Advertlets

Sabtu, September 25, 2010

Kanak-kanak Memang Riang 30 - Dua Season

Sempena siri ke-30 KKMR, mesti la sepesel.


Aku sepatutnya sekarang di dapur. Masak. Eh, bukan. Mengemas. Err. Bukan. Mengepek. Ye. Benar. Lusa nak angkut naik lori. Tapi tak jugak rajin mengepek segala pinggan mangkuk serta cawan dan garfu. Alasannya tak ada idea nak mengepek. Ceh.


Masih mengadap laptop. Semenjak lepas raya, laju pulak brokbeng ini. Jadi terasa begitu feel untuk menulis blog. Dengan latar belakang youtube 'Seratus Lima Puluh Juta'. Siot. Sedap pulak lagu itu. Yang orang lain coverkan pon sedap. Jadi seratus lima puluh kali mungkin ada jugak aku putar lagu ini sejak pukul 11 tadi.


Ok, cerita kanak-kanak mana perlu tulis semua ini. Kembali ke tajuk asal.


Disebabkan kanak-kanak yang selalu diceritakan sebelum-sebelum ini jauh dimata tak nampak langsung, aku godek la gambar-gambar yang ada malam ini. (Ok, nampak syahdu tak abah diorang nih? Sila tersentuh hati sekarang. Hahah).


Sekali aku terjumpa gambar yang Qis scan suatu masa dahulu. Aku cari gambar yang hampir paling dekat dengan gambar yang aku pernah amik. Ini la hasilnya.


Menampilkan memori abah kepada kanak-kanak yang suatu ketika dahulu juga riang ria juga. Hahah. 

Menda bulat itu adalah penutup bekas filem kamera. Gambar ini di laman rumah tok wan di Kulim. Zaman tu pis-pis belum hip lagi. Kombat lagi hip. Sekarang anak-anak tau nak jadi jurutera minyak pelincir je. Hahah.


Sama tak? Hahah. (Ok, aku sedia tahu aku memang kiut!)


# Saya kenal sayang saya - Seratus lima puluh juta kali #

Khamis, September 23, 2010

Tulis-tulis - 4 dari 313.7

Super bandar terapung atas air yang kalau dibanding dengan Palm di Dubai nampak macam helaian daun je.


Taman tema pelbagai bentuk siap ada kapal angkasa.


Perkampungan benua dan etnik serta 13 negeri.


Pelabuhan bertaraf dunia yang err negara Singa tengok konfem bercucuran air mata.


Lebuhraya terowong bawah tanah sampai Kokdiang.

Stadium sukan berprestij konfem tak runtuh walau dibadai ombak.

Err, tak serabut ke orang kat bandar tu nanti, bukan ke ada pelantar minyak ke kat area tuh? (Pemaju dah berlebih-lebih. Aku tambah over terkeluar-keluar lagi la)
 
Segala yang tok mek kat Tumpat tak pernah bayangkan akan tiba di persisiran pantai Seri Tujuh. Pantai ni nak mandi pon tak selamat. Orang buat benteng untuk boleh bela ikan dalam sangkar. Dapat ikan, jemur buat ikan kering. Juga untuk bot senang nak landing pergi dan balik. Kedai jual udang goreng celup tepung dia sedap jugak kalau makan petang-petang.

Jap. RM 4billion yang di 'sedekah' pon tok mek Tumpat tak dapat nak bayangkan ada berapa kosong. Pasaraya Billion tok mek tau la kot. Itu pon aku curiga, tok mek pernah jejak kaki kat sana ke tak. Dah dapat 4 billion tu nanti apa ye depa nak buat?


Agak-agak nak tau yang betul-betul real, cari la tengok Projek Mega Seri Tujuh. 


Nota kaki: Untuk pemaju projek, boleh konsider buat airport kos rendah kat area sawah tepi Kampung Berangan,Tumpat dengan penerbangan ulang alik dari Senai? Mekasih ye, senang kami nak bawak Tok Mek turun Johor.



Isnin, September 20, 2010

Jejak Kasihan II

Aku memulanya mencari mamat Ismail ini. Sebabnya, dia yang tolak WDG 2522 (sebab dah rosak dan dia tiada dana nak baiki) ke rumah aku tepat 5 tahun yang lalu pada bulan ini. Dia suruh aku jaga sampai dia datang untuk tuntut semula. Dia dapat motor itu dari rakan serumah bujang lama dia yang dah grad. Ismail beli atas tangan sahaja. Tanpa menukar geran nama.

Sekarang, aku dah nak pindah dari rumah ini. Ismail masih belum datang-datang.Walau dia berjanji dia akan datang selepas 2 minggu. Kini 4 tahun 50 minggu dah berlalu. Ismail masih belum datang-datang.


Kemudian, tuan rumah aku adalah orang jabatan jalan dan dia datang beraya minggu lepas (tilam kat depan ruang tamu tempat aku membongkang jelas kelihatan bersepah sewaktu dia masuk ke rumah, maklumlah bujang). Dia google sistem jabatan jalan hari ini dan dapat tahu pemunya asal WDG 2522. 

Suhaimi bin Mokhtar.
19W, Desa Pahlawan, Jalan Ampang. 

Sebagaimana coolnya Horatio, aku google sistem maklumat buat nama di atas. Aku jumpa yang di bawah.
 

Jadi aku redha buat masa sekarang. Cuma buntu untuk tindakan seterusnya.

Honda C70 memang ramai peminat. Cuma cukai dah mati tahun 2000. Kunci tak ada. Minyak petrolnya dah kering menitik keluar. Rim depan dan segala yang besi terdedah dah berkarat. Tak boleh dihidupkan merupakan punca ianya tersadai. Adala 5-6 orang yang dah bertanya pada aku sebelum ini dari luar pagar rumah aku. Aku cerita pasal kondisi dan sejarahnya. Terus depa diam.

Kalau aku upah orang untuk hempuk WDG 2522 bagi hancur, bakar dan campak dalam sungai, boleh tak? 

Khamis, September 16, 2010

Tulis-tulis - Dam Dam Dum

Dulu sibuk cerita seorang perempuan kena bom. Kejam. Riuh sana sini mengecam pengebom dan perancang pengeboman dan segala yang terlibat dengannya. 

Kini sibuk pula cerita seorang perempuan yang kena tikam dan bakar. Kejam. Cuma pengecam yang dulu tak sama riuh mengecam perancang dan pembakar mangsa. 

Standard berganda?

Atau tiada kepentingan untuk mengecam untuk kelebihan seseorang?

Rabu, September 15, 2010

Sinetron Dramalova 31 - Jalan

Jalan kalau ada pikap 4x4 redah hutan


Suatu petang yang hening. Diego menghantar 1 sms berbunyi lebih kurang begini kepada Marcia yang masih sarat di kampung.

"Kalau kita redah jalan kaki dari hutan belakang Taman Universiti kat Jalan Penyiaran tu, dalam 4km je, kita boleh sampai rumah Pulai Indah kita. Hehe"

Tapi sebab kerajaan buat jalan elok-elok siap tiang lampu serta pembahagi jalan, makanya 14 km jugak la nak berulang alik bawak tv, meja, kerusi, tikar, tilam, rak kasut serta pasu bunga dan banyak lagi nanti. 

Buat masa sekarang, Diego masih berkira-kira nak langgar je hutan tersebut atau mengikut peraturan jalan raya. Jenuh juga nak berulang alik. Mengepek (packing) barang pon ala kadar jela, bukan jauh sangat pon.


Jalan yang mematuhi peraturan jalanraya

Selasa, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Tak terasa baru hari ke-5 hari raya. Jadi masih dalam mode boleh mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin yang tipikal untuk semua. 


 Gambar ni tahun ni je boleh pakai lagi. Tahun depan kita kena kira lain dah. Huhu.

Adalah kiranya kami sekeluarga ingin memohon maaf jika ada salah dan silap. Ikhlas hati kami sekeluarga tidak pernah berkecil hati dengan sesiapa sahaja dan diharap yang membaca di sini juga tiada yang berkecil hati atau terasa hati dengan kami, kalau ada pun harap dimaafkan. 

Juga sebolehnya, marilah kita seikhlas hati bersangka baik sesama kita dan jauhi dari penyakit hati. Selamat Hari Raya Aidilfitri. (wah, ada rhyme).

Isnin, September 13, 2010

Menunggu Muhammad

4 September dah lepas. Kalau tidak, 4-5-6 September akan ada sambutan hari lahir.

7 September pon terlepas. Boleh juga 5-6-7 September untuk 3 hari berturut sambutan.

9 September bersamaan 1 Syawal di Aidilfitri pon terlepas. Kot-kot boleh masuk sokkabar ke. Heheh.

Sekarang tinggal 16 September pula. Hari Malaysia. Tarikh sebenar dalam buku merah. Masih menjadi tanda tanya jadi ke tidak.

Adik baby, keluar la bila tiba masanya. Kami masih menunggu dengan redha. Cuma Ummi je yang nampak sarat sangat, perut pon terik tegang kulitnya. Tapi masih belum jumpa apa-apa tanda. 

Semoga dipermudahkan segala urusan untuk adik baby dan Ummi. Abah doa dari jauh.

Ahad, September 05, 2010

Hari Ini Hari Holiday!

Dengan ini, saya Serai Pendekar Berprestij Diego Amani Yang Sentiasa Berbahagia berbesar hati ingin memaklumkan dan mengumumkan bahawasanya hari ini adalah hari Sunday! 

Kita holiday!

Semoga semuanya bersukaria dan berbahagia walaupun berpuasa di hari holiday yang bermakna ini.  
 
Mekasih banyak-banyak kepada mak untuk hari ini 30 tahun yang lalu. 

Sekian. 


 
Brader nih sengih pada hari ini tahun yang lepas. Hari ini tahun ini, dapat dengar suara je. Huhu.

Jumaat, September 03, 2010

Soal Jawab Ramadhan

Cerita banyak tak payah, stret to the poin je ni. Mari menambah ilmu akhirat.

1. Kalau ibu mengandung, berbuka puasa sebelum masuk waktunya sebab tak larat sampai terketar-ketar, apakah perlu ganti puasa atau bayar fidyah atau kedua-duanya?

1.1 Kalau pula dia dah terasa nak beranak sangat-sangat, dia amik keputusan untuk berbuka dahulu sebab takut nanti kekurangan tenaga nak bersalin, cemana pula?

2. Kalau dah bayar zakat fitrah, untuk diri dan tanggungan, elok je lepas tu dapat lagi seorang anak ngam-ngam sebelum pagi raya. Cemana? 


3. Semua amil zakat fitrah boleh terima bayaran fidyah sekali ke?


4. Boleh ke akikah untuk kanak-kanak lelaki seekor kambing dahulu, kemudian yang seekor lagi dibuat dikemudian waktu pula?


Okeh, nak jawab silakan. Tapi bagi rujukan dan bibliografi yang sahih ye. 

***Kemaskini 5 September 2010*** 


Disebabkan masa sengga dan ruang terlalu banyak kat rumah, ini jawapan yang telah tersedia ada ditanya oleh orang ramai berkenaan hal yang di atas. Semoga semua mendapat manfaatnya. Cuma, heheh, kena baca sendiri la link yang diberi. Baru ingat masuk dalam kepala kan. Usaha tangga kejayaan.


Jawapan no 1 dan no 1.1 -  Golongan yang mendapat keringanan berpuasa.


Jawapan no 2 - Golongan yang wajib membayar zakat fitrah


Jawapan no 3 - Fidyah, golongan yang layak terima fidyah dan jumlah fidyah.

Jawapan no 4 -  Aqiqah dan Qurban

*******

Dalam duk mencari jawapan pada soalan-soalan di atas, ini juga ingin dikongsi buat bahan bacaan semua. 


1. Yang bertanya mempunyai pendahuluan dan penutup soalan yang takde kene mengena dengan soalan utama :

salam.


saya baru je dgr pengumuman puasa tadi.nape la asek muka yang sama jek yg bagi pengumuman tu.


saya dah gelabah ni. sok hari rabu. dan saya akan naik flight ke alexandariah, mesir. saya pelajar perubatan di sana. tahun ni tahun kedua setelah bercuti panjang.


(soalan beliau berkenaan cara berpuasa dalam kapal terbang yang melalui beberapa time zone)


Soalan nya di sini, saya nak berpose demi menunjukkan komitmen saya pada allah sempena bulan ramadan ni. tapi bagaimana caranya saya nak lakukan dalam situasi yg sukar ni. saya tahu saya bermusafir tapi saya nak pose jugak. mohon pertolongan dari ahli -ahli panel feqh sekalian. kalau boleh tolong jawab soalan saya dahulu sbb saya dah nak berangkat pada esok hari.please.


Dan doakan saya nanti pulang sebagai doktor muslimah yang komited pada agama , negara , masyarakat dan bakal suami yg soleh dan kacak.


2. Jawapan dia best, tentang hukum bergesel-gesel dengan pasangan yang halal di siang Ramadhan.

"namun bermain-main di pinggir yang haram itu spt berada di jurang yg curam dan bila-bila masa sahaja hasyafah itu akan terbenam sepenuhnya. Maka janganlah menganiayai diri sendiri, sedap sekejap merana dua bulan!! "

3. Yang ni, sila tolong jawabkan. :)

Segan nak tulis,boleh baca soalan paling bawah dientri yang dikepilkan ini. 





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...