-kanak masih bermain riang. Aku risau sikit-sikit. Mujur nasi dah nak habis. Aku ajak dorang pulang.

Langit Kota Iskandar

Kalaulah takde bumbung khemah perasmian yang dorang tak punggah lagi itu. Tentu gambar ini aku buat poskad. Hahah.

Dah, begitulah jalan-jalan hari Ahad itu, kami memandu pulang melalui jalan sunyi dan gelap yang menghubungkan Nusajaya dengan Taman Nusa Idaman. Orang lain semua balik ikut laluan bertol di Link Kedua. Kami je yang jimat tol lagi sekali. Keluar ke Nusa Bistari, semayang Maghrib di Petronas. Pegi pasar malam Skudai. Beli cukup-cukup RM10 ringgit sahaja. Kemudian beli keperluan dapur di kedai runcit. Pulang untuk makan. Sekian. Siapa kata berjalan-jalan perlu duit yang banyak?

Ah, nak soalan kuiz lagi? Tahun berapakah pembinaan sebegini besar telah dimulakan di Kota Iskandar ini? Jawapan adalah berdasarkan maklumat dari Pak Gad, kalau dia tipu aku, maknanya tertipulah kamu juga. Anda tentu tahu kenapa aku tidak sediakan sebarang hadiah bukan?


Khamis, April 23, 2009

Kuiz Tinjau Tinja

Pernah tengok blog yang ada banyak gambar makanan? Nampak cantik dan menyelerakan?. Blog ini bukan seperti blog-blog demikian. Blog ini memberi dimensi baru buat blog arus utama yang lain.

Pernah baca komik GTO? Sewaktu encik Onizuka membawa tinja di dalam kotak kertas. Buat guru wanita Pendidikan Jasmani membuat analisis. Kotak itu grafik luarannya adalah alat permainan orang dewasa.

Pernah baca Doremon & Slamdunk? Juga ada kisah analisis tinja. Setiap pelajar perlu membawa tinja ke kelas dan dianalisis. Pelajar yang mempunyai tinja yang baik mendapat markah yang lebih tinggi.

Mengikut semua buku tersebut, aku menyimpulkan, masyarakat Jepun sangat mengambil berat isu tinja.

Masyarakat kita? Aku tak rasa sesiapa pon terlebih prihatin tentang tinja mereka.

Aku prihatin. Terutama setelah mempunyai anak sendiri. Tinja mereka perlu dihadapi tiap-tiap hari. Sejak mereka dilahirkan. Sehinggalah tiba masa mereka boleh berdikari sendiri nanti.

Ada kawan aku yang lelaki, sudah punyai anak meningkat umur. Tetapi, tidak sanggup untuk menguruskan tinja anaknya. Mungkin kegelian. Entah. Simptom ini juga sama buat para suami dari negeri Kelantan (bukan aku yang cakap, tapi isteri aku yang cakap, tetapi tak semua la). Kepada bakal-bakal bapa, bersedialah. Tinja anak-anak sangat menarik. Percayalah.

Jadi, kuiz hari ini adalah mengenai tinja. Adakah anda punyai tinja yang sihat. Aku kecilkan gambarnya buat ianya kelihatan lebih tertarik untuk anda ikuti.

Sudah bersedia? Anda perlu perkara berikut sekarang :

1. Pen / pensil
2. Kertas
3. Kalkulator
(Anda tidak perlu 3 barang di atas jika anda cekap mencongak atau punyai perhatian yang tidak mudah terpesong)
4. Jauhkan dari makanan dan minuman atau habiskannya sekarang sebelum kuiz bermula.

Bermula sekarang. Ketip gambar dibawah dan jawab dengan ikhlas.

Maaf, aku tidak perlu tahu jawapan kamu. Sebab aku tak ingin membayangkannya. Tapi aku mungkin tahu siapa yang ikhlas menjawabnya.


Notakaki amANI: Kuiz kali ini sendiri adalah hadiah paling berguna buat para pembaca. Bukan dalam bentuk fizikal, tetapi ilmu yang berguna. Hehe. Semua jawapan adalah betul dan tiada sesiapa yang kalah atau salah di dalam kuiz kali ini.

Selasa, April 21, 2009

Sinetron Dramalova part X

Babak 1

Marcia : "Abang, hari ni abang masak. Ayang nak kemas barang-barang stor nih, Abang bukan nak tolong. Kalau lapar nak makan nasi, Abang masak." Eh, eh, panjang pulak dialog kali ini.

Diego : "Lah, mana reti nak masak, ada lauk apa?" Diego cuba mengelak.

Marcia : "Ada tu, ayam dalam peti, sayur pon ada, buat la apa yang abang nak makan"

Diego dalam hati (hemm, kalau aku betah karang, kecik hati, kalau aku tak buat, aku lapar, dah tu, memang aku tak tolong pon kemas stor itu, buat aje lah)

Dengan penuh serius dan tanpa usul periksa lagi, Diego sudah menyukat beras. Basuh ulang 3 kali. Lama gila. Marcia dah jeling-jeling.

Diego : "Ni air nak banyak mana? Sukat pakai jari boleh?"

Marcia : "Berapa pot abang buat?"

Diego : "2 pot setengah"

Marcia : "Bubuh air 2 setengah cawan jugak. Eh, cawan la, itu gelas" sempat lagi Marcia tegur sebab Diego baru je nak capai gelas percuma hadiah ihsan dari seorang gadis kaunter di JUSTUKOR bila Diego membeli belah dahulu. Sempat pula Diego memikirkan gadis kaunter itu. Ah.

Nasi sudah di atas api. Diego tunggu pulak ayam betul-betul tor. Ada lagi keras-keras ais. Diego ambik kobis. Buat sayur kobis ajelah. Siap potong kobis. Diego dah bersedia nak gaul ayam buat goreng.

Marcia : "Betul ke Abang letak dua pot setengah beras? Macam terlebih je?"

Diego : "Betul la, 2 pot setengah, dah ukur guna angkup vernier lagi"

Marcia tambah lagi air dalam nasi, baru la nasi menjadi nasi.

Masalah pertama, apa kemendenya nak bubuh untuk menjadikan ayam goreng yang sedap ni? Nak tanya Marcia, mahu dia geram lagi, asal nak masak je tanya itu ini. Mau tak jadi masak hari ini.

Diego tiada pilihan. Membaca jambatan ilmu. Diego pantas menyelinap masuk bilik bacaan. Duduk bertinggung bukak buku resepi. Cari resepi ayam goreng. Macam-macam buku ada, Masakan Kegemaran Malaysia, Masakan Gerai, 1001 Resepi, Resepi Kuih-Muih. Diego rasa nak pelempang semua penulis buku resepi. Sebab takde satu pon buat resepi ayam goreng. Hei, menda asas begini sepatutnya berada di dalam buku resepi. Bukan resepi karut marut. Diego rujuk juga resepi ayam goreng masak merah. Mujur sedikit sebanyak membantu.

Diego bingkas bangun dan menyiapkan gaulan ayam. Segala menda yang wajar di letak, Diego letak. Apa yang Diego letak? Ah, malas nak bagi tau, rahsia. Nanti Diego nak tulis buku resepi Rahsia Rumahtangga Diego. Ayam goreng sedap enak mata memandang siap sedia di atas meja.

Masalah kedua, selalu-selalu orang goreng sayur kobis macamana ek? Mula-mula letak minyak, lepas tu? Ah, Diego sekali lagi gusar. Pantas melarikan diri masuk semula bilik bacaan. Bertinggung sekali lagi baca buku resepi. Kali ini mencari resepi sayur goreng kobis. Sekali lagi Diego rasa nak pelempang penulis buku resepi. Apa ke jadahnya menulis resepi putu mayam, roti jala dan kuih talam? Masakan asas kehidupan dan kelangsungan hidup yang perlu diberi perhatian dan ditulis sebenarnya. Diego cari lagi, jumpa sayur campur goreng ala kantonis. Bolehlah sipi-sipi digunakan buat asas. Diego keluar cepat-cepat. Marcia tidak perasan apa yang terjadi, kalau dia tahu, mahu sepanjang tahun jadi bahan asas percakapan rumahtangga. Jangan bagitahu Marcia ya.

Sekali lagi Diego dengan yakin menggoreng kobis. Harap-harap menjadi seperti dalam buku. Atau ada iras-iras masakan kat kedai. Berpandukan sedikit ingatan dan pengetahuan ketika melihat Marcia memasak sambil bergosip cerita artis Norman Hakim dan Memey dahulu, Diego letak apa yang ada. Siap.

Diego : "Eh, jemputlah makan, Abang tak lalu sangat nak makan kalau Abang masak"

Selalu jugak Diego dengar ayat ini. Tapi tak pernahnya tak lalu makan. Habis jugak.

Babak 2

Marcia : "Boleh pon masak, saje je kata reti"

Diego : "Eh, memang tak reti la. Ni pon sebab terpaksa je buat ni"

Tengahari itu, lauk ayam goreng dan sayur kobis berperisa tiram. Cicah budu. Nasi panas-panas. Eh, popular ke budu kat bandar Rio de Janeirio ek?

Mereka makan berselera. Lauk licin. Selesai. Bukan sebab lauk sedap sangat. Tapi lapar.


Notakaki amANI: Ini kisah ke-100 di dalam blog ini. Kalau kumpul-kumpul, dah boleh buat buku teks. Tebal harus dah macam buku panduan telefon. Agak-agak ada tak orang nak terbitkan buku kulit sederhana keras Sinetron Dramalova nih? Ini adalah kisah ke-10 Sinetron Dramalova. Maaf, tiada kuiz buat siaran kali ini.

Isnin, April 20, 2009

Kenapa tak baca?

Aku cuba sms Arsene Wenger, malam Sabtu hari tu.

Mungkin dia tak baca. Dia sibuk barangkali. Oh, mungkin talian dia hanya aktif di dalam England je, pegi kat Wembley takde line, coverage belom masuk mungkin.

Jadi aku coretkan di sini buat Wenger, panjang sikit dari sms asal aku.

Buat Wenger, adalah tidak dapat dinafikan anda sangat merindui Patrick Veira. Akan tetapi Abou Diaby tidaklah Viera langsung berkenaan permainannya, gayanya, pengawalan bolanya, sentuhannya dan hantarannya. Dia hanya tinggi seakan-akan Viera. Raut wajahnya suci dan tidak series langsung. Mungkin beliau boleh dibentuk menjadi Viera pada masa akan datang, tetapi buat anda, pada perlawanan seperti ini, lebih baik diturunkan Arshavin sahaja sebagai pemula kesebelasan utama.

Dengan penurunan Adebayor, Van Persie dan Diaby sebagai pemula kesebelasan, saya mengagak bahawa anda agak gusar tentang pemain lawan yang rata-rata memang mempunyai ketinggian yang agak memberangsangkan, pinggang yang lebar serta peha yang pejal. Akan tetapi, gaya permainan pasukan anda sebenarnya tidak memerlukan pemain-pemain yang tinggi-tinggi sebenarnya. Cukup sekadar seorang setiap posisi. Anda tidak yakin barangkali.

Saya bersimpati kerana anda ketiadaan pertahanan tengah yang muda remaja, pantas berlari dan tangkas menanduk, yang tinggal hanyalah dua pemain langkau umur dan tidak pantas berlari. Mungkin ini masalah utama anda buat masa ini yang ketiadaan hampir 90% pertahanan asal kerana kecederaan.

Sekian dahulu buat Wenger. Harap anda dapat sedikit panduan dan pengajaran. Turunkan sahaja semua pemain belasan tahun tengah minggu nanti bila bertemu Liverpool. Rehatkan semua untuk semi CL.

p/s: (dengar kata, anda menyesal tak beli Drogba masa dia mula-mula main kat Le Mans?)

Demikianlah intipati sms tersebut buat tatapan rakan-rakan.

Buat pembaca lain, agak-agak terjadi tak macam ni hujung Mei nanti:

Keputusan season 2008/2009
Man Utd: League Cup Champion (kalah 2 kali lagi dalam BPL sebab moral jatuh bila kalah semi FA Cup dengan Everton dan semi CL dengan Arsenal)
Liverpool: BPL Champion (dengan mengalahkan Arsenal dan segala yang berada di depannya)
Chelsea: FA Cup Champion (
saguhati, sebab semi CL kalah dengan Barcelona)
Arsenal: Champions League Champion (mengalahkan Barcelona, repeat balik 2006)

Ah, soalan kuiz kah ini? Huhu.

Jumaat, April 17, 2009

Ahmad S siri # 8

Siri kali ini adalah siri permulaan. (Aik, kata siri # 8 dah penamat?, ah, siapa kata?). Sebab siri ini sedikit sebanyak menyingkap misteri-misteri di sebalik kewujudan Ahmad S, Mohd T dan aku. Kenapa kami, remaja yang tengah meningkat naik dan bersifat tidak matang tetapi telah menjejakkan kaki ke menara gading. Juga, sampai sekarang, wajah atau paras rupa dan susuk bentuk tubuh badan Ahmad S dan watak-watak lain masih lagi menjadi misteri buat pembaca-pembaca. Akan aku bongkarkan segalanya dalam kisah ini.

Bukan apa, segala visual 10 tahun lalu adalah berbentuk cetakan keras. Mana ada cetakan lembut seperti sekarang. Demi pembaca, dan juga peminat (ah, Ahmad S punya peminat!, tak sangka), aku pecah masuk juga arkib negara malam tadi. Misi aku adalah menyeludup keluar catatan diari tulisan tangan tidak teratur aku yang mempunyai kisah terulung pengembaraan aku dan Ahmad S. Sekarang aku tahu kenapa dulu, waktu itu, aku beria-ia untuk menulis kisah itu ke dalam sebuah buku kulit keras tebal berwarna merah jambu. Kerana sekarang kisah itu sangat berharga dan punyai nilai estetika untuk dibuat buku pada waktu kini.

Mujur misi aku memecah masuk arkib negara telah di dahului dengan acara membongkar misteri di sebalik timbunan kotak-kotak hadiah perkahwinan dan sarang lipas, semut dan cicak bersaiz XXL. Jadi, misi aku mendapat restu dari pemilik arkib negara. Sambil-sambil aku tolong angkut kotak keluar dari arkib negara, aku menyelinap membuka kotak peribadi aku dan mencari buku merah jambu itu.

Tak aku sangka-sangka, aku pada waktu dulu sangat teratur dan tertib orangnya. Segala dokumen dan surat yang membolehkan aku memohon status Jurutera di institut Jurutera tersimpan rapi. Tak yah la aku bersusah payah nanti pegi ke pejabat pendaftar. Buku merah jambu aku temui. Aku nak baca sekali imbas, rupanya tak boleh di-sekali-imbas-saje baca buku catatan hidup itu. Itu kerana aku menulis tanpa perenggan, tulisan halus bak cacing kerawit yang mati kering di dinding tandas. Aku perlu lampu putih yang terang dan suasana selesa untuk membacanya.

Aku katup buku, kepit dekat ketiak. Aku selongkar lagi secara tersusun dan sopan sebab arkib negara ini milik seorang yang tegas dan berkemampuan. Jadi aku selak elok-elok. Segala sampul-sampul coklat aku buka, tengok isi di dalamnya. Aku terjumpa sesuatu yang pelik.

Kenapa ada surat khabar yang cukup terkenal ini di dalam sampul surat coklat bersaiz A4 itu? Apa istimewanya surat khabar itu? Aku sudah lupa kenapa aku simpan akhbar ini, sebelum aku dikehendaki mempertahankan diri dengan pemilik arkib, biar aku buka dan baca dahulu surat khabar ini, mungkin sesuatu yang penting ada di dalamnya.

Aku selak-selak laju. Apa ke mendenya, semua cerita-cerita pencapaian terulung para professor dan lawatan menteri ke dalam kampus serta kisah-kisah pencapaian tertinggi semuanya. Bila tiba satu muka surat di bahagian dalam, mata aku tertancap pada sepotong gambar yang penuh dramatik. Gambar yang akan menceritakan segala-galanya. Sudah lengkap pengkisahan aku kali ini.

Aku pernah menulis sebelum ini, bahawa aku dan Ahmad S serta rakan-rakan adalah remaja contoh golongan masa itu. Ada yang menyangkal tulisan aku, tidak percaya. Tunjukkan bukti. Aku rasa ini ada bukti paling jelas dan nyata. Paling telus tanpa propa. Lihat sahaja tajuk utamanya. Lihat pula gambar di dalamnya. Bukankah begitu segak dan bergaya rupa bentuk kami masa itu? Tidakkah gambar-gambar itu dan tajuk berita itu mencerminkan kejayaan tertinggi beberapa anak-anak muda yang meniti menara gading sepantas kilat sejurus sahaja selesai peperiksaan awam tingkatan 5? Tambahan pula muka kami yang dimuatkan, walaupun sekolah kami tidaklah tinggi carta rankingnya. Ini adalah bukti yang benar. Media arus perdana harus kita percaya bukan?

Andaikata yang tidak tahu menahu tentang kewujudan akhbar ini. Ianya dikatakan telah diterbitkan secara berkala dengan kitaran melebihi 390,000 naskah setiap keluaran. Ianya 10 ribu lebih tinggi dari terbitan Majalah Ujang pada masa itu. Dengan kitaran begitu banyak naskah terbitan, sudah tentu berita ini sampai ke seluruh pelusuk dunia kan? Sudah tentu yang membaca dan menatap gambar itu merasakan, mereka yang diterima masuk itu memang remaja contoh. Setelah gambar kami ditangkap, kami telah ditemu ramah, nama dan butir-butir peribadi kami di ambil. Tetapi mungkin pembantu editor akhbar berkenaan tidak berkenan dengan ulasan temu ramah, dia hanya mengeluarkan beritanya sahaja.

Jadi, inilah ceritanya, cerita permulaan bagaimana Ahmad S, Mohd T dan aku (ada di dalam gambar) boleh diterima masuk ke bumi selatan ini. Juga bukti bahawa cerita ini adalah benar dan tidak ditokok tambah sesedap rasa. Watak itu benar, kisahnya benar, cuma rupa paras mereka mungkin sedikit berubah sekarang. Dari ukur lilit pinggang, leher dan mungkin bilangan anak rambut.

Kuiz datang lagi. Soalan kuiz pembaca dan peminat :

1. Sila nyatakan dengan betul, yang mana Mohd T, yang mana Ahmad S, yang mana aku di dalam gambar di atas

Kuiz hanya terbuka buat pembaca senyap dan pembaca bukan dari maktab rendah berpolis. Masih lagi tiada hadiah untuk menjawab kuiz, tapi aku janji, jika ada pembaca senyap yang menjawab, kisah terulung aku dan Ahmad S tentu aku selesaikan sebelum bulan 5 nanti. Selamat menjawab. Bagi kategori bukan pembaca senyap, anda bolehlah mengemukakan kata-kata iri hati atau puji-pujian buat sepotong gambar di atas sebab bukan senang-senang nak masuk akhbar. Hahah.


Khamis, April 16, 2009

Sehari seurat benang, lama-lama jadi baju

Susulan dari sebuah kisah lama ini : Kenapa Saya Suke Henpon Saya, aku ada menceritakan tentang senarai riak takbur aku dengan peraduan dari stesen radio. Yang aku ingin kongsikan adalah, hadiah yang aku menangi pada Mei 2006 baru sampai hari ini, 16 April 2009. Ya, hari ini. Setelah 2-3 kali berbalas emel mesra bersama petugas bahagian hadiah.


Benar kata perpatah, sehari seurat benang, lama-lama jadi baju. Mereka buat baju itu dengan menjalin selai-selai benang itu dan buat baju stesen radio itu untuk aku. Aku terharu.

Juga, isteri aku gelar, menda alah berwarna hijau meriah ala disko itu adalah gelang ikat leher kucing. Aku terima anggapan beliau. Mungkin stesen radio itu tahu pendengar mereka semuanya membela kucing.

Pelekat di cermin kereta yang diberi juga kelihatan punyai grafik berbeza dari yang aku pernah dapat sebelum ini. Mungkin pereka grafik mereka yang lama telah berpindah ke stesen berita dan pereka grafik yang baru merobah segala hasil usaha pereka grafik lama. Berpolitik juga mereka gamaknya.

Satu lagi, aku seronok mendapat hadiah percuma, terutama yang menyuruh pemakainya membawa lambang atau logo mereka ke seluruh pelusuk persekitaran dan memberi publisiti dan pendedahan secara percuma. Takpe, aku boleh buat yang itu.

Tapi aku mungkin berdendam dengan pereka grafik stesen radio ini kerana meletakkan gambar ini di bahagian hadapan baju percuma ini. Kurang-kurang letak la bahagian belakang, orang nak gelak guling-guling, berbisik sambil senyum simpul atau pon mengata terang-terang pon aku tak nampak.

Sekian. Dahulu.

Notakaki amANI yang tertengok bola pagi tadi: Terima kasih Theo Walcott kerana gol anda sungguh tinggi tahap keyakinannya dan Arsene Wenger yang sedikit galak berjoget tika gol dari Adebayor.


Rabu, April 15, 2009

Semalam hari penting

Semalam adalah hari penting. Hari ulang tahun aku tandatangan surat menerima jawatan. Aku ingat lagi terketar-ketar sebab ada syarat-syarat yang buat aku risau aku tak boleh penuhi.

Banyak yang aku dah harung. Nama jawatan dah sekali tukar. Rakan-rakan sekerja (lain-lain jawatan) dah berbelas-belas silih berganti. Dari syarikat yang ada hanya 1 pekerja (aku la tuh), sekarang dah jadi 6 pekerja.

Dari pejabat yang hanya ada 1 komputer meja dan mesin faks bertelefon, kepada pejabat yang dah ada makmal sendiri dan sistem komputer dengan jaringan tempatan. Mesin faks dah boleh buat cetak dan imbas.

Dari hanya 2 syarikat, dah jadi 3 syarikat.

Dari seorang graduan menggangur yang hanya ada ijazah, aku dah dapat iktiraf specialist dengan sijil-sijil yang menilai kemampuan dan pengetahuan dalam bidang ini.

Dari aku seorang yang bujang dan bergetah, aku bertunang, menikah, dapat anak pertama, dapat anak kedua, masih dengan kerjaya yang sama.

Mula-mula kerja, aku pinjam van mak sebagai alat pengangkutan. Sekarang aku punya kereta berkuasa sederhana sendiri (tapi dah kemek dan robek sana sini).

Aku merasa ke Amerika untuk seminggu dua dengan kerjaya yang ini.

Aku dah bermustautin lebih lama di sini dari tempat-tempat lain kerana kerjaya ini.

Maka, soalan kuiz tambahan:

1. Berapa tahunkah aku sudah berada di bidang ini?

2. Adakah aku akan beralih arah ke jurusan lain, pembacaan berita contohnya?

3. Adakah tangga gaji penentu kerjaya?

Cukup la 3 soalan kot. Panjang-panjang pon bukan ada orang nak jawab.
Sekadar gambar hiasan


Selasa, April 14, 2009

Tidak boleh pergi

Suatu petang di satu bilik asrama sebuah universiti tempatan, Hashim Mustapha berbicara sama Halim Napi. Amri Yahyah tengah mentelaah.

Hashim : "Eh, aku tok leh gii la kelas BI ni, tok pehe"

Halim: "Hoh, meme tok leh gi, tok pahe lecturer tu kecek gapo"

Amri Yahyah berani mencelah, : "Lah, kenape pulak kau tak boleh nak pegi kelas BI tu, ok apa lecturer BI tu, dia tak garang la, jangan la takut, takde pape la, pegi je"

Hashim Mustapha berpandangan dengan Halim Napi. Mata tertancap tajam ke arah Amri Yahyah. Hati mula berdebar, suhu mula mendidih. Sifat-sifat bukan mahmudah mula menyinari perasaan. Degup jantung semakin laju. Otak tidak dapat lagi berfungsi normal. Mula memikirkan kesan sampingan sampukan tadi. Tidak boleh tahan lagi.

Wah kah kah kah. Mereka bantai gelak. Guling-guling mujur tak jatuh ke bawah katil. Perut mengeras. Mata berair.

Amri Yahyah, tingkatkan lagi kosa kata dan loghat negeri rakan-rakan anda.

Notakaki amANI: Kisah benar yang telah diadaptasi kepada citarasa masakini. Maaf jika penggunaan perkataan di salah eja dan tidak mengikut sebutan sabdu yang sebenar. Mungkin pembantu editor tv lebih arif dengan bahasa ibundanya.

Jumaat, April 10, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang VII

Sesi bergambar konsep mata tertutup.





Ini sebenarnya adalah sebahagian dari koleksi Aqil yang kadang-kadang penat dan tertidur secara tak sengaja. Terjadi secara sukarela, tanpa apa-apa paksaan. Bukan kamera trick ye.

Nampak penyayang tak gambar dibawah. Hahah. Sekarang la. Kalau tanya masa hari kejadian, memang nak kene pelempang. Sebab dulu Aqil payah tido malam, asal nak tido dia teriak. Kuat dan tak berhenti. Huhu. Ini adalah nikmat hidup berumah tangga. Sambil tido, sambil kendong budak. Jadi, bagi yang sedang berusaha, sedang mencari, sedang bertawakkal tentang pasangan hidup, semoga berjaya. Anda akan mengalaminya.



Dan sekarang, hari ini dan hampir sebulan yang lepas, Ammar pula yang payah nak tido. Sebab dia asyik merengek gatal. Kejap kat tangan, kejap kat kaki, kat badan. Jenuh nak kene tolong garu, sapu pelbagai jenis ubat. Dah masuk awal pagi baru boleh tenteram tido. Baru-baru ni je terjadi penyakit kegatalan tuh.

Dah, mana gambar Ammar? Tak kan asyik Aqil je? Hah, layan. Montok dan gemok. Dulu la.

Sekian. Buat siaran hari minggu.

Khamis, April 09, 2009

Sinetron Dramalova Part IX

Babak 1

"Orang dah nak balik tidur dah, baru nak beli paper?" Makcik Jennifer bertanya. Kening berkerut.

Diego senyum. Diego hulur duit cukup-cukup. Rs1.20. Buat beli surat khabar berbahasa Portugis. Bukan Diego sengaja datang jam 10 malam membeli surat khabar, tapi Diego baru pulang dari negara Chile, ada urusan kerja sejak 3 hari sebelum itu. Tidak sama surat khabar Chile dan Brazil. Banyak berita dan fakta berat sebelah. Juga intipatinya kurang memberangsangkan. Kucing peliharaan hilang, paparan di muka surat 3? Itu berita yang ingin disampaikan surat khabar perdana Chile? Diego lebih rela membaca Metrologi atau Cosmologi dari surat khabar perdana negara Chile.

Sejak hari itu, Diego berasa yakin, kedai Makcik Jennifer memang tidak menghampakan. Stok surat khabar kegemaran Diego pasti ada. Diego beli tiap hari bekerja waktu tengahari. Makcik Jennifer memang ternanti-nanti. Tapi, setakat surat khabar je yang Diego beli, tak pernah lebih dari itu.

Satu hari, bukan makcik Jennifer yang menjaga kaunter. Dia. Berkulit putih. Berambut paras bahu. Bahagian dahi ditutup rambut depan paras kening. Umur mungkin lebih kurang Diego. Raut muka yang sedap mata memandang. Dia digaji untuk menjaga kaunter, mengurangkan beban Makcik Jennifer menjaga kedai.

Diego seperti biasa, saban hari mengunjungi kedai itu untuk bekalan bacaan semasa makan tengahari dan lepas waktu kerja. Dan dia, saban hari menerima dan kadang-kadang menghulur baki bila Diego membeli. Diego selalu sedia duit cukup-cukup, supaya tidak berlama-lama dengan dia. Kadang-kadang je Diego terpaksa, bilamana tiada wang kecil buat bayaran. Bukan apa, Diego berdebar lebih kalau berlama-lama.

Babak 2

Kalau Diego rasa nak demam, dia yang hulur panadol.

Kalau Diego rasa sakit perut, tersalah makan, dia hulur Pil Cap Menara dan Helang.

Lepas bagi apa yang Diego perlukan, dia senyum. Diego kadang-kadang senyum, kadang kadang berlalu macam tu je.

Kadang-kadang dia ucap,

"Terima kasih" sambil senyum.

"Ini saje?" juga tersenyum.

"Ini bakinya, terima kasih" dan masih tersenyum.

Diego rajin jumpa dia. Hampir tiap tengahari mesti jumpa. Kurang lebih setahun Diego bertentang mata dengan dia. Mereka mula punya hubungan. Hubungan sebagai Penjual dan Pembeli.

Suatu hari, hati dia dirobek. Bagai dipanah halilintar, guruh berdentum, kilat sabung menyabung. Air mata kecewa membanjiri hatinya. Bila mana Diego, seperti selalu, masuk ke kedai dia dan bertanya,

"Majalah Pa & Ma ada?"

Ayat itu membunuh harapan dia. Dia sudah tahu, Diego bukan bujang lagi, Diego sudah berpunya. Pertanyaan yang membebani hati dia selama ini terjawab. Tak kan bujang trang tang tang ada hati nak baca majalah Pa & Ma?. Ini bukan majalah kereta, bukan majalah fesyen lelaki metroseksual, bukan majalah untuk lelaki, bukan majalah misteri di dalam hutan, bukan majalah fesyen dan iklan-iklan melangsingkan badan serta tenaga batin, ini majalah keluarga. Majalah yang menceritakan hal ehwal membimbing anak-anak, bagaimana mempersiapkan diri sebelum melahirkan anak, apa petua dan panduan dari pembaca yang pernah mengalami pengalaman yang sama. Ini bukan untuk lelaki bujang. Persoalan terjawab. Dia kecewa.

"Maaf, dah takde, dah habis stok" Dia jawab dan tersenyum. Tawar.

Dia kecewa. Jarang-jarang Diego ada dialog percakapan bila berhubung dengan dia. Ucapan Diego hari itu memang membunuh harapan dia. Bukan ucapan yang dia ingin-inginkan. Bukan pertanyaan tentang nombor telefon gengamnya, bukan pertanyaan dah makan ke belum, bukan pertanyaan masih single ke dah berpunya, bukan pertanyaan tentang namanya, bukan ucapan selamat petang atau berbual tentang cuaca. Maka, status hubungan mereka kekal seperti dulu. Sebagai Penjual dan Pembeli. Tidak lebih. Tidak kurang.

Notakaki Diego: Kedai itu sudah ditutup baru-baru ini atas desakan ekonomi. Diego tiada lagi tempat bergantung harapan. Bekalan surat khabar hampir terputus. Mujur ada Petrobras. Tapi kadang-kadang. Bukan tempat yang betul-betul Diego yakin ada. Dan dia, entah ke mana.

Selasa, April 07, 2009

Plastik Sampah

Keputusan Pilihanraya Terkini...

Bukit Gantang : Saya mohon derhaka ka saya suka pelayan bar Siam ka?

Bukit Selambau : Pakat ramai-ramai jadi calon bebas. Jangan pergaulan bebas sudah. Agak-agak parti cap Basikal, Kunci dan Kepala Rimau hangus wang komitmen tak? Haha. Ada ka nak jadi wakil rakyat tapi tak daftar menjadi pengundi? Alasan, demokrasi. Ha ha.

Batang Ai : Harap kaum Iban tidak terabai.

Aku ada tengok berita media massa umum 2-3 hari ini, tapi Ezi cemuih. Aku pon tak sangka, 2 hari baru berubah PM, berita umum jadi medium mencemuh ketua pembangkang. Ini ka perubahan? Macam sama ja. Tapi kelakar jugak, bila tengok dulu-dulu masa Anwar sungguh-sungguh berucap menyokong Mahathir. "Saya kenai sungguh-sungguh dia ni!!". Berapi woo. Haha. Politik plastik. Ludah ke langit kena dahi sendiri. Ini la dunia politik Malaysia. Peluang dan kuasa adalah segala-galanya.

Berita internet? Huh, web portal MToday pon dah semakin bosan. Ulang balik menda yang dah keluar dulu. Pastu cuba mengapi-api dasar benci dan konon teraniaya. Bagi aku, tiada sapa yang dalam politik punya agenda untuk orang lain, semua untuk kepentingan diri sendiri. Baik Garisan, baik Bulatan, baik Pakat-berpakat. Semua tiada agenda. Fedap i.

Ah, sudah. Malas nak layan. Ulas lebih kurang je la. Politik plastik (kepura-puraan) = plastik sampah.

Dengan segala hormatnya diumumkan, sapa-sapa pon yang menang pilihanraya kecil ini nanti, negeri Johor akan tetap cuti esok. Daulat Tuanku. Maka selamat berkerja warga negeri lain termasuk Amerika, United Kingdom dan New Zealand. Ah, Belanda pon sekali, haha. Sila jeles.

Boleh tengok CL pagi nanti, Villareal lawan Arsenal sampai subuh tak yah tido. Sambil main keretapi kayu anak-anak. Haha.

Sabtu, April 04, 2009

Sinetron Dramalova Part VIII

Babak 1

Marcia : "Kenyang ke?"

Diego : "Insya Allah"

Lalu Diego bingkas bangun ke dapur dengan membawa pinggan kosong yang tadinya penuh dengan jemput-jemput. Selesai makan malam.


Babak 2

SMS dari Marcia

>Paulina, cbuk ke?<

Diego dapat, Diego baca, Diego balas.

>Sibuk jugak la kak Marcia, cuba kak Marcia sms kat nombor Paulina yang ini, 011-1111111<

Marcia dapat balik sms, Marcia balas

>Boleh tak jgn wat lawak bg org geram? :P<


Babak 3

Baunya mula memikat, auranya tinggi. Asal lalu je, mesti tercium bau itu.

Marcia : "Tolong basuhkan anak ber-ber boleh?"

Diego : "O-som boleh? Sape kalah dia basuh"


Babak 4

.... Cukup la kot buat siaran di hujung minggu. Sekian.

Jumaat, April 03, 2009

Tulis-tulis

Tiada spesifikasi kali ini. Cuma ingin berkongsi.

1. Argentina menjaringkan 1 dan dibalas 6 gol dengan Bolivia.
Menurut suratkhabar, Tevez main, Aguerro main, Mascherano pon main, tapi kalah 6-1 agak teruk la bagi skuad Maradona ini. Ini dah la kelayakan Piala Dunia. Juga padahal sebelum ni menang bergaya dengan 4-0 dengan Venezuela. Punca kekalahan? Mungkin sebab Argentina kene kad merah sorang. Mungkin juga sebab La Paz adalah 3600 kaki dari paras laut. Agak sukar nak bernapas apatah lagi nak berlari mengejar bola selama 90 minit di padang bola yang besar. Dan skuad Argentina hanya tiba 2 jam sebelum perlawanan bermula. Apa punya perancangan ni Maradona? Dulu Son Goku nak lawan Pikor pon dia pegi panjat Tiang yang tinggi ke celah awan nak berlatih dengan Dewa. Berlatih di altitud tinggi baru la jadi terrer. Aku nak emel la link komik Dragoball kat Maradona. Buat rujukan latihan skuad dia. Pikul kulit kura-kura, gali tanah guna tangan, berlatih dengan tekanan 2, 3, 4, 5 dari atmosfera dan sebagainya.

2. Azizulhasni Awang yang menang pingat perak kejohanan Dunia.
Terjumpa blog dia dari lompatan blog yang biasa dibuat. Ni blog dia, thepocketrocketman untuk dilayari. Aku respek. Sebab dia memang yakin tahap tertinggi. Cuba bayangkan, masa tengah lawan peringkat Dunia. Ye, dunia ye, konfiden dia tinggi, berdebar dia tolak tepi, strategi kene betul, sebab ini acara pecut. Acara yang sama macam 100m lari pecut yang Usain Bolt lari sambil lewa tu, kira acara riben biru untuk berbasikal dalam gelanggang. Dia dah kalahkan pelumba ranking no 1 World Cup, dari Australia masa separuh akhir. Tiap kali dia konfiden lintas garis penamat dulu, dia wheelie tayar depan. Memang sakit hati kalau kalah camtu. Agak Usain Bolt jugak la buat macam tu kan. Masa final, susuk badan Gregory Bauge memang tak bleh celen, peha dia je dah 2 kali ganda besar. Aku sempat tengok secara langsung perlawanan pertama, Azizul kalah hanya beberapa milimeter, ye, separuh tayar adalah kurang benar, tapi hanya beberapa milimeter. Perlawanan kedua Azizul kasik repeat. Dia menang, dan yang ketiga dia jauh ketinggalan. Tapi aku rasa semua yang tengok mesti berdebar, bukan calang-calang boleh perform macam tu kat peringkat tertinggi. Walaupun pecut bukan acara feveret dia, tapi sebab dalam keirin dia tak qualify untuk masuk final, dia tebus dalam acara pecut. Satu harapan baru. Sebelum Kejohanan Dunia, dia adalah ranking nombor 1 keirin World Cup, dia dapat helmet tempah khas yang ada ukiran kerawang khas dari Jepun, menandakan dia adalah paling top acara keirin sekarang. Sebab keirin ni asal dari Jepun. Power tak power. Aku harap dia konsisten sampai Olimpik 2012. Untuk makwe diluar sana, maaf, dia dah ada gelfren. Hahah.

3. Aktiviti sukan di akar umbi.
Yela, dah ada pemenang pingat perak ni, mungkin kerajaan akan mula melihat dan menambah dana untuk menyemarakkan acara berbasikal di akar umbi kan. Macam badminton dan boling la. Bila dah nampak berjaya baru nak bagi perhatian. Tak de wawasan. Aku ingin berkongsi satu pengalaman, masa aku buat latihan praktikal di Kemaman. Punya la ceruk Kemaman ni, hujung selatan Terengganu. Sempadan dengan Pahang. Tapi, tempat aku praktikal adalah loji pemprosesan titanium dioxida. Ape kemenda TiO2 ini? Wikipedia dan encik google boleh membantu ye. Ceruk tak ceruk pon, ada kilang atau loji canggih cam ni kat sini. Bersebelahan dengannya adalah kilang Perwaja yang masa tu telah ditutup sepenuhnya sebab salah guna wang. Sekarang mungkin dah beroperasi kembali. Apa yang aku nak kongsikan adalah gaya hidup sihat di kilang ini.

Hanya dalam tempoh tak sampai 3 bulan, aku sempat menyertai hampir 6 aktiviti rekreasi luar biasa hujung minggu dengan staf-staf di sini. Paling kemuncak, acara berlari merentas desa sekitar Teluk Kalung, hampir ke semua staf lelaki mengambil bahagian. Termasuk GM, Haji Rozano. Untuk acara ini, aku mengambil bahagian, tapi mendapat tempat ke 15. Hanya nombor 1-10 dapat hamper. GM berkedudukan top 5. Betapa seriusnya aktiviti bersukan di kilang ini.

Supervisor aku punyai basikal sukan berharga 5k, kayuh tiap-tiap minggu dekat Kuantan dengan sorang lagi Manager Finance. Sorang Technician bahagian operasi untuk plant ST, sorang Manager bahagian Admin dan sorang Engineer, buat team dan mengambil bahagian untuk kejohanan Marlboro Adventure Team (MAT). Dorang lepas kejohanan kelayakan untuk mengambil bahagian dalam MAT.

Tiap hujung minggu, ada kumpulan dari Kemaman yang dipelopori oleh staf di loji ini akan mengayuh basikal sejauh 40-50km pergi balik. Aktiviti pagi sampai tengahari. Aku rasa, aktiviti berbasikal ini telah diserap dan disemai kepada golongan remaja di Kemaman pada masa itu. Sebab kami juga pernah mengajurkan acara berbasikal bersama pelajar sekolah dari Kemaman ke Jeram apa entah, dekat 30km jugak mengayuh basikal.

Bagi aku, kompeni ini memang gaya hidup sihat sungguh. Walaupun dari luar kilang nampak asap putih berkepul-kepul (wal hal, itu adalah steam / wap air) keluar dari corong kilang, orang luar bertanggapan, kilang itu hanya mencemar alam sekitar, tapi pihak pengurusannya dari bawah hingga ke atas terus menerus menyokong aktiviti gaya hidup sihat. Sampai GM sendiri mengambil bahagian dan mendekatkan diri dengan semua staf tanpa mengikut pangkat.

Cuba kita rujuk kembali apa yang dah jadi dekat kilang sebelah dia, Perwaja. GM dia? Perwaja ni GLC ke? Cuba kita ambil organisasi ini dan terapkan nilai-nilai itu dalam kerajaan, agak-agak berapa km Muhyiddin Yassin boleh berlari merentas desa?

Oh ye, Manager Finance dia kadang-kadang bawak Evo 7 yang dia beli untuk anak dia, memang dahsyat.

Rabu, April 01, 2009

Susulan Berada di KL - 21 Mac 2009

~Majlis Nikah Redghost

Disebabkan bertolak agak lewat dari perancangan asal. Kami hanya tiba di Kampung Nahkoda jam 1 tengahari. Kat masjid dah lengang. Bila cuba menghubungi Red, abang dia yang garang yang angkat, kata Red tengah syok bergambar, tolong jangan ganggu. Hahah, tak la, dia suruh telefon nanti semula. Aku buntu. Kang aku telefon lagi mesti dia marah pulak. Aku rujuk semula sms dari Red. Mujur dia sms, kalau letak kat blog, jenuh aku nak cari kedai kopi berinternet.

Aku bukak satu demi satu sms Red, mula-mula yang dia bagi koordinat utara selatan, berapa minit berapa saat. Dia ingat aku ada kompas agaknya. Mana la aku nak ada GPS yang canggih itu. Hahah. Aku bukak pula sms sebelum itu, dia ada bagitau, Kampung Nahkoda Kanan, tapi tiada nombor rumah atau nama jalan. Mujur. Masjid terletak di Kg Nahkoda Tengah, sebelum masuk tadi dah jumpa Kg Nahkoda Kiri. Maka aku pusing dan membuat beberapa pusingan U. Motif? Mencari kereta Redghost, kaler hijau cair, plat W, jenama N, konfem orang kampung Nahkoda Kanan tak pakai kereta camni, mahupun meletak kereta camni tepi jalan. Hahah. Segala jalan aku telusuri, jumpa. Ada berderet-deret kereta di tepi jalan. Tapi tak tahu rumah mana satu. Ada rumah yang ada kanopi putih, aku jenguk, macam tak de pape. Tunggu lagi dalam kereta. Ada 2 Makcik berpakaian macam nak pegi kenduri, baru parking kereta sebelah aku, jalan berlenggang dan masuk sebuah rumah, nampak ada orang tengah makan-makan diluar. Mungkin itu la rumahnya. Aku keluar. Menuju rumah itu, bila tengok ramai yang tengah makan tu, rasa macam ada rupa ahli keluarganya. Aku terus ke pintu rumah, jenguk ke ruang tamu, memang Redghost tengah syok ambik gambar berpasangan. Aku lambai, keluar semula ke kereta. Anak-anak masih tido. Setelah mempertimbangkan, tak jadi nak turun semua. Aku pergi semula untuk bertegur sapa dan ambik gambar sepotong dua. Cukup la aku rasa.

Kembali ke rumah majlis. Aku bukak suis kamera. Lens tak keluar. Hampa. Kamera kata kat aku, please change or charge the battery. Aku tunggu. Nampak macam dah takde orang nak bergambar, aku pegi jumpa dan salam, ucap tahniah. Nampak berseri je muka, macam baru lepas menikah, (dah, memang pon). Dia kenalkan Nurul, aku angguk dan senyum. Aku mintak diri, tak dapat nak berlama, sebab majlis macam dah nak selesai dah pun. Kalau awal tadi tak pe jugak. Aku ambik jugak sepotong gambar guna henpon yang tiada spesifikasi megapixel. Kemudian berlalu dan meneruskan perjalanan.


~Majlis Kenduri Nieda & Feros

Kalau tadi tanpa peta atau memori, kali ini aku berpandukan peta dari kad kahwin Nieda. Untuk ke Damansara tidaklah jauh, terus sahaja ke MRR2 arah Kepong. Katanya Sri Damansara. Tapi tanpa nombor dibelakangnya. Peta pula tidak dapat ditafsirkan. Panduan dari stesen minyak juga gagal, kerana tidak tahu atau kenal titik rujukan atau bangunan yang diberi. Walaupun dewan itu bernama, tapi tiada siapa yang tahu. Usaha mencari di kawasan SD1-SD5 gagal. Hampa. Keluar semula ke jalan utama, setelah beberapa kali membuat pusingan U. Kali ini menuju SD6-SD20. Di satu simpang lampu isyarat, ternampak papan tanda kecil saiz kertas A4, berikat rambu berkilat, tertulis Nieda & Feros, arah anak panah ke kiri. Mujur. Segala titik rujukan baru bermakna di dalam kad. Tapi, tetap tidak menjumpai dewan yang harus dituju. Sampai ke hujung jalan, rupanya jalan ini satu bulatan, tetapi di dalam kad adalah jalan lurus tanpa pangkal dan penghujung. Patut la. Sekali lagi melintasi. Kali ini, turun dari kereta dan betul-betul membaca papan tanda kecil, memang patut betul arah anak panah itu. Kali ini menyusuri jalan tadi dengan lebih perlahan. Rupanya memang ada dewan itu, tetapi di bawah lereng, belakang rumah TNB. Wal hal, di kad, gambar dewan adalah bersebelahan sisi dengan rumah TNB. Patut la. Aku rasa sangat tidak puas hati sungguh dengan pereka grafik kad ini.

Dalam majlis, kami sampai betul-betul sebelum rombongan lelaki sampai. Sempat bertegur dengan Nieda yang tengah menunggu rombongan. Nieda pun nampak berisi sedikit dari sebelum ini. Masuk ke dalam, makan. Lauk pauk kenduri agak sedap. Anak-anak tidak semangat nak makan, mungkin sebab baru bangun tido. Kebetulan, selepas rombongan lelaki masuk, ada pula satu keluarga yang masuk dan duduk di meja bulat sebelah kami, brader ni juga datang kenduri sama. Juga dengan henpon dari kamera tanpa megapixel.


Selepas makan, rasa tak perlu tunggu lama, kamera pon tiada. Maka kami berangkat pulang, ke destinasi seterusnya. Bandar Utama.

~Bandar Utama

Sebab perjalanan dirancang menggunakan konsep gerak dan singgah, Bandar Utama dengan Damansara tidaklah jauh mana. Naik jalan itu, turun jalan ini, sampai. Tapi aku tercampur aduk, Mutiara Damansara dengan Bandar Utama. Jadi pusing dahulu Mutiara Damansara baru ke Bandar Utama, lagi 2 kali pusingan U. Sampai. Kali ini, untuk meletakkan kenderaan agak sukar. Pintu utama di tutup, pintu sisi pun tutup, aku termasuk lorong mengambil dan menurunkan penumpang. Masa nak keluar, dengan kelajuan yang amat perlahan, aku membelok ke kanan. Tapi, agak malang, badan kereta tersangkut dengan tiang besi pengikat rantai penghalang kenderaan meletak kereta di bahu jalan. Aku ingat cuma tercalar dan mungkin tiang punyai skru timbul, sangkut dengan tayar belakang, sebab tak boleh nak undur, aku tekan minyak, gerak ke hadapan. Bunyi 'kruk' 'krak' 'krak'. Aku turun, aku tengok, aku hampa. Ezi hangin dan terus fedap, ajak terus balik JB. Aku teruskan ke arah tempat meletak kenderaan. Pusing sampai atas, jumpa dan parking. Turun sekali lagi untuk membelek, memang agak kecewa. Aku betulkan ikatan skru bumper belakang, kemudian ke arah eskalator dengan barang yang ingin dipulangkan.


Anak-anak seronok dan asyik di bahagian mainan JUSCO. Kami tunggu Duta. Dia sampai dan dah habis kerja, walaupun plan awal nak jumpa jam 3. Kami turun mencari kedai makan. Duta ingin membelanja Aqil & Ammar. Setelah banyak soal jawab dan pertimbangan, ke kedai ayam goreng. Kali ini, Duta mendapat pengajaran berguna buat persediaan. Bagaimana ingin makan di kedai bersama 2 kanak-kanak riang yang tengah buat perangai nak tengok keretapi. Sesi makan ditamatkan dengan pantas bila mana pinggan ditepis jatuh oleh Ammar ketika Duta ingin menyambut Ammar yang ingin turun dari kerusi. Semua orang pandang. Ada gelak-gelak kecil di belakang. Aku rasa adrenalin Duta naik melonjak, jadi kami terus menamatkan sesi makan. Aku dah biasa, tapi bagi Duta yang berstatus dan masih single, ini mungkin agak malu bagi dirinya. Sori ye. Begitulah bila dah berkeluarga nanti. Jurus tak jurus, itu tetap perangai kanak-kanak.

~Shah Alam

Aku sms dengan Qis, bagitau dah dalam perjalanan. Dia nak ajak anak-anak buahnya tengok kura-kura di tasik Shah Alam. Sampai dah menghampiri jam 6. Ezi dan anak-anak naik untuk mandi dan menukar pakaian. Aku ke surau. Solat. Qis mintak belanja cendol Pak Akob. Kami setuju, dia tunjuk jalan. Sekali lagi hampa, cendol Pak Akob tinggal van sahaja. Semua barang telah dikemas. Kami ke tasik.

Anak-anak berlari riang di tepi tasik. Menjerit teruja berjumpa kura-kura dan ikan. Jenuh memanjat di taman permainan. Dah dekat nak jam 7. Kami gerak ke tempat makan. Gerai sementara. Makan ais kacang.

Lepas hantar Qis balik, jersi Arsenal dah dalam kereta. Naik lebuhraya. Aqil teriak bila dia rasa macam perjalanan itu tak pergi balik ke rumah Mak Su. Aku pujuk, lain kali kita jumpa Mak Su lagi. Singgah juga di Seremban beli roti. Kemudian memandu tanpa henti ke Skudai.

Rumusan:
1. Semua objektif berjaya dilaksanakan.
2. Tapi, setiap objektif mempunyai rasa hampa tersendiri. Aku agak, ini ada kaitan dengan surat berantai yang orang letak kat frenster bahagian buletin, aku baca tapi aku tak forward kepada sesiapa. Aku rasa nak forward la nanti.
3. Agak-agak berapa ek sepintu macam tu kalau ketuk balik? Memang hampa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...